f Secubit Garam: TIFFLE ISTIMEWA CMG

Saturday, September 10, 2011

TIFFLE ISTIMEWA CMG

ASSALAMUALAIKUM..

Makin lama makin lemau nak menghapdet.. Dari 2 entri sehari dah jadi 1 entri sehari.. esok2.. no more entry heeeeeee........

Triffle Istimewa ni, dibuat atas permintaan anak dara, utk dibawa ke sekolah pada hari Khamis lepas. Mcm biasa lah, lepas raya kan selalunya ada jamuan raya kat sekolah. Ni baru part anak dara, anak teruna bongsu tu tak tau apa lak yg direquestnya sbb kat sekolahnya belum lagi buat jamuan raya. Mula2nya nak buat hari Khamis yg sama gak, tp ditangguh sbb tak lama lagi UPSR. Mungkin GB dan para cikgu tahun 6 tak nak bazirkan 1 hari masa pelajar yg bakal duduki UPSR yg bermula pada hari Selasa minggu depan.

Ni utk santapan anak tekak tukang masak sekeluarga ^___^

Mulanya anak dara tu suruh buat Puding Laici atau Puding Tembikai.Laici mmg ada setin lg kat dapur tp rasanya tak cukup jer kalau buat 1 adunan jer. Jadi K.Nor plan nak buat Puding Tembikai, pastu pagi Rabu tu mintak cik abg belikan cincau kat pasar (lepas hantar Luqman ke sekolah). Bila dah belikan, tup2 si anak dara call dr sekolah, cakap kawan2nya nak Puding Triffle.. amboiiii.. syok ya mengorder! hehe Simpan aje la cincau yg dibelikan dan dibuat minum dgn air bandung pun best gak kan.. Kebetulan mmg hari tu nak ke kedai utk top up barangan dapur, so boleh la beli sekali bahan2 utk Triffle.

Yg ni dibawa ke jamuan kat sekolah anak dara..
Licinnnnnnn.......

Kali ni K.Nor try guna resipi lain utk Puding Triffle ni. Kalau dulu dan kebiasaannya K.Nor guna resipi K.Hanieliza, kali ni K.Nor guna resipi CMGebu, TRIFFLE ISTIMEWA MAT GEBU lak. Bahan2 tak banyak sgt berbeza dalam Puding Triffle ni. Tapi disebabkan K.Nor buat Puding Triffle dari 3 bj swiss roll (beli aje ya.. tak kose nak buat banyak2 nih hehe) jadi adunan mmg banyak lari la.. ada yg ditambah dan ada yg dikurangkan. Memang derhaka tahap dewa gak la.. Ampun ya Che Mat, memang terpaksa diderhakakan, cam biasalah kan, tak derhaka tak sah hehe.. Tapi overall mmg best rasa Triffle Istimewa ni, lemak2 berkrim jer kastard tu sbb guna susu cair dan ada tambahan telur. Cuma telur K.Nor tak letak ikut sukatan lah.. ermmm... K.Nor nak letak apa yg K.Nor buat pun tak ingat dah sbb aritu main campak2 jer sbb bila buat 2 adunan dr bahan2 utk kastard rasa cam tak cukup jer utk kesemua 3 swiss roll. Last2 tambah lagi satu adunan tp dah tak sukat sangat, susu cair pun tak guna sepenuhnya, campur2 dgn susu fresh. Apapun, bagi sapa2 yg nak try bolehlah ikut sepenuhnya resipi Che Mat ni ya.. insyaallah mmg sedap! 

Mintak izin ya Che Mat, K.Nor nak letak resipi tu kat sini utk dijadikan rujukan di lain waktu.. Mekasih ...

TRIFFLE ISTIMEWA MAT GEBU
resipi : CMGebu
sumber: K.Nor@SecubitGaram

BAHAN KEK SPONGE :-) ~ k.nor guna swiss roll jer
200 gram tepung optima (instant cake flour)
3 biji telur gred B
50 gram mentega, cair dan sejukkan
50 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla

BAHAN KASTARD :-)
200 ml susu sejat IDEAL
100 ml air
2 kuning telur
2 camca besar penuh tepung kastard
4 camca besar gula atau secukup rasa
3/4 camca teh esen vanilla

BAHAN JELLY :-) ~ k.nor guna instant jelly dlm kotak
1/2 camca teh konnyaku jelly powder
Gula secukup rasa,
500 ml air
1/2 camca teh strawberry emulco
Beberapa titik pewarna merah

BAHAN LAIN :-)
1 tin besar buah2an koktel, ditoskan, asing jusnya
200 ml whipping cream (1 kotak kecil), disejukkan ~ k.nor skip
Jus dari buah2an koktel tadi

CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK SPONGE CAKE :- Satukan semua bahan kecuali mentega cair dan esen vanilla, ke dalam mesin kek, putar pada kelajuan sederhana sehingga semua bahan bersatu, kemudian putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat. Masukkan mentega dan esen vanilla, kaup balik hingga adunan rata. Tuang dalam loyang 12 inci x 12 inci yang telah dialas kertas minyak dan bakar pada suhu 180C selama 20 - 25 minit (pastikan oven telah dipanaskan). Sejukkan atas jaringan bila kek masak.

UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan kastard kecuali esen vanilla, kacau rata dan masak dengan api sederhana sambil dikacau tanpa henti hingga bancuhan menjadi pekat. Masukkan esen vanilla, kacau rata dan ketikan.

UNTUK JELLY :- Satukan semua bahan2 untu jelly dalam periuk, tang gula tu pandai2 lah agak, tapi jangan manis sangat, manis lite2 sudah cukup yea. Kacau rata dengan whisk dan jerang hingga mendidih dan gila hancur, kacau hingga sebati. Ketepikan dan biar sejuk sedikit.

UNTUK TRIFLE :- Sediakan bekas sesuai, potong kek sponge tadi, bagi kepada 2 bahagian dan susun 1 bahagian seperti dalam gambar. Basahkan kek sponge tadi dengan jus buah koktel. Sementara itu putar whipping cream hingga kembang dan kental, jangan terlebih putar. Lapiskan whipping cream tadi atas kek. Tabur 1/2 bahagian buah2an koktel tadi.
Susun lebihan kek atas buah2an koktel tadi. Basahkan dengan jus. Tuang kastard suam atasnya dan ratakan dengan spatula. Biar sejukk sekejap. Tabur baki buah2 tadi, rata. Dan akhir sekali, sendukkan jelly cair atasnya hingga memenuhi ruang seperti dalam gambar. Simpan dalam peti ais hingga jelly membeku.. sedap dihidangkan dingin...hnmmm..