ASSALAMUALAIKUM..
Ampun Ros.. ribu2 ampun.. K.Nor dah edit resipi donut Ros ni. Sebenarnya K.Nor kompius sgt tengok botol 'buttermilk' yg Ros tayang tu. Kalau ikut apa yg K.Nor tau dan tengok pada link yg Ros bagi tu, buttermilk ni dibuat dari susu dan kalau tak ada yg readymade boleh buat dgn membancuh susu fresh dgn jus lemon atau cuka. Dan hasilnya pastilah tetap warna putih dan setau K.Nor buttermilk kalernya putih cam susu tu. Bila tengok gambar yg Ros tayang tu, sebiji rupa/tekstur butterscotch sbb K.Nor pun ada sebotol butterscotch kat dapur. Lagipun Ros kata, donut yg dihasilkan wangi, jdi kalau guna butterscotch baru la wangi semerbak donut kalau nak dibandingkan dgn menggunakan buttermilk. Jadi K.Nor decide nak guna butterscotch yg ada tu utk buat donut menggunakan resipi ButterMilk Doughnuts Ros ni.
Alhamdulillah.. donut yg dihasilkan mmg lembut dan wangi hasil dr penggunaan butterscotch. Luqman yg mmg antu donut suka betul dgn donut ni. Disebabkan tukang masak tu kurang kerajinan nak mencanai dan menerap donut, jadi digentel2 jer doh tu menjadi bulat. Jadilah donut ball kan. Terpulanglah pada citarasa masing2 nak membentuk donut tu, cuma tukang masak ni jer suka main bulat2. Cepat sket siap dan kurang sket peralatan utk dibasuh.. hehe
Mintak izin ya Ros, K.Nor nak share resipi donut Ros tu kat sini lak ya.. (dgn sedikit ubahsuai) .
Ni butterscotch yg K.Nor gunakan..
Dibeli kat kedai baking ya..
BUTTERMILK DOUGHNUTS (Butterscotch)
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
sumber: K.Nor@SecubitGaram
Bahan-bahanya
2 sudu kecil baking powder
180 gram tepung roti
220gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit mengunakan garpu)
140ml air suam
1 1\2 sudu besar marjerin@butter@shortening
3 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)
3 sudu kecil buttermilk ( beli kat kedai bahan bakery seperti gambar di atas) ~ k.nor guna butterscotch
sedikit serbuk gula sebagai salutan pada donut ini nanti.
1. Buat doh, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.
- kalau dah buat buttermilk sendiri guna susu dan cuka tu, kuantiti air suam@cecair yang 140ml tu boleh ditukar terus pada buttermilk, dan tepung roti tu juga boleh ditukar pada tepung gandum sahaja.
*K.Nor lebihkan 1 sudu butter dan tambahkan hampir 1/4 cawan air masa menguli sbb aritu masa buat doh keras sket. Mungkin K.Nor dah tersilap sukat tepung kut.



salam kak nor...
ReplyDeleteteringin lah pulak nak makan donut. Ira pernah ternampak butterscotch kat kedai bakeri kat sini tp dalam kotak yang besar...nanti kena tanya tauke kedai nampaknya
nak try jugaklah..memandangkan hani dan aiman suka mkn..izinkan kopi resepi ye kak nor.
ReplyDeletek.nor...atie nih suka makan donat. tp klu buat selalu je tak jadik.. tensionnya..
ReplyDeletemekaseh nor,..sbb ada kerajinan utk mengedit..dah ada dlm kepala ni nak buat tapi nak tunggu dulu..tunggu apa ya...esok lah kot.esok cuti..ramai yg mau di jamu..meriah lah sikit kan?
ReplyDeletea'kum kak Nor,
ReplyDeletemesti bau doughnut ni sedap ek.. mmmm..harummm..
Mesti sedap ni kan Nor....:D
ReplyDeletewahhh..geramnya!td dah ngomen pepanjg tetiba kuar error 404..pas tu refresh lagi ia dah ilang..huh.. mintak donut kak nor..wat ilang majuk nih..aci x?*taktik nak ngendeng donut
ReplyDeletemesti penuh harum satu rumah cam baku kedai bakery ek kak..akak beli mana butterscoth tu?kat kedai baker ke supermarket ke kat market ikan?
baku laa pulak.. BAU..adeh...cursor ni pun lompat2 time kite menaip..adehh..bak donut nya kak..ehe
ReplyDeleteira >> try tanya tokey kedai tu kut2 dia jual dlm botol2 kecik :)
ReplyDeletehaniaiman >> silakan.. slmt mencuba resipi ros ni
atie >> tang mana tak jadi? mungkin yis dah mati kut..
k.nim >> alaa k.nim.. takkan tak kenal nor, kan nor sukaaaaaaaa mengedit :)
yer la kan, esok cuti.. mmg syok masak2 kalau ramai yg tukang makan
zack >> yer zack.. time bibik melayu duk menguli tu dah terbau keharumannya :)
ReplyDeletek.cek >> alhamdulillah k.cek.. mmg sedap .. wangi jer
sue >> hehehe.. meh nak kasi tip ya.. lepas taip jer apa2 komen kat entri sapa2 pun, apa kata sue copy dulu pastu baru send.. kalau2 ter error lagi paste jer la balik komen2 yg dah siap taip tu. tak la hilang hehe
donut dah jadi baja, nak gak ke? hehehehe.. tanya mek jah kalau tak caya :)
haa.a.. akak beli kat pasar daging.. acu tanya org yg jual daging tu, ada stok lagi tak butterscotch ni.. hahaha.. huhh... ada ke tanya kat pasar.. kat kedai baking la sue cayang wehh.. :)
kak nor, saya ni x pernah pulak nengok botol butterscotch tu...1st time tahu pun pasal roti. tetibe je rasa jakun... nak view gambar pun xleh ni... adehhhhhh mesti wangi baunya kan!
