f Secubit Garam: nasi
Showing posts with label nasi. Show all posts
Showing posts with label nasi. Show all posts

Tuesday, September 3, 2013

NASI MANDY KAMBING

ASSALAMUALAIKUM...

Warning awal2 ni ya.. semua dah jadi baja, sbb ni menu masa hari raya aritu hehee.. biasa ler.. tuan rumah kan semakin lemau nak menghapdet.. kiranya kena masukkan jugak entri ni sbb nak kongsikan resipi Nasi Mandy Kambing yg dah dicuba buat ni. Selain utk dikongsikan dgn pengunjung SG juga sebagai rujukan K.Nor dan anak2 di kemudian hari..


Masa hampir nak raya aritu, K.Nor ke pasar dgn cik abe, terpandang (fuhh.. skima ayat hehe) org jual daging kamben. Memang agak jarang2 la K.Nor nampak org jual daging kamben kat pasar Bukit Payong tu. ehhh.. rasanya setelah setahun duk kg ni, tu pestaim kut terserempak dgn org jual daging kamben. Cik abe mmg antu daging kamben, termasuk si anak dara tu.. Jadi K.Nor rembat la sekilo. Duk terbayang nak masak Nasi Mandi Kamben utk raya... khelasss gitu kannnn.. hehee

Balik rumah, lepas kerja membersihkan barangan basah yg dibeli dan kemas apa yg patut, K.Nor pun mula la menggugel, cari resipi Nasi Mandy Kamben (sori ya.. mmg suka guna word kamben.. jgn marah nooo.. ) Gugel punya gugel jumpa satu resipi yg sangat berkenan di mata dan di hati. Terus K.Nor save jdkan draf. Bukannya tak pernah masak nasi mandy, dah acapkali gak buat tp selalunya guna ayam jer (guna resipi Raidah) kat SINI dan kat SINI. Saja la tukar selera, cari resipi2 lain utk dicuba, mana tau, dpt yg lebih sedap, lebih serasi kat anak tekak K.Nor sekeluarga kan.. 

Kali ni, masak nasi ni siap letak arang yg dibakar walaupun dlm resipi UmmiAisyah ni tak bgtau perlu buat sedemikian. K.Nor buat ni sbb kat reispi Raidah tu ada bgtau utk letak arang yg dibakar (utk menambah aroma pd nasi bila asap dr arang ni meresap ke dalam nasi) Boleh tengok kat SINI, ada Puan Raidah tunjuk kaedah mengasapkan nasi mandi menggunakan arang yg dibakar. Bagi yg tak nak buat tak mengapa, tak salah apa2 pun, tak kena saman pun.. hehe.. terpulang la ya.. tp kalau buat, insyaallah nasi kita jd lebih ummphhhh gitew ^____^

Tak sia2 mencuba, Along pun kata sedap mcm dia makan kat Jordan dulu.. yer la.. 5 tahun duk Jordan
bukannya senang nak masak mcm yg dia duk selalu makan yg org Arab buat tu kan.. :)

K.Nor sangat berpuas hati dgn hasil Nasi Mandy Kambing ni.. sangat2 sedap dan menyelerakan. Air dari rebusan kambing tu, membuatkan nasi kita bertambah sedap. Dan kena pulak dgn gandingan sos dan saladnya tu..Insyaallah.. akan stick dgn resipi ni lain kali..Memang rekomended tau resipi ni.. Sgt2 tak rugi mencuba.. Opss lupa nak bgtau, rempah nasi mandy tu, K.Nor beli kat Jordan dulu dan bagi yg teringin nak dapatkan rempah ori nasi mandy ni cuba la cari kat kedai2 arab yg jual rempah ratus atau kurma2. Atau gugel cari rempah nasi mandy/mandi yg dijual secara online.. 

Jutaan terima kasih buat UMMIAISYAH yg sudi berkongsi resipi NASI MANDY KAMBING ni.. Izinkan K.Nor kongsikan kat sini utk rujukan di lain waktu dan juga utk dikongsikan bersama teman2 yg lain ya.. 

NASI MANDY KAMBING
resipi : UmmiAisyah
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2: Serves (4-5 org)
400 gm beras basmathi
1 sdb rempah serbuk mandy
Rempah tumis( sedikit bunga lawang,kulit kayu manis,buah pelaga,buah limau kering,bunga cengkih)
1 1/2 kg kambing (daging dan tulang)
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 biji cili hijau
3 sdb minyak masak atau minyak sapi ~ k.nor guna minyak sapi
garam

Cara:
Kambing
Rebus kambing sehingga betul-betul empuk (tanpa garam) 
Asingkan daging kambing ke dalam bekas yg lain. Ketepikan.
~ k.nor masukkan 1 bj sudu steel semasa merebus utk mengempukkan daging dgn cepat. Sebelum tu potongan kambing tu k.nor basuh dan perap dgn tepung yg dicampur dgn sedikit air utk menghilangkan bau hamis kambing. pastu toskan)

Nasi Mandy
1. Rendam beras 20 minit atau lebih dan toskan.
2. Tumis rempah tumis, hirisan bawang besar dan bawang putih. Apabila bawang garing masukkan rempah serbuk, tumis sebentar dengan api kecil. Tutup api.
3. Campurkan tumisan rempah tadi dan beras ke dalam periuk nasi elektrik.
4. Letakkan 2 sudu kecil pewarna kuning, 2 sudu kecil garam dan 2 biji cili hijiau. (k.nor skip pewarna tp gantikan dgn saffron)
5. Masukkan 600 ml air rebusan beserta daging ke dalam periuk.
6. Tanak dalam rice cooker sehinnga masak.

* k.nor tumis rempah ratus direct dlm periuk nasi tp menggunakan api dapur. kemudian baru diletakkan dlm rice cooker dan teruskan proses memasak nasi.

Sos Harrah
2 biji tomato
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil perahan lemon
3 bj cili padi
daun ketumbar
garam

Kisar semua bahan tanpa air.
Sedia utk dihidangkan.

Salad Arab
2 biji tomato (dipotong dadu)
1 batang timun (dipotong dadu)
1 biji bawang besar
Daun ketumbar
garam dan sedikit serbuk lada hitam

Campurkan semua bahan dan gaul rata.

UPDATED 6/09/13 

Bagi yg masih duk tanya, kat mana K.Nor dptkan rempah sila baca balik entri kat atas.. K.Nor dah story pun org masih duk tanya.. Dah jawab kat komen bawah pun, ada lg yg masih bertanya.. Jd utk lebih clearkan pembacaan, K.Nor dah boldkan ayat tu dan dah besarkan saiznya.. tak tau la kalau tak nampak jugak, kena pakai kanta pembesar la lps ni kut .. 


harap maklum...


Friday, August 2, 2013

NASI GORENG KAMPUNG aje, tp versi marbeles punya :)


ASSALAMUALAIKUM....


syyyyyyhhhhhhhhhhhhhhhhh............. wordless Friday ^_________^

NASI GORENG KAMPUNG MABELES
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
3 cawan beras (cawan rice cooker)
air secukupnya

~ tanak nasi spt biasa.
~ lerai2kan dan  letakkan dlm dulang dan biarkan sejuk.

Bahan2 utk nasi goreng:
kangkung secukupnya ~ dipotong
1 1/2 cawan ikan bilis ~ digoreng garing
5 - 7 tangkai cili kering ~ dipotong/gunting serong
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
7 biji cili padi ~ boleh tambah jika ingin lebih pedas
2 biji telur ~ dikocok
garam
sedikit gula
minyak

Cara2:
Ambil sebahagian dari ikan bilis yg digoreng tadi dan tumbuk hingga hancur. Boleh juga jika nak guna pengisar kering.
Kisar bawang putih, bawang merah dan cili padi.
Panaskan minyak dan masukkan cili kering dan goreng hingga wangi.
Masukkan bahan2 yg dikisar tadi dan tumis hingga garing.
Kemudian masukkan telur dan biarkan mengeras sedikit baru lah dikacau.
Masukkan ikan bilis yg ditumbuk/kisar, garam dan sedikit gula. Kacau.
Masukkan kangkung, nasi dan sebahagian lg dr ikan bilis tadi.
Kacau hingga rata dan masaklah seketika.
Angkat dan hidangkan bersama hirisan timun, tomato dan keropok ikan.


Alhamdulillah....

** motif wordless??? tuan rumah fenaaaaaaat.. nak g bingggg kejap ^____^









Tuesday, July 30, 2013

NASI PILAF

ASSALAMUALAIKUM..

Seperti yg dijanjikan semalam, ini la dia nasi berperisa yg K.Nor gandingkan dgn menu ayam yg saaaaaaaangat sedap iaitu BALTI CHILI CHICKEN. Gandingan yg sangat2 mantop, tak terkata kesedapannya.. K.Nor hanya masak dua menu ni aje, NASI PILAF dan BALTI CHILI CHICKEN tu, tanpa menu sampingan spt acar, ianya dah cukup sedap dan menyelerakan. 


Resipi Nasi Pilaf ni K.Nor ambil dr buku 50 Hidangan Penambat Selera oleh Chef Hanieliza. Resipi yg simple tp cukup sedap bila digandingkan dgn Balti Chili Chiken yg penuh rasa dan aroma rempah tu. Memang berselera anak2 dan Cik Abg bila berbuka dgn menu ni baru2 ni. Alhamdulillah... ni lah keseornokan memasak, dikurniakan keberkatan Allah, terutamanya bila kita menyediakan masakan utk keluarga yg tersayang, tambah lagi di bulan Ramadhan yg penuh keberkatan ini..

K.Liza, izinkan Nor kongsikan resipi Nasi Pilaf tu kat sini ya.. Mekasih...

NASI PILAF
resipi : K.Hanieliza
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan A:
4 cawan beras basmati
4 cawan air
1/2 cawan susu cair
4 sudu makan minyak sapi
1 cawan kacang pis ~ k.nor skip
1/2 cawan kismis
50 gm bawang goreng
1 pokok daun ketumbar ~ dipotong
5 tangkai daun pudin ~ dipotong
1/2 cawan gajus goreng
garam secukup rasa

Bahan B (Tumisan):
1 in kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
6 biji bunga cengkih
4 helai daun pandan ~ dikoyak dan disimpul
1 labu bawang besar ~ dicincang halus
1 ulas bawang putih ~ dicincang halus

Cara:
Basuh beras dan rendam selama 1 jam.
Panaskan minyak sapi dalam periuk dan tumiskan bahan B sehingga wangi.
Masukkan air, susu cair, beras dan garam.
Masak lah seperti nasi biasa sehingga kering.
Taburkan kacang pis, daun ketumbar, daun pudina, kismis, bawang goreng dan kacang gajus.
Sedia utk dihidangkan.


Tuesday, July 23, 2013

NASI KAROT & AYAM TAMBATAN HATI

ASSALAMUALAIKUM...

Menu minggu lepas ni ya.. masa anak2 ada kat rumah, wiken baru2 ni. Memang dah plan nak buat nasi ni dr pagi tu lagi.. dah siap turunkan ayam dr freezer. Tengahari tu duk buat dessert jadi tak prepare awal2 la bahan nak masak menu ni. Lepas Asar bila nak start masak, ada tetamu dtg ke rumah. Duk layan sembang, hampir pukul 6ptg baru beransur pulang. Apa lagi, kelam kabut ler nak masak masa tu. Kalau nasi putih aje, mudah sgt kerja, masukkan dlm rice cooker, tinggalkan dan boleh masak lauk. Tapi bila dah setkan awal2 nak masak nasi berperisa, kena la buat jugak. TIme anak2 ada ni boleh la buat menu spesel sket kan :)


Pastu mula la tak baca betul2 resipi. Nasi yg perlukan daging cincang, dah tak letak la pulak (daging kisar ada jer dlm freezer tp lambat lak nak defrost kan). Dah la skip part daging cincang, keadah masak pun jd cincai jer. Main tumis mcm masak nasi berperisa lain. Dah taksempat nk ikut step by step yg diperlukan dlm resipi. Cili hijau K.Nor pulak tak sempat nak tumbuk, main hiris2 jer hehehe.. Adehhh.. mmg bersilat betul masa tu kat dapur, takut tak sempat nasi/lauk masak sebelum masuk waktu berbuka. Kesian kat anak2 yg lapar kan.. Tak perlah.. teknik jer lain, tp Alhamdulillah.. rasa nasi tu tetap sedap (walaupun terlembik sedikit sbb nasi masak dh dekat waktu berbuka, nasi pun panas2 lagi, tak sempat nak berderai) Tengok gambar tu, nasi ku posing bersahaja jer, tak ada hiasan langsung.. haha.. nak cpt punya pasal.. Ampun Kak Nah deh.. hilang seri NASI KAROT  Kak Nah ni.. :)


Bagi lauk gandingan dgn Nasi Karot ni, K.Nor buat AYAM TAMBATAN HATI, resipi dari dapur IBUNDO@K.PAH... K.Nor ada tambah sket bahan2 dlm tu (biasa ler, kalau tak derhaka tak sah namanya kan.. hehe), ikut selera si tukang masak. Maaf ya K.Pah.. apapun, mmg sedap ayam tu, anak2 duk meratah jer.. Kiranya mmg gandingan yg mantop ler dua menu ni.. Oppss.. tak lupa K.Nor buatkan Acar Mentah utk digandingkan bersama 2 menu ni.. ehh silap.. Anak dara yg buat, sementara mak dara duk memasak nasi dan lauk ayam hehehhe

NASI KAROT & DAGING CINCANG
resipi : Kak CManggis
Bahan-bahannya:
4 cawan beras basmathi-(rendam selama 1/2 jam atau paling lama 1 jam dengan sedikit serbuk kunyit.)
1/2 tin susu cair.
1 inci halia-tumbuk halus.
2 ulas bawang putih.-tumbuk halus
1/2 labu bawang besar.-dadu
1 batang kecil kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
1/2 tbsp garam.
Sedikit minyak jagung untuk menumis
2 tangkai cili hijau.-tumbuk kasar
150 gm daging cincang.
1 tangkai daun ketmbar.
1/2 biji karot -parut kasar
1 ketul kiub ayam maggi(optional)

