f Secubit Garam: Ikan
Showing posts with label Ikan. Show all posts
Showing posts with label Ikan. Show all posts

Thursday, August 14, 2014

ACAR IKAN MASIN

ASSALAMUALAIKUM...

Menu yg dibuat dlm bulan puasa aritu, tak sempat on air kat sini.. Resipi ACAR IKAN MASIN ni K.Nor ambil kat dapur CMG. Memang sedap dan menjadi pembuka selera bila berbuka. K.Nor guna ikan talang masin yg tak berapa nak tebal isinya. Jadi tak berapa nampak sgt la rupa ikan tu dlm gambar ni.. 


Mekasih kepada CMG yg memanjangkan resipi ni dan juga kepada owner asal resipi iaitu Allahyarhamah Noreen Noor. Semoga perkongsiannya ini memberi rahmat berpanjangan buat arwah... amiin..

ACAR IKAN MASIN
sumber : CMG@Tiffinbiru
BAHAN-BAHANNYA :
200 gram isi ikan masin talang (boleh ganti dengan isi ikan masin kurau)
10 biji bawang merah kecil
10 ulas bawang putih
20 biji cili padi kampung (boleh kurangkan)
3 camca besar cuka makan (JALEN)
1 camca besar gula melaka
3 camca besar gula pasir (atau secukup rasa)
2 tangkai daun kari, dilurutkan
Garam secukup rasa
1/4 cawan air

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :
2 camca besar cili kisar
1 biji bawang besar
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup

BAHAN-BAHAN REMPAH :
1 camca teh ketumbar biji
1 camca teh jintan kasar
1 camca teh jintan halus
3/4 camca teh halba
1 camca teh biji sawi

CARA MEMBUATNYA :
Isi ikan talang masin dihiris kecil, cuci dan rendam sekurang2nya 1 jam, tukar air rendaman setiap 20 minit. Kemudian toskan dan biar kering sekejap. Goreng hingga kekuningan dengan api sederhana. Angkat dan toskan. Bahan2 rempah digoreng tanpa minyak hingga harum, guna api kecil dan kacau selalu. Kemudian kisar (gunakan kisar kering) atau tumbuk hingga halus. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1/3 cawan). Tumis daun kari hingga harum, masukkan bahan2 kisar halus dan masak hingga garing. Tambah bahan2 rempah yang dikisar/ditumbuk halus tadi. Kacau rata dan masak sekejap. Guna api kecil.
Masukkan gula melaka, gula pasir dan cuka makan. Kacau rata dan tambah 1/2 camca teh garam. Kacau dan masukkan ikan masin yang telah digoreng, bawang merah, bawang putih dan cili padi. Gaul rata. Tuang air, kacau dan kecilkan api. Masak hingga pekat. Rasa dan jika perlu baru masukkan sedikit lagi garam, begitu juga dengan gula. Matikan api, dan boleh hidangkan bersama nasi putih.


Monday, July 14, 2014

MASAK TEMPOYAK IKAN PATIN

ASSALAMUALAIKUM...

Musim durian kembali lagi.. Sana sinun, berlonggok2 org jual durian di tepi jalan. Masa ke Kota Bharu baru2 ni pun, suasananya sama juga.. Bila tiba musim durian, buahan lain ikut sama keluar spt manggis, rambutan.. dan sayur yg tak terkecuali iaitu petai.. K.Nor bukan peminat tegar durian tp kalau manggis dan rambutan.. org kata mmg antu betul  ^__^


Kebetulan beli ikan patin baru2 ni, terasa nak buat masak tempoyak. Jadi merajinkan la diri menggugel resipi masak tempoyak. Guguel punya gugel, landing kat dapur Azie. Dengan resipi Masak Tempyak Ikan Patin Versi Asli Temerloh, buat K.Nor teringin nak mencuba. Semua tau kan, kalau bab masak tempoyak, Temerloh la tempat yg pemes. 


Alhamdulillah.. tak sia2 mencuba resipi Azie ni.. Memang best! Cik Abe yg peminat masak tempoyak siap hirup2 kuah sampai habis.. ngeeee... Tambah lagi digandingkan dgn sambal belacan, terung yg digril dan ulam raja. Kedua2nya dr my little farmville.. Terung tu gril biar hangus2 sket.. lagi wangi bau dia.. perghhh.. Ni jer la menu yg dimasak aritu.. Simple tp sangat menyelerakan 

Mekasih pada Azie yg berkongsi resipi, izinkan K.Nor share kat sini ya..


MASAK TEMPOYAK IKAN PATIN Versi Asli Temerloh
resipi : Azie Kitchen
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan bahan:
1 ekor patin saiz sederhana
2 senduk tempoyak
4 cawan air - agak agak pekat kuah disukai
1 biji cili merah - optional untuk bagi kuah merah jer
Segenggam cili padi merah - ikut pedas disukai
1 inci kunyit hidup
Secekak daun kesum
Sedikit garam

Cara cara:
Tumbuk cili merah, cili padi dan kunyit hidup. Jangan sampai terlalu hancur pulak. Kemudian masukkan tempoyak dan ditumbuk supaya bergaul rata.
Masukkan ikan dan kesemua bahan ke dalam periuk. Masaklah dengan api perlahan sehingga ianya merenih dan menggelegak.
Setelah menggelegak, masukkan daun kesum. Masak dalam 2-3 minit sahaja dan bolehlah tutup api.

Nota:
Kalau tempoyak kurang masam, bolehlah tambah sedikit asam keping.
Basuh ikan dengan tepung gandum untuk menghilangkan bau hanyir ikan sungai.
Kalau mahukan kuah yang pekat, boleh dimasakkan kuah sehingga masak dan pekat, baru dimasukkan ikan seperti mana yang dibuat oleh kedai kedai makan di Temerloh.

* utk sekor ikan patin, k.nor guna 3 cawan air dan 4 sudu besar tempoyak


Friday, July 19, 2013

TALAPIA GORENG DGN SOS DAUN LIMAU PURUT

ASSALAMUALAIKUM...

