f Secubit Garam: sambal/pencicah
Showing posts with label sambal/pencicah. Show all posts
Showing posts with label sambal/pencicah. Show all posts

Tuesday, September 3, 2013

NASI MANDY KAMBING

ASSALAMUALAIKUM...

Warning awal2 ni ya.. semua dah jadi baja, sbb ni menu masa hari raya aritu hehee.. biasa ler.. tuan rumah kan semakin lemau nak menghapdet.. kiranya kena masukkan jugak entri ni sbb nak kongsikan resipi Nasi Mandy Kambing yg dah dicuba buat ni. Selain utk dikongsikan dgn pengunjung SG juga sebagai rujukan K.Nor dan anak2 di kemudian hari..


Masa hampir nak raya aritu, K.Nor ke pasar dgn cik abe, terpandang (fuhh.. skima ayat hehe) org jual daging kamben. Memang agak jarang2 la K.Nor nampak org jual daging kamben kat pasar Bukit Payong tu. ehhh.. rasanya setelah setahun duk kg ni, tu pestaim kut terserempak dgn org jual daging kamben. Cik abe mmg antu daging kamben, termasuk si anak dara tu.. Jadi K.Nor rembat la sekilo. Duk terbayang nak masak Nasi Mandi Kamben utk raya... khelasss gitu kannnn.. hehee

Balik rumah, lepas kerja membersihkan barangan basah yg dibeli dan kemas apa yg patut, K.Nor pun mula la menggugel, cari resipi Nasi Mandy Kamben (sori ya.. mmg suka guna word kamben.. jgn marah nooo.. ) Gugel punya gugel jumpa satu resipi yg sangat berkenan di mata dan di hati. Terus K.Nor save jdkan draf. Bukannya tak pernah masak nasi mandy, dah acapkali gak buat tp selalunya guna ayam jer (guna resipi Raidah) kat SINI dan kat SINI. Saja la tukar selera, cari resipi2 lain utk dicuba, mana tau, dpt yg lebih sedap, lebih serasi kat anak tekak K.Nor sekeluarga kan.. 

Kali ni, masak nasi ni siap letak arang yg dibakar walaupun dlm resipi UmmiAisyah ni tak bgtau perlu buat sedemikian. K.Nor buat ni sbb kat reispi Raidah tu ada bgtau utk letak arang yg dibakar (utk menambah aroma pd nasi bila asap dr arang ni meresap ke dalam nasi) Boleh tengok kat SINI, ada Puan Raidah tunjuk kaedah mengasapkan nasi mandi menggunakan arang yg dibakar. Bagi yg tak nak buat tak mengapa, tak salah apa2 pun, tak kena saman pun.. hehe.. terpulang la ya.. tp kalau buat, insyaallah nasi kita jd lebih ummphhhh gitew ^____^

Tak sia2 mencuba, Along pun kata sedap mcm dia makan kat Jordan dulu.. yer la.. 5 tahun duk Jordan
bukannya senang nak masak mcm yg dia duk selalu makan yg org Arab buat tu kan.. :)

K.Nor sangat berpuas hati dgn hasil Nasi Mandy Kambing ni.. sangat2 sedap dan menyelerakan. Air dari rebusan kambing tu, membuatkan nasi kita bertambah sedap. Dan kena pulak dgn gandingan sos dan saladnya tu..Insyaallah.. akan stick dgn resipi ni lain kali..Memang rekomended tau resipi ni.. Sgt2 tak rugi mencuba.. Opss lupa nak bgtau, rempah nasi mandy tu, K.Nor beli kat Jordan dulu dan bagi yg teringin nak dapatkan rempah ori nasi mandy ni cuba la cari kat kedai2 arab yg jual rempah ratus atau kurma2. Atau gugel cari rempah nasi mandy/mandi yg dijual secara online.. 

Jutaan terima kasih buat UMMIAISYAH yg sudi berkongsi resipi NASI MANDY KAMBING ni.. Izinkan K.Nor kongsikan kat sini utk rujukan di lain waktu dan juga utk dikongsikan bersama teman2 yg lain ya.. 

NASI MANDY KAMBING
resipi : UmmiAisyah
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2: Serves (4-5 org)
400 gm beras basmathi
1 sdb rempah serbuk mandy
Rempah tumis( sedikit bunga lawang,kulit kayu manis,buah pelaga,buah limau kering,bunga cengkih)
1 1/2 kg kambing (daging dan tulang)
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 biji cili hijau
3 sdb minyak masak atau minyak sapi ~ k.nor guna minyak sapi
garam

Cara:
Kambing
Rebus kambing sehingga betul-betul empuk (tanpa garam) 
Asingkan daging kambing ke dalam bekas yg lain. Ketepikan.
~ k.nor masukkan 1 bj sudu steel semasa merebus utk mengempukkan daging dgn cepat. Sebelum tu potongan kambing tu k.nor basuh dan perap dgn tepung yg dicampur dgn sedikit air utk menghilangkan bau hamis kambing. pastu toskan)

Nasi Mandy
1. Rendam beras 20 minit atau lebih dan toskan.
2. Tumis rempah tumis, hirisan bawang besar dan bawang putih. Apabila bawang garing masukkan rempah serbuk, tumis sebentar dengan api kecil. Tutup api.
3. Campurkan tumisan rempah tadi dan beras ke dalam periuk nasi elektrik.
4. Letakkan 2 sudu kecil pewarna kuning, 2 sudu kecil garam dan 2 biji cili hijiau. (k.nor skip pewarna tp gantikan dgn saffron)
5. Masukkan 600 ml air rebusan beserta daging ke dalam periuk.
6. Tanak dalam rice cooker sehinnga masak.

* k.nor tumis rempah ratus direct dlm periuk nasi tp menggunakan api dapur. kemudian baru diletakkan dlm rice cooker dan teruskan proses memasak nasi.

Sos Harrah
2 biji tomato
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil perahan lemon
3 bj cili padi
daun ketumbar
garam

Kisar semua bahan tanpa air.
Sedia utk dihidangkan.

Salad Arab
2 biji tomato (dipotong dadu)
1 batang timun (dipotong dadu)
1 biji bawang besar
Daun ketumbar
garam dan sedikit serbuk lada hitam

Campurkan semua bahan dan gaul rata.

UPDATED 6/09/13 

Bagi yg masih duk tanya, kat mana K.Nor dptkan rempah sila baca balik entri kat atas.. K.Nor dah story pun org masih duk tanya.. Dah jawab kat komen bawah pun, ada lg yg masih bertanya.. Jd utk lebih clearkan pembacaan, K.Nor dah boldkan ayat tu dan dah besarkan saiznya.. tak tau la kalau tak nampak jugak, kena pakai kanta pembesar la lps ni kut .. 


harap maklum...


Friday, June 7, 2013

NASI JAGUNG BERSERAI & The Gang

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah.. masih dapat bersiaran lg rupanya di dapur alam maya ni... Takper la kalau jarang2 atau kadang2 asalkan ada dan tak terkubur terus kan.. hehe..

