f Secubit Garam: PUDING KEJU DE BELANG2

Thursday, November 22, 2012

PUDING KEJU DE BELANG2

ASSALAMUALAIKUM..

Entri tertunggak ni.. jgn marah ek.. dah lama jadi baja dan pernah menjadi hidangan masa Ibh Sue dtg bertandang ke rumah K.Nor hari Jumaat lepas.. (terima kasih buat Sue & suami yg sudi mencmar duli ke teratak tengah padang baru2 ni ya.. harap maaf andai ada layanan yg terkurang :) ehhh...esok dah Jumaat kan.. aishh dah seminggu pun, baru sempat tayang.. Tak per lah.. gambar tak basi kan.. hehe


Puding yg pernah meletop satu ketika dulu, resipi hasil kreativiti AlongRoz yg menggunakan biskut keju (cheese crackers). Rasa yg lemak2 berkrim, mmg sgt sedap.. Kali ni K.Nor buat versi belang2 atau berlapis2 utk memberi kelainan rasa dan rupa pd puding yg menjadi kegemaran anak2 nih.. 

Mekasih Along atas perkongsian puding yg best ni, mcm biasa, izinkan Nor share lagi sekali kat sini ya.. mmuuah utk Along dan Liana :)


PUDING KEJU
resipi : AlongRoz
sumber : K.Nor@SecubitGaram


Saiz 8" persegi
BAHAN2:

13g Serbuk Agar-Agar
1 liter Air
120g Gula
3 biji Telur
120-150g Biskut Cheese - blend halus
1 sb Tepung Kastad
400ml Susu Cair
200g Susu Pekat
50g Mentega

CARA2:
1. Masak serbuk agar2 dgn air sehingga hancur. Kacau selalu.
Masukkan gula & kacau sehingga sebati.

2. Pukul telur sehingga rata & campurkan biskut & tpg kastad.
Masukkan susu & kacau sebati.
Tuangkan ke dlm adunan agar2 tadi & tutup api apabila mendidih.
Masukkan mentega sehingga sebati.

3. Tuang ke dlm tin/acuan & biarkan sejuk di suhu bilik.
Sejukkan sebelum di hidangkan.


* Utk bahan telur, biskut, susu cair, susu pekat dan tepung kastard.. K.Nor blend semua sekali dlm blender.
Bila dah tuang ke dlm adunan agar, adunan akan jd pekat dan hendaklah sentiasa dikacau hingga mendidih. Pastu padamkan api dan biarkan sebentar (sejuk sket), baru lah dituang dlm mould (kacau dulu hingga sebati sebelum menuang)

** utk menghasilkan puding yg berbelang/berlapis, bahagikan adunan puding kepada 2 bahagian. 1 bahagian dimasukkan 1/2 sudu kecil chocolate emulco dan kacau hingga sebati. kemudian sendukkan secara berselang seli dgn adunan plain ke dalam mould/loyang sehingga habis.