Dah lama betul tak buat menu ni.. Kebetulan smlm ke pasar tani, sempat merembat 3 ekor ikan talapia, ikan kegemaran hero bongsu. Bulan Ramadhan ni, insyaalllah tiap2 weekend dia dan Aisyah balik cuti utk berbuka. Biasalah di bulan Ramadhan, kelonggaran sket utk balik hujung minggu bagi pelajar asrama. 


Selalunya kalau beli talapia, K.Nor suka goreng garam kunyit jer selain dr dibuat 3 rasa. Memang sedap, insyaallah berselera Luqman makan, siap meratah2 ikan. Tiada yg menggembirakan hati sorang ibu bila melihat anak2 makan dgn penuh selera kan.. tambah lagi kalau duk asrama, balik sesekali mesti nak makan menu kegemaran dia org kan..


K.Nor tukar sket nama tajuk menu yg asalnya IKAN GORENG DLM SOS DAUN LIMAU PURUT. Resipi dari buku Masakan Thai yg pernah K.Nor kongsikan beberapa kali sebelum ni.. Senang cakap, rasanya sangat sedap, menyelerakan... Ada rasa masam2, pedas dan sedikit manis, dgn aroma daun limau purut.. Cuba la.. tak cuba mana nak tau kan.. Bagi yg dah pernah cuba dulu2 tu, pasti masih teringat keenakkan masakan ni kan.. :)

TALAPIA GORENG DGN SOS DAUN LIMAU PURUT
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
2 ekor ikan talapia ~ boleh guna ikan bawal, tenggiri, siakap, kerapu
1/4 cawan tepung serbaguna ~ jika tiada boleh gantikan dgn sedikit garam dan serbuk kunyit
2 helai daun limau purut ~ hiris halus dan digoreng garing, toskan
minyak utk menggoreng

Cara:
Bersihkan ikan dan keringkan.
Salut dgn tepung (kering) dan goreng hingga keemasan.
Hidang atas pinggan dan tuangkan sos daun limau purut keatasnya.
Taburkan daun limau purut yg dah digoreng atas ikan.

Utk Sos :
5 ulas bawang putih ~ dicincang
3 ulas bawang merah ~ dicincang
5 bj cili padi hijau ~ diicincang
5 bj cili padi merah ~ dicincang
3 helai daun limau purut ~ dihiris halus
3 sudu besar sos tiram
1/4 cawan cuka
3 sudu besar sos ikan
2 - 3 sudu besar gula
garam secukup rasa
1/2 cawan stok ayam ~ k.nor guna air biasa dan 1/2 kiub stok ayam
1 sudu kecil tepung jagung ~ bancuh dgn sedikit air
minyak

Cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili hingga wangi.
Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali bancuhan tepung jagung.
Masak hingga mendidih.
Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan sehingga sos menjadi sedikit pekat.
Tuangkan atas ikan dan tabur dgn daun limau purut yg dah digoreng.


Tuesday, July 16, 2013

IKAN MASAK CUKA

ASSALAMUALAIKUM...

Di bulan puasa ni kalau pekena luak yg masam2 pedas memang menyelerakan dan laju menyuap nasi kan.. Tapi sesekali kena gak menggulai, masak kari sbb sedap gak bila kena dgn gandingannya tu.. Apapun, menu kali ni cukup ringkas, mudah disediakan dan insyaallah menyelerakan..

Lintas langsung dr dlm kuali ^____^

IKAN MASAK CUKA ni, K.Nor buat menggunakan ikan tongkol atau ikan aya.. Memang pebret K.Nor dan Cik Abe kalau ikan ni. Kalau yg nak tukar guna ikan lain pun boleh spt ikan tenggiri, ikan kembung, ikan kerisi pun sedap. K.Nor buat versi berkuah sket ni ya, kalau yg tak suka berkuah sgt boleh kurangkan sukatan air dan kurangkan juga sukatan cuka yg digunakan supaya tak terlalu masam.. Selamat mencuba ya..

IKAN MASAK CUKA
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
3 keping ikan tongkok @ boleh guna ikan tenggiri/kembung
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit

1 labu bawang besar ~ dipotong baji/wedges
2 ulas bawang putih ~ dihiris
1'2 in halia ~ dihiris
2 biji cili merah  ~ dihiris serong
5 - 7 biji cili padi
1/2 sudu kecil biji sawi
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
400ml air
3 sudu besar cuka
1/2 batang lobak merah ~ dipotong
1/2 batang timun ~ dipotong (buang bahagian empulur)
garam dan gula secukup rasa

Cara: 
Goreng ikan yg telah dilumurkan garam dan serbuk kunyit hingga masak dan sedikit garing. Ketepikan.
Buangkan minyak dan tinggal lebih kurang 3 sudu besar sahaja dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga terbit bau.
Masukkan cili merah, cili padi, biji sawi dan serbuk kunyit. Goreng seketika.
Masukkan air dan cuka dan biarkan hingga mendidih.
Masukkan garam dan gula, lobak merah dan ikan yg telah digoreng tadi.
Biarkan mereneh sekejap (supaya rasa masam2 kuah meresap pd isi ikan) dan masukkan timun.
Masak seketika kemudian bolehlah dihidangkan.


Monday, April 15, 2013

ACAR IKAN

ASSALAMUALAIKUM....

Kalau diikutkan hati nak bercuti dr bersiaran lama sket. Skrg kan mood demam (demam PRU ler hehe) kut2 nak gi ngempen masuk kampung keluar kampung. Geng2 pesbuk, ramai yg dah bg tanda setuju nak pangkah parti baru yg berlogokan seguni garam kan....  hahahhaa... yer la tu.. Ngempen la sangat, nak test market la sangat.. Tak main la nak test market nih.. Berblogging pun sekadar suka2, isi masa yg terluang. Bukannya sbg mata pencarian dgn berblogging nih.. <ni k.nor, bukan org lain ya.. apa yg org lain buat, tu hak dia, hak individu, kena hormati hak org lain, baru org lain hormati hak kita, tak gitu? hehe>  Sebenarnya pc K.Nor buat hal baru2 ni.. merajukkah? mogokkah? tak tau ler.. ingatkan dah kena warded tp alhamdulillah.. dpt dibaiki dgn cpt.. Mood nak bercuti lama pun terbang melayang2.. heeee...


