f Secubit Garam: NASI JINTAN PUTIH & AYAM KASHMIR

N3 Terkini

Friday, October 28, 2011

NASI JINTAN PUTIH & AYAM KASHMIR

ASSALAMUALAIKUM..

NASI JINTAN PUTIH, resipi yg dikongsikan oleh Ayu S'pore beberapa minggu lepas. Kali ni terbang ke dapur SecubitGaram dan sebelum ni dah singgah di rumah AdyGreatsword. Alhamdulillah, not bad nasi ni, tambah lagi bila digandingkan dgn AYAM KASHIR (resipi Dayang yg pernah K.Nor buat dulu) dan ACAR MENTAH. K.Nor juga goreng papadam/papadom (yg mana satu betul entah la ek hehe). Berselera ahli keluarga makan.. Alhamdulillah...


Ayu, Nor nak panjang2kan resipi tu kat sini lak ya.. TQ ..

Jemput makan... eh... jemput layan mata ^___^

NASI JINTAN PUTIH
source : AYU S'pore & K.Nor
Sources:-From mesra.net & Shilpa@aayisrecipes.com

Bahan2:-
41/2 cawan beras basmati-(Di basuh, rendam sekejap,basuh & tos)
1 biji bawang besar dihiris nipis
4 biji bawang putih ditumbuk atau dicincang
2 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk kunyit ~ k.nor letak 1/2 sudu jer
4 sudu besar minyak sapi
2 biji pelaga
1 inci kayu manis
2 bunga cengkih
2-3 daun pandan
11/2 kiub vegetable stok ~ k.nor letak serbuk pati ayam
4-5 sudu besar plain yogurt
5-6 cawan air
2 biji cili hijau dibelah tak payah putus
2 sudu besar susu cair
garam + secubit perasa ~ k.nor letak garam jer


Cara2:-
Panaskan minyak sapi dan tumis cengkih, kayu manis dan pelaga.Masukkan serbuk jintan putih, hirisan bawang besar, bawang putih dan daun pandan. Kacau hingga naik bau dan layu. Masukkan lada hijau,serbuk kunyit, garam & beras yang sudah dibasuh & tos tadi. Gaul rata dan masukkan plain yogurt, kiub vegetable, susu dan air.Biarkan masak macam masak nasi biasa.


~~~~~~~ ### ~~~~~~~

AYAM KASHMIR
resipi : DayangJack
sumber: K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan :
1/2 kg ayam (dipotong ikut suka dan digoreng 1/2 masak jika suka)

Bahan A :
6 biji bawang merah (dihiris)
1/2 labu bawang besar (dihiris)
3 bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
rempah 4 sekawan
sedikit daun kari

Bahan B :

3 sb puri tomato
1 sb serbuk cili
2 sb rempah beriyani
2 sb rempah kari daging
4 biji tomato (dipotong kecil)
garam dan gula secukup rasa
minyak masak secukupnya
2 biji ubi kentang (dipotong)

Cara-cara :
Panaskan minyak dan tumis semua bahan A hingga terbit bau. Satukan serbuk rempah, puri tomato dan serbuk cili di dlm mangkuk dan bancuhkan dengan sedikit air. Kemudian masukkan ke dalam bahan A tadi dan tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan ayam, ubi kentang dan air secukupnya. Gaulkan. Biarkan ia masak.
Masukkan tomato, garam dan gula secukupnya.
Hidangkan setelah masak.

18 comments:

  1. oooo nasi jintan putih...nanti nak cuba lah nor...mesti sedap ilah suka daging kalu masuk jintan putih lebih sikit wangiii..hehehe

    ReplyDelete
  2. sedapppppppppppp
    ada lagik????
    sedekah la kat org di sini sama ngeeee

    ReplyDelete
  3. hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm....
    eerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr...
    ok.. nasib tak terliur...
    kikikikiki...

    ReplyDelete
  4. salam kak nor..mmg nmpak sedap, kalau mkn brdouble double sedap kan...

    ReplyDelete
  5. Salam Nor cayang...! Apa dia rempah 4 sekawan tu...?

    ReplyDelete
  6. Oooo.... rupa nya gitu...hehehe. Maceh jawab soklan!
    Baru balik malam tadi, dok letih lagi ni.

    ReplyDelete
  7. Menyelerakan betul..macam nak ambik je yg dlm pinggan tu..

    ReplyDelete
  8. nampak sungguh sedap ni nor,bila lah agaknya resepi ni nak terbang ke Putrajaya hehe.Nanti nak cuba jugak la :)

    ReplyDelete
  9. i just hop over from My Kitchen snippets, you have a nice blog..follow you. Your dish nampak sedap!

    ReplyDelete
  10. k.cek >> alhamdulillah.. mmg sedap k.cek .. try la :)

    ilah >> mmg wangi nasi ni ilah. jom try

    ayu >> dah abis.. sori.. hehee

    izah >> apa salahnya kalau tak terliur pun.. try la godek :)

    dayang >> hehehe..

    ReplyDelete
  11. liza >> betul2 :)

    along >> dah baca ya.. hehee

    kena suruh liana picit2kan mama along ni :)

    rahel >> agak2 boleh grab tak? :)

    CM >> try la kak.. wangi dan sedap nasi ni nak2 kalau kena dgn partner dia tu :)

    sonia >> tq sonia for dropping by.. ni mesti sbb baca kat n3 gert yg promote my blog tu kan.. hehe

    tq sudi follow blog yg tak seberapa ni.. actually i dah lama follow blog u.. mmg admire dgn yr cooking :)

    ReplyDelete
  12. sedapnya nasi jintan putih ni kak nor..kena masuk dalam waiting list hehe

    ReplyDelete
  13. aslmkm kak nor..hampir jam 4 pg dah ni..selongkar dapo kot2 ada lagi nasik tu...

    ReplyDelete
  14. sedapnya!...lapar lak nengok nasi ngan set lauk ni..:)

    ReplyDelete