f Secubit Garam: FRAGRANT FISH CURRY

N3 Terkini

Monday, October 24, 2011

FRAGRANT FISH CURRY

ASSALAMUALAIKUM...

Bertemu lagi di pagi Isnin yg mendung. Skrg dah masuk musim tengkujuh, biasalah kalau mendung dan hujan kan. Alhamdulillah.. semua rahmat Allah.. Berbalik pd menu hitam2 sitampuk manggis hari ni, walaupun hitam punya la sedap dan wangi masakan hasil dr resipi Diana@Melley May ni. Kalau Diana guna ikan putih (maaflah K.Nor tak tau ikan apa ikan putih ni, mungkin kat Ganu guna nama lain kut) K.Nor guna ikan talapia jer. Alhamdulillah, maintan sedap. Yer la, ikan talapia mmg sedap dimasak apa2 pun, goreng gitu aje pun sedap!


K.Nor mintak izin nak share resipi Diana kat sini lak ya.. TQ :)

FRAGRANT FISH CURRY
sumber : Diana

Bhn²
600 gm ikan putih _ d potong kecil
Garam
Tepung jagung secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Bhn² A
4 tangkai daun kari
Segenggam udang kering _ d rendam dalam air panas, toskan dan d tumbuk kasar
4 ulas bawang putih _ d cincang
4 ulas bawang merah _ d cincang
1 biji cili merah _ d hiris
Cili padi jika nak bubuh _ ( Diana tak bubuh )

Bhn² B
1 1/2 tbsp serbuk kari Baba's
1/2 tbsp sos tiram Maggi
1/2 tbsp kicap cair Loon Kee
1 1/2 tbsp kicap pekat Loon Kee
Gula secukup rasa
1kpg asam keping ~ k.nor tambah

Cara²
Lumurkan ikan bersama garam dan saluti dengan tepung jagung.
Goreng ikan d dalam minyak yang panas sehingga garing.. Angkat dan ketepikan.
Panaskan sedikit minyak d dalam kuali... tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.
Kemudian masukkan udang kering dan tumis sehingga garing.
Masukkan cili merah dan daun kari.. Tumis sehingga wangi.
Masukkan serbuk kari dan goreng sehingga terbit aromanya.
Setelah itu boleh ler d masukkan kesemua baki bhn² B dan tumis seketika.
Masukkan ikan goreng dan gaul rata.
Masak selama 3 minit d atas api kuat dan angkat.
Sedap d makan dengan nasi putih panas.
Untuk resipi nie... jangan tambahkan air yer. :)

19 comments:

  1. curlasttt namas recipe mesti rasa pow malatop ni k.nor khen...ai suka jenis ni...dah copy pow nnt leh try....*______^

    ReplyDelete
  2. Waa...wanginya sampai ke dapur Rahel...hehehe..macam nak ambik je semua lauk tu..

    ReplyDelete
  3. kak nor.. kat bintulu hujan selang sehari. mula2 panas yg teramat spt sakit kepala kalau keluar rumah, pastu ptg2 sikit dia mendung, malam atau esok nyer hujan lebat.. duk panas hujan panas hujan, lg la cepat demam. tun ingatkan pantai timur je ada tengkujuh, sini pun tengkujuh jugak rupa2nya. cuma setakat ni xde lg yg hujan x berhenti2 2-3hari.

    ehh.. ni jd karangan pasal musim hujan pulak. hihi..
    hitam2 si tompok manggis ye kak nor. mula2 ingatkan hangus.. kui kui.. (kalau hangus xkan nk tayang kan.. ;p ). tun rasa ikan putih tu, ikan isi putih kot.. tgk resepi2 kak diana yg lain, byk guna ikan isi putih goreng ngan tepung jagung b4 salut ngan kuah.

    ReplyDelete
  4. Mesti bau satu rumah masa masak kan... Takpe, biar jiran sebelah tertanya tanya apa la menu kak nor hari tu.

    ReplyDelete
  5. Lapola pulak perut kak cek ni.....:D

    ReplyDelete
  6. saya pun ingat nak masak kicap jugak la kaknor nanti...nak perabihkan kicap campur saya tu...hehehhe

    ReplyDelete
  7. wah... resepinya cantik & menarik, senang-senang nanti nak try ye kak nor.. masuk list dulu..

    ReplyDelete
  8. salam kak nor yg dirindui (cewah..) :D. nama menu dah teruja nak tengok. mesti harum wangi je baunya dan pasti sedap! :D

    ReplyDelete
  9. rasa dia mesti sesedap namanyer kan kak nor

    ReplyDelete
  10. ikan putih memang banyak area sabah borneo ni...nani tak pasti kat semenanjung ada ke tidak ikan putih. sebab mak tak pernah beli pulak.tapi isinya lebih kurang dengan ikan bawal je. lembut dan manis.

    ReplyDelete
  11. kat sini pun selalu hujan gak kak nor..dah mcm cuaca kat Msia lak..hehe sedap tgk lauk kak nor ni...:)

    ReplyDelete
  12. kalau kat famili belah suami, ikan ni byk kat sungai..memang sedap dibuat masakan cenggini.

    ReplyDelete
  13. ayu >> alhamdulillah.. mmg sedap ni.. makan dgn nasi panas2.. fuh... menambah2 :)

    rahel >> camna nak amik rahel.. dah pinish semua tu :)

    tun >> tu la tun.. dah musim dah ni.. k.nor pun tak tahan gak kalau main panas hujan panas hujan.. hidung cepat nak mencair dan kepala mesti nak berdenyut

    bukan hangus la tun, mmg gravy dia gitu, guna kicap banyak kan.. sedap ni tun... try la

    citarasaku >> betul2 :)

    ReplyDelete
  14. hazila >> dia tertanya2 jer, tp tak ketuk2 pintu pun.. hehe

    k.cek >> k.cek tak lunch lg ke? :)

    Q >> oo guna kicap tu ya.. ok gak tu..

    amie >> silakan mencuba amie

    ReplyDelete
  15. as >> wahh rindu as jugak! mmg wangi masakan ni as.. try la

    ida >> insyaallah sedap ida.. masakan kicap2 ni mmg sedap dan membuka selera :)

    lieya >> meh try masak ni

    nani >> ooo.. kalau tengok rupa mungkin boleh tau kat sini org panggil nama apa kan

    ReplyDelete
  16. nieza >> oo sana hujan gak ya.. try la nieza.. rasanya kalau buat dgn ayam ok gak kut

    haniaiman >> oo ikan putih ikan sungai ke?

    ReplyDelete
  17. heeheehee.. akak nor cayang.. ikan putih bukan ikan sungai akak.. kalau ikan sungai diana sndiri x reti nak makan... :D.( tp kat tmpt lain mungkin tu panggilan tuk ikan sungai kot..)
    kami panggil ikan putih.. tp ikan air laut.. kat sana x tau panggil ikan apa..
    terima kasih kerana sudi mencuba yer akak.. :)

    ReplyDelete