K.Nor hidangkan satu menu yg sangat simple dan enak. K.Nor cuma masak menu ni, nasi putih, pastu tak lupa sambal belacan dan ulam dgn sayur kacang botol, preshhh from my little kebun.. sedapppp sgt..  cukup menyelerakan.. Tambah pulak buat dgn ikan kegemaran K.Nor, ikan tongkol @ ikan aya... best!

ish.. sambal belacan lupa nak dienterprem kan.. :)

Resipi dari buku 50 Hidangan Penambat Selera lagi kali ni. Resipi2 dlm buku ni amat mudah dibuat, insyaallah menyelerakan. Bagi yg nak belajar masak tu, sila la dapatkan buku ni di kedai2 buku yg pemes ya... insyaallah ada. Kalau tak ada, sila contact K.Liza, boleh beli cara online dgn dia.. :)

ACAR IKAN 
resipi : K.Hanieliza (dr buku 50 Hidangan Penambat Selera )
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan A:
2 ekor ikan selar ataupun ikan tenggiri ~ k.nor guna ikan tongkol/aya hitam
1/2 cawan air asam jawa
1/2 sudu teh kunyit serbuk
1 biji tomato ~ dibelah 4
garam secukup rasa
minyak secukupnya

Bahan B: ~ dihiris
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 biji cili hijau
1 biji cili merah
1 labu bawang besar

Cara:
Gaul ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga masak.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan B hingga wangi.
Masukkan air asam jawa, tomato dan serbuk kunyit. (kemudian k.nor masukkan garam dan sedikit gula utk mengimbangi rasa masam dan masin)
Apabila mendidih, masukkan ikan dan tutup api.
Hidangkan dengan nasi putih.


Wednesday, April 3, 2013

RENDANG IKAN TONGKOL

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni kita berpot pet la serba sedikit ya, tak yah nak WW hehe.. Bukan apa, sbb nak perkenalkan masakan yg K.Nor cuba ni. Kang kalau letak gambo jer, org tak faham pulak. Nak berWW ni kena tengok keadaan gak kan, tak leh hentam keromo jer buat entri WW. K.Nor mmg jarang2 buat entri WW, kecuali la mood tarak, idea nak mengomel tarak. Dan kadang kala gambar dan resipi yg nak dipostkan tu mmg dah boleh berkata2 dgn sendiri nya ^____^


Ok, kita balik pd entri kali ni, RENDANG IKAN TONGKOL. Resipi dr buku 50 HIDANGAN PENAMBAT SELERA, buku masakan terbaru dr K.Hanieliza. Boleh dikatakan dlm buku ni, masakan2nya simple jer. Tak rumit dan tak cerewet bab bahan yg digunakan. Bagi adik2 yg baru belajar ke dapur, terutamanya yg baru pegang jawatan DO (bukan District Officer ya tp Dapur Officer) , maksud K.Nor baru jd isteri org laaaa, dlm kata lain baru melangsungkan perkahwinan... heheee... Memang elok sgt kalau nak belajar masak2 utk suami tercinta. Kalau yg dah lama kawin pun no problemo, tambah lagi yg bekerjaya, disyorkan gak beli buku ni dan mencuba masakan2 yg terdapat dlmnya. Anak2 yg membesar dgn air tangan kita sbg ibu, adalah lebih baik, insyaallah akan menjadi anak2 yg terbaik..

K.Liza punya cerah tp K.Nor punya gelap jer.. :)

Selain sedap dimakan dgn nasi putih, Rendang Ikan Tongkol ni pun sedap dimakan bersama ketupat palas. Kebetulan ada lebihan ketupat palas dlm esbok, so mlm tu kita org dinner dgn ketupat dan rendang ikan ni ler.. ehhh ayat di atas menggambarkan masakan ni dah lama K.Nor buat dan gambarnya dah lama bertapa dlm folder.. biasalah skrg ni, bab peram gambar dlm folder hehe

RENDANG IKAN TONGKOL
resipi : K.Hanieliza (buku 50 Hidangan Penambat Selera)
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan A:
1 ekor ikan tongkol ~ dipotong
3 cawan santan ~ dr sebiji kelapa
2 sudu makan kerisik
3 keping asam gelugur
2 helai daun kunyit ~ dihiris halus
3 helai daun limau purut ~ dikoyak
1/2 cawan minyak masak
garam secukup rasa
sedikit gula ~ k.nor tambah

Bahan B ~ dikisar
15 tangkai cili kering
5 bj cili api
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
3 batang serai
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis

Cara:
Potong ikan dan bersihkan.
Panaskan minyak dan tumis bahan B. Kacau sehingga pecah minyak.
Masukkan ikan tongkol, santan, kerisik, daun limau purut, garam dan asam gelugur.
Masak hingga pecah minyak dan pekat.
Masukkan daun kunyit, Kacau rata dan angkat.
Sedia dihidangkan.

Jika ada sapa2 yg berminat, ni buku masakan yg K.Nor gunakan..
Gambar dr Portal PTS ...



Monday, February 4, 2013

IKAN BERSAMBAL DAUN SELASIH

ASSALAMUALAIKUM..

Mencuba lagi resipi2 yg menggunakan daun selasih sbb pokok selasih K.Nor tersangat lah merimbun.. Alhamdulillah.. mmg subur sgt.. Sejak ada kacang botol ni, dah kurang amik daun selasih utk dijadikan ulam, tu yg makin merimbun jer..


Resipi kali ni, K.Nor ambil kat dapur AlongRoz yg juga ada menanam daun selasih, yg juga suka explore resipi baru menggunakan daun selasih.. Alhamdulillah. sedap! K.Nor mmg suka rasa dan bau daun selasih nih.. wangi jer.. Mekasih Along atas perkongsian resipi yg best ni.. Rasanya boleh gak kalau nak gantikan dgn ayam ... ehh dulu dah pernah try resipi Ayam Daun Selasih Masak Cili Hijau, juga dr AlongRoz.. mmg yummy... 

