f Secubit Garam: CARAMEL CROISSANT PUDDING

N3 Terkini

Thursday, September 8, 2011

CARAMEL CROISSANT PUDDING

ASSALAMUALAIKUM..

Kita cakap short2 aje la ya.. Dessert yg dibuat pada hari last puasa baru2 ni. Sekali buat guna 5bj croissant yg dibeli dlm satu bekas tu (ehh 4 ke 5 bj ek? dah lupa la.. hehe) K.Nor letak hirisan pisang dan tabur dgn coklat chips.. wallahhhhhhh!! manyak syok weh.. sekali hadap jer dek 5 beranak malam tu.. licin.........


CARAMEL CROISSANT PUDDING
sumber : Ummi Kuantan
sumber: K.Nor@SecubitGaram

Bahan:-
2 ketul croissant (ummi letak 3 ketul dalam loyang 8 inci ni)
1/2 cawan gula
2 sudu besar air
1/2 cawan whip cream (cair) - ummi letak 3/4 cawan
2 sudu besar bourbon (macam Jeni, ganti dgn 1 sudu teh esen vanila)
1/2 cawan susu segar (ummi letak 3/4 cawan)
2 biji telor - dipukul sikit
hirisan pisang ~ k.nor tambah
coklat chips secukupnya ~ k.nor tambah

Cara Membuat:-
Panaskan oven ke suhu 175 C.
Koyakkan croissant (*ummi potong kecil2) dan masukkan dalam mangkuk pembakar.
Masukkan gula dan air ke dalam periuk dan lenggangkan ia untuk mencairkan gula. (Kalu mengikut step Nigella, dia x kacaupun dengan sudu, just lenggang2 je atas api). Letak atas api medium ke high. Jadikan gula hangus.
Bila gula telah menjadi caramel, angkat periuk dan masukkan whipping cream, diikut dengan susu dan esen vanila. Pukul dengan whisk dan masukkan telor. (masalah Ummi pun sama dengan Jeni, bila buat camni, gula hangus mengeras dan Ummi pun panaskan jugak atas api semula).
Tuangkan campuran ini ke atas croissant tadi. Biarkan ia terendam selama 10 minit.
Letakkan hirisan pisang dan taburkan coklat chips di atas puding.
Bakar dalam oven selama 20 minit (ummi set 17 minit je) hingga kuning keemasan. (Hati-hati jangan sampai roti garing lak!)

11 comments:

  1. haii. kuatkan iman ..kuat kan iman.. dari semalam dah teringat2 nak buat puding gini...

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum kak

    gulp,bertambah2 sdp la puding roti guna roti "c" ni kak :)

    ReplyDelete
  3. alahaii.. semua 'dapur' kwn2 dah berasap.. 'dapur' sy je lom berasap lagi..

    ReplyDelete
  4. wah.. nmpk sedap laa kak nor. masalahnyer, kalau ada croissant, mmg xsempat nk msk mende lain. tun suka sgt mkn croissant tu, kejap je dh habis.

    ReplyDelete
  5. adeehhh... lasa lapar balik ni...walaupun baru je makan nasi !m

    ReplyDelete
  6. Sedapnya.. Mcm mana nak diet ni semua nampak menu sedap2 ni...

    ReplyDelete
  7. lama dah nak cuba puding ni tapi setiap kali beli croissant ni habis makan begitu je.Bila partner dgn pisang ni..wah dapat bayankan kesedapannya:)

    ReplyDelete
  8. Amboiiihhh terliurnya tengok croissant puding diaaa... Weee...minggu puding jek ni...diet ke Nor? hehehee...

    ReplyDelete
  9. Alamak kak Nor.. Samalah naz mcm Tun tu.. Suka sgt criussant ni. Kalau ada tak sempatlah nak buat apa2 menu.. Dah abis kena ngap dah..hehehe..

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum..

    izah >> fuh.. fuhhh dah sembur ni, esok godek ya.. :)

    pia >> w'salam.. mmg lagi syok pia.. tu yg sekali hadap abis licin satu mangkuk :)

    madiha >> nah amik mancis, gi nyalakan kat suratkhabar lama.. pastu gerenti berasap.. nak lagi berasap guna sabut kelapa ya.. hehehe

    tun >> k.nor pun antu croissant gak.. tp kena tahan nafsu kalau nak buat puding ni.. hehe

    ReplyDelete
  11. amie >> nak offer pun dah abis la amie :)

    ita >> hehe.. makan jer ita, diet tu biar ke laut :)

    k.CM >> mmg kena buat ni. lagi syok bila letak pisang dn coklat chips tu.. makan panas2 suam.. perhhh syok abis :)

    ummi >> minggu ni semua entri tertunggak ummi :)

    naz >> kita serupaaaaaa.. tp bila dah aim nak buat kena pejam mata buat2 tak nampak jer croissant tu kalau tak mmg gerenti tak menjadi puding ni hehe

    ReplyDelete