f Secubit Garam: Koktail Custard Istimewa

N3 Terkini

Thursday, June 24, 2010

Koktail Custard Istimewa


Satu lagi dessert yg sangat sedap dan mudah disediakan. Dah acapkali buat ni dulu2 cuma masa tu tak jd blogger jer lagi. Resipi asal dr MyR, milik Mrs Shieza. Nak kopipes dr MyR dah tak boleh skrg ni, nasib baik dulu2 masa mula2 kenal MyR K.Nor pernah print out resipi2 yg ingin dicuba.

Selain dr bahan2 yg digunakan, kita boleh ejjas apa jer buah2an yg kita nak gunakan mengikut selera dan juga stok apa yg ada dlm esbok. Kalau yg biasa K.Nor buat, K.Nor tambah dgn epal (hijau dan merah), buah lai atau pear, oren dan kalau nak letak anggur , stoberi atau kiwi pun boleh. Kita yg buat dia kan.. hehe

Dessert ni sangat2 sedap kalau dimakan sejuk nak2 kalau dibuat berbuka puasa ermmmm.. best! Pada yg berpuasa tu, meh kita berbuka dgn Koktail Custard Istimewa ni, amik semangkuk sorang dah la ya, kang tak cukup tuan rumah dan cik abg nak buat berbuka :)





KOKTAIL CUSTARD ISTIMEWA by Mrs Shieza MyR


1 tin buah2an koktail campuran
1 tin nata de coco
1 tin nenas kiub
ceri merah dibelah dua (optional)
agar2 merah ~ yg ni k.nor tak letak


utk kuah custard:
1 tin susu cair (IDEAL)
2 sudu besar tepung kastard (larutkan dlm sedikit air)
6 sudu besar gula (kalau tak suka manis kurangkan sbb air koktail tu dah manis)
2 sudu kecil esen vanilla ~ k.nor letak 1 sudu jer


  1. Susu cair dimasukkan ke dalam periuk dan di masak atas api yg sederhana. Kemudian masukkan gula, larutan tepung kastard td dan esen vanilla.
  2. Kacau hingga pekat. Jangan berhenti kacau sbb takut kastard tu bergentel.
  3. Bila campuran susu dan kastard td tu dah bertukar warna kekuningan dan pekat, boleh la tutup api. Ketepikan dan sejukkan.
  4. Satukan campuran buah2an koktail, nanas kiub, agar1, ceri dan nata de coco td ke dalam mangkok besar. Masukkan sekali air di dalam tin buah2an koktail dan nanas td.
  5. Kemudian masukkan 3 - 4 sudu kuah kastard yg dimasak td ke dalam campuran koktail td atau ikut suka nak letak banyak mana, nak pekat ke nak cair. Gaul sebati dan kemudian sejukkan.
  6. Kalau suka bolehlah dihiaskan dgn ceri merah. Lagi sedap kalau ditabur kacang tanah yg dimesin kasar. 

tambahan bahan2 dr K.Nor
epal merah
epal hijau
buah pear
buah lai
oren
kiwi
anggur
strawberi
kiwi
kesemua buah2 ni dipotong dadu kecuali anggur dan strawberi

3 comments:

  1. k.nor, saya tau koktail ni mmg sedap. ;-) penah makan yg cousin buat zmn dolu2... mintak izin copy yer, simpan masuk list dulu ;-)

    ReplyDelete
  2. ina >> ha.. betul kan mmg sedap! silakan.. nanti dah buat hantar sini semangkuk hehe

    ReplyDelete
  3. Sedapnya..Thanx kak Nor resepi.. Nak try juga la wat kat rumah nnti..^_^
    http://nurkids2u.blogspot.com/

    ReplyDelete