IKAN BERSAMBAL DAUN SELASIH
By: AlongRoz@HomeKreation
sumber : K.Nor@SecubitGaram

BAHAN2:
1 ekor Ikan (~ 800g) ~ k.nor guna ikan selar
1/2 st Serbuk Kunyit
10 bj Cili Hijau*
1 bj Cili Merah*
4 ulas Bwg putih* (* cincang dgn mesin)
1/2 bj Bwg Besar**
1 bj Tomato**
Daun Selasih** (** cincang) ~ k.nor tak cincang, masukkan gitu jer
Garam & Gula

CARA2:
1. Kelar2 ikan.
Lumur ikan dgn garam & kunyit.
Goreng dgn minyak dlm sehingga garing.
Angkat ke dlm pinggan.

2. Panaskan 1 senduk kecil minyak & tumis bhn2 cincang* sehingga garing.
Masukkan bwg besar, tomato & kacau sehingga tomato lembut.
Masukkan 1/4 cwn air & kacau sehingga pekat.
Masukkan daun selasih, garam & gula.
Kacau sebati & tuangkan ke ats ikan goreng tadi.

3. Hidangkan dgn nasi.


Thursday, December 20, 2012

SAMBAL IKAN BILIS

ASSALAMUALAIKUM...

Rasanya ramai yg dah tau membuat Sambal Ikan Bilis kan tp K.Nor nak share juga satu resipi atau kaedah yg K.Nor selalu buat bila masak SAMBAL IKAN BILIS. Kalau kebiasaannya kita blend bahan2 spt bawang besar/merah, apa kata ubah cara sket. Hiris bawang2 yg digunakan pastu goreng dulu hingga layu kekuningan pastu baru dimasukkan bahan2 lain .. Insyaallah, sambal kita lebih sedap dan lebih terasa 'kemanisan' bawangnya tu.. 

Roti Canai Instant jer ya.. Care to join?? ^____^

Sambal Ikan Bilis mmg versatile kan.. Boleh digandingkan dgn pelbagai hidangan spt nasi lemak, nasi putih, dimakan dgn lempeng, ubi kayu rebus.. makan dgn roti canai pun best!! 


SAMBAL IKAN BILIS
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
200 gm ikan bilis
3 - 4 biji bawang besar ~ bergantung pd saiz
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
1/2 in halia ~ ditumbuk
3 sudu besar cili mesin
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu besar kicap manis
1 1/2 cawan air
air asam
sedikit gula
garam ~ jika perlu
minyak

Cara:
Bawang dihiris nipis kemudian digoreng dlm minyak yg dah dipanaskan.
Goreng bawang hingga layu kekuningan dan masukkan bahan tumbuk.
Goreng lagi hingga terbit bau dan masukkan cili mesin dan serbuk lada hitam. Kacau.
Biarkan hingga garing dan masukkan 1/2 cawan air.
Goreng hingga pecah minyak dan masukkan kicap, air asam jawa dan 1 cawan air.
Biarkan merenih seketika, kemudian masukkan ikan bilis.
Masak hingga kuah pekat, perasakan dgn gula dan garam jika perlu.
Angkat dan hidangkan.




Sunday, November 18, 2012

ASAM PEDAS IKAN TONGKOL

ASSALAMUALAIKUM..


ASAM PEDAS KEPALA IKAN KERACHI (TONGKOL)
resipi : YatieMemories

Bahan-Bahan
2 ketul kepala ikan kerachi/merah-di belah 2 ~ k.nor guna ikan tongkol
2 biji tomato-belah 4
1 cekak daun kesom
1 btng bunga kantan-belah 2
2 btng serai- di ketuk
3/4 cawan air asam jawa (3 sb asam jawa, bancuh dngn 1/2 cwn air)
Garam dan sedikit gula
minyak utk menumis

Bahan Kisar
1 cawan cili kisar
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci belacan, dibakar
1 sudu kecil lada hitam biji*(*di tumbuk halus/guna yg serbuk pun boleh)
Air secukupnya -dlm 4 cwn

Cara-Cara
Kepala ikan di belah 2, jadilah dlm 4 keping semuanya, rendam sebentar dngn air asam jawa, cuci bersih dan toskan. Sementara itu belah 4 tomato dan ketepikan dulu.
Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga naik bau, masukkan cili kisar dan masak hingga terbit minyak. Masukan air dlm 1 cwn dan biarkan mendidih.
Bila mendidih, masukkan kepala ikan dan jus asam jawa, gaul rata dan biar mendidih.
Tambah tomato, bunga kantan dan daun kesum. Tambahkan air dlm 3 cawan lagi. Kepekatan dan kecairan kuah ikut selera masing2 ya.
Biarkan mendidih lagi. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Biar masak dengan api sederhana. Rasa dan jika ok boleh matikan api, angkat dan hidangkan bersama nasi putih.

Tuesday, October 23, 2012

IKAN GORENG CILI API

ASSALAMUALAIKUM....

K.Nor mmg penggemar ikan aya @ tongkol. Buat la apa saja dgn ikan ni, semua sedap kat anak tekak. Tak kiralah, goreng biasa jer atau panggang bodo2/tawar pun best tambah lagi kalau digandingkan dgn budu.. perghhh.. mmg tak pandang lauk lain dah.... hehe



Resipi ni dah lama K.Nor save cuma tunggu masa beli ikan aya jer. K.Nor mmg jarang sgt beli ikan tenggiri, lebih suka ikan aya. Tak kisahlah nak guna ikan tenggiri atau aya pun, terpulang pada citarasa masing2. Mekasih pada K.Pah@Ibundo yg dah share resipi yg sedap ni. Izinkan Nor panjang2kan kat sini lak ya..


IKAN GORENG CILI API
resipi : Ibundo
Bahan:
4 keping ikan tenggiri . Setiap keping dipotong dua.
2 biji bawang merah dihiris bulat
2 biji bawang putih dihiris nipis
10-15 biji cili api dihiris menyerong (boleh tambah dan kurang ikut suka)
2 ulas bawang merah ditumbuk halus
1 biji buah keras ditumbuk halus
1 cm halia dihiris mancis
1 sudu kecil cuka

Cara:
Lumurkan ikan dengan sedikit kunyit dan garam. Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan.
Keluarkan minyak gorengan dan tinggalkan sedikit di dalam kuali. Tumis bahan yang ditumbuk halus bersama bawang putih dan halia.
Apabila naik bau, masukkan bawang besar dan cili api. Goreng sebentar. Masukkan cuka dan garam.
Akhir sekali masukkan pula ikan yang telah digoreng tadi. Balik-balikkan dan angkat.

