f Secubit Garam: ASAM PEDAS IKAN TONGKOL

N3 Terkini

Sunday, November 18, 2012

ASAM PEDAS IKAN TONGKOL

ASSALAMUALAIKUM..


ASAM PEDAS KEPALA IKAN KERACHI (TONGKOL)
resipi : YatieMemories

Bahan-Bahan
2 ketul kepala ikan kerachi/merah-di belah 2 ~ k.nor guna ikan tongkol
2 biji tomato-belah 4
1 cekak daun kesom
1 btng bunga kantan-belah 2
2 btng serai- di ketuk
3/4 cawan air asam jawa (3 sb asam jawa, bancuh dngn 1/2 cwn air)
Garam dan sedikit gula
minyak utk menumis

Bahan Kisar
1 cawan cili kisar
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci belacan, dibakar
1 sudu kecil lada hitam biji*(*di tumbuk halus/guna yg serbuk pun boleh)
Air secukupnya -dlm 4 cwn

Cara-Cara
Kepala ikan di belah 2, jadilah dlm 4 keping semuanya, rendam sebentar dngn air asam jawa, cuci bersih dan toskan. Sementara itu belah 4 tomato dan ketepikan dulu.
Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga naik bau, masukkan cili kisar dan masak hingga terbit minyak. Masukan air dlm 1 cwn dan biarkan mendidih.
Bila mendidih, masukkan kepala ikan dan jus asam jawa, gaul rata dan biar mendidih.
Tambah tomato, bunga kantan dan daun kesum. Tambahkan air dlm 3 cawan lagi. Kepekatan dan kecairan kuah ikut selera masing2 ya.
Biarkan mendidih lagi. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Biar masak dengan api sederhana. Rasa dan jika ok boleh matikan api, angkat dan hidangkan bersama nasi putih.

14 comments:

  1. Assalamualaikum K.Nor,
    waduhhhhh ada asam pedas kat sini, kalau dtng umah akak betul2 ni, maunya dpt rasa asam pedas kegemaranku...nmpk sungguh menyelerakan betul...

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam yatie.. mmg sedap asam pedas resipi yatie ni.. 2 thumbs up!

      rasanya air tangan org johor lg best bila masak asam pedas kut hehe

      Delete
  2. Salam Kak Nor..Ni haaa penggemar ikan aye sudah muncul..Tapi belum pernah lagi cuba masak asam macam ni..harus cuba juga ni...Masuk list....

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam nenie.. ehh kita sama2 antu ikan aya.. hehe

      Delete
  3. Aduila...pekat sungguh asam pedas K.Nor..kecur air liur melihatnya..saya tak pernah masak asam pedas ikan tongkol...mungkin lepas ni boleh cuba ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. try la kniedaz.. ikan tongkol sedap dimasak apa2 pun..

      Delete
  4. Nor, amat menyelerakan. PH sure bedai nasi dua pinggan :)

    ReplyDelete
  5. oo..ikan tongkol sdap jgak erk buat asam pedas?kena try nih..hehe....tq 4 de resepi...

    ReplyDelete
  6. wow nak cube nie...nmpak sedap sangat.

    http://welovesusuibu.blogspot.com/2013/01/saya-dah-pam-tapi-kenapa-susu-ibu-masih.html

    ReplyDelete
  7. Klu tukar ngan kembong boleh x kak nor?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh aje.. boleh guna ikan pari, ikan patin, ikan kembung, ikan merah, tenggiri.. terpulang pd citarasa masing2 ya..

      Delete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete