f Secubit Garam: DAGING GORENG BEREMPAH

N3 Terkini

Monday, October 31, 2011

DAGING GORENG BEREMPAH

ASSALAMUALAIKUM...


Dah lama tak masukkan entri masakan daging rasanya. Bila check balik kat labels tu, last sekali 29 Sept.. ermm dh sebulan.  Bukan tak masak daging kat rumah ni tapi masak menu yg sama yg direquest anak2. Lagipun daging K.Nor cuma masak sekali seminggu jer. Kebetulan beli daging sket baru2 ni K.Nor try la satu masakan mudah dan sedap kat anak tekak ahli dlm rumah ni. Luqman siap ratah2 lagi dan bertambah makan nasi. 



Resipi ni mungkin ada persamaan dgn resipi2 ayam atau daging yg pernah dicuba sbb masa masak tu K.Nor main campak2 jer apa yg rasa nak campak. Kalau kebetulan sama dgn resipi2 lain harap maaf ya, bukan niat nak mengada2 mengaku cipta resipi sendiri. Tapi biasa lah kan, masak-masak ni kadang2 bahan2 yg digunakan lebih kurang jer, cuma tambah itu sket, ini sket dah siap satu resipi lain. Mungkin cara masak tu ada yg berbeza sket dari resipi org lain tp basicnya tu tak lari sangat la.. 




Rasanya masakan ni boleh dimakan bersama ketupat atau lemang. Nak makan dgn nasi berperisa pun boleh. Terpulang pada citarasa masing2 ya..  Selamat mencuba :)

DAGING GORENG BEREMPAH
resipi : K.Nor @ SecubitGaram


Bahan:

400gm daging ~ dipotong kecil/nipis

1 sudu besar cili mesin
1 biji bawang besar ~ dihiris nipis
1 biji bawang besar ~ dipotong baji/wedges
3 ulas bawang putih ~ dihiris nipis
1 in halia ~ ditumbuk
3 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk lada hitam ~ lebih sedap jika guna lada hitam yg baru ditumbuk
2 sudu besar kicap manis
1 keping asam keping
air secukupnya (lebih kurang 1 cawan)
3 biji cili merah/hijau
garam, gula
daun ketumbar secukupnya ~ dihiris
minyak

Cara:
Perapkan daging bersama serbuk ketumbar, serbuk jintan putih, serbuk jintan manis, serbuk kunyit dan serbuk lada hitam.

Panaskan minyak dan masukkan bawang besar yg dihiris.
Goreng hingga bawang layu dan masukkn bawang putih serta halia. Goreng lagi hingga wangi.
Masukkan cili mesin dan tumis hingga garing.
Masukkan kicap dan daging yg diperap tadi dan goreng hingga daging berubah warna.
Masukkan asam keping dan air secukupnya dan kacau.  (biasanya K.Nor suka masukkan air separas daging) 
Tutup kuali dan biarkan mereneh dgn api sederhana dgn sesekali mengacau supaya masak serata.
Kemudian masukkan cili, bawang besar yg dipotong baji, garam dan gula secukupnya. Kacau.
Masak hingga kepekatan yg disukai.


* kalau menggunakan daging batang pinang tak perlu guna air yg banyak, sekadar 1/4 - 1/2 cawan sudah memadai.



23 comments:

  1. kalo masak daing kene perap ni sedap kan kak...terasa bahan2nyer tu...:)



    pg2 bc post masakan daging k.nor ni lapo la plak...hehehe

    ReplyDelete
  2. kak nor.. nnti lepas raya haji mesti berderet2 kuar menu daging kan.. tun x balik raya!!!!!!!!!!!!!!! uwaaaaaaaaaaa!!!!!!!! sob sob sob sob....

    ReplyDelete
  3. Nor..kalau K.noor buat nanti nk mkn dgn pulut kuning,pg raya aidil adha..ok tak?nampak sedap la daging ni..

    ReplyDelete
  4. raya haji pun dah makin hampir, boleh masak rendang ni..

    ReplyDelete
  5. As'salam Nor

    Alhamdulillah..lauk2 macam ni memang sesuai dengan citarasa ct sekluarga. nak2 Hb memang suka lauk2 yang ada daging. Bolehlah ct mencuba untuk hari raya haji nanti Nor..insya'Allah. makan pula dengan nasi minyak atau nasi tomato atau apa nasi lah kan...hehehe.

    kecur pulak tengok gambar daging berempah ni. mintak izin amik resipi dulu ya :D

    ReplyDelete
  6. makan ngan ketupat palas dihari raya sedap jugak ni kan.. mekasih kak nor bagi idea. simple delises

    ReplyDelete
  7. boleh simpn resepi dulu.... ry korban dh dkt... selalunya mmg dpt daging walaupun tak pegi beratur kat masjid utk amik daging percuma.. sbb ada jer yg kirim bila blk dr kampong nnt.. hehe..