Thursday, October 11, 2012

IKAN GRG PEDAS ALA NIARA

ASSALAMUALAIKUM..

SANGAT SEDAP!! 

IKAN GRG PEDAS ALA NIARA
resipi : Liza@IntaiDapur
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bhn2:
1 ekor ikan siakap / kerapu /kembong besar - gaul dgn garam dan grg hingga masak
1 btg serai - dihiris
5 helai daun limau purut - koyakkan
1 biji bwg besar - potong dadu
3 ulas bwg pth - potong dadu
1/2 kiub perencah tomyam
Sdkt kicap manis
5 biji cili padi - hiris
2-3 s/b cili mesin
1 bj limau kasturi ~ k.nor tambah
Sdkt minyak masak

- panaskan minyak bekas gorengan ikan td dan masukkan semua bwg dan bhn hiris, cili mesin dan daun limau purut.
- bila dah naik bau, masukkan perencah tomyam dan sedikit air.
- bila dah agak kering, tambahkan kicap manis, perahan limau kasturi dan ikan yg telah digoreng td..
- gaul sebati dan angkat..


Tuesday, September 11, 2012

GULAI IKAN MASIN DGN TERUNG

ASSALAMUALAIKUM..

Hari ni kita layan menu kampung ya, menu yg betul2 kekampungan. Sebenarnya K.Nor tak pernah didedahkan dgn masakan gini sehinggalah K.Nor berkahwin erm..... 24 tahun dulu hehe... Keluarga belah cik abg mmg suka dgn masakan gulai dan ni adalah salah satu masakan yg mmg lazim dia org masak. Bila dah jadi ahli dalam keluarga dia org, kena lah belajar makan dan belajar masak, kan.. Alhamdulillah.. mmg sedap rupanya Gulai Ikan Masin ni, tambah lagi kalau diletakkan terung. Partnerkan dgn ikan panggang dan sambal belacan, ermmmm... mmg syok abis. 


Ikan masin yg selalu K.Nor gunakan (spt yg dia org selalu gunakan juga) adalah ikan talang (part tulang lebih best). Boleh jugak kalau nak guna ikan kurau masin. Kali ni sebagai eksesori dlm gulai ni K.Nor tambahkan belimbing buluh utk beri rasa yg lebih ummph! Memang best!! hehe Nak letak sama belimbing buluh dlm tajuk resipi rasa cam berjela sgt kan, takper la.. kita bg jer nama GULAI IKAN MASIN DGN TERUNG..


GULAI IKAN MASIN DGN TERUNG
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
beberapa keping ikan masin ~ ikan talang (amik part tulang)
3 sudu besar cili mesin
1 labu bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1/2in halia*
1/4 in lengkuas*  ~ *dikisar
2 sudu besar rempah gulai ~ dibancuh dgn sedikit air panas hingga menjadi paste

4 - 5 cawan air
1/2 cawan santan pekat ~ boleh guna santan kotak atau santan fresh
2 bj terung bulat ~ dipotong 
5 - 7 bj belimbing buluh
sedikit air asam jawa
garam
gula ~ boleh guna campuran gula dgn nisan atau gula melaka
minyak

bahan penumis :
1 btg kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 bj buah pelaga
5 kelopak bunga lawang

Cara:
Potong ikan masin ke bahagian yg lebih kecil dan rendamkan dlm air seketika utk menghilangkan sedikit rasa masin.
Panaskan minyak dan masukkan bahan penumis. Tumis hingga wangi dan masukkan cili mesin.
Biarkan hingga cili garing dan masukkan bahan yg dkisar.
Masak hingga pekat dan masukkan paste rempah gulai.
Kacau dan masak lah hingga pecah minyak (boleh masukkan sedikit air utk pecah minyak dgn lebih elok)
Kemudian masukkan air dan kacau.  
Masak lah hingga kuah mendidih dan masukkan  santan pekat.
Hendaklah sentiasa mengacau supaya tak naik kepala. 
Kemudian masukkan air asam jawa, kepingan ikan masin dan belimbing buluh.
Biarkan masak sekejap dan masukkan terung.
Masukkan pula garam (hati2 bila nak masukkan garam sbb dah ada rasa masin dr ikan masin tadi) dan gula (atau gula nisan/gula melaka) dan biarkan merenih hingga kepekatan kuah yg kita sukai.
Cedukkan ke dalam mangkuk dan hidangkan.

Wednesday, August 15, 2012

KERABU IKAN TONGKOL

ASSALAMUALAIKUM..

Quick update ya..

Dah lama buat kerabu ni, tak ingat bila... rasanya sebelum Ramadhan kut .. Terlupa nak buat entri.. Bila duk belek gambar2 dlm folder ternampak gambar ni yg dah siap edit. So masukkan ajer la kan, boleh gak dijadikan idea utk masak petang ni atau esok kan.. lagipun nak cepat ni. Dah ada gambar yg siap edit lg cepat siap buat entri :)



KERABU IKAN TONGKOL 
by Watierman MyR
sumber : Yani Deco Choco
sumber: K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan
1/2 ekor ikan Tongkol(ikan Kayu) sederhana besar
2 labu bawang besar
2 biji cili merah
5 biji cili api (boleh tambah kalau suka)
sedikit air asam jawa dicampur dengan secubit belacan dibancuh
secubit garam ikut selera anda
air perahan limau kasturi/ limau nipis
sedikit gula
kacang botol ~ dihiris nipis (k.nor tambah)
tomato ~ buang empulur dan biji, dan hiris panjang (k.nor tambah)
2 sudu sos ikan ~ (k.nor tambah)

Cara-cara
Ikan tongkol dicuci bersih dan dibelah dua
lumurkan sedikit garam pada ikan dan dibakar
Biar ikan masak sebelah baru dialihkan ke sebelah lagi
Sementara menunggu ikan masak bolehlah menghiris nipis...bawang besar, cili merah dan cili api
Bila ikan dah masak perisi ikan macam nak buat kuah laksa
Campurkan dengan bahan yang dihiris tadi
gaulkan bersama dengan air asam & belacan, garam secukup rasa dan perahkan limau kasturi ....dah siap untuk dihidangkan...Cubalah!


