f Secubit Garam: AYAM DAUN SELASIH MASAK CILI HIJAU

N3 Terkini

Tuesday, November 13, 2012

AYAM DAUN SELASIH MASAK CILI HIJAU

ASSALAMUALAIKUM...

Dek kerana geram dgn pokok selasih yg segar merimbun, semalam K.Nor mengugel utk mencari resipi yg menggunakan daun selasih. Tapi dlm kepala memang ingat yg AlongRoz pernah share beberapa resipi menggunakan daun selasih dlm masakannya. Dalam banyak2 resipi, hati tetap tertarik dgn resipi dr AlongRoz. Disebabkan dah keluarkan ayam dr freezer, jadi K.Nor buat menu ayam dulu. Next time nak buat versi ikan pulak..


Kat dapur Along, K.Nor tertarik dgn resipi AYAM DAUN SELASIH MASAK CILI HIJAU. Kebetulan semua bahan2 ada kat dapur, jadi K.Nor procceed dgn menu ni. Bimbang gak kalau anak2 tak suka menu ni, biasalah sbb bau daun selasih agak kuat dan jarang2 dibuat masakan guna daun selasih ni. Lain la kalau daun kesum, daun ketumbar, daun sup, daun limau purut.. semua dah biasa dgn bau daun2 tu.. Alhamdulillah.. anak tekak anak2 semua boleh terima masakan ni. Bagi K.Nor mmg sedap dan wangi jer bau masakan yg simple dan mudah disediakan ni. Memang boleh dibuat lagi lain kali ni.. Mekasih Along sudi berkongsi resipi ni ya.. Lain kali Nor try yg lain2 lak.. Opss.. mcm biasa Nor derhaka sket ya Along, Nor dah goreng dulu ayam tu sebelum dimasak bersama bahan2 lain.. :)


AYAM DAUN SELASIH MASAK CILI HIJAU
By: AlongRoz@HomeKreation
sumber : K.Nor@SecubitGaram

BAHAN2:
1/2 ekor Ayam - potong2
6-8 biji Cili Hijau*
6 biji Cili Padi Hijau*
6 ulas Bwg Putih* (* tumbuk kasar)
1 btg Serai - ketuk
1" Halia - di hiris
1 bj Bwg Besar - di hiris
1 sb Sos Ikan
2 sb Sos Tiram
1 bj Tomato - di potong
Daun Selasih - seberapa byk yg suka
Garam

CARA2:
Panaskan beberapa sudu minyak & tumis bahan tumbuk* sehingga wangi.
Masukkan serai, halia, bwg besar & kacau sebentar.
Masukkan ayam, sos ikan, sos tiram & kacau sebati.
Masukkan sedikit air supaya tidak melekat di dasar periuk.
Tutup sehingga ayam betul2 masak.
Tambahkan garam jika tidak cukup masin.
Masukkan daun selasih & tomato, kacau beberapa minit.
Hidangkan dgn nasi putih.

* k.nor goreng dulu ayam yg digaul dgn sedikit serbuk kunyit dan garam (goreng 1/2 masak)


Pokok Selasih.ku...





15 comments:

  1. wahh.. hidup subur semua pokok2 kak nor ye. geram je tun nengok. rasa2nya mcm xpenah makan daun selasih nih, bijk selasih tu dr pokok ni ke? huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. ada yg subur, sedang merangkak dan ada yg kojol hehe biasa la tu tun kan.. lg pun baru2 ni hujan lebat manjang kat sini tu yg banyak yg kojol :)

      tak pasti la tun, biji selasih tu dr pokok selasih..

      Delete
    2. Nor, biji selasih is from pokok selasih. Cuba Nor ambik biji selasih dan rendam dalam air. Dia akan jadi macam biji selasih yang orang letak dalam sirap badung tu. PH terdiscover sebab lepas hujan ada biji selasih yang kembang melekat kat daun pokok. Mula-mula nampak macam telur katak, but tak kan katak bertelur atas daun :D

      Delete
    3. ooo yer ke... nanti nak try eksperimen .. :)

      Delete
  2. Alahai K.Nor selasihku sayang... sedapnya lauk... nak semangkuk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. lorrr.. ingatkan k.nor ku sayang.. rupanya selasih ku yg disayang org hehe.. dah abis lorr... smlm punya lauk ni gee :)

      Delete
  3. amboiii...suburnya pokok selasih tu kak nor..
    gerammm tengok....
    pos kat sini 2 pokok boleh....
    terliur dah ni tengok ayam akak tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la mas.. alhamdulillah mmg subur.. skrg ni hari2 duk buat ulam, mmg sedap :)

      boleh sgt.. kalau mas nak dtg amik, akak boleh semaikan anak2 pokok ni utk mas :)

      Delete
  4. Salam kak nor...
    xpnh lg try masakan gn daun selasih...
    kn try nie kak nor..:))

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam asmah.. mmg patut di terai.. mmg best :)

      Delete
  5. Resipi ni nampak best, mesti pedas kan? Semua bahan-bahan PH ada kecuali cili padi hijau (baru je beli cili padi tapi pilih yang merah hee..hee..) Mesti cuba sebab PH suka sangat dengan bau daun selasih. Harum gitu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. pedas gak sbb letak cili padi lebih.. terpulang pd u nak kurangkan cili padi tu PH.. nor pun rasa nak buat lg gak dish ni.. mmg sedap.. wangi jer :)

      Delete
  6. Aslmkm Nor cayang. Wooo.... baru tau sedap ya...hehehe tq mencuba resepi yg sempoi ni. Along suka letak daun selasih tu byk2 & then ratah2.

    ReplyDelete
  7. Saya suka daun selasih.... Geram tgk pokok selasih kak Nor gemoks2.... Nnt nak try arr resepi ni...

    ReplyDelete