f Secubit Garam: TALAPIA GORENG BERSAMBAL CILI

N3 Terkini

Tuesday, December 20, 2011

TALAPIA GORENG BERSAMBAL CILI

ASSALAMUALAIKUM..

Ikan talapia sentiasa mendapat tempat di hati anak2 kat rumah ni. Buat lah masak apa pun, insyaallah berselera anak2 K.Nor makan. Kalau goreng saja pun sedap, tambah lagi kalau digoreng garing2 sket. Jom layan menu talapia yg dimasak simple ni..


TALAPIA GORENG BERSAMBAL CILI
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1 ekor ikan talapia
sedikit garam dan kunyit
5bj cili merah
5 - 7 biji cili padi ~ boleh tambah jika ingin lebih pedas
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 biji tomato ~ didadukan/dicincang
1 sudu besar kicap manis
sedikit belacan
garam, gula
daun ketumbar ~ dihiris
minyak

Cara:
Gaul ikan dgn garam dan kunyit, goreng hingga masak dan ketepikan.
Cili merah, cili padi, bawang besar dan bawang merah diblend kasar. Lagi elok jika guna food processer sbb boleh kisar tanpa memasukkan air.
Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar hingga pecah minyak (guna api yg sederhana).
Masukkan tomato yg didadukan/cincang. Goreng lagi.
Masukkan belacan, kicap, garam dan sedikit gula.
Goreng lagi hingga pekat dan pecah minyak. Padamkan api.
Masukkan daun ketumbar dan kacau rata.
Tuangkan sambal ke atas ikan yg dah diletakkan atas pinggan dan sedia utk dihidangkan.

9 comments:

  1. Kak nor. Klu k.nor pminat ikan aya, saya pminat ikan talapia. Ingat tau. Talapia. Kikiki..

    Masak apa pun. Goreng gitu je, gulai, bakar wat so ever.. Semua balun. Amboi wat so eber uu.. Tapi tak like sangat la ikan talapia kl ni. Mcm ada satu bau n rasa yg misteri. Ikan kt kg juga yg sedap. Haissh

    ReplyDelete
  2. izah >> aiseyyy.. main testing2 aje dua hari ni ya.. hehe

    haha.. mmg ku peminat tegar ikan aya! ooo jah peminat ikan talapia ya.. ok2. noted.. time dtg ganu, akak masakkan ikan talapia ya.. ehh lagi elok kalau nak dtg tu remind kan akak bab ni ya.. :)

    ikan kat sini tak ada la bau tu jah.. fresh lagi :)

    ReplyDelete
  3. dina pun same jugak mcm dgn kak izah...kat tpg nih berlambak2 talapia merah..tp saya tetap tak lalu..sbb ada aroma lumut..walaupun dh basuh dgn air asam jawa,limau nipis, purut..baunya totap ado..tp bile balik trgnu,,,especially kuala berang,.,mesti kak nor tau punye..hihi... kat sana punye ikan talapia memang sedap tiada tandingan..waa tetiba teringat kat tasik kenyir..restoran situ masak banyak sodap...

    ReplyDelete
  4. kak izah tak abis lagi dok testing dr smalam hihihihi....mmm betul2 kak nor mmg sedap ikan talapia...:D

    ReplyDelete
  5. ooowhh...langkah kanan ni Kak Nor,my feveret ni.

    ReplyDelete
  6. Ini feveret KC, kak Nor. Ikan sungai seperti talapia, keli, lampam dan lain2 yg seangkatan dgnnya sure KC tak tolak. Hihi.

    ReplyDelete
  7. Salam Sejahtera
    Blog yang menarik ~~~

    ReplyDelete
  8. dina >> mungkin yg kat ganu ni hasil ternakan kat tasik kenyir. kat situ airnya dalam, dan tak la ikan tu makan lumut :)

    mmg best ikan area tasik kenyir tu dina :)

    hajar >> tu la.. cam org duk test mikrofon jer tu hehe

    amie >> dah abis la pulak amie :)

    k.cik >> ooo k.cik peminat ikan sungai ya.. k.nor cuma suka ikan patin, baung, talapia dan keli. kalau ikan sepat hanya yg pekasam.. yg lain tak reti nak makan :)

    hassan >> salam buat hassan.. mekasih sudi singgah

    ReplyDelete