Cara-caranya:
Panaskan 6 cawan air hingga mendidih.Masukkan 1/2 tbsp garam dan 2 tbsp minyak jagung..
Masukkan beras yang direndam tadi dan biarkan mendidih hingga beras 3/4 masak.
Toskan beras dan ketepikan.
Panaskan minyak jagung dan tumis kulit kayu manis,bunga lawang,buah pelaga,bawang besar ,cili hijau dan bahan-bahan yang ditumbuk tadi .Tumis hingga naik baunya.Masukkan daging cincang.Masak sehingga daging empuk.
Masukkan beras dan gaul perlahan lahan agar sebati rempah rempahnya.Kemudian masukkan kiub ayam.
Akhir sekali masukkan susu cair dan biarkan sekejap atas api kemudian masukkan daun ketumbar dan parutan karot.
Pindah beras kedalam pengukus dan kukus hingga nasi masak dan lembut.
Sedap dimakan bersama kari ayam atau daging, telur rebus dan acar rampai.Selamat mencuba:)


AYAM TAMBATAN HATI
resipi : Ibundo
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1 ekor ayam ~ dipotong
1 inci lengkuas *
1 inci halia *
1 biji bawang besar *
3 ulas bawang putih *
2 batang serai *
1 biji bawang besar dipotong bulat

1 sudu besar cili mesin ~ yg ni k.nor tambah
1 sudu kecil serbuk lada sulah ~ k.nor skip sbb dah letak cili mesin
10 biji cili api diketuk-pecah
6 helai daun limau purut dibuang tulang dan dikoyak
2 sudu besar kicap pekat manis
1 cawan susu cair ~ k.nor letak 1/2 cawan jer
1 cawan air
1 sudu besar jus lemon ~ k.nor gantikan dgn 3 sudu besar sos tomato

Cara:
1. Ayam dilumur sedikit kunyit dan garam. Goreng 3/4 masak. Ketepikan.
2. Kisar bahan yang bertanda *.
3. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar sehingga masak.
4. Masukkan air, susu, ayam dan bahan-bahan lain. Tambah garam secukup rasa.


5. Masak sehingga kuah agak pekat.



Friday, June 7, 2013

NASI JAGUNG BERSERAI & The Gang

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah.. masih dapat bersiaran lg rupanya di dapur alam maya ni... Takper la kalau jarang2 atau kadang2 asalkan ada dan tak terkubur terus kan.. hehe..

Kita kurangkan pot pet.. kita layan menu yg dibuat beberapa hari lepas (hari ni tukang masak gantung kuali, makan nasi kenduri jer hehe)


Dah pernah buat NASI JAGUNG dan jugak dah pernah buat NASI JAGUNG 2. Kali ni kita buat lagi menu yg lebih kurang jugak tp diberi sedikit kelainan dgn penambahan serai yg turut menaikkan aroma NASI JAGUNG BERSERAI. K.Nor gandingkan NASI JAGUNG BERSERAI ni dengan GULAI AYAM (TRG STYLE) dan ACAR TIMUN (jelatah). Utk menambahkan kerancakkan menghadap menu ni, K.Nor juga buat SAMBAL BELACAN.. tp terlupa la pulak nak masukkan sekali masa shooting tu.. Tak per la ya.. :)


NASI JAGUNG BERSERAI
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
4 cawan beras basmathi (ikut cawan sukatan rice cooker)
6 cawan air
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan jagung (K.Nor guna jagung fresh >< 2 biji)
1 biji tomato ~ didadukan kecil
5 biji bawang merah ~ dihiris
3 ulas bawang putih ~ dhiris
1/2 in halia ~ diketuk
3 batang serai ~ dititik
2 helai daun pandan ~ disimpul
2 sudu besar minyak sapi
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 btg kulit kayu manis
3 kelopak bunga lawang
garam secukupnya

Cara:
Basuh bersih beras dan rendam lebih kurang 1/2 jam. Toskan.
Panaskan minyak sapi dlm periuk rice cooker dan masukkan bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang. 
Tumiskan sekejap dan masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan serai.
Kacau hingga bahan tumisan wangi.
Masukkan daun pandan dan tomato. Kacau2 kejap dan masukkan beras.
Kacau lg hingga sebati dan biarkan seketika baru lah dimasukkan air dan garam.
Biarkan hingga mendidih baru lah dimasukan susu cair dan jagung. Kacau perlahan2 supaya semua sebati.
Alihkan ke periuk td ke dlm rice cooker dan masak la hingga nasi tu masak.
Hidangkan dgn Gulai Ayam, Acar Timun dan juga Sambal Belacan. 

* boleh juga jika nak gantikan Gulai Ayam dgn Ayam/Daging Masak Merah..

~~~~~ 0 ~~~~~


GULAI AYAM TRG STYLE
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
1 ekor ayam ~ dipotong
3 sudu besar cili mesin
5 bj bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1 in halia *
1/4 in lengkuas *
1 in kunyit hidup * (*diblend)
3 sudu besar rempah gulai (boleh jg guna rempai gulai kawah) ~ bancuhkan dgn sedikit air panas hingga menjadi paste
4 cawan air
air asam jawa
2 - 3 bj ubi kentang ~ dibuang kulit dan dipotong
1/2 cawan santan pekat ~ boleh guna santan kotak atau santan fresh
garam

gula ~ boleh guna campuran gula dgn nisan atau gula melaka
sedikit belacan ~ optional
minyak

Bahan penumis :
1 btg kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 bj buah pelaga
5 kelopak bunga lawang

Cara2:
Panaskan minyak dan masukkan bahan penumis. Tumis hingga wangi dan masukkan cili mesin.
Biarkan hingga cili garing dan masukkan bahan yg diblend.
Masak hingga pekat dan masukkan paste rempah gulai.
Kacau dan masak lah hingga pecah minyak (boleh masukkan sedikit air utk pecah minyak dgn lebih elok)
Masukkan ayam dan kacau supaya rempah mesra dgn ayam.
Biarkan seketika dan masukkan air. Kacau2 biar sebati dan masak lah hingga kuah mendidih dan masukkan air asam jawa dan ubi kentang.
Masukkan juga santan pekat dan masak lg hingga mendidih.
Hendaklah sentiasa mengacau supaya tak naik kepala.
Masukkan pula garam dan gula (atau nisan/gula melaka) dan biarkan merenih hingga ayam masak dan kepekatan kuah yg kita sukai.
Cedukkan ke dalam mangkuk dan hidangkan.

*Kalau kuah nampak terlalu pekat dan tidak pecah minyak boleh lah dimasukkan sedikit air panas. Teruskan memasak, dengan cara ni minyak akan keluar semula.