Kita kurangkan pot pet.. kita layan menu yg dibuat beberapa hari lepas (hari ni tukang masak gantung kuali, makan nasi kenduri jer hehe)


Dah pernah buat NASI JAGUNG dan jugak dah pernah buat NASI JAGUNG 2. Kali ni kita buat lagi menu yg lebih kurang jugak tp diberi sedikit kelainan dgn penambahan serai yg turut menaikkan aroma NASI JAGUNG BERSERAI. K.Nor gandingkan NASI JAGUNG BERSERAI ni dengan GULAI AYAM (TRG STYLE) dan ACAR TIMUN (jelatah). Utk menambahkan kerancakkan menghadap menu ni, K.Nor juga buat SAMBAL BELACAN.. tp terlupa la pulak nak masukkan sekali masa shooting tu.. Tak per la ya.. :)


NASI JAGUNG BERSERAI
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
4 cawan beras basmathi (ikut cawan sukatan rice cooker)
6 cawan air
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan jagung (K.Nor guna jagung fresh >< 2 biji)
1 biji tomato ~ didadukan kecil
5 biji bawang merah ~ dihiris
3 ulas bawang putih ~ dhiris
1/2 in halia ~ diketuk
3 batang serai ~ dititik
2 helai daun pandan ~ disimpul
2 sudu besar minyak sapi
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 btg kulit kayu manis
3 kelopak bunga lawang
garam secukupnya

Cara:
Basuh bersih beras dan rendam lebih kurang 1/2 jam. Toskan.
Panaskan minyak sapi dlm periuk rice cooker dan masukkan bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang. 
Tumiskan sekejap dan masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan serai.
Kacau hingga bahan tumisan wangi.
Masukkan daun pandan dan tomato. Kacau2 kejap dan masukkan beras.
Kacau lg hingga sebati dan biarkan seketika baru lah dimasukkan air dan garam.
Biarkan hingga mendidih baru lah dimasukan susu cair dan jagung. Kacau perlahan2 supaya semua sebati.
Alihkan ke periuk td ke dlm rice cooker dan masak la hingga nasi tu masak.
Hidangkan dgn Gulai Ayam, Acar Timun dan juga Sambal Belacan. 

* boleh juga jika nak gantikan Gulai Ayam dgn Ayam/Daging Masak Merah..

~~~~~ 0 ~~~~~


GULAI AYAM TRG STYLE
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
1 ekor ayam ~ dipotong
3 sudu besar cili mesin
5 bj bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1 in halia *
1/4 in lengkuas *
1 in kunyit hidup * (*diblend)
3 sudu besar rempah gulai (boleh jg guna rempai gulai kawah) ~ bancuhkan dgn sedikit air panas hingga menjadi paste
4 cawan air
air asam jawa
2 - 3 bj ubi kentang ~ dibuang kulit dan dipotong
1/2 cawan santan pekat ~ boleh guna santan kotak atau santan fresh
garam

gula ~ boleh guna campuran gula dgn nisan atau gula melaka
sedikit belacan ~ optional
minyak

Bahan penumis :
1 btg kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 bj buah pelaga
5 kelopak bunga lawang

Cara2:
Panaskan minyak dan masukkan bahan penumis. Tumis hingga wangi dan masukkan cili mesin.
Biarkan hingga cili garing dan masukkan bahan yg diblend.
Masak hingga pekat dan masukkan paste rempah gulai.
Kacau dan masak lah hingga pecah minyak (boleh masukkan sedikit air utk pecah minyak dgn lebih elok)
Masukkan ayam dan kacau supaya rempah mesra dgn ayam.
Biarkan seketika dan masukkan air. Kacau2 biar sebati dan masak lah hingga kuah mendidih dan masukkan air asam jawa dan ubi kentang.
Masukkan juga santan pekat dan masak lg hingga mendidih.
Hendaklah sentiasa mengacau supaya tak naik kepala.
Masukkan pula garam dan gula (atau nisan/gula melaka) dan biarkan merenih hingga ayam masak dan kepekatan kuah yg kita sukai.
Cedukkan ke dalam mangkuk dan hidangkan.

*Kalau kuah nampak terlalu pekat dan tidak pecah minyak boleh lah dimasukkan sedikit air panas. Teruskan memasak, dengan cara ni minyak akan keluar semula.

~~~~~ 0 ~~~~~



ACAR TIMUN
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1 - 2 biji timun ~ dihiris
1/2 batang carrot ~ dihiris
2 ulas bawang merah ~ dihiris
1 ulas bawang putih ~ dihiris
1/2 in halia ~ dihiris panjang dan halus
2 - 3 sudu besar cuka ~ tambah kalau tak cukup rasa masam
1 sudu besar gula ~ atau secukup rasa
1/4 sudu kecil garam

