f Secubit Garam: APAM PISANG COKLAT RICE

Wednesday, October 19, 2011

APAM PISANG COKLAT RICE

ASSALAMUALAIKUM...

Bersua lagi di petang Rabu. Kalau Rabu mesti sinonim dgn Wordless Wednesday kan.. apasal hari Rabu jer? Hari2 lain tak leh ek... hehehe.. Nak buat wordless gak rasanya. Just show gambo dan resipi cam pernah buat aritu. Tapi ada pulak yg marah ya.. hehehe.. adehhh.. ingat senang ke nak mengarang citer. Dah la semua dah expose skrg ni. Dah tak ada nikmat pot pet cam dulu2. Nak ngarang pun kena ulang2 pikir ayat.. huhhh kecewa gak sesekali rasa.. :( Dek kerana ni lah yg pernah buat rasa mood merudum dan nak stop blogging. Kan Jah kan.. :)


Ok lah.. Kita cakap bab entri hari ni. Meh layan cuci mata dgn apam yg lembut dan sedap ni. Manis pun sedang2 jer (ehh K.Nor dah kurangkan sket sukatan gula sbb K.Nor guna pisang yg dah teramat ranum/masak, kang terlajak manis lak kan.. ) Resipi apam ni milik Ros JintanManis yg ada bau2 buah kuini dgn K.Nor hehehe Mintak izin ya Ros, K.Nor nak share resipi tu kat sini lak ya... Tq :)

Mekar berjambak2 ^___^


APAM PISANG COKLAT RICE
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-Bahannya
3 cawan tepung gandum ( di ayak bersama baking powder)
1 sudu kecil ovalette
1 sudu kecil baking powder
3 biji telur
1/2 cawan minyak masak
3/4 cawan gula
3/4 cawan pisang yang telah dilenyek
1/2 cawan susu segar@ santan@bancuhan susu pekat manis@bancuhan susu tepung
beberapa titik esen vanila
1/2 cawan coklat rice

Cara-caranya
1. Lecek pisang yang telah ranum hingga hancur, selepas itu dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga betul-betul kembang.

2. Kemudian masukkan pisang yang telah dilecek tadi, minyak masak dan esen vanila, pukul lagi, selepas itu masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang seli dengan susu segar, kacau sebati. Akhir sekali baru masukkan coklat rice, kacau rata.

3. Panaskan kukusan, pastikan acuan di sapu dahulu dengan sedikit minyak, sudukan adunan apam pisang tadi di dalam acuan, dan kukus selama 8 ke 10 minit, letakkan aduna 3/4 bahagian acuan untuk memastikan apam pisang naik cantik apabila siap dikukus nanti. Selamat Mengukus. : )

- ros gunakan acuan kuih lompang yang warna merah tu, ros alaskan dengan cawan kertas mini, dan selebihnya ros hanya kukus dalam acuan kuih puteri ayu.

Nota: Kalau nak letak soda bikarbonat pun boleh, tapi pastikan ayak tepung dua kali, kerana jika soda bikarbonat tak rata atau terlebih letak, apam pisang akan berasa pahit. sebab tulah dalam adunan ni ros hanya letak baking powder dan ovalette sahaja.

* rasanya lain kali kalau buat K.Nor nak humban semua dlm mangkuk mixer (kecuali pisang dan coklat rice yg akan dimasukkan last). saja nak ngetest gitu. kalau sapa2 yg ada mixer yg strong sket tu boleh lah buat kaedah ni ya..