Sunday, August 5, 2012

PATIN STIM ASAM BOI

ASSALAMUALAIKUM..

Menu yg digandingkan dgn CURRIED SCRAMBLE EGG yg dah dipost pagi tadi. Mulanya K.Nor plan nak buat patin stim spt yg biasa K.Nor buat (resipi di SINI) tp bila time selongkar esbok, rupanya mangga muda yg disangka masih berbaki sebiji, tak ada dah.. Dah abis masa buat KERABU DAGING MANGGA MUDA baru2 ni. Pastu datang idea nak guna asam boi bagi menggantikan mangga muda bagi menghasilkan rasa masam2 pada masakan patin stim. Pastu perahkan juga limau kasturi.. ermm.. alhamdulillah.. ilmu yg dipinjamkan Allah, memberikan hasil yg amat menyelerakan..


Bagi yg tak makan ikan patin atau nak mencuba dgn ikan lain, boleh aje.. Dgn ikan merah, bawal, siakap atau apa aje ikan yg isinya putih. Selamat mencuba....


PATIN STIM ASAM BOI
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
1 ekor ikan patin ~ saiz sederhana
3 ulas bawang putih ~ dicincang
1/2 in halia ~ dipotong panjang
1 /2 labu bawang besar ~ dihiris
5 - 7 biji cili api ~ dihiris serong
5 biji asam boi
1 - 2 biji limau kasturi
2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil minyak bijan
sedikit garam dan gula
1 cawan air

Cara:
Panaskan air dlm periuk pengukus.
Bersihkan ikan dan toskan.
Masukkan ikan ke dalam sebuah mangkuk tahan panas.
Tabur bawang putih, halia, bawang besar  dan cili api ke dalam mangkuk.
Bancuhkan sos tiram, minyak bijan, garam, gula dan air. (boleh lebihkan air jika nak masakan lebih berkuah).
Curah bancuhan ke atas ikan dan kukuslah sehingga masak, lebih kurang 20 - 25 min (pastikan air dlm periuk pengukus sudah pun mendidih)
Bila ikan dah masak, keluarkan mangkuk tadi dan perahkan limau kasturi.
Hidangkan panas2.

* seeloknya ikan patin dilumur dgn air limau nipis dan garam. perap seketika dan bilas. cara ni boleh menghilangkan hanyir pada ikan.


Sunday, July 22, 2012

GULAI AYAM & IKAN PEKASAM GORENG FOR DAY 1

ASSALAMUALAIKUM...

Salam Ramadhan nan mulia dan selamat berpuasa bg mereka yg berpuasa. Bulan puasa ni kita cakap short2 dah la ek.. Direct pada menu lagi baik kan.. hehe..

Menu berbuka yg simple di hari pertama berpuasa bagti K.Nor sekeluarga, GULAI AYAM dan IKAN PEKASAM GORENG. Satu gandingan menu yg sangap mantop bg kami sekeluarga, mmg sangat menyelerakan.. Kalau dlm entri sebelum ni pun, mmg dua menu ni sentiasa bergandingan.. 



GULAI AYAM TRG STYLE

Bahan2:
1 ekor ayam ~ dipotong
3 sudu besar cili mesin
5 bj bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1 in halia *
1/4 in lengkuas *
1 in kunyit hidup * (*diblend)
3 sudu besar rempah gulai (boleh jg guna rempai gulai kawah) ~ bancuhkan dgn sedikit air panas hingga menjadi paste
4 cawan air
air asam jawa
2 - 3 bj ubi kentang ~ dibuang kulit dan dipotong
1/2 cawan santan pekat ~ boleh guna santan kotak atau santan fresh
garam
gula ~ boleh guna campuran gula dgn nisan atau gula melaka
sedikit belacan ~ optional
minyak

Bahan penumis :
1 btg kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 bj buah pelaga
5 kelopak bunga lawang

Cara2:
Panaskan minyak dan masukkan bahan penumis. Tumis hingga wangi dan masukkan cili mesin.
Biarkan hingga cili garing dan masukkan bahan yg diblend.
Masak hingga pekat dan masukkan paste rempah gulai.
Kacau dan masak lah hingga pecah minyak (boleh masukkan sedikit air utk pecah minyak dgn lebih elok)
Masukkan ayam dan kacau supaya rempah mesra dgn ayam.
Biarkan seketika dan masukkan air. Kacau2 biar sebati dan masak lah hingga kuah mendidih dan masukkan air asam jawa dan ubi kentang.
Masukkan juga santan pekat dan masak lg hingga mendidih.
Hendaklah sentiasa mengacau supaya tak naik kepala.
Masukkan pula garam dan gula (atau nisan/gula melaka) dan biarkan merenih hingga ayam masak dan kepekatan kuah yg kita sukai.
Cedukkan ke dalam mangkuk dan hidangkan.

*Kalau kuah nampak terlalu pekat dan tidak pecah minyak boleh lah dimasukkan sedikit air panas. Teruskan memasak, dengan cara ni minyak akan keluar semula.



IKAN PEKASAM GORENG
resipi : K.Nor@SecubitGaram

2 ekor ikan pekasam ~ k.nor guna ikan sepat
2 bj bawang merah ~ dihiris halus
3 bj cili api ~ dihiris halus
1 bj limau nipis atau 2 bj limau kasturi
minyak utk menggoreng

Panaskan minyak dan goreng bawang merah dan cili api yg dihiris hingga wangi. Angkat dan toskan.
Kemudian gorengkan ikan pekasam hingga masak/garing.
Angkat dan hidangkan dlm pinggan.
Tabukan bawang merah dan cli padi yg digoreng tadi ke atas ikan.
Dan perahkan limau nipis/limau kasturi.
Sedia utk dimakan..

* boleh juga jika nak goreng ikan  dahulu, angkat dan barulah  digoreng bawang dan cili padi.