Cara:
Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata.
Rasa acar, biar ada rasa masam dan manis sket.
Biarkan mesra baru la dihidangkan.

~~~~~ 0 ~~~~~

Letak gambar lama tak per la ya.. buat syarat jer heheee
SAMBAL BELACAN
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
3 biji cili merah
3 -5 biji cili api (jenis panjang)
belacan sebesar ibu jari tangan ~ dibakar/goreng tanpa minyak
1/2 sudu kecil gula
2 biji limau kasturi ~ diambil air
hirisan mangga muda ~ optional
Cara:
Tumbuk cili merah dan cili padi tapi jangan sampai lumat.
Masukkan belacan dan gula, tumbuk lagi.
Perahkan limau kasturi dan masukkan hirisan mangga muda.
Gaul hingga sebati dan bolehlah dihidangkan.

Monday, May 6, 2013

KACANG PHOOL

ASALAMUALAIKUM...

Dah lama betul berhajat nak buat dan merasa KACANG PHOOL, menu yg pemes di selatan tanah air ni (Johor & Singapore). Dah pernah intai2 kacang parang (foul medammas) kat gergasi, tp tak pernah pulak terserempak. Akhirnya, sorang teman blogger yg baik hati, yg tau K.Nor duk teringin nak buat Kacang Phool ni, telah post setin foul medammas baru2 ni.. Happy bukan main, mcm dpt emas seketul! haha..


Mekasih juta2 lemon ya cik puan nan seberang, dah buat pun KACANG PHOOL, dgn menggunakan resipi dr dapur anda juga. Guna yg versi II tp dah diderhakan sket. Sket jer.. Nor tambah sedikit daging kisar dlm tu. Pandai2 jer menambah kan.. psst... tak kena hukuman pancung kan.. hehehe



KACANG PHOOL II 
sumber : Ayu@ Curlybabesatisfaction
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:-(4-5 orang)
1 tin foul medammas(kacang parang)-diblender dengan sedikit air
200gm daging kisar ~ k.nor tambah
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih*
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis*
1 sudu kecil serbuk ketumbar*
1/2 sudu kecil bawang putih kisar*
1 sudu kecil bawang besar kisar*
1 sudu besar rata cili kisar*
1 sudu besar minyak sapi
11/2 sudu besar minyak
air secukupnya
garam secukup rasa

Bahan hiasan & Taburan:-
5 batang cili hijau dihiris bulat
1 biji bawang besar dipotong dadu
5 biji telur digoreng 'mata lembu'
5 biji limau sambal, dibelah 2 untuk diambil jusnya
1-2 batang roti perancis atau secukupnya - dipotong dan dibakar didalam oven sebelum dihidang

Method:-
Panaskan minyak sapi & minyak didalam kuali dan tumiskan bahan2 yang bertanda* hingga naik bau. (Masukkan daging kisar dan masak hingga daging mengeluarkan air. Biarkan hingga sedikit kering) Masukkan kacang parang yang telah diblender tadi, gaul rata.
Masukkan garam dan sedikit air kalau adunan nampak pekat, atau terpulang nak pekat atau cair macam mana, tapi jangan terlalu cair atau terlalu pekat ya.
Bila sudah mendidih matikan api.
Siap untuk dihidang bersama bahan2 hiasan taburan dan perah jus limau sebelum dimakan/cicah dengan roti perancis yang telah dibakar tadi..

update:
utk yg nak tau rupa kacang parang (foul medammas) yg k.nor gunakan.. 

Gambar dr blog mamawandiha ..
Ratna! pinjam gambar ek.. maceh :)

Wednesday, September 12, 2012

NASI DAGING & THE GANG

ASSALAMUALAIKUM...

Kita ber'WW' arini ya... 
LET THE PICTURES DO THE TALKING ^___^


 DALCA SAYUR



Friday, July 27, 2012

AYAM GORENG BEREMPAH (5) ~ DJ

ASSALAMUALAIKUM..

Bersiaran secara langsung di pagi Jumaat nan mulia lagi penuh baraqah setelah 3 hari pengunjung SecubitGaram disajikan dgn entri berjadual. Sebenarnya tuan rumah ke Kolumpo pada pg Selasa baru2 ni dan baru jer pulang ke rumah ptg semalam. Ada 2 agenda utama penyebab utama ke KL tu, salah satunya sbb Along perlu hadiri interview kat Putrajaya pada 25 Julai (Rabu) dan kebetulan pada hari yang sama gak K.Nor pun ada agenda tersendiri. Maaf lah ya, buat masa ni belum dapat diuar2kan lagi apakah agenda tersebut. Kena tunggu masa yg sesuai sampai dulu, insyaallah akan K.Nor uar2kan.. Biasalah.. org low profile tak suka kecoh2 atau heboh2kan.. Nanti org kata, hanya kes sebiji telur dah riuh cik yam sekampung.. ^__^

Sesampai jer kat rumah ptg smlm, azan Asar menyambut kita org (K.Nor, Cik Abg dan Along). Alhamdulillah, perjalanan di bulan puasa tak terasa sgt kepenatannya lagipun kali ni co-pilot dah ada pembantu. Bila dah ada 2nd co-pilot ni, co-pilot jd mem besar kat belakang hehee.. So mana la letih sgt kan.. Masa hampir sampai kat rumah, duk congok2 dlm kepala nak masak apa utk berbuka. Nak beli lauk2 kat Pasar Ramadhan, K.Nor kurang suka dan mmg jarang diamalkan pun. Perut kita org suami isteri ni agak sensitif, mudah nak cirit birit bila kena lauk2 tertentu. Memang selalunya K.Nor masak jer kalau di bulan Ramadhan kecuali, sesekali bila ada hal yg tak dapat dielakkan, terpaksa gak beli lauk segera. Tapi yg dibeli pun biasanya cam ikan bakar, ayam golek/ayam pusing.. atau mana2 lauk yg dimasak kat tempat tu. Chances nak CB tu kurang sket kan bila makan lauk panas2 gitu.


Bila pikir balik, kesian si hero bongsu yg kebetulan minggu ni pulang berbuka puasa kat rumah. Dah la jarang2 balik, bila balik, si emak hidangkan lauk masakan org lain kan. So K.Nor tak jadi la beli lauk luar. Sampai jer kat rumah terus keluarkan ayam dan udang yg kejung kat freezer dan masak nekbat utk dijadikan dessert. Nekbat mmg K.Nor baru jer beli sebelum ke KL (letak kat freezer supaya tahan lama) dan nekbat la pilihan terbaik utk buat dessert yg cepat dan yg menjadi kegemaran anak2. Utk ayamnya, K.Nor plan nak buat ayam goreng berempah dan dgn si udang, K.Nor buat tomyam udang. Pastu tumbuk lak durian yg mmg dah siap perisi (sebekas aiskrim cik abe ku perisi .. senang kerja ai hehe) utk dijadikan Sambal Tempoyak (Mentah). Tu jer la menu simple yg sempat disediakan utk dinikmati bersama keluarga tersayang.. Alhamdulillah.. syukur dgn rezeki Mu ya Allah.... 


Utk AYAM GORENG BEREMPAH, K.Nor cuba resipi terbaru dari Dayang ni. Dah pernah cuba beberapa resipi ayam goreng berempah Dayang.. Kebetulan semua bahan2 ada dlm esbok, senang jer la kerja kan.. Lagipun Ayam Goreng Berempah mmg senang dan cepat disediakan dan juga menjadi kegemaran anak2 K.Nor. Mekasih Dayang atas perkongsian resipi AGB ni ya.. K.Nor letak no 5 kat tepi tajuk tu utk membezakan antara resipi2 Ayam Goreng Berempah yg lain dlm peti resipi K.Nor tu ya.. 


AYAM GORENG BEREMPAH (5)
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan :
1 ekor ayam (dipotong ikut suka)
2 sudu besar serbuk kari daging
2 sudu besar serbuk cili
1/2 cawan tepung goreng serbaguna/ala KFC
2 sudu besar air asam jawa
1/2 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu kecil gula
garam secukupnya
2 tangkai daun kari

Bahan-bahan kisar :
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci lengkuas
8-10 batang serai ~ k.nor guna 5 btg jer
1 sudu besar biji ketumbar

Cara-cara : 
Satukan kesemua bahan di atas dan gaul-gaulkan sebati.
Kemudian diperap hingga 2-3 jam atau semalaman.
Sediakan minyak yang banyak untuk goreng terendam.
Apabila sudah cukup panas, gorenglah ayam hingga masak keemasan.
Selamat mencuba!


SAMBAL TEMPOYAK (Mentah)
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
Isi durian
cili padi ~ ikut kepedasan yg disukai
secubit garam kasar

Cara:
Tumbuk cili padi dan garam hingga lumat.
Masukkan isi durian dan tumbuk hingga sebati.
Sedia utk dihidangkan..


Friday, May 25, 2012

NASI KOMOK

ASSALAMUALAIKUM...

