f Secubit Garam: ASAM PEDAS (K.ANIM)

N3 Terkini

Wednesday, November 2, 2011

ASAM PEDAS (K.ANIM)

ASSALAMUALAIKUM..

Kalau K.Anim guna ikan talapia hitam, K.Nor guna ikan aya hitam. Ada gak persamaan hitam kat belakang tu kan.. hehe.. Kebetulan ada ikan tongkol dlm peti ais, jadi K.Nor guna aje lah ikan aya tu utk buat asam pedas K.Anim ni. Saja la menerai resipi lain lak kan. Biasanya kalau buat asam pedas tak pernah lagi blend daun kesum dan bunga kantan tp dlm resipi ni, K.Nim dia blend semua sekali termasuk serai. Jadi kuah tu wangi dan pekat sket. (K.Nim, sori ya.. Nor tambah halba sket sbb Nor suka letak halba kalau buat asam pedas.. lagi wangi hehe) Alhamdulillah.. tetap sedap dan kena dgn selera anak tekak K.Nor sekeluarga.


Mekasih ya K.Nim, Nor nak share kat sini lak resipi tu. Dah ramai gak yg menerai resipi asam pedas K.Nim ni kan.. 

ASAM PEDAS 
resipi : K.Aznim
sumber : K.Nor

Bahan-bahan:
1 ekor ikan talapia hitam.kalau guna ikan tenggiri ambil 1/2 ekor/1/2 ikan jenahak/ikan merah
20 tangkai cili kering*-didihkan sebentar angkat dan toskan
(cili kering akak kontot2 akak guna 25) ~ k.nor guna 2 sudu besar cili mesin
1 labu kecil bawang besar*
3 ulas bawang putih*
sedikit halia*
1 kuntum bunga kantan*
2 batang serai*
sedikit daun kesum* semua bahan bertanda * di kisar
air asam jawa secukupnya
1 kiub ikan bilis
garam secukup rasa
beberapa batang bendir
sedikit serbuk kunyit
sedikit serbuk lada hitam
1 sudu kecil halba ~ ni k.nor tambah

Cara:

Ikan di bersihkan dan dilumur garam dan sedikit serbuk kunyit.Ketepikan
Panaskan minyak
Tumis bahan2 kisar hingga terbit minyak
Pastikan cili betul2 masak masukkan sedikit ar asam jawa
Masukkan ikan yang sudah di makeup tadi.
Didihkan sebentar
Masukan garam dan kiub ikan bilis
Masukkan lebihan air asam jawa dan biarkan mendidih lagi.
Masukkan perencahnya kacang bendir/tomato/terung
Kecilkan api dan didihkan hingga masak.
Tabur sedikit serbuk lada hitam
Tutup api dan sedia untuk di hidang.

12 comments:

  1. kalau kat rumah akak ni kalau masak asam pedas gaya gini diorang suka makan ikan pari atau tenggiri batang.memang kena sangat lah dengan tekak diorang.takde tulang kan?..kalau bagi kat akak,akak suka ikan parang.tapi tu lah akak sorang je yang makan..hehe

    mekaseh nor sudi gak menerai resepi sempoi ni..kalau org melaka buat asam pedas,diorang pun letak halba nor..:))

    ReplyDelete
  2. adusss feveret nih tp tk pernah pass kalau wat asam pedas. telan air liur je bila tengok gambar ni..emmm tk buleh jadi ni lunch karang nk ajak hb pi mkn kat kedai asam pedas hahaha mkn kat kedai ajek yg pandai..nk buat sendiri memang fail :D

    ReplyDelete
  3. owh.. tun x pernah guna ikan aya wat asam pedas. bila ikan aya tu duk imagine nasi dagang je. hehe..
    mmg sedap asam pedas ni.. masa tumis tu bau wangi betull.. nnti nk try letak halba jugak la..

    ReplyDelete
  4. As'salam Nor

    Asam pedas memang mendapat tempat No1 dalam rumah ct. tak ada yang kata tak nak semua nya nak. cuma kalau masak kena asing 1 letak ayam utk anak2 bujang dan 1 ikan ct dgn Hb. esok pulak datang lah rajin dok buat cekodok atau lempeng nipis2 pastu cecah ngan kuah asam pedas..sedappp..hehehe

    ReplyDelete
  5. asam pedas & ikan aye memang feberet sepanjang masa... mmg ngam sgtlah dua ni diganding dlm satu periuk.. hehe..

    ReplyDelete
  6. oowwhh..sedapnyee..dh lama tak masak asam pedas mcm ni...

    ReplyDelete
  7. akak nor....
    sedapnya asam pedas... fav diana nie... terliur diana tgk asam pedas tu akak.. masuk list dulu... sedaapnya nie...

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum..

    gee >> tu baru tengok dah terancam.. kalau ngap.. laaaagi la terancam abis :)

    k.nim >> nor tak kisah ikan apa2 tp pari tetap the best! ikan parang tak pernah beli dan tak pernah masak lg la k.nim :)

    zarin >> mungkin masa zarin menumis tu, cili mesin dan bahan2 kisar tak cukup garing. biasanya k.nor suka guna api sederhana kalau masak benda2 yg ditumis gini baru rempah tu masak dgn elok dan sedap rasanya. kalau kita masak dgn api kuat, rempah tu terasa 'hidup' dan tak sedap sgt.. dan utk hasilkan rempah tumisan yg pecah minyak dan garing, masukkan sedikit air masa menumis.. insyaallah tumisan lebih elok pecah minyak

    tun >> ni pun 1st try masak asam pedas guna ikan aya.. saja jer, sbb kebetulan ada ikan aya dlm peti ais

    asam pedas sedap tun kalau letak halba, lagi wangi :)

    ReplyDelete
  9. eliyaezlinalias >> mesti peminat asam pedas kan :)

    ct >> susah gak ya kalau anak2 tak makan ikan.. mcm nor, alhamdulillah.. semua makan sbb dari kecik nor ajar dia org makan ikan, masak selang2 antara ikan dan ayam :)

    ratna >> mcm asam didarat, ikan dilaut.. mmg ngam duk dlm periuk ya.. :)

    fatma >> jom la masak asam pedas k.nim ni ya..

    ReplyDelete
  10. diana >> try la D, dah ramai gak yg cuba resipi k.nim ni.. inysaallah sedap :)

    ReplyDelete