f Secubit Garam: ENTRI TERAKHIR....

N3 Terkini

Friday, December 30, 2011

ENTRI TERAKHIR....

ASSALAMUALAIKUM...

Betul la tu.. tak silap baca. Memang entri terakhir.. terakhir utk tahun 2011. Kalau ikutkan mmg nak jadikan entri terakhir terus utk SecubitGaram, tapi banyak benda yg perlu diambil kira. Kalau diikutkan hati dan perasaan mmg nak mengakhirkan aje SG tp bila diambil kira ramai lagi yg suka dari yg membenci.. tak jadilah nak teruskan niat tu. Sampai bila kita nak busuk hati dgn org lain.. Takyah la nak kacau2, nak tembak2 org lain.. kita tembak gambar masakan kita aje dah lah.. kan.. hehe 

Begitu banyak suka duka sepanjang 2011 ni.. Alhamdulillah.. segala puji bagi Allah juga sbb yg baik2 tu adalah dariNya manakala yg buruk2 tu adalah dari kita manusia yg tak pernah lepas dr membuat dosa dan menganiaya diri kita sendiri. Semoga 2012 akan memberi sinar baru, menjadikan dunia blogger lebih baik lagi dari segi dalaman dan luaran.


Jom kita balik pada entri terakhir 2011 bagi SecubitGaram.. NASI KABSA DAGING. Sebelum ni K.Nor dah pernah buat Nasi Kabsa Ayam, menggunakan resipi Raidah dan juga menggunakan rempah nasi kabsa yg K.Nor dapat, pemberian Ayu Kuwait. Lepas tu K.Nor sembang2 dgn Along (masa tu dia kat Jordan) tanya dia ada tak rempah nasi kabsa atau nasi mandi kat tempat dia. Along kata mmg banyak, ada yg dijual timbang dan ada yg dlm kotak. Terus K.Nor mintak dia belikan rempah2 tu dan bawak pulang kalau dia balik bercuti. Jadi smlm K.Nor amik peluang masak Nasi Kabsa menggunakan rempah asli dari Jordan sementara kesemua anak2 ada lagi kat rumah ni. 

Alhamdulillah.. walaupun hasil tak menyerupai 100% Nasi Kabsa org Arab tp tetap sedap kat anak tekak K.Nor sekeluarga. Tanya Along, sedap ke tak, dia jawab sedap cuma kaler jer tak sama. Rasanya K.Nor tak letak safron yg mencukupi masa masak nasi tu. Takper.. lain kali cuba lagi dgn menambah sukatan safron.. hehe


Jom cuci mata dgn Nasi Kabsa versi org Melayu ya.. Nak offer pun dah abis, kalau ikutkan nak post smlm lg nasi ni tp disebabkan USB port buat hal smlm, terpaksa la KIV utk masukkan entri. Nasib baik hero sulong pandai baiki .. kalau tak mmg tak leh nak upload gambo la jawabnya :)

NASI KABSA 
resipi : ResipiRaidah
sumber: K.Nor@SecubitGaram


Bahan-bahan:
1 ekor ayam (dibelah 2) @ 1 kg daging kambing + tulang
3 pot/cwn beras basmati ~ cuci dan rendam 30 mionit, toskan
4 1/2 pot/cwn @ secukupnya air panas
2 sudu minyak masak
1 sudu minyak sapi
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 biji bawang besar - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - dipotong dadu
1 batang karot ~ diparut
1 biji buah tomato - dikisar
2 sudu tomato puri
1/2 sudu kecil pewarna kuning (saffron)
1 sudu besar rempah kabsa
1 biji lemon hitam/kering - dicucuk bahagian tengahnya ~ k.nor tak letak
1 biji lada bengala merah (red capsicum) ~ dipotong dadu
1 sudu kecil lada hitam biji/serbuk
2 biji cili merah ~ jgn potong
1/4 cawan kismis
Garam secukup rasa dan gula (kalau suka)
***Klik pada rempah kabsa untuk resepi

Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumiskan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga, bawang putih dan besar dan goreng sehingga wangi.
2. Masukkan buah tomato, tomato puree, lemon, saffron dan rempah kabsa dan goreng sebentar.
3. Kemudian masukkan ayam dan masak sehingga ayam masak. Tambahkan garam secukup rasa dan juga gula.
4. Masukkan karot, capsicum, cili merah, kismis dan beras. Masukkan air panas secukupnya dan masaklah nasi sehingga masak.
5. Kacau/gembur nasi bila nasi betul2 masak, selepas 30 minit supaya nasi tidak hancur.