Bermula sudah cuti persekolahan bagi negeri Terengganu dan Kelantan. Rasanya Kedah pun dah start cuti hari ni gak kan sbb persekolahan bermula pd Ahad dan bukannya Isnin. Bila bermula cuti sekolah, bermulalah tugas2 yg extra dr biasa. Semua dah maklum hal tu kan.. jadi peluang nak menggunakan PC akan terbatas bila anak2 ada kat rumah time cuti sekolah panjang ni. Jadi kalau lepas ni nanti banyak entri wordless atau pot pet yg pendek2 atau pun entri yg kejap timbul kejap tenggelam tu..  harap maaf la ya.. Dan kalau K.Nor tak reply komen2 kat entri2 seterusnya pun harap bersabar gak tau.. Mana2 yg perlukan penjelasan lebih lanjut tentang menu yg dipostkan, insyaallah K.Nor akan reply secepat mungkin. Bagi yg tak sempat K.Nor reply tu, insyaallah komen2 akan direply cuma lewat sket la.. harap maklum ya.. :)


Dah lama betul K.Nor nak buat Nasi Komok ni. Sana sinun org duk menerai Nasi Komok, dalam hati tu bukan main nak buat gak tp biasanya, kalau setakat dua mulut nak diisi, mana syok buat nasi gini kan. So kena lah tunggu anak2 ada baru best. Nasi Komok ni mula2 sekali K.Nor tengok Azian post kat blog dia. Masa tu masih wat derk lg, tak tergoda sgt nak buat tp bila Ayu S'pore tayang kat blog dia. haaa.. siap! Makin meruap2 nafsu nak mencuba.. Tapi.. anak2 masih kat asrama masing2.. huhu.. Lepas tu berderet pintu rumah GMM duk mencuba Nasi Komok ni kan.. Nampak gak Ijah buat tp versi sos cili @ air asam yg berlainan dan resipi nasi pun lain dr yg geng2 lain buat. Bila K.Nor buat Nasi Komok ni, K.Nor combine dua resipi yg berlainan, utk nasinya K.Nor guna resipi yg Azian post dan utk air asam K.Nor guna air asam kat dapur Ijah. Memang betul kata Ijah@Ika, nasi ni ada iras2 Nasi Ayam Goreng...  Alhamdulillah.. mmg sedap nasi ni spt kata teman2 lain tp rasanya Nasi Ayam Goreng masih mengatasi rasa Nasi Komok ni.. Jgn marah ya Azian.. selera anak tekak masing2 berbeza kan.. Apapun mekasih K.Nor ucapkan pada Azian dan juga Ayu yg berjaya menggoda diriku dan tak lupa mekasih pd mek siam yg promote air asam yg best tu :)


NASI KOMOK @ KHAO MOK GAI @ NASI BERIANI SIAM
Sources;-From Azian @Aziancollection
Sources;-From Ayu@curlybabesatisfaction

For the Spice Mix-(REMPAH KOMOK)
2 tsp curry powder (I used a Malaysian meat curry powder)-(Ayu terlupa letak ni!!)
1 tsp ground turmeric(serbuk kunyit)
1 tsp ground coriander-(serbuk ketumbar)
1/2 tsp ground cumin-(serbuk jintan putih)(Ayu gunakan 1 sudu kecil)
1/2 tsp fennel-(serbuk jintan manis)-(Ayu tambah)
1/2 tsp cinnamon powder-(serbuk kayu manis)-(Ayu gunakan 1/4 sudu kecil aje)
1 tsp salt-(garam)
1 tbsp sugar- (gula)(Ayu gunakan perasa sedikit)

BAHAN-BAHAN
5 cawan beras basmathi
4 sudu minyak sapi
4-5 ulas bawang merah*
1 Inci halia*
4 Ulas bawang putih*
3 batang akar ketumbar-(Ayu gunakan batang yang bawah sekali yang tak berdaun atas akar)
2-3 Sudu rempah komok
200 ml susu cair
1 ekor ayam
8 cawan air
garam secukup rasa
Rempah penumis.-(Ayu gunakan 1 batang kulit kayu manis, 1 bunga lawang, 3 biji pelaga, 3 biji bunga cengkih)
(*Hiris benda bertanda*)


CARA MEMASAK:-
1. Cuci ayam ( seeloknya di potong 4 saja)
2. Cuci beras basmathi dan rendam sebentar.
3.Hiris nipis bahan bertanda *
4.Tumis rempah penumis dan bahan yang dihiris dengan minyak sapi hingga naik bau.
5. Masukkan rempah komok dan kacau selalu supaya tidak hangus. Setelah nampak garing masukkan air dan akar ketumbar.
6.Masukkan ayam dan rebus ayam hingga hampir masak.
7. Angkat ayam dan toskan. Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit(Ayu tambah sedikit cili kisar, halia kisar). Perap sebentar biar ia mesra. Goreng ayam yang di perap samada garing atau tidak ikut citarasa sendiri.
8. Keluarkan 1 cawan kuah tadi untuk sos cili.
9. Masukkan kuah kedalam periuk nasi dan masukkan susu. biar ia menggelegak sambil di kacau. Masukkan garam secukup rasa.
10. Masukkan pula beras yg telah di toskan.Tutup dan biarkan ia masak.


BAHAN SOS CILI
1 Cawan air kuah nasi komok* -(sedikit halia dari kuah pun Ayu masukkan)
6 biji cili merah*
segenggam cili padi*-(Ayu tambah)
4 ulas bawang merah-(Ayu tambah)
2 Ulas bawang putih*
4 tangkai daun ketumbar*
gula, garam ,cuka
(secukup rasa)
(Blender semua*)

CARA MENYEDIAKAN:-
1. Kisar semua bahan bertanda *.
2. Masak hingga agak pekat.
3. Perasakan ia dengan garam, gula dan cuka secukup rasa.
4. Hidang bersama nasi komok.



(utk sos K.Nor guna sos/air cuka Ijah)

SAUCE (Sos/Air Cuka)
sumber : Ijayuji

Ingredients: (Bahan-bahan)>>kita buat stgh adunan ajer
2 green chilies (3 tangkai lada hijau>>kita guna cili merah )
5 cm knob of ginger (5 cm halia)
3 stalks of coriander (3 tangkai daun ketumbar)
3 spring onion (3 tangkai daun bwg)
1/3 cup of castor sugar (1/3 cwn gula kaster)
1/3 cup of white vinegar (1/3 cwn cuka)
salt to taste (garam secukup rasa)
1 tbs of water (1sb air)

Method:
Chop all the herbs and aromatics finely and set aside. Place sugar and water in a bowl and microwave for a minute, add in the vinegar. Add chopped ingredients into the sugar and vinegar mixture, check for seasonings. (Cincangkan halus semua bhn2 kecuali air, gula, grm dan cuka. Masukkan gula kaster dan air di dalam mangkuk tahan panas, masukkan dalam microwave lebih kurang 2 minit dan masukkan cuka. Kemudian masukkan pula bahan2 yang telah di cincang halus tadi kedalam cecair cuka dan gula tadi, gaul dan perasakan)



Wednesday, October 26, 2011

MENU ULANGTAYANG KALI KE...... ?

ASSALAMUALAIKUM...

Wordless Wednesday hari ni? Boleh tak? Boleh?? Tak boleh?? Boleh la... Tayang gambo dan resipi jer.. Boleh la kan.. Dah la menu ulangtayang jer ni, time2 nak bulan mengambang ni kepala mula start berdenyut. Idea nak menghapdet dah la duk hanyut tengah laut, nak mengarang pun tak ada idea.. Tapi hari ni kan cuti, jadi tak ada la yg mengacau K.Nor time mengarang kat skype.. hehee.. kalau tak.. ada jer yg mencuit.. Jah.. jgn kuntau ya.. Cik abg ada hari ni kan, sbb tu tak mengacau K.Nor mengarang.. hehe

Eh.. dah panjang pulak ya.. haha.. menjadi gak karangan yg ntah apa2.. Cukup dah tu kan.. selingan di petang hari yg mendung. Ingatkan hari ni dpt ler keluar gi jalan2 tapi tak menjadi lak. Terbantut hajat nak keluar jalan2  dgn anak2.. ermmmm...


Ok lah. jom layan menu lunch.Menu ulangtayang jer ni...


SIAKAP BAKAR BEREMPAH HARUM
resipi : DayangJack
sumber : K.Nor@SecubitGaram


Bahan-bahan :
1 ekor ikan siakap (dibersihkan)
1 helai daun kunyit (diracik/dihiris halus)
2 helai daun limau purut (diracik halus)
bahan-bahan dikisar bersama :
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai
1 helai daun limau purut
3 kelopak bunga kantan (dihiris terlebih dahulu)
1 sudu makan cili giling (boleh ganti dengan cili api jika suka)
1 sudu besar rempah kari ikan
3 sudu makan air asam jawa
1 sudu besar kicap pekat
sedikit belacan bakar
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
gula dan garam secukupnya
sedikit air

Cara-cara :
Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Tutupkan api.
Sementara itu, sediakan kertas foil dan dulang pembakar. Letakkan ikan di tengah-tengah kertas foil. Tuangkan kesemua perencah tadi di atasnya. Taburkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit dan balut dengan kemas. Perapkan sebentar lebih kurang 15 minit.
Kemudian bakar ikan sehingga masak.

* nak lebih sedap, perahkan limau kasturi atas ikan sebelum makan.