~~~~~ 0 ~~~~~



ACAR TIMUN
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1 - 2 biji timun ~ dihiris
1/2 batang carrot ~ dihiris
2 ulas bawang merah ~ dihiris
1 ulas bawang putih ~ dihiris
1/2 in halia ~ dihiris panjang dan halus
2 - 3 sudu besar cuka ~ tambah kalau tak cukup rasa masam
1 sudu besar gula ~ atau secukup rasa
1/4 sudu kecil garam

Cara:
Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata.
Rasa acar, biar ada rasa masam dan manis sket.
Biarkan mesra baru la dihidangkan.

~~~~~ 0 ~~~~~

Letak gambar lama tak per la ya.. buat syarat jer heheee
SAMBAL BELACAN
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
3 biji cili merah
3 -5 biji cili api (jenis panjang)
belacan sebesar ibu jari tangan ~ dibakar/goreng tanpa minyak
1/2 sudu kecil gula
2 biji limau kasturi ~ diambil air
hirisan mangga muda ~ optional
Cara:
Tumbuk cili merah dan cili padi tapi jangan sampai lumat.
Masukkan belacan dan gula, tumbuk lagi.
Perahkan limau kasturi dan masukkan hirisan mangga muda.
Gaul hingga sebati dan bolehlah dihidangkan.

Thursday, May 2, 2013

NASI BEREMPAH 2 IN 1

ASSALAMUALAIKUM...


Tak leh potpet panjang2 arini.. tuan rumah biziiiiiii like a bee arini.. 


NASI BEREMPAH 2 in 1 K.Nah bagi nama.. hehe.. K.Nor amik kat daput CIK MANGGIS. Memang suka masak nasi gini, senang kerja. Tengok dr rupa tak sama mcm yg K.Nah buat, sbb K.Nor tak letak banyak bahan. Nak buat camana, masak ikut apa yg ada dlm esbok dan kat dapur jer. Terung dan lada benggala tak letak. Tomato lak lupa nak letak, padahal ada dlm esbok. Bila dah nasi dah siap masak, tengok rupa awat ler hijau jer ni. K.Nah punya kemerahan, check balik resipi rupanya tertinggal nakmasukkan tomato.. Nasib la labu.. Tapi tak kisah mana pun, sbb nasi ni mmg sedap!! Anaka2 makan bertambah..

Kat rumah ni, masak la nasi berperisa yg dah tak perlukan kuah, masih tetap nak kena buat kuah sup gak ...
anak2 ku yg dua org tu punya stail... :)

Mekasih K.Nah, cayang dia... Share lg ya resipi yg mudah dan sedap cam gini hehe..


NASI BEREMPAH 2 IN 1
resipi : CManggis
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahannya:
3 cawan beras basmati-cuci dan toskan.
1/2 ekor ayam potong sedang  ~ k.nor guna 3/4 dr seekor ayam
1 batang kulit kayu manis.
3 kuntum bunga lawang.
2 kuntum buah pelaga.
3 kuntum bunga cengkih.
1 inci halia.-tumbukhalus
4 ulas bawang merah-mayang.
1 ulas bawang putih-cincang halus.
1/2 tsp serbuk ketumbar.
1 biji buah tomato-cincang ~ lupa nak letak
1/2 biji cili hijau-tumbuk.
1 batang celery-potong halus.
1 biji terung panjang-potong sedang
1/2 biji lada benggala dipotong kecik
1/2 tbsp serbuk kerutuk. ~ k.nor letak 2 sudu besar :)
1 tangkai daun ketumbar.-kerat kerat kasar.
Garam secukup rasa.
1 ketul kiub ayam-optional.
Sedikit minyak jagung untuk menumis  ~ k.nor gantikan dgn minyak sapi
1 cawan air.
3 cawan air.

Cara-caranya:
Panaskan minyak masak ,tumiskan kulit kayu manis,bunga lawang,buah pelaga dan bunga cengkih.
Kemudian masukkan bawabg merah,bawang putih,halia,cili hijau ,serbuk kerutuk dan serbuk ketumbar.Tumis sehingga naik baunya.
Masukkan ayam dan di gaul rata.Masukkan 1 cawan air.Biarkan ayam mereneh sekejap baru masukkan kiub ayam dan garam.
Apabila ayam hampir masak masukkan beras dan kacau hingga mesra.Masukkan 3 cawan air,sayur-sayuran yang di potong tadi dan seimbangkan rasa garamnya agar tidak terlalu masin atau terlalu tawar.
Tanak nasi sehingga masak.
Jika ada masa boleh lah tumbukkan cili hijau , cili api dan gaul bersama-sama potongan buah tomato dan daun ketumbar .Gaul sehingga sebati kemudian perahkan jus lemon dan letakkan garam serta gula secukup rasa.Siap.

SAUCE (Sos/Air Cuka)
sumber : Ijayuji
sumber : K.Nor

Ingredients: (Bahan-bahan)>>kita buat stgh adunan ajer
2 green chilies (3 tangkai lada hijau>>kita guna cili merah )
5 cm knob of ginger (5 cm halia)
3 stalks of coriander (3 tangkai daun ketumbar)
3 spring onion (3 tangkai daun bwg)
1/3 cup of castor sugar (1/3 cwn gula kaster)
1/3 cup of white vinegar (1/3 cwn cuka)
salt to taste (garam secukup rasa)
1 tbs of water (1sb air)

Method:
Chop all the herbs and aromatics finely and set aside. Place sugar and water in a bowl and microwave for a minute, add in the vinegar. Add chopped ingredients into the sugar and vinegar mixture, check for seasonings. (Cincangkan halus semua bhn2 kecuali air, gula, grm dan cuka. Masukkan gula kaster dan air di dalam mangkuk tahan panas, masukkan dalam microwave lebih kurang 2 minit dan masukkan cuka. Kemudian masukkan pula bahan2 yang telah di cincang halus tadi kedalam cecair cuka dan gula tadi, gaul dan perasakan)

Wednesday, March 27, 2013

NASI MINYAK DAUN PUDINA & THE GANG

ASSALAMUALAIKUM...

WW WEDNESDAY ^____^


Menu 2 minggu lepas dah ni.. sori ^__^





NASI MINYAK DAUN PUDINA
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
4 cawan beras basmathi ~ direndam 1/2 jam dan toskan
5 1/2 cawan air
1/2 cawan susu cair
1 bj limau nipis
segenggam daun pudina
1 sudu besar garam kasar
pewarna hijau dan oren
1 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar minyak

Bahan penumis:
1/2 labu bawang besar ~ dihiris nipis
1in halia ~ diketuk
2 helai daun pandan
2 in kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 kelopak bunga lawang

Cara: 
Masukkan perahan limau nipis ke dalam susu dan ketepikan.
Panaskan minyak sapi dan minyak masak dlm periuk rice cooker (masak atas dapur)
Tumiskan bahan penumis hingga wangi dan masukkan air.
Alihkan periuk ke rice cooker dan masak hingga mendidih.
Masukkan bancuhan susu tadi, garam dan beras.
Biarkan hingga kering airnya.
Buatkan lubang2 menggunakan belakang batang sudu.
Titiskan pewarna oren dan hijau dlm lubang berasingan.
Taburkan daun pudina dan tutup kembali tudung periuk.
Biarkan sehingga nasi masak
Tutup suis periuk dan biarkan 5 - 10 minit kemudian barulah digemburkan nasi.



GULAI AYAM NASI MINYAK (TRG STAIL)
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
1 ekor ayam ~ dipotong kecil
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 in halia
1 - 2  sudu besar cili mesin
3 sudu besar rempah gulai nasi minyak
1/2 cawan bawang goreng ~ diramas sedikit
5 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kerisik
1/4 cawan susu cair
3 - 4 cawan air
2 - 3 biji ubi kentang ~ dipotong
2 helai daun pandan
sedikit gula nisan (boleh gantikan dgn gula melaka)
garam
1 sudu besar minyak sapi
minyak masak

Bahan penumis:
2 in kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 kelopak bunga lawang

Cara:
Bawang merah, bawang putih dan halia dikisar halus.
Panaskan minyak sapi dan minyak masak.
Tumis bahan penumis hingga wangi dan masukkan bahan yg dikisar tadi.
Biarkan seketika, masukkan cili mesin. Kacau.
Kemudian masukkan rempah gulai dan sedikit air. Masak hingga pecah minyak.
Masukkan bawang goreng, sos tomato, kerisik dan ayam.
Kacau hingga sebati.
Masukkan ubi kentang, air dan daun pandan.
Biarkan hingga mendidih dan masukkan susu cair, garam dan gula nisan.
Biarkan merenih sehingga ayam dan ubi kentang masak dan sehingga kepekatan kuah yg dikehendaki.
( * gulai nasi minyak trg biasanya sedikit cair)
