f Secubit Garam: DAGING BUMBU BALI

N3 Terkini

Friday, December 23, 2011

DAGING BUMBU BALI

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah.. Mekasih semua yg telah memberi ucapan tahniah buat anak dara K.Nor juga buat kami sekeluarga.. Semua tu atas izin Allah juga.. semoga anak2 kita semua akan bertambah cemerlang di dalam pelajaran, dalam pergaulan dgn akhlak yg terbaik dan juga cemerlang dlm hidup di dunia dan di akhirat.. amin...

Dan mohon maaf atas suasana yg sedikit panas dalam entri Tiramisu Strawberi. Kepada cik anon, ini lah kami.. blogger masakan. Walauapun tak pernah bersua bertentang mata secara realiti hanya sekadar bergurau senda dan bertepuk tampar secara alam maya, tak dapat dinafikan antara kami ada ikatan yg amat kukuh. Kami bagaikan bersatu di alam maya dan bukan perlu satu persatuan atau kelab utk bloggers ni. Apa yg diluahkan tu hanyalah sebahagian kecil dari bloggers yg dah lama juga memendam rasa. Ramai lagi geng bloggers atau Geng Masak-Masak (GMM) yg menyatakan terkilan dgn apa yg cik anon dah luahkan tu cuma mereka tak mo kecoh2kan lagi suasana. Ini lah yg dikatakan. CUBIT PEHA KANAN, PEHA KIRI JUGA TERASA SAKITNYA..  Semoga cik anon dan bloggers newbie yg faham apa yg kami luahkan. Dan pada mereka yg selalu melakukan perkara mencuri/menciplak ni sedar akan kesilapan yg telah mereka lakukan. Dah banyak hati yg keciwa, dah banyak hati yg terusik dgn apa yg telah anda lakukan. Kalau ikutkan ada banyak lagi point2 yg menyebabkan sebahagian dr kami GMM ni buat disable right click function. Kalau cik anon nak tau, banyak gambar2 kami yg dah digunapakai utk perniagaan sesetengah org lain, termasuk di facebook. Adilkah bagi pihak kami, org yg dicuri gambar ni, bila kami bertanya pada org yg mencuri tu, kami pula yg dihentam? Malah pernah terjadi pd  K.Nor sendiri, sorang tu siap report kat Suruhanjaya Multimedia, padahal K.Nor yg jadi mangsa tp pemangsa pulak yg buat report? Atas dasar apa dia report, sedangkan dia yg curi gambar K.Nor? Sepatutnya K.Nor yg report kan? Jadi, diharapkan pada cik anon yg bersembunyi disebalik nama anonymous tidak lagi membuat tuduhan melulu tanpa mengetahui apa yg sebenarnya telah berlaku di kalangan dunia blogger. Yang kadang2 indah kabar dari rupa.. harap maaf andai kata2 ni kurang menyenangkan pihak cik anon..

