f Secubit Garam: AYAM CENCALUK

N3 Terkini

Sunday, September 11, 2011

AYAM CENCALUK

ASSALAMUALAIKUM...

Menu ulangtayang ya... So no pot pet panjang2.. ^__________^


AYAM CENCALUK 
resipi : CMGebu
sumber : K.Nor@SecubitGaram

BAHAN-BAHANNYA :-)
8 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*(*dihiris halus)
600 g dada ayam, potong sedernana kecil
1/2 cawan cencalok, toskan airnya
3 helai daun limau purut
1/2 cawan jus asam jawa
3 biji limau kasturi, ambil jusnya
2 camca besar gula
2 biji cili merah, hiris
2 biji cili hijau, hiris ~ k.nor tambah cili padi sket
8 biji bawang merah*
2 cm kunyit hidup*
3 batang serai, hiris halus*(*dikisar halus)
Garam (jika perlu)
1 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1 1/2 cawan), goreng hirisan bawang merah dan bawang putih hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Keluarkan minyak tadi dan tinggalkan lebih kurang 1/2 cawan. Tumis bahan2 kisar hingga harum dan pecah minyak, gunakan api sederhana.
Masukkan ayam, cencalok dan daun limau purut, gaul rata. Masukkan air asam dan tambah gula dan juga air. Kacau dan biar mendidih. Masukkan sebahagian bawang merah/putih goreng tadi dan juga hirisan cili merah/hijau. Kacau rata2.
Perlahankan api dan renih hingga ayam masak dan pekat. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, kacau dan rasa. Jika perlu tambah garam (tapi rasa mat tak perlu lah tambah garam, sebab cencalok pun dah masin). Hidangkan segera bersama nasi hangat.

CATATAN MAT GEBU :- Kalau nak pedas cili hijau/merah tu tadi boleh ditukar dengan hirisan cili padi. Guna udang pun sedap juga, campur dengan petai....Sesuaikan rasa ikut citarasa individu, kalau tak nak masam, tak payah letak jus limau kasturi (tapi kurang "kick")....Selamat mencuba!...




12 comments:

  1. kak nor....mas dah banyak kali buat ayam cencalok ni...
    sedapp sangat....
    terliur lagi nengok ayam akak tu..

    ReplyDelete
  2. kak ingat nak try tapi takut anak2 reject.psst luqman yg fussy tu makan dak hehehe

    ReplyDelete
  3. Nampak sgt sedap.... tp apakan daya kita ni sangat2 allergik dgn udang. So, terpaksalah pendamkan hasrat nk menerainya....

    ReplyDelete
  4. ermmmm...nmpk sedap... tak pernah mkn cencalok tp nk cubalah terlior tgk menu nih

    ReplyDelete
  5. seumur hidup tun, xpenah makan cencalok. hihi..

    ReplyDelete
  6. Mesti sedap sangat te kak. saya makan cencaluk pun tak reti. Kalau bagi tempoyak pergghhh 2 3 pinggan nasi boleh habis

    ReplyDelete
  7. Kak...meleleh air liur saya memalam nihh..sabar jee lahh.... :-)

    ReplyDelete
  8. Assalam kak nor,selamat ari raya maaf zahir batin edisi terlewat dari sy ya kak..Ayam cencaluk mmg sedap n xterasa n bau cencaluk bila letak daun limau kan,dah byk kali juga wat ni..

    ReplyDelete
  9. dah lama x makan cencaluk.. teringin la nak buat...

    ReplyDelete
  10. mas >> sama la mas, mmg menjilat jari kan lauk ni mas :)

    eh.. tak mandi cencaluk dah ke? hehe

    mimi >> cuba la.. tak sedar punya ada cencaluk dalam tu.. yg pastinya mmg sedap!

    luqman tu siap meratah lagi mimi :)

    noor >> udang?? haa... tak tengok betul2 ya.. ni menu ayam la.. hehe

    ReplyDelete
  11. gee >> kalau gee buat dan makan, tak terasa pun cencaluk dlm tu .. try la gee sedap ni

    tun >> sedap la cencaluk tun.. :)

    sam >> mmg sedap sam.. tanya mas, dia dah acapkali buat tu.. :)

    ReplyDelete
  12. CMG >> mmg best che mat, tak rugi langsung buat menu ni.. :)

    zaliedana >> betul tu, mmg tak terasa, sangat2 sedap tambah lagi bila kita letak jus limau, daun limau.. tambah lak cilipadi.. mmg yummy!

    slmt hari raya gak dr k.nor :)

    kyo >> try la kyo.. sedap ni

    ReplyDelete