Sedia utk dihidangkan bersama Nasi Minyak Pudina.



ACAR TIMUN
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
2 biji timun ~ dipotong panjang
1/2 batang carrot ~ hiris panjang dan halus
2 ulas bawang merah ~ dimayang
1 ulas bawang putih ~ dimayang
1/2 in halia ~ dihiris panjang dan halus
2 sudu besar cuka ~ tambah kalau tak cukup rasa masam
1 sudu besar gula ~ secukup rasa
1/4 sudu kecil garam

Cara:
Gaulkan kesemua bahan dlm satu bekas hingga rata.
Rasa acar, biar ada rasa masam dan manis sket.
Biarkan mesra baru la dihidangkan.





Wednesday, January 2, 2013

NASI GORENG BELACAN II

ASSALAMUALAIKUM..

Hari ni kita hidangkan menu simple dah la ya.. NASI GORENG BELACAN II (versi ke 2), versi simple jer ni, kalau nak versi tak simple try resipi NASI GORENG BELACAN SPECIAL ni.. Antara 2 resipi ni tak banyak bahan yg berbeza yg digunakan, lebih kurang jer cuma eksesori tambahan jer yg simple sket ya ni. Kalau tak nak buat eksesori tambahan tu tak mengapa, makan dgn keropok ikan/keping pun dah memadai :)


K.Nor gandingkan Nasi Goreng Belacan ni bersama dgn AYAM GORENG ALA2 KEPCI dgn menggunakan bancuhan tepung yg sama utk goreng UDANG CELUP TEPUNG. Bancuhan tepung ni mmg K.Nor buat lebih, masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti ais. Bila nak goreng, mudah jer, bahan dah ready. Cuma sediakan ayam atau bahan2 lain spt cendawan, udang, sotong dan telur secukupnya.. Mudah jer kan ^__^


NASI GORENG BELACAN II
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
2 mangkuk nasi ~ seeloknya nasi yg dah sejuk dan kemudian dileraikan
3 ulas bawang putih ~ dicincang
1 labu bawang besar
1/4 cawan udang kering ~ direndam 
5 - 7 bj cili padi ~ boleh tambah jika suka lebih pedas
belacan ~ lebih kurang 2 sudu besar 
2 sudu besar sos ikan
1 biji telur ~ dikocok
kobis secukupnya ~ dihiris
garam
sedikit gula
minyak

Cara:
Bawang besar, udang kering, cili padi dan belacan dikisar/tumbuk kasar.
Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih hingga wangi.
Masukkan bahan kisar dan goreng sehingga garing.
Masukkan sos ikan, kobis, garam dan gula (jika suka). Kacau.
Ketepikan bahan2 tadi ditepi kuali dan masukkan telur.
Biarkan telur masak sedikit kemudian dikacau bersama bahan2 lain tadi.
Masukkan nasi dah kacau hingga rata. Biarkan masak sekejap kemudian barulah dipadamkan api.
Angkat dan hidangkan bersama hirisan bawang goreng dan bahan2 tambahan seperti ayam goreng ataupun keropok ikan.



Friday, December 14, 2012

NASI GORENG KAMPUNG MABELES

ASSALAMUALAIKUM...

Tajuk tak boleh blah tu kan.. Tapi hakikatnya mmg mabeles nasi goreng yg digoreng tghari smlm ni.. Yer adik2.. tengahari semalam ya.. bukan tengahari ni. Dolu2 boleh sgt ler, arini masak, terus arini gak post. Skrg ni, belum tentu ya.. Hari ni masak mungkin esok masuk blog, kadang2 minggu dpn baru masuk. Yg lebih haru lg, bulan depan baru masuk blog.. hehehe.. jgn marah ya.. Mood empunya blog dah tak mcm dolu2.. Takper la kan, asal ada entri dah.. dari tak ada entri, senyap sunyi terus.. Sebolehnya tak nak la blog ni stop gitu jer.. melainkan sesuatu yg di luar jangkaan, terjadi yg menyebabkan terpaksa letak titik noktah..


Masa ronda2 pagi kat kebun sekangkang kerbau pg smlm hehehe K.Nor lihat kangkung dah agak merimbun dan sedang elok utk dipetik. Bila dah dipetik, dapat la sebekas tp tak la banyak. Kalau nak dibuat goreng belacan mmg tak cukup. Dtg idea nak buat nasi goreng kampung. Biasanya NGK mmg menggunakan kangkung kan.. Kebetulan bahan2 lain dah ada dan smlm mmg K.Nor plan nak keluar ke bandar KT atas beberapa urusan, jadi awal2 lg dah tanak nasi utk buat nasi goreng. Kena goreng nasi sebelum keluar, nanti balik rumah lunch dah ready kan.. Alhamdulillah. apa yg diplan mmg menjadi, balik rumah dlm pkl 2ptg, perut mmg dah berirama dangdut,  panaskan balik nasi goreng, terus ngap anak2 beranak.. ermmm... 




Nasi Goreng Kampung adalah nasi goreng yg paling hero bongsu suka. Kalau kita org makan kat kedai, menu ni la yg dipesannya. Sebab tu dia tau, yg mana sedap dan mana tak sedap. Ada satu kedai makan yg menjadi kesukaannya sbb kat situ Nasi Goreng Kampung mmg sedap, menepati selera dia terutamanya. Jadi bila K.Nor try buat Nasi Goreng Kampung ni dgn sedikit kelainan dr resipi2 nasi goreng kampung yg biasa dibuat, hasilnya sangat sedap! Luqman makan dgn cukup berselera time lunch semalam. Dinner pun dia ulang makan nasi ni lagi dan bila ada sedikit lebihan nasi ni smlm, dia suruh simpan sbb nak makan hari ni pulak. Tu mmg tanda nasi goreng kampung ni betul2 menepati selera dia.. hehe


Apa yg membuat NASI GORENG KAMPUNG ni sangat sedap dan menyelerakan, jom tengok resipi.. :)

NASI GORENG KAMPUNG MABELES
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
3 cawan beras (cawan rice cooker)
air secukupnya

~ tanak nasi spt biasa.
~ lerai2kan dan  letakkan dlm dulang dan biarkan sejuk.

Bahan2 utk nasi goreng:
kangkung secukupnya ~ dipotong
1 1/2 cawan ikan bilis ~ digoreng garing
5 - 7 tangkai cili kering ~ dipotong/gunting serong
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
7 biji cili padi ~ boleh tambah jika ingin lebih pedas
2 biji telur ~ dikocok
garam
sedikit gula
minyak

Cara2:
Ambil sebahagian dari ikan bilis yg digoreng tadi dan tumbuk hingga hancur. Boleh juga jika nak guna pengisar kering.
Kisar bawang putih, bawang merah dan cili padi.
Panaskan minyak dan masukkan cili kering dan goreng hingga wangi.
Masukkan bahan2 yg dikisar tadi dan tumis hingga garing.
Kemudian masukkan telur dan biarkan mengeras sedikit baru lah dikacau.
Masukkan ikan bilis yg ditumbuk/kisar, garam dan sedikit gula. Kacau.
Masukkan kangkung, nasi dan sebahagian lg dr ikan bilis tadi.
Kacau hingga rata dan masaklah seketika.
Angkat dan hidangkan bersama hirisan timun, tomato dan keropok ikan.


Haaaa.. ada perbezaan kan.. Yer, K.Nor goreng ikan bilis dan kemudian kisar pastu ada juga diletakkan cili kering yg digoreng garing tu.. tu la penambah kesedapan NASI GORENG KAMPUNG K.Nor  dan sbb tu K.Nor bg nama NASI GORENG KAMPUNG MABELES ya... So, selamat mencuba dan menikmati keenakkannya.. ^____^


Thursday, October 25, 2012

NASI TOMATO SERAI

ASSALAMUALAIKUM..

Ada yg berpuasa hari ni? Selamat berpuasa ya.. semoga ibadah kita diterima oleh Allah.. K.Nor nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA kepada semua teman2 pengunjung beragama Islam. Ampun dan maaf andai ada silap tutur kata, terlebih gurau senda yg tak disedari menyentuh hati dan perasaan sapa2 aje.. semoga esok dan hari2 mendatang adalah yg lebih baik dr yg semalam dan sebelumnya.. 


NASI TOMATO SERAI & The Gang ni sebenarnya dah lama K.Nor buat, tak perasan pun masih ada tercongok dlm fail, tanpa diedit pun lagi. Jadi K.Nor amik kesempatan tayang set nasi hari ni sekurang2nya boleh dijadikan idea utk dimasak pada hari raya nanti ya.. 

Mekasih pada Kak Pah @ Ibundo yg sudi berkongsi resipi ni. Memang banyak resipi2 yg menarik dan menyelerakan kat blog Kak Pah.. Insyaallah ada masa akan dicuba lagi pelbagai resipi yg K.Nor post kat sana.. ^__^