Thursday, May 24, 2012

ASAM PEDAS AYAM

ASSALAMUALAIKUM..

Maaf ya K.Noor, Nor derhaka kat resipi asam pedas K.Noor ni.. ( k.noor, nor.. dekat2 sgt dah tu.. jgn terkeliru dah la bila baca hehe) Ikut resipi asal, K.Noor guna ikan terubuk sbb tu K.Noor bagi nama ASAM PEDAS TERUBUK tp sbb K.Nor guna ayam jer jadi kena tukar la nama masakan, ASAM PEDAS AYAM.



Rasa, tak tau camna tp ikut kata si anak teruna sedap.. :) Mekasih K.Noor, sudi berkongsi resipi asam pedas menggunakan rempah ketumbar dlm masakan ni. Memang wangi bau ketumbar tu tp rasanya lagi wangi bila guna halba ..  Setiap masakan ada keunikannya dan keistimewaannya yg tersendiri. Jadi apa salahnya kita mencuba resipi yg berbeza dr yg kita selalu buat kan.. I




ASAM PEDAS AYAM
dr resipi ASAM PEDAS TERUBUK 
Bahan2
1 ekor terubok dibersihkan dan perahkan sedikit lemon utk wangi
# 3/4 ekor ayam ~ dipotong kecil
3 sudu cili kisar
3 ulas bawang putih *
4 ulas bawang merah *
1 inci halia *
1 inci kunyit hidup *
2 batang serai *
1 inci lengkuas *
1 sudu ketumbar goreng tanpa minyak dan di mesin
2 keping asam keping
beberapa biji bendi dan tomato
bunga kantan dan daun kesum secukupnya
garam dan gula

Caranya
Kisar semua bahan yang bertanda * sehingga halus
Panaskan kuali dan tumislah bahan kisar sehingga wangi dan masukan cili kisar,kalau perlu tambah sedikit air masukan ketumbar dan asam keping
tambah air ikut selera masing2 nak pekat2 kurangkan air lah tapi akak suka yg sedang2 lah tak lah pekat sangat supaya dapat hirup kuah nya nyaman bahhhhh .....
tambahkan bunga kantan dan daun kesum jugak ikan ayam,garam dan gula dan tomato
BILA MENDIDIH TU dah dapat tercium wangi nya asam pedas ni sebab ada ketumbar tu
lepas tu dah masak boleh lah dihidangkan dengan nasi panas ~ panas ~


Friday, May 11, 2012

IKAN TONGKOL PANGGANG BERSAMBAL TOMYAM & Award Dari SHA

ASSALAMUALAIKUM..

Panjangnyer nama masakan ni kan, tak perlah.. panjang pun panjang lah.. Bukan nama anak2 jer skrg ni yg panjang bermeter2 (dolu2 org sebut panjang berjela2 kan, kita tukar ke ukuran metrik sket hehe), nama masakan pun apa kurangnya. Sampaikan nak menaip berulangkali kena main shortform. Dah lama K.Nor tak main shortform rasanya, teringat lagi CBBS, SMECC, CPAB yg menjadi fofular lepas K.Nor bg nama ringkas gitu, akhirnya org lain pun ikut guna nama yg sama gak hehe


Sebelum ni K.Nor pernah buat TERUNG GRIL BERSAMBAL TOMYAM, resipi yg datang sepontan masa time nak masak dulu tu kan. Dengan menggunakan resipi sambal yg sama K.Nor tukar bahan utamanya dari terung kepada ikan tongkol. perrrrhhhh... mmg enak sih... Pekena dgn nasi putih panas2, dah tak pandang lauk lain. ehhhhh.. perlu ada ulam2 sket lagi syok. Bagi yg tak mau panggang ikan tu boleh aje kalau nak goreng ikan yg akan digunakan. Gaul ikan dgn sedikit garam dan serbuk kunyit pastu goreng tp jgn goreng terlampau garing, nanti manis ikan hilang pulak. Selain guna ikan tongkol boleh juga nak guna ikan kembung, ikan tenggiri atau ikan selar, terpulang pd citarasa masing2 atau apa yg ada dlm esbok anda ^___^ 


psst!! menu ni kan, kalau dibuat masa bulan puasa nanti, mmg best sgt2.. insyaallah berselera jer time makan tu terutamanya time sahur :)

IKAN TONGKOL PANGGANG BERSAMBAL TOMYAM
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
2 keping ikan tongkol 
secubit garam halus
5 ulas bawang merah ~ dihiris
3 ulas bawang putih ~ dihiris
2 btg serai ~ dihiris serong
1 sudu besar cili mesin
1 sudu besar pes tomyam
1/2 sudu kecil gula
daun ketumbar
1/4 cawan air
minyak