**
kali ni k.nor guna rempah kabsa ori..
utk lemon kering tu boleh gantikan dgn perahan lemon
utk sukatan air, setelah ayam masak, terdapat air dari ayam bercampur dgn rempah ratus tu jadi K.Nor kurangkan sukatan air sebanyak 3/4 cawan. Alhamdulillah elok jer nasi masak dan tak lembik tak juga keras. tapi kena ingat ya, sukatan air ni bergantung pada jenis beras yg digunakan.
Bila K.Nor guna daging, K.Nor masak dulu daging bersama dgn bahan2 lain tu hingga daging empuk. Sebelum masukkan beras, angkat daging tu keluar dan barulah dimasukkan beras. Masukkan balik daging dan masak lah hingga nasi masak.

SOS

Bahan:
1 biji tomato ~ hiris
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus
Garam
Gula
Perahan lemon.

Cara penyediaan:
~ Kisar semua bahan (kecuali daun ketumbar) dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.

18 comments:

  1. Assallamualaikum Kak Nor..
    Kak, nape kak? Bunyi mcm org merajuk jer tu.. Meh sini Naz pujuk.. Ada yg kacau Kak Nor yer. Sabar ye kak. Nak puaskn hati semua org mmg x boleh lah kita ni...

    Ni nak hantar msg ke fb akak.. Nanti baca yer...

    ReplyDelete
  2. Happy New Year KNor.. hv a wonderful year ahead ok..

    ReplyDelete
  3. ala k.nor..jgn la berhenti...da banyak g nak belajar...huhu..

    ReplyDelete
  4. selamat tahun baru k nor!
    feveret kami sekeluarga nih ;-)
    kalau sampai KT nanti buleh ler mkn kat umah k nor kan ;-)

    ReplyDelete
  5. Salam Nor, kabsa tu apa dan boleh didapati dimana? Nampak sedap & teringin nak mencuba. Tqvm.

    ReplyDelete
  6. wah ... kak nor buat terliur betul...
    nanti nak try buat jygak.. tp tgg semangat datanglah.;.. Anyway selamat tahun 2012 buat kak nor dan family..

    ReplyDelete
  7. Jgn la sampai berhenti...Anggap la itu dugaan Allah..Tuhan sayangkan k.Nor.Dalam ramai2 anda terpilih untuk menerima dugaan itu.Teruskan berblog.. Mama baru aja mengikuti blog k.Nor..banyak sgt ilmu yg mama dpt dr blog ini..sabar ya..Selamat tahun baru..Mama love you..

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum..

    naz >> w'salam naz.. ishh tak merajuk la naz.. yg dah tua ni kalau merajuk lagi lah bertambah tua kan.. hehe

    dah.. tq :)

    rima >> tq rima.. utk rima dan famili juga :)

    najiha >> ehh .. tak berhenti pun.. tp akan di slow down kan :)

    zarin >> wahhh awalnya dia demand hehe.. insyaallah :)

    zaharah >> kabsa tu sejenis rempah dr arab.. bila dimasak dgn nasi jadi lah nasi kabsa.. saya tak pasti kat mana boleh dapatkan rempah ni tp kalau tak silap ada yg kata kena cari kat kedai rempah org arab di KL.. wallahua'lam

    kalau nak try buat nasi ni, klik link rempah kabsa tu.. ada raidah letak resipi utk buat rempah kabasa

    zue >> slmt tahun baru dan slmt mencuba ya zue

    mama ann >> mmg pun, nor tau semua tu dugaan dan ujian dr Allah yg menyayangi hambaNya.. insyaallah.. nor redha dgn segala apa yg ditimpakan.. Allah lebih mengetahui apa yg terbaik buat hambaNya kan mama..

    mekasih ma sudi dtg sini.. nor baru jer tengok ma buat puding karamel tu kan.. mekasih sudi mencuba resipi2 dlm ni.. insyaallah nor tak kan stop blogging buat masa terdekat ni.. tp siapalah kita utk mengetahui apa yg akan berlaku di kemudian hari.. cuma lepas ni akan slow kan sket update blog.. mungkin seminggu sekali atau 3x jer seminggu.. tengok lah dulu camna.. apapun mekasih dr nor atas kasih sayang ma tu ya.. mmmmmmuah buat mama :)

    psst! jgn la panggil k.nor.. sbb rasanya nor yg kena lebih hormatkan ma sbb ma lebih berumur dr nor :)

    ReplyDelete
  9. Allah lebih tahu niat hati manusia yg berhati busuk ni. Hal org lain, dia lak yg terlebih sibuk. Kak nor xsuke komen saaya? Sila delete... Kiki

    Saya doakan blog kak nor dan blog2 manusia yg berhati baik akan terus suksess dan hanya dibalas oleh Allah. Bukan dibalas dengan hal2 yg menggembirakan dlm dunia ni.

