f Secubit Garam: PUDING KASIH BERTAUT

Tuesday, September 6, 2011

PUDING KASIH BERTAUT

ASSALAMUALAIKUM...

Memang kena paksakan diri @ merajinkan diri utk menghapdet entri baru sejak lepas raya nih. Kalau diikutkan hati, punya lah MMMMMMMM yg sangat menebal. Rasanya ramai blogger masakan berada dalam kapal yg sama kan hehe.. (jangan sama2 karam dah la ya.. hehe) Payah betul nak pulihkan mood blogging sejak lepas raya nih. Memang banyak gambar2 dalam folder yg belum diusik, yg dishoot dua tiga hari sebelum raya sampai la ke hari ni. Ni pun duk que manjang nak masuk. Rasanya seminggu ni akan dipostkan entri tertunggak jer la. Jangan marah ya... hehe


Yg ni pun salah satu menu tertunggak, yg dibuat khas utk tetamu pada hari raya ke3. Seperti biasa, pada raya ke3 K.Nor menyediakan sedikit juadah berat utk tetamu kerana hari tu adalah hari Open Door. Yer la Open Door jer, sbb kalau Open House dibuat cara besar2an, jemput situ jemput sini. Kalau yg kat rumah ni tak dibuat jemputan khas pun, tiap2 tahun mmg keluarga dan sdara mara terdekat, jiran dan kawan2 K.Nor, suami dan anak2 dah tau, yg hari tu K.Nor sediakan sedikit jamuan. Saban tahun pada Raya pertama dan ke2, pintu rumah terkunci rapat sbb seisi keluarga beraya dari pagi hingga ke lewat petang dan kadang kala mencecah ke malam. Memang K.Nor angkut semua anak2 menziarahi keluarga dan sdara mara terdekat pada 2 hari raya pertama tu. Hari ke3 hari tunggu rumah atau hari menunggu tetamu datang beraya la pulak atau dgn kata lain Hari Open Door hehe.. Utk tahun ni, tetamu masih datang beraya hingga ke malam, memang meletihkan tetapi seronok..

Seperti biasa setiap tahun K.Nor tempah Nasi Beriani utk dihidangkan pada tetamu tapi utk Daging Masak Merah K.Nor masak sendiri (sebanyak 4kg). Utk tahun ni anak dara suruh K.Nor buat Spaghetti Bolognese sebagai tambahan. Ingatkan tak mendapat sambutan jadi K.Nor cuba beli 2 paket jer spaghetti tapi tak sampai petang pun lagi, dah licin. Jadi K.Nor rebus jer la sepeket lagi Angel Hair pulak. Sos yg dibuat pulak ngam2 jer utk 3 paket pasta tu. Alhamdulillah.. laku rupanya spaghetti di hari raya hehe. Boleh lah dimasukkan dalam list utk tahun2 mendatang gak hehe.. 


Di samping juadah2 tersebut dan juga kuih2 kering, malam sebelum tu K.Nor buat 2 adunan PUDING KASIH BERTAUT by NAZ yg fofular sebelum ni. Masa org duk buat tu K.Nor wat derk jer.. hehe.. saja tak nak buat lagi. Memang dah plan nak buat utk hari Open Door ni. Alhamduillah.. puding ni pun licin. K.Nor pun sempat merasa sikit jer puding tu. Takper boleh buat lagi lain kali. Mekasih Naz, sib baik buat lewat sket, dapat la guna resipi yg Naz dah edit tu kan.. K.Nor mintak izin nak share resipi tu kat sini ya.. Tq :)

PUDING KASIH BERTAUT
Resepi Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN
sumber: K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan A :
1/2 paket @ 2 tsp serbuk agar-agar (dari sepeket 10 gm serbuk agar-agar)
300 ml air
200 ml santan
1/2 cawan gula
1 biji telur
2 atau 3 jenis pewarna dan perisa (kalau tak nak letak perisa pun tak pe, just pewarna)

Cara-cara :
Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air ke dalam periuk dan masak hingga gula dan serbuk agar-agar larut. Kecilkan api.
Pecahkan telur ke dalam santan dan kocok sikit dengan garfu. Tuang ke dalam periuk berisi larutan agar-agar tadi dan kacau sebati dan masak hingga mendidih (beware! atas api perlahan tau!). Setelah mendidih, tutup api.
Bahagikan larutan kepada 2 atau 3 bahagian dan masukkan pewarna dan perisa. Kacau sebati setiap bahagian dan tuangkan ke dalam mould yang anda suka. Biarkan ia keras di dalam peti sejuk.
Setelah keras, keluarkan agar-agar dari mould atau kalau guna bekas yang besar sebagai mould tadi, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil dan masukkan semua agar-agar ini ke dalam satu bekas lain yang lebih besar.
K.Nor buat:
Yg berwarna pink k.nor letak paste strawberi
Yg berwarna oren, letak paste pandan
Yg purple, letak paste blueberi

Bahan-bahan B :
1 paket serbuk agar-agar 10 gm
1 liter air
1/2 cawan gula pasir
100 gm gula Melaka atau nise
2 helai daun pandan (disimpulkan)

Cara-cara :
Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk dan masak hingga larut dan mendidih. Tutup api dan tapis larutan agar-agar.

Cara menyediakan puding :
Tuang larutan agar-agar B ke dalam bekas yang berisi semua agar-agar A / kiub-kiub agar-agar A tadi. Biarkan keras dan sejukkan ke dalam peti ais.

NOTA :
Untuk perisa tu, kalau tak nak letak pun tak apa. Cukup sekadar mewarnakan agar-agar di bahagian A itu dengan 2 atau 3 warna yang berlainan agar hasilnya nanti nampak cantik dan menarik.
Kalau tiada mould yang bentuk macam Naz di atas tu, guna loyang jer pun boleh untuk keraskan agar-agar bahagian A. Cuma lepas keras, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil.


~~~~~~~ *** ~~~~~~~

Oppss... Lupa nak beritau!! Masa duk sibuk kat dapur hari tu, muncul satu wajah yg sangat ku kenali, org jauh!! Memang terkejut sungguh! Tak sangka tetamu jauh ni datang bersama suami dan anak2nya sekali lagi beraya kat rumah K.Nor.. Nak tau sapa? hehe. sapa lagi kalau bukan si empunya JintanManis.Com.. Rosmarlina bersama suaminya Yusof dan anak2, Damia, Anas dan Wazhif. Tapi mintak ampun la ya.. seronok punya pasal duk bersembang dgn Ros dan melayan tetamu lain, sampai terlupa terus nak posing dgn mak dara cun tu. Mekasih Ros sudi singgah beraya rumah K.Nor.. Mekasih juga atas buah tangan yg kiut miut tu..  Nanti K.Nor upload balik gambar, lupa nak snap hehe.. Yg aritu tu.. ingat tau.. syhhhhhhhhhhhhh........... ^____^

Sgt chumel.. tq Ros ^___^