f Secubit Garam: AYAM PERAP MASAK KICAP

N3 Terkini

Friday, November 2, 2012

AYAM PERAP MASAK KICAP

ASSALAMUALAIKUM...

Resipi asal dr K.Fida@MyResipi tp dah disebarkan virusnya oleh Mas Duniaku.. Mekasih pd kedua2nya.. :)




AYAM PERAP MASAK KICAP
Resepi : Kak Fida@MyResepi.com
sumber : Mas & K.Nor


Bahan A :
1 ekor ayam (1kilo) - potong kecil
6 ulas bawang putih *- ditumbuk halus
1/2 ibu jari halia * - ditumbuk halus
1 sudu besar cili giling * - lebihkan jika suka lebih pedas
1 sudu besar serbuk rempah kari *
1 sudu kecil serbuk kunyit *
1/2 cawan kicap manis * - lebihkan jika suka, ikut selera
1 - 2 sudu besar air asam *
garam dan gula secukup rasa

Bahan B :
1 biji bawang besar - hiris bulat
2 biji kentang - potong baji dan goreng
2 biji tomato - belah 4
1 biji cili merah dan 1 biji cili hijau - dipotong serong
1 biji lada benggala merah (jika suka) - potong kecil
sedikit daun sop,daun bawang - dihiris

Cara :
Bersihkan ayam dan toskan. Masukkan ke dalam sebuah mangkuk dan campurkan ayam dengan bahan2 yang bertanda * . Gaul rata2 hingga sebati.
Perapkan dan simpan dalam peti ais untuk beberapa jam atau semalaman.
Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali @ periuk dan masukkan perapan ayam dan gaul hingga rata.
Tutup kuali @ periuk dan masak lauk ayam hingga pekat atas api sederhana.
Buka penutup kuali @ periuk dan kacau lagi rata2 dan tambah sedikit air jika inginkan berkuah.
Tambah sedikit garam dan gula jika perlu secukup rasa. Akhir sekali masukkan Bahan B dan gaul sebati dan masak hingga lembut atas api kecil.
Siap untuk dihidangkan. Tabur sedikit bawang goreng,dan tambahan hirisan daun sop dan daun bawang jika suka.

16 comments:

  1. ayam ni mas dah masak 5 kali dah kot..he3
    sedapkan kak....

    ReplyDelete
  2. Kak Nor,
    I pun dah bookmarked this recipe from Mas Duniaku but you beat me to it.. Lol! Ayam tak sembelih lagi macam mana nak masak, eh?Anyway, I paling minat lauk- pauk yang hitam- hitam macam ni.. hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. i beat u la kali ni shereen .. wahh nyonya pun minat kicap2 ek.. hehe

      Delete
  3. huiishhh sedapnya ayam masak kicap..
    cam iklan kicap manis abc tu.. meleleh tengok..
    hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. kalau betul utk iklan.. masyuk gak kan :)

      Delete
  4. as salam kak nor..
    sib baik dtg.. dpt satu g idea nak masak2 ayam utk jejaka2 kat umah nie... azu kopipes na...tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam azu.. gali2 jer, insyaallah banyak idea yg boleh diambil utk masak2 :)

      Delete
  5. salam..
    dah dapat idea..tq..agaknya resipi ni leh tukar pakai daging kot kan..maklum ler musim daging skrg ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam.. boleh aje.. tp tambahkan air masa memasak supaya daging dpt empuk ya.. :)

      Delete
  6. Wow! PH sangat suka ayam masak kicap tapi tak pernah masak. Hee..heee...Mesti cuba!

    ReplyDelete
  7. salam kak nor... sedapnya nampak ayam masak kicap ni..,nant nak try buat jugaklah... ^_^

    ReplyDelete
  8. Assalam kak nor, tgk ayam msk kicap kak nor posing pun dh tau sedap heheh. Anak2 saya mmg suka kalo msk ada kicap

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam .. biasa la liza, anak2 mesti suka lauk kicap, lauk yg tak pedas sgt kan :)

      Delete