f Secubit Garam: Mango Yogurt Mousse

Friday, June 11, 2010

Mango Yogurt Mousse


Salam di pagi Jumaat.. Jom pekena dessert sedap ni.. Mango Yogurt Mousse by Yani MyR. Lebih kurang dgn Mango Panna Cotta by Gert yg pernah dibuat dulu. Tapi anak2 K.Nor kata yg ni lebihhhhh sedap. Mungkin disebabkan adanya yogurt kat dlm tu kut. Bahan2 yg lain tak banyak berbeza.

Mcm biasa ya Yani, mintak izin nak C&P resipi kat sini utk memudahkan lain kali nak buat atau utk rujukan org lain nak2 time MyR demam :) Tak lama lagi nak bulan puasa, laaagi la bertambah demam MyR tu.. hehehe


Ina, Ijah.. gelas kita serupaaaaaaaa..... :P
Jgn kata akak curik ya.. gelas ni dah laaaama beli, sebelum abg kena bedah lagi.. hehe



MANGO YOGURT MOUSSE
by Yani Myr
Bahan-bahan ( 7 cups )
  • *1 sudu besar gelatin (10g)
  • *3 sudu besar air
  • ->50g gula
  • ->100ml air
  • 400ml susu segar
  • 100ml plain yogurt
  • 100ml air masak
  • Mango souce
  • 1-2 biji mango
  • 1-2 sudu besar gula

  1. Masukkan gelatin ke dalam 3 sudu besar air. Kacau dan ketepikan. NOTE : Jangan masukkan air ke dlm gelatin ye!
  2. Panaskan gula dan air (bahan-bahan yg bertanda ->). Bila nampak gelembung-gelembung air, padamkan api. Kacau sehingga gula larut. Angkat periuk or pan dari dapur, masukkan gelatin. Kacau sehingga gelatin larut.
  3. Dalam mangkuk lain, campurkan susu,air dan yogurt. Kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan sebatian gelatin tadi. Kacau sehingga semuanya sebati. Kemudian bolehlah dimasukkan ke dalam pudding cups. Simpan dlm peti sejuk selama 1-2 jam sebelum dimakan.
  4. Cara penyediaan mango souce. Kisar mango dan gula dgn food processor. Kemudian masak di atas api perlahan sehingga pekat yg dikehendaki. Lepas itu bolehlah disimpan sejuk.
  5. Bila nak makan, bolehlah tuang mango souce ke atas mousse yg dah disejukkan tadi.
  6. Note : Untuk penyediaan seperti dlm gambar, mango source hendaklah dibuat terlebih dahulu. Kemudiaan isikan ke dalam pudding cups. Masukkan ke dlm peti sejuk. Biar selama lebih kurang 1/2- 1 jam. Kemudian bolehlah dibuat mousse.