Kebetulan masa nak buat nasi ni baru perasan tak ada stok tomato puree jadi K.Nor gunakan tomato sos jer sebagai pengganti. Sebab tu warnanya pucat sket.. :)

NASI TOMATO SERAI
resipi : K.Pah@Ibundo
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
5 cawan (cawan rice cooker) beras basmati
1/2 tin kecil tomato puri
3 sudu besar butter/majerin
2 biji bawang besar bersaiz kecil, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 inci halia muda, hiris nipis
2 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
1 batang serai dipotong dua dan dititik
1 genggam kismis
1 cawan susu cair
3 cawan santan cair
air secukupnya
1 cube stok ayam
1 sudu kecil garam

Cara:
Panaskan butter/majerin. Tumis bawang merah,putih, halia dan rempah penumis. Goreng sehingga berbau wangi dan kekuningan. Masukkan tomato puri dan goreng sekejap. Masukkan ke dalam rice cooker bersama beras yang telah dicuci.
Masukkan susu cair dan santan ke dalam beras. Tambah air secukupnya.
Masukkan serai, garam dan cube stok ayam.
Apabila nasi hampir kering airnya, masukkan kismis.
Gaul perlahan-lahan apabila nasi telah masak supaya beras tidak patah.



KERABU EPAL HIJAU
resipi : K.Hanieliza
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
2 bj epal hijau
1/2 btg lobak merah
2 bj cili merah
2 bj cili hijau
1 kuntum bunga kantan
1 pokok daun ketumbar
1 bj lemon (diambil jusnya)
1 sudu kecil gula
garam secukup rasa

Bahan:
Epal dan lobak merah disagat atau diracik panjang.
Semua bahan lain dihiris.
Gaulkan semua bahan dan tuangkan jus lemon.
Kacau rata dan rasakan masamnya
Sedia dihidangkan.



AYAM MASAK KANDAR
Resipi : Nieza
Sumber : K.Nor

Bahan-bahan
1 ekor ayam dipotong kecil
1/2 cawan kicap pekat
1 s/k gula merah
2 s/b kerisik
3 keping asam keping ataupun boleh gunakan sedikit air asam jawa jika suka
3 s/b rempah kari ayam
2 s/b sos tomato
3 s/b sos cili
2 sudu mkn sos tiram
2 s/b plain yogurt
2 biji ubi kentang dipotong 4
1 biji buah tomato dipotong 4
1 kiub ayam
garam secukup rasa

Bahan Kisar
15 tangkai cili kering- Yatie guna 1/2 cwn cili kisar
3 labu bawang merah besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 s/kjintan manis
1 s/k jintan putih

Bahan Tumis
3 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manisMinyak masak..saya campurkan dengan mentega sikit
1 ulas bwng putih- hiris
2 ulas bwng merah hiris

Cara-cara masak:
Panaskan minyak dan tumiskan bunga lawang dan kulit kayu manis serta bawang merah dan semua bahan yang dimesin tadi.....masukkan rempah dan cili merah yg dimesin halus...dan masakkan hingga masak dan pecah minyak.
Masukkan ayam dan ubi kentang. Biarkan sehingga ayam dan ubi lembut. Jika kuah kering tambahkan sedikit air.

Bila sudah lembut masukkan kicap dan kerisik, sos tiram,sos tomato,sos cili dan plain yogurt.
Masukkan lebihan bawang yg diblender tadi untuk pekatkan kuah....dan masakkan sehingga pekat dan naik minyak.Masukkan kiub ayam dan perisakan garamnya.
Masukkan buat tomato yg dipotong tadi dan tutupkan api...siap dihidang.

Saturday, September 22, 2012

KEMBALI ON AIR ... dgn NASI GORENG LADNA

ASSALAMUALAIKUM...

Dah lebih dari seminggu tuan rumah SecubitGaram menyepikan diri kan... Kalau diikutkan mood nak menghapdet tu masih lagi melayang2 tp kesian pulak pd pengunjung SG duk melayan mata dgn Nasi Daging & The Gang jer.. Dan kalau diikutkan jugak, sebenarnya nak masukkan entri berkaitan dgn wedding anak2 sdara K.Nor di Puchong Sabtu lepas (haaa... tu dia.. dah kembali Sabtu tp gambar2 belum diedit pun lagi.. huhu) tapi bila mengadap jer PC utk edit gambar, MMMMM ku menyerang.. rasa mengantuk, rasa malessss mula la terasa.. alih2 ku BW jer lebih kurang dan angkat montot dr ngadap PC hehehe...


Jadi sebagai entri pemanas utk kembali on air (walau tak sekerap dan tak serajin dolu2) K.Nor hidangkan dgn menu lunch yg simple tadi. Dah lama tak buat Nasi Goreng Ladna, satu versi nasi goreng yg sangat mudah disediakan dan sangat digemari oleh ahli2 dlm rumah ni. Jom la kita tengok resipi ya sbb tuan rumah dah kehabisan idea nak pot pet ditambah sakit kepala yg tak nak ilang2 ni ... dah seminggu lebih tak nak ilang.. redha jer la kan... :(


NASI GORENG LADNA
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
3 mangkuk nasi putih
2 sudu besar minyak
1 sudu besar kicap

Panaskan minyak dan masukkan kicap, bila kicap dah berbuih masukkah nasi dan kacau goreng hingga rata. Ketepikan.

udang
isi ayam ~ dipotong kecil
sotong ~ dihiris
kailan
carrot
putik jagung
tomato
brokoli/bunga kobis
cili merah ~ dipotong serong
1 sudu kecil serbuk lada hitam
sedikit serbuk/kuib pati ayam ~ optional
2 sudu besar sos tiram
3 ulas bawang putih ~ diketuk/cincang
garam dan gula secukup rasa
tepung jagung (dibancuh dgn sedikit air)
air secukupnya

Cara:
Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hingga wangi dan masukkan isi ayam, goreng sekejap dan masukkan udang atau sotong jika suka. Masukkan air mengikut kehendak masing2 nak kuah banyak2 mana. Nak lagi cepat, guna air panas yg baru mendidih. Bila kuah dah mendidih, masukkan serbuk lada hitam, sos tiram, serbuk/kuib pati ayam, sayur2 mengikut kesukaan masing2 juga gula dan garam secukup rasa. Masak lagi hingga mendidih baru la dimasukkan bancuhan tepung jagung. Kuah jgn terlalu pekat, nanti muak. Hidangkan bersama nasi yg dah digoreng dgn kicap td.

# nak letak cendawan shitake kering pun boleh... sedap! :)


Utk sos cili bermadu
5 bj cili padi ~ dihiris halus atau ditumbuk
2 sudu besar madu
2 sudu besar air
1 sudu besar cuka/jus limau nipis

Cara:
Satukan kesemua bahan dan boleh la dimakan dgn nasi goreng ladna atau boleh dijadikan cicahan utk udang celup tepung.

Wednesday, September 12, 2012

NASI DAGING & THE GANG

ASSALAMUALAIKUM...

Kita ber'WW' arini ya... 
LET THE PICTURES DO THE TALKING ^___^


 DALCA SAYUR



Friday, June 8, 2012

NASI GORENG IKAN MASIN & AYAM ALA KEPCI

ASSALAMUALAIKUM

Menu ringkas lagi kali ni, NASI GORENG IKAN MASIN.. resipi ni dah pernah buat dulu masa Che'Iza mula2 tayang kat Myresipi. Simple tapi sedap, tambah lebih cili padi insyaallah lagi sedap! K.Nor gandingkan nasi goreng ni dgn AYAM GORENG ALA KFC yg mana resipinya K.Nor amik kat dapur Ayu S'pore, kalau tak silap resipi Ijan Finland. Mekasih buat ke tiga2 jelitawan yg dah menyumbang serta menyebarkan resipi ni.. Izinkan K.Nor share kat sini lak ya.. :)


NASI GORENG IKAN MASIN
resipi : Che'Iza@Myresipi
sumber : K.Nor@SecubitGaram


Bahan-bahan ( 2 org )
3 mangkuk nasi
1/2 labu bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih di ketuk
8 biji cili padi diketuk
Ikan tenggiri masin sebesar 2 jari dipotong kecil.
2 sb sos tiram
1 sb nampla (sos ikan)
2 helai kailan
1 btg kacang panjang dipotong kecil
lobak merah di potong kecil
sedikit garam (tu pun kalau sos tiram tak masin)

Cara-cara
Tumis ikan masin, tekan2 sikit dgn sudip biar dia hancur sikit2.

Bila ikan masin nak garing masukkan bwg besar, bwg putih n cili padi. Tumis sampai naik bau masukkan sos tiram n nampla.

Masukkan kacang panjang, lobak merah n nasi gaul rata. boleh letak garam sikit kalau sos tiram tu tak masin.Bila nasi dah nak masak baru letak kailan. Siap utuk dimakan....