~~~~~ *** ~~~~~

AIR ASAM
resipi : Ika@Arah
sumber : K.Nor@SecubitGaram


Bahan A
4 biji Cili Api ~terpulang nak pedas tambahkan kuantiti cili
1 biji Lada Merah Besar
1 ulas Bawang Putih
1 inci Belacan yg di bakar
1 sb sos tomato
1 sb sos cili
1 sb sos ikan
60 ml air asam jawa>>kalau nak cair boleh tmbhkan air
1 sk gula >> terpulang nak manis mcm mana
secubit garam

Bahan Hiris
Sedikit hirisan bwg merah
Sedikit tomato di hiris dadu
Daun ketumbar di hiris halus
1 biji cili di hiris bulat

Cara:
Kesemua bahan A di atas di blend hingga hancur atau separuh hancur terpulang nak mcm mana, kalau nak cair sedikit just tambahkan air kemudian perasakan kembali.
Kemudian masukkan bhn2 hirisan td, dan siap utk di hidang.

Monday, August 15, 2011

NASI AYAM GORENG

ASSALAMUALAIKUM...

Maaf ya.. tuan rumah kebizian sket.. Nak reply komen2 kat bawah tu pun belum sempat lagi. Insyallah akan dibalas bila dah free nanti. Mekasih sudi singgah dan mekasih bg mereka yg sudi tinggalkan komen. 

Sapa2 yg tak ada idea nak masak utk berbuka tu disarankan buat Nasi Ayam Goreng ni. Kesedapannya mmg dah terbukti bila ramai GMM yg turut sama buat menu ni. Kalau nak resipi sila klik kat link ni ya.. NASI AYAM GORENG & SOS PEDAS




YONG TAU FU

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah... Tak tau nak cakap, mmg happy sangat akhirnya dpt gak buat sendiri Yong Tau Fu. Hishhh padahal mudah yg amat jer. Punyalah selama ni jakun dan blurr tak tau nak beli bahan2 utk YTF ni tau... hehehe.. Sebenarnya kan, ni citer benar, yg benar semata2 tarak tipu punya.. (bulan puasa mana boleh main tipu2.. eh. bulan tak puasa pun K.Nor tak main tipu2 gak.. tak suka amalkan perbuatan menipu ni.. cukup pantang bila org suka menipu dan K.Nor cukup tak suka bila anak2 menipu.. Sejauh mana nak menipu si ibu kan, Allah tu maha kaya, sembunyikan lah sejauh mana pun, DIA akan tetap menyampaikan apa yg disembunyikan atau ditipu pada si ibu tadi, cuma lambat atau cepat atau dengan cara mana sekalipun si ibu akan tetap tahu, kerana 'mata' si ibu ada di mana2.. Lambat laun ada lah yg akan menyampaikan berita perilaku anak2 pada si ibu.. kan.. Ni lah yg selalu K.Nor pesan kat anak2.. ehhhhhhhh.. dah tersasar dr posting arini la.. hehehehe.. kita balik ke pangkal jalan ya.. jom :)

Sebenarnya hanya 2x jer K.Nor pernah makan YTF ni tau. Sekali tu masa kat Cameron Highland (jauh tu.. walhal dlm KTrg ni bukan tak ada org jual hehe) dan kali ke2 kat Kota Bharu.. haa.. semua luar dr negeri Terengganu hehee.. Kalau kat pasar malam tak pernah beli sbb K.Nor jarang2 sangat ke pasar malam. Kadang2 dalam setahun tak pernah pergi sekali pun. Bukan jenis suka ronda2 pasar malam. Makan kat kedai pun jarang2 jugak dah sebab hari2 masak... ehhh tersasar lagi.. hehee.. 


Bila Ika tayang YTF dia minggu lepas, punyalah teringin sungguh nak makan YTF. K.Nor sebenarnya tak tau nak beli apa sebagai bahan2nya tu. Duk tenung jer dalam pinggan Ika tu apa bahan2 yg dia guna, pastu google kat tenet, tengok gambar2 YTF yg org lain post. Pastu masa ke gergasi baru2 ni, K.Nor gi dgn anak2. Pastu tanya Aisyah nak makan YTF ke tak (anak dara tu mmg suka gak YTF hehe) dia kata nak, jom kita cari bahan2 dia nak mak.. ermmm.. terus jer tengok bahan2 dlm peti  tu sambil tanya salesgirl yg duk bahagian menimbang. Bila tanya dia cakap betul la tu, ramai org beli bahan2 dlm peti tu utk buat YTF. K.Nor dan Aisyah pun pilih la bahan2 yg ada dalam peti sejuk tu. Seronok pulak rasa nak buat YTF ni hehe


Pagi semalam sambil siang2 ayam, K.Nor buat la kuah YTF ni.. Wehh.. syoknyer bau.. Bila petang tu masa duk mencelur sayur dan bahan2 lain dalam sup resipi Ika, anak dara masuk dapur. Bukan main suka dia bila tau K.Nor buat YTF.. Time berbuka, wahhhhhhhh lagi la syok dpt makan homemade YTF dgn sup Ika yg sedap tu.. Mudah giler buat YTF rupanya ya.. hihihi.. tu la.. selama ni kalau buat kan syok, dah lama dpt makan homemade YTF.. heheh.. Mekasih kepada Ika yg membuatkan K.Nor teruja nak buat YTF dan terima kasih pada Minami yg berkongsi resipi kuah YTF kat MyResipi... (uishhh panjangnya karangan !! haha)


KUAH YONG TAU FU
Resepi Asal: MINAMI MyR
sumber : Ika@Arah & K.Nor

Bahan:
10 tangkai cili kering>>Yg ni kita lebihkan
gula melaka atau kurozato >>yg ni anggaran kita 3 atau 4 sudu besar gula melaka yg dah dihancurkan
bijan goreng
gula(kalau kurang manis) >>Lebih kurang 1/2 sudu besar
1 s.k garam
3 cm belacan >>Belacan ni kita blend sekali dgn lada kering yg dah digoreng td
300 ml air
1 sudu besar minyak
1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air >>yg ni terpulang
sedikit ajinomoto ~ k.nor tak letak

Cara:
Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
masukkan garam, ajinomoto dan gula(jika gula melaka kurang manis).
masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lain-lain.
Untuk kuah sup pulak kita guna resepi yg biasa kita gunakan, resepi dr sorang kawan cina kita kat sini :-)






KUAH SUP
Resepi Asal : Arah
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1000ml air
15 ekor ikan bilis siang bersih buang kepala sume
5 atau 6 ulas bwg putih tak yah kopek kulit, basuh..
1 labu bwg sederhana besar
Leek tak masukkan pun tak pe
Kicap cair
Garam
Gula
Secubit atau 2 cubit stok ayam
Lada sulah

Cara:
Rebus ikan bilis, bwg segala bwg td hingga mendidih... agak2 dah lama sikit.. tapis dan ambik airnyer.. Kemudian masukkan kembali kedalam periuk td dan tambah dgn kicap cair, garam, gula dgn stok ayam td, perasakan mengikut selera masing2..
Boleh digunakan untuk celur bhn2 yong tau fu di atas tadi atau dgn wantan :-)


Saturday, August 13, 2011

NASI KUNING

ASSALAMUALAIKUM..

