f Secubit Garam: Jom Sejukkan Tekak ..

Wednesday, June 23, 2010

Jom Sejukkan Tekak ..


Rasanya ramai gak gemarkan dadih kan.. Meh kita sejukkan tekak dgn dadih homemade. Tanpa menggunakan instant powder cam yg dijual kat kedai2 tu. Ni betul2 homemade, kita bancuh semua dr A - Z. Boleh pelbagaikan perisa, samada strawberi, coklat, jagung atau yg ori. Terpulang pd selera masing2 ya..

Masa mula2 buat dadih ni dulu K.Nor guna susu lembu fresh yg dijual kat pasar tani. Boleh dikatakan tiap2 minggu K.Nor buat. Masa tu harga susu lembu fresh ni tak mahal sgt dan jarang2 org beli. Tapi sekarang ni dah tak dijual lagi. Penjual susu lembu fresh yg biasanya jual dadih pun dah tak guna susu lembu fresh tp guna susu tepung jer utk dibuat dadih. Tapi rasa dadih yg menggunakan susu tepung tak sesedap dadih yg guna susu lembu fresh. Skrg ni kalau nak buat gak dadih K.Nor kena beli susu low fat yg dijual dlm kotak tu. Mahal la sket tp terpaksa beli gak sbb anak2 suka sgt dgn dadih ni. Bapak anak pun suka! :)



Jom tengok resipi dadih K.Nor..


DADIH HOMEMADE My Style

10gm serbuk agar2 - kalau nak guna agar2 bertali boleh guna 1/3 dari sebungkus agar2 cap bulan(warna merah)
2 liter susu segar
1 1/4 cawan gula (atau 17 sb gula)
1.2 liter air
1 st garam
1 sb tepung jagung - dibancuh dgn 2 sb air

# yg ni terpulang pd masing2 ya..
coklat emulco dan pewarna coklat
strawberi emulco dan pewarna merah
pandan emulco dan pewarna hijau

  • Masak agar2 bersama air hingga mendidih. Jika guna agar2 bertali, rendam dulu supaya lembut dan lebih cepat hancur. Masukkan garam dan gula. Masukkan adunan tepung jagung. Masak hingga mendidih tp jgn terlalu lama dibiarkan mendidih nanti dadih menjadi keras. (Hendaklah sentiasa mengacau adunan ya)
  • Padamkan api dan biarkan seketika.
  • Sekiranya ingin jadikan dadih yg putih biasa tu, tak perlulah letak apa2 emulco atau pewarna.
  • Jika ingin hasilkan dadih berperisa coklat, ambil sebahagian dr dadih td, dicampurkan dgn coklat emulco dan perwarna coklat.
  • Begitu juga kalau nak perisa strawberi, masukkan strawberi emulco dan sedikit perwarna merah.
  • Biarkan adunan suam, baru la ditapis dan dimasukkan kedalam bekas yg diingini.
  • Sejukkan dlm peti ais sebelum dimakan.
#utk lebih mudah, kalau nak buat perisa coklat, guna aje susu fresh perisa coklat. dan jika nak up kan kaler coklat tu agar lebih terang, tambahkan sesudu coklat emulco (ni optional ok)
## kalau nak buat 2 perisa cam K.Nor buat ni dlm satu adunan, gunakan 1 kotak susu fresh putih dan 1 kotak susu fresh perisa coklat. Masak agar2 dgn air dan gula hingga mendidih. Bahagi dua adunan agar2. Panaskan balik 1 bahagian agar2 tu dan campurkan susu fresh putih. Pastu teruskan hingga ke step terakhir.
Satu bahagian lg td dimasukkan ke dlm periuk berasingan dan panaskan balik. Masukkan susu fresh perisa coklat dan teruskan hingga step terakhir.
hopefully faham dgn apa yg K.Nor terangkan ni..


Yg ni kena letak dlm bekas plastik sbb cik abg gunakan dadih ni utk projek dgn Pej Haiwan