~~~~~~~ o~x~o ~~~~~~~




AYAM GORENG ALA KFC
resepi: Ijan Blogresepi
sumber:Nuridah Salleh
sumber : Ayu S'pore 



Bahan Untuk Perap Ayam
6-8 ketul ayam - (Ayu gunakan 1 ekor ayam )
3 ulas bawang putih ditumbuk
Sedikit garam
1 sudu besar serbuk cili-(Ayu gunakan 2 sudu besar cili kisar)
1 sudu kecil lada hitam
sedikit halia kisar-(Ayu tambah)
Secubit baking powder
Secubit serbuk perasa

Bahan untuk tepung
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung beras pulut (guna tepung jagung 2 cawan pun takpe)
3 ulas bawang putih ditumbuk
Sedikit garam
1 sudu besar serbuk cili-((Ayu gunakn 2 sudu besar serbuk cili)
1 sudu kecil lada hitam
Secubit baking powder
Secubit serbuk perasa

Cara2:
Perap ayam dengan bahan-bahan perapan selama 1 jam
Campurkan semua bahan-bahan untuk tepung di dalam bekas
Selepas 1 jam, celup ayam yang telah diperap ke dalam telur yang dikacau.
Salutkan ayam tersebut di dalam campuran tepung tadi.
Goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing.
Toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan.

Friday, June 1, 2012

NASI GORENG (IKAN)

ASSALAMUALAIKUM...


NASI GORENG (IKAN) mmg sinonim dgn org Tganu. Memang selalu dibuat oleh org2 tua dari dulu hingga kini. K.Nor pun mmg suka goreng nasi letak ikan pastu mesti ada pengiringnya iaitu keropok ikan (biasanya org Tganu panggil keropok keping jer) Kalau ada kacang panjang atau kacang botol, hiris2 dan masukkan dalam nasi goreng ni. Memang sedap! Boleh bertambah berpinggan2 tau... hehe.. 


Selain mengguakan ikan goreng boleh juga kalau nak guna ikan panggang atau pun boleh aje guna ikan goreng yg tak abis dimakan. Jadi tak la membazir kan.. :)

NASI GORENG (IKAN)
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
2 cawan beras* ~ tanak hingga masak dan sejukkan
3 ekor ikan selar/selayang/kembung
3 sudu besar cili mesin
1 bj bawang besar ~ dimesin
2 ulas bawang putih ~ dimesin
3 sudu kicap manis
2 sudu besar sos tiram
1 bj telur
kacang botol/kacang panjang ~ dihiris
garam
sedikit gula
minyak

Cara:
Goreng ikan yg dah disapu dgn sedikit garam hingga masak.
Perisi ikan dan ramas/tumbuk hingga lumat. Ketepikan.
Panaskan minyak, kemudian tumis cili mesin hingga garing.
Masukkan bawang yg dah dimesin tadi, dan goreng lagi hingga pecah minyak.
Masukkan kicap, sos tiram, garam dan sedikit gula.
Pecahkan telur dan pukul sedikit dgn garfu dan masukkan ke dalam kuali.
Masukkan juga ikan yg dah dihancurkan.
Kacau sebati, kemudian masukkan nasi yg dah dilerai2kan.
Masukkan juga kacang botol ataupun kacang panjang yg dah dihiris.
Kacau goreng hingga rata dan biarkan masak masak seketika.
Angkat dan hidangkan.
Sedap dimakan bersama keropok ikan dan hirisan timun.
Utk rasa yg lebih pedas bolehlah tambah hirisan cili padi

* cawan rice cooker

Friday, May 25, 2012

NASI KOMOK

ASSALAMUALAIKUM...

