f Secubit Garam: RENDANG TOK (MAS)

Thursday, September 29, 2011

RENDANG TOK (MAS)

ASSALAMUALAIKUM...

Ampun ya .. seharian tak mengentri smlm.. Banyak sangat hal yg terjadi yg buat mood nak hapdet ntah kemana. Dengan kes ciplak entri, ciplak gambo2 masakan yg sentiasa menjadi NEVER ENDING STORY.. juga kebizian dan keletihan bila pangku jawatan Menteri Pengangkutan lagi.. Ditambah lagi sang hero bongsu bawak balik senarai barang2 yg perlu dibawa ke skolah hari ni (utk camping pengakap 3 hari bermula hari ni). Macam2 dlm senarai, macam la dapur atau rumah mak dia ni kedai runcit.. adehhh...


Kesian Mas duk tunggu K.Nor post entri Rendang Tok, resipi MIL dia tu. Maaf ya Mas.. flight delay sket.. hehe.. Rendang ni K.Nor buat minggu lepas lagi dah tp masa tu tengah amik MC dr blogging tu yg duk diam2 dlm fail. Rasanya ni kali ke2 K.Nor buat Rendang Tok dan bagi K.Nor rasanya sangat la sedap! Lupa nak posingkan rendang tu dgn ketupat palas. Selain makan dgn ketupat, rendang ni juga sedap dimakan dgn nasi. Eh.. K.Nor main ratah2 jer tu Mas.. lagi syok.. ^__^

Kalau tengok rendang ni hancur dagingnya kan. Tu disebabkan K.Nor guna daging yg dah hancur/disiat2kan. Hasilnya tersangat lah sedap.. memang rekomended! Maceh ya Mas, mmg best resipi Rendang Tok MIL Mas ni.. Ucapkan terima kasih dan salam buat dia ya.. :)


RENDANG TOK
resepi : MasDuniaku
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan :

1 kilo daging lembu - Mas guna daging cincang
santan dari sebiji kelapa - agak tuang sampai daging tu tenggelam
2 sudu besar kerisik - boleh tambah jika perlu
2 sudu besar gula merah - boleh tambah jika perlu
2 sudu besar membumbung serbuk kari daging - boleh tambah jika perlu
kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang
1 biji bawang besar - hiris 2 nipis
1/4 inci halia - hiris2
1 helai daun kunyit - hiris
garam secukup rasa

Bahan tumbuk :
1/4 inci halia
3 ulas bawang putih
1/4 inci kunyit hidup
1/2 inci lengkuas
2 batang serai - hiris2 dulu

Cara memasak :
Gaul sebati daging, bawang besar yang dihiris2, bahan2 tumbuk, halia yang dihiris2,daun kunyit, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis, gula merah, kerisik dan serbuk kari, jika nak lebih sedap, perap dulu selama 1 jam.
Masukkan kedalam kuali bersih, tuang santan hingga daging tenggelam, kacau sebati.
Buka api perlahan dan biarkan mendidih, masukkan garam secukup rasa dan masak hingga rendang kering. Semasa memasak imbangkan rasa kerisik, serbuk kari dan gula merah tu supaya seimbang.....gelap rendang tok tu bergantung pada kerisik dan gula merah....jadi kena pandai seimbangkan....masak hingga rendang tok kering, boleh juga lembab jika suka dengan api perlahan dan sentiasa kacau rendang tu.
Sedap dimakan dengan nasi panas, roti atau pun pulut...