Masih fobiakah dgn warna kuning? hehe..  Sampaikan bila ada yg buat Nasi Kuning resipi K.Nor ni pun ada yg sound ya.. Sampaikan nasi yg warna kuning pun fobia.. Dah memang nasi ni warna kuning namanya pun Nasi Kuning.. alahai.. tak tau nak kata apa dah.. masing2 punya pendapat la kan.. Macam org fobia dgn warna hijau la.. Padahal masa diletakkan dlm keranda beralaskan daun pisang yg warna hijau gak tu.. Bukannya boleh dicari atau ditukar dgn daun kaler lain..ermm..... warna pun dijadikan kes.. hehee Agaknya Nasi Ketumbar ada org tak berani buat sbb kaler dia hijau kut.. hehehehhee...


Ok lah.. berbalik pada Nasi Kuning yg menjadi menu berbuka semalam. Kebetulan beli ikan aya segar kat pasar terus jer teringin nak makan Nasi Kuning. Nasi ni mmg wangi jer, dan cara penyediaannya pun mudah. Kalau nak tau kesedapan Nasi Kuning ni kena la try buat. Kalau tak nak buat lauk Gulai Ikan Aya@Tongkol boleh tukar kepada Gulai Ayam atau Gulai Daging. Tanya Lieza nun rasanya dah 5x dia posting Nasi Kuning kat blog dia.. Dah melekat betul dia dgn Nasi Kuning ni.. hehee.. Mekasih Lieza ya, tak sangka nasi yg simple gini menjadi kegemaran Lieza sekeluarga :)

Jom semak resipi.. rasa kurang rajin dah nak panjangkan pot pet nih.. ^___^


NASI KUNING
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
4 cawan beras (cawan sukatan rice cooker)
1 btg kulit kayu manis
5 kuntum cengkih
1/2 labu bawang besar ~ dihirs halus
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
1in halia ~ diketuk
2 helai daun pandan
garam
sedikit pewarna kuning
air **
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu minyak

Cara:

Basuh beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
Panaskan minyak dan minyak sapi dlm periuk nasi (rice cooker)
Masukkan kulit kayu manis dan cengkih.
Masukkan juga bawang besar. Goreng hingga wangi dan bawang layu.
Masukkan bawang putih, halia dan daun pandan.
Bila bawang putih menjadi kekuningan, masukkan air dan biarkan hingga mendidih.
Masukkan garam dan pewarna kuning.
Masukkan beras dan biarkan seketika.
Alihkan periuk ke periuk nasi dan masak lah sehingga nasi masak.
Hidangkan bersama Gulai Ikan Aya, Acar Timun Mentah dan Sambal Belacan.

** K.Nor tak letak sukatan air secara tepat sbb sukatan air yg diperlukan biasanya bergantung pd jenis beras yg digunakan. Jadi letaklah lebih kurang cam masak nasi putih ya..



~~~~~ *X* ~~~~~




GULAI IKAN AYA@TONGKOL (Gulai Nasi Kuning/Dagang)
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1 ekor ikan aya@tongkol
3kpg asam keping
sedikit garam
air secukupnya

Bersihkan ikan aya dan potong.
Masukkan dalam periuk dan masukkan asam keping, garam dan air.
Air hendaklah melebihi paras ikan.
Masak dgn api sederhana sehingga air tinggal lebih kurang 1/4.
Lagi lama ikan dimasak lagi sedap, isi ikan pun lebih pejal.

Bahan2 kuah:
4 sudu besar cili mesin
7 bj bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1in halia *
1in lengkuas *
1in kunyit hidup * ( * diblend )
3 sudu besar rempah gulai nasi dagang ~ boleh guna rempah cap bunga ros kalau tak ada rempah khas utk gulai nasi dagang
2/3 cawan santan fresh/pekat
4 cawan air
air asam jawa
sedikit belacan ~ optional
nisan/gula melaka
garam
sedikit gula
7 - 9 bj cili padi
minyak

Bahan penumis:
1 btg kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 bj buah pelaga
1 kuntum bunga lawang


Cara:
Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan bahan penumis.
Biarkan hingga wangi dan masukkan cili mesin.
Goreng hingga cili menjadi garing dan masukkan bahan2 yg diblend.
Masak hingga sedikit kering dan masukkan rempah gulai.
Masukkan 1/2 cawan air dan masak lagi hingga garing dan pecah minyak.
Masukkan lebihan air dan masak hingga mendidih.
Masukkan santan dan renihkan hingga kuah mendidih sambil sesekali mengacau.
Masukkan air rebusan ikan, jus asam jawa, belacan, nisan/gula melaka, garam dan gula.
Masak hingga kuah sedikit pekat dan masukkan ikan yg dah dimasak tadi.
Renih lagi kuah hingga kepekatan yg disukai.
Sekiranya kuah terlalu pekat dan tak pecah minyak bolehlah ditambah air panas dan masak semula hingga keluar minyak.
Masukkan cili padi dan masak lagi sekejap dan baru lah dipadamkan api.

* ikan aya lebih sedap direbus lebih awal dan dibiarkan supaya rasa masam2 tu meresap ke dalam isi ikan.
** kalau ada belimbing buluh, boleh lah diletak dlm gulai ni. nanti rasa gulai lagi sedap :)



~~~~~ *X* ~~~~~



ACAR TIMUN
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
2 biji timun ~ dipotong panjang
1/2 batang carrot ~ hiris panjang dan halus
2 ulas bawang merah ~ dimayang
1 ulas bawang putih ~ dimayang
1/2 in halia ~ dihiris panjang dan halus
2 sudu besar cuka ~ tambah kalau tak cukup rasa masam
1 sudu besar gula ~ secukup rasa
1/4 sudu kecil garam

Cara:
Gaulkan kesemua bahan dlm satu bekas hingga rata.
Rasa acar, biar ada rasa masam dan manis sket.
Biarkan mesra baru la dihidangkan.
~~~~~ *X* ~~~~~




SAMBAL BELACAN
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
3 biji cili merah
3 -5 biji cili api (jenis panjang)
belacan sebesar ibu jari tangan ~ dibakar/goreng tanpa minyak
1/2 sudu kecil gula
2 biji limau kasturi ~ diambil air
hirisan mangga muda ~ optional

Cara:
Tumbuk cili merah dan cili padi tapi jangan sampai lumat.
Masukkan belacan dan gula, tumbuk lagi.
Perahkan limau kasturi dan masukkan hirisan mangga muda.
Gaul hingga sebati dan bolehlah dihidangkan.


Saturday, August 6, 2011

PARI BAKAR BEREMPAH HARUM & AIR ASAM

ASSALAMUALAIKUM..




SIAKAP BAKAR BEREMPAH HARUM
resipi : DayangJack
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan :
1 ekor ikan siakap (dibersihkan) ~ k.nor guna ikan pari
1 helai daun kunyit (diracik/dihiris halus)
2 helai daun limau purut (diracik halus)
bahan-bahan dikisar bersama :
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai
1 helai daun limau purut
3 kelopak bunga kantan (dihiris terlebih dahulu)
1 sudu makan cili giling (boleh ganti dengan cili api jika suka)
1 sudu besar rempah kari ikan
3 sudu makan air asam jawa
1 sudu besar kicap pekat
sedikit belacan bakar
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
gula dan garam secukupnya
sedikit air

Cara-cara :
Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Tutupkan api.
Sementara itu, sediakan kertas foil dan dulang pembakar. Letakkan ikan di tengah-tengah kertas foil. Tuangkan kesemua perencah tadi di atasnya. Taburkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit dan balut dengan kemas. Perapkan sebentar lebih kurang 15 minit.
Kemudian bakar ikan sehingga masak.


* nak lebih sedap, perahkan limau kasturi atas ikan sebelum makan.