Cara:
Ikan dibersihkan dan ditabur dgn sedikit garam halus. Biarkan seketika.
Panggang ikan hingga masak.
Letakkan ikan ke dalam pinggan dan ketepikan.
Panaskan minyak dan goreng bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan.
Masukkan serai dan goreng lagi hingga wangi.
Masukkan cili mesin dan goreng hingga sedikit garing dan masukkan pes tomyam.
Kacau goreng dan biarkan seketika dan masukkan gula dan air.
Masak hingga kering sedikit dan padamkan api.
Maukkan daun ketumbar yg dihiris dan kacau rata.
Tuangkan ke atas ikan yg telah dipanggang tadi dan sedia utk dihidangkan panas2 bersama nasi putih.


~~~~~~~~~  x O x ~~~~~~~~~

oPPssss... terlupa sudahhhh... sebenarnya nak masukkan sekali award pemberian blogger masterchef yg semakin terkenal nih, sapa lagi kalau bukan SHAHRIAH ABDULLAH, salah sorang peserta Masterchef Malaysia hari tu. Rupanya Sha adalah sorang blogger jugak. Selain tu dia juga sorang penulis novel yg semakin meningkat naik dan baru2 telah mengeluarkan buku masakan sendiri. Maaf ya Sha, lambat sket angkut award Sha tu.. Mekasih ya, cantik Sha dlm cover buku masakan tu :)

click to enlarge the pic, tq

Sunday, April 22, 2012

PARI BAKAR BEREMPAH HARUM

ASSALAMUALAIKUM..

Bersiaran di petang hari Ahad.. Kita layan menu ulangtayang ya.. Saja jer la nak kabarkan pada yg belum pernah mencuba resipi ikan bakar yg sangat sedap ni. Atau pun pada sapa2 pengunjung baru SecubitGaramNor67 yg belum sempat nak gali2 resipi dalam dapur ni, sila2kan lah cuba resipi ikan bakar milik Dayang Jack ni (Dayang guna ikan siakap sbb tu nama resipi kat bawan sinun SIAKAP BAKAR BEREMPAH HARUM ya.. ). K.Nor mmg stick dgn resipi ni tiap kali nak buat ikan bakar, tak kiralah guna ikan apa sekali pun (tp selalunya ikan pari yg jadi pilihan). Pastenya tu boleh dibuat lebih dan simpan dlm freezer, time nak guna senang kerja tak perlu buat paste lagi dah, nak2 kepada mereka yg bekerja. Tambah lagi bulan Ramadhan pun dah tak lama lg kan.. Elok sgt buat paste ni banyak2 dan bekukan. Berbuka puasa dgn ikan bakar sangat lah menyelerakan. Jangan lupa perah limau kasturi sebelum menjamu selera ya.. :)


SIAKAP BAKAR BEREMPAH HARUM
resipi : DayangJack
sumber : K.Nor@SecubitGaram


Bahan-bahan :
1 ekor ikan siakap (dibersihkan)
1 helai daun kunyit (diracik/dihiris halus)
2 helai daun limau purut (diracik halus)
bahan-bahan dikisar bersama :
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai
1 helai daun limau purut
3 kelopak bunga kantan (dihiris terlebih dahulu)
1 sudu makan cili giling (boleh ganti dengan cili api jika suka)
1 sudu besar rempah kari ikan
3 sudu makan air asam jawa
1 sudu besar kicap pekat
sedikit belacan bakar
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
gula dan garam secukupnya
sedikit air

Cara-cara :
Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Tutupkan api.
Sementara itu, sediakan kertas foil dan dulang pembakar. Letakkan ikan di tengah-tengah kertas foil. Tuangkan kesemua perencah tadi di atasnya. Taburkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit dan balut dengan kemas. Perapkan sebentar lebih kurang 15 minit.
Kemudian bakar ikan sehingga masak.

Monday, February 20, 2012

SIMPLE TAPI GILER2 SEDAP!! ^__^

ASSALAMUALAIKUM..


Dalam banyak2 menu, rasanya lauk sardin dgn telur dadar adalah menu yg paling simple tapi tersangatlah sedapnya.. betul tak? Gandingan yg cukup mantap, tak perlu lauk lain lagi dah. Kalau nak tambah pun sekadar ulam2an jer spt timun batang. Ni lah menu yg org kata menu evergreen.. tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Kalaulah disua lauk lain rasanya tak layan dah kut.. hehe.. 


Dah lama betul tak masak lauk sardin.. Ni kebetulan tinggal berdua, baru la syok masak lauk sardin sbb biasanya hero bongsu tak makan lauk ni. Jadi kena lah buat lauk lain utk dia. Kalau ikutkan hati nak jer menambah semangkuk lagi nasi panas2 tp kena kawal nafsu ya.. Satu mangkuk tu dah memadai, insyaallah...


Kali ni K.Nor buat telur dadar special sket, menggunakan bahan yg ada dlm esbok. Kebetulan cik abg beli cendawan tiram kat tempat pengusahaan/pembiakan cendawan tiram di Kg Paloh baru2 ni, dpt lah harga yg murah sket disamping cendawan yg segar dan baru dipetik. Sedap telur dadar yg dimasukkan cendawan dlmnya tu.. Nanti K.Nor kongsi resipi TELUR DADAR BERCENDAWAN kat bawah ya..


Jom layan menu sempoi hari ni.. Nasi panas2 lagi ni.. Yg ada petai dalam tu, yg Cik Abg punya.. dia tu antu petai, jering dan kerdas.. hehe.. Air pun dah siap, air suam panas jer ya.. Lebih elok minum air suam panas dr minum air berais kan.. Ada sapa2 yg nak join?? Cepat! Nasi ada lagi nih.. ^___^

SARDIN MASAK KICAP PEDAS
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1 tin kecil sardin ~ k.nor guna brand Pertima
2 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
3 ulas bawang merah ~ dimayang
1 sudu besar cili mesin
5 - 7 sudu besar kicap manis
5 biji cili api ~ diketuk
1/2 cawan air
1/2 labu bawang besar ~ dipotong bulat
1 biji limau kasturi
sedikit garam
minyak

Cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi.
Masukkan cili mesin dan tumis lagi hingga garing.
Masukkan pula kicap dan sos dalam tin sardin.
Masak sekejap dan masukkan air dan garam. Masak lagi hingga mendidih.
Masukkan ikan sardin dan cili api, biarkan merenih.
Masukkan hirisan bawang besar, kacau seketika dan padamkan api.
Perahkan limau kasturi ke dalam masakan dan kacau rata.
Angkat dan hidangkan.







TELUR DADAR BERCENDAWAN

Bahan:
3 biji telur
1 bj bawang besar 
1 bj cili merah 
4 - 6 keping cendawan tiram 
1/2 btg lobak merah ~ disagat
1 pokok sederhana daun sup
3 sudu besar susu cair
sedikit garam
minyak

Cara:
Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
Hiris bawang besar, cili merah, cendawan dan daun sup.
Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan kocok dgn garfu hingga berbuih.
Masukkan kesemua bahan lain dan kacau hingga sebati.
Tuangkan ke dalam kuali dan tutup dgn penutup periuk.
Apabila telur dah hampir masak, terbalikkan dan masak lagi seketika.
Angkat dan hidangkan panas2.


Thursday, February 16, 2012

LAUK SIMPLE JER..

ASSALAMUALAIKUM..

Quick update.. dah nak Maghrib.. Layan ulang tayang jer hari ni ya.. 

klik link jika nakkan resipinya ya..


Lauk yg digandingkan bersamanya:


Terima kasih sudi berkunjung ^_____^