    ReplyDelete
  8. patutla kena ratah2..menyelerakan nampaknya..ala-ala rendang gitoo..tq k.nor utk idea yg bestest ni...

    ReplyDelete
  9. Waduh..bertambah lagi godaan K.Nor..bagila Rahel rasa sikit daging berempah tu..emm suka sangat makan ngan nasi putih jew.

    ReplyDelete
  10. Aslmkm Kak Nor...

    Muaahhhhh...rindu nak skodeng dapur akak tau...Masuk2 ja..ada daging goreng. Fovorite sue tu....Heeee

    ReplyDelete
  11. ecah >> betul tu, rempah ratus tu meresap ke dalam daging tu yg buat masakan ni sedap .. insyaallah...

    tun >> biasanya gitu la tun, tp kena hadkan gak sbb tak leh la makan daging kerap sgt.. :)

    tu la.. baru2 ni dah balik kan.. ke sbb cuti pendek ...

    k.noor >> hehe k.noor, nor pun cadang nak buat makan dgn pulut kuning gak masa raya haji nanti.. insyaallah...

    ReplyDelete
  12. qhaifa >> ni bukan rendang qhaifa, tak ada unsur rendang spt daun kunyit atau daun limau purut.. just masakan rempah2 biasa jer

    CT >> nor pun suka menu daging tp kena limitkan skrg tak leh masak kerap sgt kena jaga kesihatan hehe

    try la CT, makan dgn nasi berperisa pun sedap ni.. insyaallah...

    izah >> huh... dia pulak nak makan dgn ketupat palas.. yer la.. mentang2 org dah pandai buat ketupat palas ya.. poskan ke k.nor 30bj ketupat palas ya.. :)

    ReplyDelete
  13. ratna >> insyaallah.. selalunya camtu la kan.. tak masuk bahagian ke tahun ni ratna? :)

    chah >> hehe bestest ek.. heheheh.. yr welcome :)

    rahel >> tak amik ke tadi rahel.. dah abis la kalau lambat :)

    ReplyDelete
  14. sue >> wahh lama tak nampak sue.. baru jer nampak kelibat sue kat fb kata dpt online balik kat rumah.. masuk sini terus nampak sue komen.. hehe.. rindu sama sue jugak! hehe

    jay >> do give a try :)

    ReplyDelete
  15. Kak Nor..sedapnya daging rempah ni..mieza suka lauk pauk yg berkuah kering mcm ni..sedap!

    ReplyDelete
  16. Salam Nor cayang. Tadi baru singgah rumah Nur pun masak lauk daging. Along tunggu qurban nanti dapat daging fresh baru lah nak dapat masak daging nanti.

    ReplyDelete
  17. assalam kak nor, baru sempat nak singgah dapur akak ni...bz sokmola..hehe btw sedap nengok msk daging kak nor ni kalau mkn ngan pulut pun sodap ni..:)

    p/s: nieza dah try dah buat puding keju ..tq yer kak nor:)

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum akak nor cayang..
    wah daging tu nampak sedap sgt ler akak... mengoda tau... masuk list dulu.. nnt bila hubby suh masak daging.. nak masak yg nie.. terliur tgk

    ReplyDelete
  19. mieza >> try la buat mieza.. mudah2an kena dgn selera mieza sekeluarga

    k.cek >> alhamdulillah.. sedap k.cek ..try la.

    along >> whahh ramainya nak tunggu dgg qurban ya.. mmg best makan dgg qurban kan along.. berkat :)

    nieza >> tau2.. nieza bz dgn aktiviti kan.. takper.. jgn lupa rest ya..

    dah tengok gak puding keju ala rose nieza tu :)

    diana >> w'salam D.. hehe.. kena tunggu cik abg order dulu ya.. hehe slmt mencuba ya D :)

    D, dah sihat belum? :)

    ReplyDelete
  20. salam kak..
    hubby beli dging..buntu nk msk pe..sy tgok da resepi best kt sni..ni dok mkn smbil komen..huu..sedap..cuma sy xde stok jintan putih..kalau nk lebihkn air bg berkuah sket pon boleh kn? thanks kak sharing resepi..

    ReplyDelete
  21. azy >> w'salam.. wahh cptnya azy buat.. mekasih sudi cuba ya.. berkuah atau kering tu terpulang pd kita nak mcmana ya..

    mekasih sudi cuba resipi ni ya.. :)

    ReplyDelete