    Slamat memasuki tahun baru dgn lebih bersemangat

    ReplyDelete
  10. Salam K.Nor. Salam perkenalan di alam maya. Saya sekarang di Jordan K.Nor, tapi rasanya anak K.Nor (Along) tak kenal saya, dan saya pun rasanya macam tak kenal dia. Maklumlah...ramai student Melayu di sini. Saya mengikut suami sambung PHD di sini. K.Nor janganlah tamatkan blog K.Nor. Banyak resepi K.Nor yang saya jadikan rujukan. Bagi saya resepi nasi kabsah kat atas tu jadi je dari segi warnanya. Ikut pengetahuan saya yang tak seberapa ni, kalau letak safron dia akan jadi nasi mandy sebab nasi mandy warna kuning-kuning gitu. Kalau datang ke Jordan, sudi-sudilah singgah ke rumah saya. Ramai isteri-isteri di sini sukakan blog K.Nor. SALAM PERKENALAN sekali lagi.

    ReplyDelete
  11. sikit je Allah duga dah nak berhenti ,

    ReplyDelete
  12. anon >> org pengecut jer tak berani nak letak nama dan link

    zira

    ReplyDelete
  13. terliur la tgk nasi khabsa tu..lain kali kalu buat ajak la saya makan sekali..hehe..salam perkenalan kak nor, saya baru je jenguk2 blog kak nor..bole saya link kat blog saya ke?

    ReplyDelete
  14. Aslmkm Nor. Along baru je balik bercuti. Slmt Tahun Baru 2012, semuga ukhwah gang masak2 ni bertambah baik di tahun baru ni... tak sedap dengor ada hal2 macam ni terjadi.... Nor ada rasa hati dgn Along juga ker? Kalau ada maaf ya, Along tak perasan pun. Semuga 2012 membawa kekuatan kepada siratul-rahim untuk semua gang masak2.

    ReplyDelete
  15. selamat tahun baru kak Nor ^_^

    leh testing nasi ni bila2 nnt, sudah kekeringan idea nk mkn apa lg ;p tp gerenti akak punya lg sedap dr sy, hehe..

    ReplyDelete
  16. Assalamualaykumwbh Sis Dear...

    Smg Allah swt mudahkan dan uruskan kak sekeluarga dgn sebaiknya dr tahun ke tahun...

    Love, Ayu...:)

    ReplyDelete
  17. selamat tahun baru moga lebih ceria dan berbahagia bersama family dan kawan-kawan

    ReplyDelete
  18. izah >> mekasih jah.. takper lah.. kita serah jer semua pd Allah.. dia maha mengetahui :)

    ummubalqis >> w'salam.. oo duk jordan gak ya.. mmg ramai student kat jordan kan.. :)

    insyaallah selagi diberi kudrat dan keizinan Allah, akan k.nor teruskan blogging. sbb salah satu nawaitu utama k.nor blogging adalah utk rujukan anak2 dikemudian hari..

    ooo gitu ya.. k.nor kalau masak nasi mandi/mandy tak suka letak safron atau pewarna, suka plain atau kaler ori nasi tu :)

    insyaallah kalau dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diizinkanNya, kita jumpa ya...

    mekasih sudi jd pengunjung SG dan tinggal jejak kali ni :)

    zira >> takyah layan la org gitu ya.. :)

    wanG >> salam perkenalan juga dr k.nor.. wan duk ganu ya.. mekasih sudi linkkan blog tak seberapa ni ya.. :)

    alongroz >> w'salam along cayang.. semoga along sekeluarga terutamanya liana sihat sokmo hendaknya..

    tak ada apa2 along.. don't worry k :)

    amin..

    zack >> dah seminggu tahun baru berlalu baru k.nor boleh reply.. kesian sungguh pd pengomen2 kat blog k.nor ni.. maaf ya zack.. kekangan masa yg tak mengizinkan sgt utk reply komen dan BW lately..

    ish.. zack.. air tangan setiap org ada keistimewaannya tu.. pasti zack boleh hasilkan yg lebih baik lg dr k.nor :)

    ayu >> w'salam ayu dearie..

    amin.. mekasih banyak2 ya..

    nor >> mekasih nor.. ehh sama lak nama kita ya.. :)

    ReplyDelete