~~~~~~~ *x* ~~~~~~~


AIR ASAM
resipi : Ika@Arah
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan A
4 biji Cili Api ~terpulang nak pedas tambahkan kuantiti cili
1 biji Lada Merah Besar
1 ulas Bawang Putih
1 inci Belacan yg di bakar
1 sb sos tomato
1 sb sos cili
1 sb sos ikan
60 ml air asam jawa>>kalau nak cair boleh tmbhkan air
1 sk gula >> terpulang nak manis mcm mana
secubit garam

Bahan Hiris
Sedikit hirisan bwg merah
Sedikit tomato di hiris dadu
Daun ketumbar di hiris halus
1 biji cili di hiris bulat


Kesemua bahan A di atas di blend hingga hancur atau separuh hancur terpulang nak mcm mana, kalau nak cair sedikit just tambahkan air kemudian perasakan kembali. 
Kemudian masukkan bhn2 hirisan td, dan siap utk di hidang.


Tuesday, August 2, 2011

NASI KARI AYAM

ASSALAMUALAIKUM..

Ramai yg duk tertunggu dpn tingkap nak tau nasi apa yg K.Nor masak smlm utk juadah hari pertama berbuka puasa ya.. Meh Kakyu, Ika, Bee & Tun masuk, takyah melangut tepi tingkap tu.. hehe Nak ajak makan pun masing2 puasa kan, ehhh ada sorang tu dah beraya awal.. hahaha.. Ni lah dia nasi yg dikatakan tu.. Nasi Kari Ayam, resipi K.Pah@Ibundo yg katanya dah dibuat bertahun2 tu. Dah aim nak buat nasi ni sebelum Ramdhan lagi tp duk KIV jer, dipintas oleh Nasi Daging baru2 ni. Akhirnya K.Nor buat nasi ni utk berbuka smlm sbb selalunya kalau 1st day berbuka K.Nor akan masak nasi yg berperisa (bukan nasi putih). Saja la bagi semangat sket utk anak2 yg berpuasa kan..


Alhamdulillah.. tak sia2 mencuba Nasi Kari Ayam ni. Sangat2 sedap hinggakan bila tanya cik abg mana yg lebih sedap, Nasi Kari Ayam atau Nasi Ayam Goreng, dia kata nasi ni yg lebih sedap! Kena jer gandingan lauk2 lain yg dimakan bersama tu. K.Nor buat Simple Salad With Cajun dan juga Air Asam (Mek Siam). Memang satu gandingan yg mantop! Bukan kata Nasi Ayam Goreng tu tak sedap ya.. yg tu pun sedap tapi Nasi Kari Ayam ni dapat mengatasi kesedapan Nasi Ayam Goreng. Kalau tak caya, try la buat terutamanya penggemar dan yg biasa masak Nasi Ayam Goreng. Nasi Kari Ayam ni kalau dimakan gitu aje pun dah sedap, tp kalau ada gandingan spt yg K.Nor buat ni insyaallah bertambahlah kesedapannya.. ermmm dah berapa kali taip perkataan sedap ek.. haha.. Faham2 sendiri la kalau dah berulang2 kali cakap sedap tu kan.. hehe



Mekasih pd K.Pah sudi share resipi Nasi Kari Ayam ni, mintak izin nak share kat sini pulak. Insyaallah akan ada siaran ulangan menu ni lain kali.. :) Maaf ya, Nor ada tambah sket bahan2 dlm nasi tu..

NASI KARI AYAM
resipi : Ibundo
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
3 cawan beras basmathi
1/2 ekor ayam ataupun lebih dipotong biasa
4 sudu besar butter atau majerin
8 cawan santan dari sebiji kelapa
3 sudu besar rempah kari
4 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 inci halia dihiris panjang
rempah tumis empat sekawan
1 cube stok ayam kalau suka
sedikit daun ketumbar
daun kari ~ yg ni k.nor tambah
1 sudu besar lada hitam ~ ditumbuk (yg ni k.nor tambah gak)
garam

Cara:
Beras basmathi dibersihkan dan di tos kering airnya. Ketepikan.
Panaskan butter/majerin dalam periuk. Masukkan bawang merah, bawang putih, rempah empat sekawan, dan halia. Tumis sehingga naik bau. Masukkan rempah kari. Tumis sehingga rempah kari masak. Masukkan ayam. Kecilkan api dan biarkan air ayam keluar. Apabila air ayam kering, masukkan santan, garam, stok ayam dan daun ketumbar( k.nor letak daun kari sbb daun ketumbar k.nor masukkan dlm nasi bersama ayam). Masak sehingga ayam lembut dan masak. Padamkan api. * K.Nor masukkan lada hitam yg ditumbuk tu sekali dgn bahan2 lain spt santan, garam dll tu..

Kemudian curahkan kesemua bahan yang dimasak tadi ke dalam penapis. Ambil kuahnya dan masukkan ke dalam beras di rice cooker. Pastikan kuah itu cukup untuk menanak nasi sebanyak 3 cawan beras itu. Kita dah biasa masak nasi dan tentu tahu berapa banyak air yang nak digunakan. Tapi untuk nasi ini, sila lebihkan sedikit airnya daripada ukuran biasa. Kalau kuah tak cukup, tambah sikit dengan air. Kalau kuah terlebih, jangan habiskan. Boleh buat kuah untuk makan nasi nanti.

Apabila nasi sudah 3/4 masak, masukkan ayam dan segala macam tok nenek yang ada bersama ayam itu ke dalam periuk nasi. Gaul dan tanak nasi hingga masak.

Nasi ini boleh dimakan dengan lebihan kuah kari, sayur salad sempoi dan sambal belacan.

* Utk lebihan kuah kari tu, K.Nor panaskan balik dan masukkan sedikit air asam jawa. Biarkan mendidih sekejap   dan bolehlah dipadamkan api.
** Nasi Kari Ayam ni K.Nor gadingkan bersama Simple Salad With Cajun dan Air Asam.

AIR ASAM MABELES


ASSALAMUALAIKUM..

Dah banyak Air Asam yg K.Nor cuba dan rasanya Air Asam ni yg paling sedap! Ada kelainan pada rasanya bila dicampur dgn sos ikan. Kalau ikutkan resipi perlu letak belacan tp sbb K.Nor tak makan belacan jd K.Nor skip jer la part belacan tu. Kalau letak semestinya lagi umphhh! Yang tak letak ni pun dah sangat sedap kalau letak insyaallah lagi lagi dan lagi sedap kan Mek Jah.. hehe


Resipi ni K.Nor amik kat rumah nun di Siam masa dia tayang Nasi Daging dia baru2 ni. Kalau pekena dgn Nasi Daging insyallah sangat la sedap kan Jah. Boleh bertambah2 nasi yg dimakan. Meh kita tengok resipi Air Asam sedap ni..



AIR ASAM
resipi : Ika@Arah

Bahan A
4 biji Cili Api ~terpulang nak pedas tambahkan kuantiti cili
1 biji Lada Merah Besar
1 ulas Bawang Putih
1 inci Belacan yg di bakar
1 sb sos tomato
1 sb sos cili
1 sb sos ikan
60 ml air asam jawa>>kalau nak cair boleh tmbhkan air
1 sk gula >> terpulang nak manis mcm mana
secubit garam

Bahan Hiris
Sedikit hirisan bwg merah
Sedikit tomato di hiris dadu
Daun ketumbar di hiris halus
1 biji cili di hiris bulat


Kesemua bahan A di atas di blend hingga hancur atau separuh hancur terpulang nak mcm mana, kalau nak cair sedikit just tambahkan air kemudian perasakan kembali. 
Kemudian masukkan bhn2 hirisan td, dan siap utk di hidang.