Ok lah ya.. kita tinggalkan hal tu di situ.. Mudah2an ada penghujung disebalik yg berlaku. Dah nak masuk tahun baru, semoga dunia blog dan para blogger di tahun 2012 akan lebih hebat dan lebih bersifat prihatin dan tidak timbul lagi perkara2 yg kecoh dan gempak seperti yg sudah2.. Buangkanlah sifat buruk dan busuk hati antara satu sama lain.. lebihkan sifat keikhlasan dalam melakukan sesuatu perkara. Semua yg baik2 itu adalah dari Allah Taala juga manakala yg tak elok itu adalah dari kelemahan kita sendiri.. 

~~~~~~~ *** ~~~~~~~


Berbalik pada entri hari ni.. Kali ni nak tayang satu menu yg insyaallah amat enak dimakan dgn nasi apa2 pun, baik nasi putih maupun nasi berperisa. Sebelum ni K.Nor pernah try dgn menggunakan ayam (AYAM MASAK BALI) dan kali ni tak derhaka lagi dah.. guna daging spt kehendak resipi.. hehe.. Apa salahnya tukar2 bahan utama kan.. Bagi K.Nor dua2nya sedap! Tapi semestinya masakan daging lebih sedap sbb K.Nor lebih suka daging dari ayam :)


Jom tengok resipi yg K.Nor amik dari rumah MamaHawa ya... Tq Ma.. :)

DAGING BUMBU BALI
sumber : Cindai Biru@MyR, MamaHawa
sumber : K.Nor@SecubitGaram

500g daging (potong nipis, cuci bersih)
250ml santan tin ~ k.nor guna santan fresh
3 helai daun limau purut
2 sdb kicap pekat
*5 biji buah keras
*8 biji cili merah
*3 ulas bawang putih
*1 inci halia
*1 sdt kunyit serbuk
Garam dan kicap manis rasa
Minyak untuk menumis
Tomato dipotong 4 dan bawang besar potong bulat.

Kisar bahan yang bertanda * panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik minyak dan garing sedikit.
Masukkan daging, santan tin dan daun limau purut, kacau sebati dan biar hingga kuah agak pekat. Masukkan garam, kicap pekat dan kicap manis secukup rasa, gaul sebati.
Masukkan tomato dan bawang besar yg dipotong bulat. Kacau lagi dan angkat untuk hidangan.

11 comments:

  1. salam k.nor...nampak menyelerakan betul daging tu...lama doh lieza tak main masak2 lauk ni...maklum ler skrg ni asben lieza pun sering balik KL..jadi masak yg paling simple jer skrg nih...hehehe
    K.nor...syahdunya tgk gambo2 kat bawah tu...

    ReplyDelete
  2. takde buah keras la kak nor..huhu

    ReplyDelete
  3. dah ramai yg buat ni..akak nak tunggu thn depan lah baru buat..hehe

    ReplyDelete
  4. lama dah tak masak lauk daging..rasanya mmng dlm senarailah daging bumbu bali ni..menyelerakan sungguh..

    ReplyDelete
  5. Assalam kak nor,sy da juga baca komen kat n3 tiramisu tadi,tapi segan lak nak komen,duk baca2 komen org len jerla,hihi..Mmg betui n sy sokong la apa yg kawan2 semua kata kan tuh,hrp tahun 2012,akn mmbawa lbh keberkatan utk kita semua,InsyaAllah..Kak nor,pot pet juga,tapi daging tuh nmpk sodap bangat kak nor,nnti2 leh try,esk lusa n smp nx week bz ngan kenduri jer..

    ReplyDelete
  6. salam k nor
    saya tertingal ketaapi i..
    first nak ucap tahniah buat anak kak nor. well done!
    second saya suka k nor jawab apa yg anon komen kat entry tiramisu tu
    and last skali saya teringin nak makan daging ni sekarang ahahaha harus masuk tidur sekarang jugak! moga dapat jumpa daging ni dlm mimpi :D

    ReplyDelete
  7. http://najah-maisinggahsat.blogspot.com/December 24, 2011 at 12:40 AM

    Nampak sedap resepi ni...boleh cuba...bhn2 pun senang dpt!

    ReplyDelete
  8. Lewat dinihari singgah kesini...nak tido tapi mata tak mau tido...bestnya tgk lauk ni....

    ReplyDelete
  9. alahai sedapnyer daging bumbu bali ni...tukar nak tak kak, ida baru jer masak daging halia..
    tunggu ada buah keras baru boleh buat..huhuu

    ReplyDelete
  10. nyumnyumnyum..sedap nye k nor.. makan daging bumbu bali sambil tunggu bubur pulut itam punye n3..ehehehe

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum..

    lieza >> nanti dia balik try la buat daging ni ya.. sedap :)

    hajar >> boleh try guna badam atau gajus utk memekatkan kuah hajar

    k.nim >> yer laa. org nak gi jalan2 china kan.. k.nim.. mcm la tahun dpn tu berbulan2 lg.. tak sampai seminggu dah ni :)

    yatie >> mmg sedap.. try la :)

    zaliedana >> komen2 kat bawah tu sekadar menyedarkan apa yg terjadi pd kita2 GMM jer siti.. bukan sekadar utk cik anon tu jer, bahkan utk mana2 yg lain gak .. :)

    zarin >> w'salam..
    1. alhamdulillah.. mekasih dr anak dara k.nor gak :)

    2. mekasih.. sekadar meluahkan aje.. bukan melenting :)

    3. jgn sampai meleleh air liur basi dah la zarin hehe

    najah >> slmt mencuba

    k.cek >> apasal lewat sgt tidur ni k.cek.. dah tidur siang ke.. :)

    ida >> k.nor rasa boleh aje skip buah keras tu, ganti dgn badam atau gajus yg ditumbuk halus.. fungsi buah keras tu utk memekatkan dan melemakkan aje.. try la

    noor >> ^____^

    ReplyDelete