Bermula sudah cuti persekolahan bagi negeri Terengganu dan Kelantan. Rasanya Kedah pun dah start cuti hari ni gak kan sbb persekolahan bermula pd Ahad dan bukannya Isnin. Bila bermula cuti sekolah, bermulalah tugas2 yg extra dr biasa. Semua dah maklum hal tu kan.. jadi peluang nak menggunakan PC akan terbatas bila anak2 ada kat rumah time cuti sekolah panjang ni. Jadi kalau lepas ni nanti banyak entri wordless atau pot pet yg pendek2 atau pun entri yg kejap timbul kejap tenggelam tu..  harap maaf la ya.. Dan kalau K.Nor tak reply komen2 kat entri2 seterusnya pun harap bersabar gak tau.. Mana2 yg perlukan penjelasan lebih lanjut tentang menu yg dipostkan, insyaallah K.Nor akan reply secepat mungkin. Bagi yg tak sempat K.Nor reply tu, insyaallah komen2 akan direply cuma lewat sket la.. harap maklum ya.. :)


Dah lama betul K.Nor nak buat Nasi Komok ni. Sana sinun org duk menerai Nasi Komok, dalam hati tu bukan main nak buat gak tp biasanya, kalau setakat dua mulut nak diisi, mana syok buat nasi gini kan. So kena lah tunggu anak2 ada baru best. Nasi Komok ni mula2 sekali K.Nor tengok Azian post kat blog dia. Masa tu masih wat derk lg, tak tergoda sgt nak buat tp bila Ayu S'pore tayang kat blog dia. haaa.. siap! Makin meruap2 nafsu nak mencuba.. Tapi.. anak2 masih kat asrama masing2.. huhu.. Lepas tu berderet pintu rumah GMM duk mencuba Nasi Komok ni kan.. Nampak gak Ijah buat tp versi sos cili @ air asam yg berlainan dan resipi nasi pun lain dr yg geng2 lain buat. Bila K.Nor buat Nasi Komok ni, K.Nor combine dua resipi yg berlainan, utk nasinya K.Nor guna resipi yg Azian post dan utk air asam K.Nor guna air asam kat dapur Ijah. Memang betul kata Ijah@Ika, nasi ni ada iras2 Nasi Ayam Goreng...  Alhamdulillah.. mmg sedap nasi ni spt kata teman2 lain tp rasanya Nasi Ayam Goreng masih mengatasi rasa Nasi Komok ni.. Jgn marah ya Azian.. selera anak tekak masing2 berbeza kan.. Apapun mekasih K.Nor ucapkan pada Azian dan juga Ayu yg berjaya menggoda diriku dan tak lupa mekasih pd mek siam yg promote air asam yg best tu :)


NASI KOMOK @ KHAO MOK GAI @ NASI BERIANI SIAM
Sources;-From Azian @Aziancollection
Sources;-From Ayu@curlybabesatisfaction

For the Spice Mix-(REMPAH KOMOK)
2 tsp curry powder (I used a Malaysian meat curry powder)-(Ayu terlupa letak ni!!)
1 tsp ground turmeric(serbuk kunyit)
1 tsp ground coriander-(serbuk ketumbar)
1/2 tsp ground cumin-(serbuk jintan putih)(Ayu gunakan 1 sudu kecil)
1/2 tsp fennel-(serbuk jintan manis)-(Ayu tambah)
1/2 tsp cinnamon powder-(serbuk kayu manis)-(Ayu gunakan 1/4 sudu kecil aje)
1 tsp salt-(garam)
1 tbsp sugar- (gula)(Ayu gunakan perasa sedikit)

BAHAN-BAHAN
5 cawan beras basmathi
4 sudu minyak sapi
4-5 ulas bawang merah*
1 Inci halia*
4 Ulas bawang putih*
3 batang akar ketumbar-(Ayu gunakan batang yang bawah sekali yang tak berdaun atas akar)
2-3 Sudu rempah komok
200 ml susu cair
1 ekor ayam
8 cawan air
garam secukup rasa
Rempah penumis.-(Ayu gunakan 1 batang kulit kayu manis, 1 bunga lawang, 3 biji pelaga, 3 biji bunga cengkih)
(*Hiris benda bertanda*)


CARA MEMASAK:-
1. Cuci ayam ( seeloknya di potong 4 saja)
2. Cuci beras basmathi dan rendam sebentar.
3.Hiris nipis bahan bertanda *
4.Tumis rempah penumis dan bahan yang dihiris dengan minyak sapi hingga naik bau.
5. Masukkan rempah komok dan kacau selalu supaya tidak hangus. Setelah nampak garing masukkan air dan akar ketumbar.
6.Masukkan ayam dan rebus ayam hingga hampir masak.
7. Angkat ayam dan toskan. Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit(Ayu tambah sedikit cili kisar, halia kisar). Perap sebentar biar ia mesra. Goreng ayam yang di perap samada garing atau tidak ikut citarasa sendiri.
8. Keluarkan 1 cawan kuah tadi untuk sos cili.
9. Masukkan kuah kedalam periuk nasi dan masukkan susu. biar ia menggelegak sambil di kacau. Masukkan garam secukup rasa.
10. Masukkan pula beras yg telah di toskan.Tutup dan biarkan ia masak.


BAHAN SOS CILI
1 Cawan air kuah nasi komok* -(sedikit halia dari kuah pun Ayu masukkan)
6 biji cili merah*
segenggam cili padi*-(Ayu tambah)
4 ulas bawang merah-(Ayu tambah)
2 Ulas bawang putih*
4 tangkai daun ketumbar*
gula, garam ,cuka
(secukup rasa)
(Blender semua*)

CARA MENYEDIAKAN:-
1. Kisar semua bahan bertanda *.
2. Masak hingga agak pekat.
3. Perasakan ia dengan garam, gula dan cuka secukup rasa.
4. Hidang bersama nasi komok.



(utk sos K.Nor guna sos/air cuka Ijah)

SAUCE (Sos/Air Cuka)
sumber : Ijayuji

Ingredients: (Bahan-bahan)>>kita buat stgh adunan ajer
2 green chilies (3 tangkai lada hijau>>kita guna cili merah )
5 cm knob of ginger (5 cm halia)
3 stalks of coriander (3 tangkai daun ketumbar)
3 spring onion (3 tangkai daun bwg)
1/3 cup of castor sugar (1/3 cwn gula kaster)
1/3 cup of white vinegar (1/3 cwn cuka)
salt to taste (garam secukup rasa)
1 tbs of water (1sb air)

Method:
Chop all the herbs and aromatics finely and set aside. Place sugar and water in a bowl and microwave for a minute, add in the vinegar. Add chopped ingredients into the sugar and vinegar mixture, check for seasonings. (Cincangkan halus semua bhn2 kecuali air, gula, grm dan cuka. Masukkan gula kaster dan air di dalam mangkuk tahan panas, masukkan dalam microwave lebih kurang 2 minit dan masukkan cuka. Kemudian masukkan pula bahan2 yang telah di cincang halus tadi kedalam cecair cuka dan gula tadi, gaul dan perasakan)