Friday, July 29, 2011

NASI DAGING & AIR ASAM

ASSALAMUALAIKUM..

Disebabkan duk tayang Food Review jer dua tiga hari ni, jadi ada la post atau masakan yg tertunggak, termasuk Nasi Daging ni. Nasi Daging ni K.Nor buat pada hari Rabu. Kebetulan sister K.Nor yg duk Puchong tu balik Tganu utk beberapa hari. K.Nor guna resipi Nasi Daging Dayang pulak kali ni. Alhamdulillah.. sedap! Nak masak pun tak amik masa yg lama sbb K.Nor guna daging batang pinang. Anak dara K.Nor suka sgt dgn rasa Nasi Daging ni. Nasi kurang berderai sket sbb terlajak letak air hehe.. 


Mekasih Dayang atas resipi Nasi Daging yang sedap ni, mintak izin ya nak share kat sini. Tq :)

NASI DAGING
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
sumber : K.Nor@SecubitGaram
bahan-bahan : 4 orang makan
bahan A :
3 pot kecil beras Basmathi (direndam 3 jam)
250 g daging batang pinang (dihiris nipis atau dipotong kiub)
2 sudu makan serbuk rempah kurma (dibancuh dengan sedikit air)
2 helai daun pandan
80 ml susu cair
1 sudu makan puri tomato
2 helai daun limau purut
garam secukupnya
1 sudu kecil gula
1 sudu besar minyak sapi

bahan B :
5 biji bawang merah (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1/2 inci halia (dikisar)
1 sudu kecil jintan manis
rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih dan bunga lawang)
1 batang serai (diketuk)

Cara-cara :
Panaskan minyak sapi di dalam periuk. Tumiskan bahan-bahan B hingga wangi.
Masukkan pes kurma dan puri tomato. Tumis lagi hingga garing dan pecah minyak.
Kemudian masukkan daging, daun pandan, garam dan gula. Kacau rata-rata.
Masukkan air secukupnya dan masak hingga daging empuk (pastikan air rebusan daging sama dengan sukatan beras Basmathi...agak-agaklah yer)
Masukkan beras. Perlahankan api. Masak hingga nasi hampir kering. (boleh juga dimasak dengan menggunakan rice cooker selepas menumis bahan)
Tuangkan susu cair dan daun limau purut. Kacau perlahan-perlahan hingga rata dan sebati. Biarkan nasi masak sempurna.
Taburkan bawang goreng dan sedikit daun hirisan daun ketumbar pada nasi dan hidangkan bersama air asam serta lauk berkuah jika suka.


Bahan Air Asam

bahan-bahan : 4 orang makan
2 biji bawang merah (dihiris)
1/2 labu bawang besar (dihiris)
1 biji tomato (dihiris dadu)
8-10 biji cili padi (dihiris)
2 biji cili merah (dihiris)
1 cawan air asam jawa (-/+)
sedikit serbuk belacan atau belacan bakar
sedikit garam, gula dan jus limau nipis/kasturi

Cara-cara :
Satukan semua bahan dan kacau sebati.
Hidangkan bersama nasi daging.


Monday, July 18, 2011

Menu Berasaskan Ikan

ASSALAMUALAIKUM..

Yer.. betul la tu.. hari ni menu lunch berasaskan ikan semata2. Tak tau nak bg tajuk apa utk entri hari ni, taip jer apa yg terlintas.. almaklum ler, otak dah blurr..  Banyak benda betul yg menyesakkan otak dan dada dari pagi tadi.. Allahuakbar... sesekali Engkau menduga... ermmm... semoga segalanya dipermudahkan.. aminn...

Nak ke pasar pagi tadi rasa kurang rajin sungguh. Plan asal nak masak Singgang Pedas Ikan Patin pastu partnerkan dgn Sambal Tempoyak Mentah tup2 tengok dlm esbok daun kesum dah yillek! Rupanya balance daun  kesum yg beberapa tangkai tu dah dibuat Sayur Pedas Labu Air semalam..ermmm.. Mula la duk mereka nak buat lauk apa, terfikir nak buat asam pedas, ehhh daun kesum tak ada mana boleh buat asam pedas tak ada daun kesum. Pastu nak buat masak tauchu, tauchu lak dah pinish gak.. Adehhhh.. Last2 tanya big boss boleh ke Sambal Tempoyak Mentah lawan dgn Sup Ikan Patin.. humm.. buat jer la.. tak ada hal pong... Tu la yg terhasilnya menu hari ni. Ada Sup Ikan Patin dan Sambal Tempoyak Mentah, pastu goreng sket ikan patin utk dijadikan pencicah sambal tempoyak tu.. Ulam dilupa jangan.. tp terlupa la pulak nak posing hehehe..


Yg ni menu utk si anak dara yg tak ke sekolah hari ni sebab demam. Balik dr kem anjuran Pej Pendidikan Trg kat Seri Malaysia Marang, badan rasa kurang sihat. Yer la.. sepanjang hari duk dlm bilik aircond kuat lak tu.. Hidung la yg mula2 tak tahan duk bersin jer.. Akhirnya hari ni dah tumbang, tak leh ke sekolah.. Mudah2an segera sembuh.. Nak PMR tak lama lagi dah.. 

Sambal Ketuk dibuat dari ikan gak kan.. ikan bilis.. hehe

Biasalah.. anak2 K.Nor kalau demam mesti request nak makan Bubur Nasi dan semestinya digandingkan dgn Sambal Ketuk.. Baru berselera nak makan.. 


Friday, June 3, 2011

Sambal Belacan

ASSALAMUALAIKUM..

Rasanya K.Nor tak pernah letak resipi Sambal Belacan kat sini. Baru2 ni anak sdara yg peknen tu (Yana) memanggil kat pesbuk, mintak resipi Sambal Belacan. Dah org mengandung, selera nak makan bukan boleh dijangka kan. Dia sebelum ni bukannya peminat sambal belacan tapi dia pernah makan yg K.Nor buatkan masa kenduri tahlil arwah mak tiri K.Nor dulu tu. Sampai duk teringat lagi sambal belacan yg pernah K.Nor buat tu.. alahai mek yung sorang tu.. Dia siap menyelongkar dapur SecubitGaram ni cari resipi sambal belacan. Last2 K.Nor bagi kat pesbuk jer. Esok tu terus gi cari mangga muda kat pasar. Rasanya dia dah jumpa mangga muda tu kalau tak silap. Dah buat ke belum sambal belacan, wallahua'lam ....


Meh la nak tempek resipi Sambal Belacan stail K.Nor. Bukan ada yg special pun, lebih kurang jer dgn resipi sambal belacan org lain. Tapi mungkin kes air tangan kut.. hehe

SAMBAL BELACAN
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
3 biji cili merah
3 -5 biji cili api (jenis panjang)
belacan sebesar ibu jari tangan ~ dibakar/goreng tanpa minyak
1/2 sudu kecil gula
2 biji limau kasturi ~ diambil air
hirisan mangga muda ~ optional

Cara:
Tumbuk cili merah dan cili padi tapi jangan sampai lumat.
Masukkan belacan dan gula, tumbuk lagi.
Perahkan limau kasturi dan masukkan hirisan mangga muda.
Gaul hingga sebati dan bolehlah dihidangkan.