ReplyDeleteNor... mcm terasa2 jer kesedapan flavour butterscotch. Lagi2 kena pada doughnuts yg lembut...haish!!!
ReplyDeletenyummy!! baru je tgk nigella wat butterscotch kat AFC.. mcm wat guna hangus, tp campur golden syrup..
ReplyDeleteComei2 jew donut ek...macam nak ambik semua..pastu celup kat coklat cair..emmm yummy banget.
ReplyDeletekalau roti butterscotch tu mmg sedap... mesti donut ni pun ada bau harum butterscoth tu jugak kan.. tp buttermilk tu tak dpt nak imejin cemana rasanya lagi sbb belum pernah guna dlm kuih muih..
ReplyDeletetak penah jumpe plak butterscotch ni..kene round supermarket dengan kadar siput la nampaknyeee...gegegege
ReplyDeletek.nor sayang..donut tu salut dgn gula icing ke gula caster?
ReplyDeleteSEDAPNYA kak nor nak try jugak ehh.. tapi x pernah la tengok butterscotch ni .. apa gungsinya masuk dalam buat donut ni
ReplyDeleteWahhh sana sinun mendonut...yg gebuzz yg wangi ...beh..beh..sangat!
ReplyDeletesukanya donut.. tapi leh pandang je la .. mana la nak dapat butterscotch ni.. hhuuhuhu.. nampak pun tahu gebu
ReplyDeletewah sedapnyer...leh try nanti ni...ramai tul orang buat donut hari ni...saya pun wat donut gak hari ni...
ReplyDeletecheq sue >> try cari kat kedai bakeri.. insyaallah ada
ReplyDeletemama hawa >> mmg sedap ma, try la
tun >> oo yer ke.. tun buat nanti post kat blog ya.. boleh org lain ikut buat.. kalau nak beli mungkin ramai yg tak jumpa, lebih baik kalau dapat buat sendiri kan
rahel >> opps.. sori. semua dah abis. yg tinggal hanyalah gambar jer :)
ReplyDeleteratna >> mmg wangi cam roti tu gak la ratna. .
k.nor rasa lah tokey kedai baking yg ros beli tu tersilap letak nama kat label tu kut :)
hajar >> hehe.. kalau jalan cara siput nanti barang lain yg banyak dirembat lak tu :)
pia >> k.nor guna gula castor :)
ReplyDeletewani >> sebagai penyedap dan pewangi kuih tu rasanya
chah >> try la ya
ita >> kalau tak jumpa kat kedai kena try godek sendiri butterscotch kut.. cam tun kata nigella ada tayang resipi butterscotch kat astro
ReplyDeletelizz >> hari donut sedunia kut hehe
huhu..besnye...bila la nak boleh wat nh...
ReplyDeleteAssalamualaikum akak..
ReplyDeletecomel sungguh donut tu.. cam nak ambik jer tau.. nie irfan mmg suka nie..
haduilah ku sangkan guna roti butterscotch...rupanya...hihihiii..lawak sungguh lah... :D
ReplyDeleteAssallamualaikum kak Nor..
ReplyDeletehihihihi..udah tertukar pulak buttermilk dgn butterscotch pulak.. Tapi tak pelah ..Pulangan yg sungguh mengujakan.. Pencipta resepi baru jadinya..hehehe..
boleh challenge donut big apple nim..donut big banana la pulok
ReplyDeleteKNor
ReplyDeleteTadi kan lepas balik zoo ingat nak buat donut but kan oleh kerana cik hb ade kat rumah dia banned kita masuk dapur and just chill dgn dia.. adehhhh risau tak do any cake in my fridge.. tader benda nak cemil.. besok sure akan ku buat ape yg ku hajati.. membaking! hehehe
Donut ni sure harum kan.. rasa dia also different kan.. err?
najiha >> try la buat bila dah betul2 free :)
ReplyDeletediana >> w;salam.. nanti D try buat utk irfan ya, insyaallah dia suka punya :)
lia >> hehhe.. kena baca betul2 n3 lain kali :)
naz >> k.nor rasa tokey kedai tu yg tertukar naz tp at least dpt gak ros hasilkan satu resipi yg best kan :)
ReplyDeleteanon >> big mana? cam citer dlm tv jer :)
rima >> haha.. siap kena banned tu.. alaaa... dia nak rima lepak2 dgn dia jer la tu.. kan.. sesekali apasalahnya sbb dia tau kalau rima dah masuk dapur, dah start panaskan oven mesti dia tak leh nak chill dgn rima :)
yes, mmg harum dgn bau butterscotch tu.. try la :)