f Secubit Garam: acar
Showing posts with label acar. Show all posts
Showing posts with label acar. Show all posts

Thursday, August 14, 2014

ACAR IKAN MASIN

ASSALAMUALAIKUM...

Menu yg dibuat dlm bulan puasa aritu, tak sempat on air kat sini.. Resipi ACAR IKAN MASIN ni K.Nor ambil kat dapur CMG. Memang sedap dan menjadi pembuka selera bila berbuka. K.Nor guna ikan talang masin yg tak berapa nak tebal isinya. Jadi tak berapa nampak sgt la rupa ikan tu dlm gambar ni.. 


Mekasih kepada CMG yg memanjangkan resipi ni dan juga kepada owner asal resipi iaitu Allahyarhamah Noreen Noor. Semoga perkongsiannya ini memberi rahmat berpanjangan buat arwah... amiin..

ACAR IKAN MASIN
sumber : CMG@Tiffinbiru
BAHAN-BAHANNYA :
200 gram isi ikan masin talang (boleh ganti dengan isi ikan masin kurau)
10 biji bawang merah kecil
10 ulas bawang putih
20 biji cili padi kampung (boleh kurangkan)
3 camca besar cuka makan (JALEN)
1 camca besar gula melaka
3 camca besar gula pasir (atau secukup rasa)
2 tangkai daun kari, dilurutkan
Garam secukup rasa
1/4 cawan air

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :
2 camca besar cili kisar
1 biji bawang besar
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup

BAHAN-BAHAN REMPAH :
1 camca teh ketumbar biji
1 camca teh jintan kasar
1 camca teh jintan halus
3/4 camca teh halba
1 camca teh biji sawi

CARA MEMBUATNYA :
Isi ikan talang masin dihiris kecil, cuci dan rendam sekurang2nya 1 jam, tukar air rendaman setiap 20 minit. Kemudian toskan dan biar kering sekejap. Goreng hingga kekuningan dengan api sederhana. Angkat dan toskan. Bahan2 rempah digoreng tanpa minyak hingga harum, guna api kecil dan kacau selalu. Kemudian kisar (gunakan kisar kering) atau tumbuk hingga halus. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1/3 cawan). Tumis daun kari hingga harum, masukkan bahan2 kisar halus dan masak hingga garing. Tambah bahan2 rempah yang dikisar/ditumbuk halus tadi. Kacau rata dan masak sekejap. Guna api kecil.
Masukkan gula melaka, gula pasir dan cuka makan. Kacau rata dan tambah 1/2 camca teh garam. Kacau dan masukkan ikan masin yang telah digoreng, bawang merah, bawang putih dan cili padi. Gaul rata. Tuang air, kacau dan kecilkan api. Masak hingga pekat. Rasa dan jika perlu baru masukkan sedikit lagi garam, begitu juga dengan gula. Matikan api, dan boleh hidangkan bersama nasi putih.


Wednesday, July 16, 2014

PAJERI NENAS

ASSALAMUALAIKUM....

Di bulan Ramadhan ni, menu PAJERI NENAS mmg membangkitkan selera time berbuka kan.. Sebelum ni K.Nor dah cuba beberapa resipi Pajeri Nenas, kali ni mencuba pula resipi dari blogger lain iaitu Ratna@Madiha.


Tak banyak berbeza dgn resipi2 Pajeri Nenas yg lain, namun hasilnya mmg tak mengecewakan.. Jom la mencuba resipi dari Ratna ni kalau teringin nak makan Pajeri Nenas :)

Tak leh nak ngomel panjang2, kalau ikutkan hati nak buat WW jer td :)

PAJERI NENAS
resepi : MaDiHaA aka Ratna
sumber : K.Nor@SecubitGaram


Bahan2
1 biji nenas biasa (morris atau josephine) ~ dikupas & hiris sesuai selera
3 cawan santan sederhana pekat (tambah lg kalau rasa tak cukup)
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
3 sudu besar rempah kari ikan*
3 sudu besar rempah kari daging* ~ bahan bertanda* dibancuh dengan air jadikan pes
Minyak secukupnya
2 sudu besar gula merah
2 sudu besar kerisik (yang dah siap ditumbuk homemade ya)
Garam secukup rasa
serbuk perasa

Bahan hiris halus
1 inci halia
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
(kalau suka boleh tambah 1 sudu besar udang kering direndam & ditumbuk halus ~ MaDiHaA tak letak pun masih sedap juga)

Cara menyediakan
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan hiris serta kulit kayu
manis & kawan2nya (4 sekawan) sehingga layu & wangi. Masukkan pes rempah kari dan tumis hingga pecah minyak. Sentiasa kacau supaya rempah tidak hangus.
2. Masukkan kerisik dan kacau supaya rempah tidak melekat pada
periuk.
3. Masukkan santan, garam, perasa serta gula merah. Bila dah mendidih masukkan hirisan nenas. Sentiasa dikacau2 supaya tak membuak.
4. Masak hingga kuah pekat dan naik minyak serta nenas masak.
5. Sedia dihidangkan bersama nasi putih atau nasi berperisa.


Friday, June 7, 2013

NASI JAGUNG BERSERAI & The Gang

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah.. masih dapat bersiaran lg rupanya di dapur alam maya ni... Takper la kalau jarang2 atau kadang2 asalkan ada dan tak terkubur terus kan.. hehe..

Kita kurangkan pot pet.. kita layan menu yg dibuat beberapa hari lepas (hari ni tukang masak gantung kuali, makan nasi kenduri jer hehe)


Dah pernah buat NASI JAGUNG dan jugak dah pernah buat NASI JAGUNG 2. Kali ni kita buat lagi menu yg lebih kurang jugak tp diberi sedikit kelainan dgn penambahan serai yg turut menaikkan aroma NASI JAGUNG BERSERAI. K.Nor gandingkan NASI JAGUNG BERSERAI ni dengan GULAI AYAM (TRG STYLE) dan ACAR TIMUN (jelatah). Utk menambahkan kerancakkan menghadap menu ni, K.Nor juga buat SAMBAL BELACAN.. tp terlupa la pulak nak masukkan sekali masa shooting tu.. Tak per la ya.. :)


NASI JAGUNG BERSERAI
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
4 cawan beras basmathi (ikut cawan sukatan rice cooker)
6 cawan air
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan jagung (K.Nor guna jagung fresh >< 2 biji)
1 biji tomato ~ didadukan kecil
5 biji bawang merah ~ dihiris
3 ulas bawang putih ~ dhiris
1/2 in halia ~ diketuk
3 batang serai ~ dititik
2 helai daun pandan ~ disimpul
2 sudu besar minyak sapi
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 btg kulit kayu manis
3 kelopak bunga lawang
garam secukupnya

Cara:
Basuh bersih beras dan rendam lebih kurang 1/2 jam. Toskan.
Panaskan minyak sapi dlm periuk rice cooker dan masukkan bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang. 
Tumiskan sekejap dan masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan serai.
Kacau hingga bahan tumisan wangi.
Masukkan daun pandan dan tomato. Kacau2 kejap dan masukkan beras.
Kacau lg hingga sebati dan biarkan seketika baru lah dimasukkan air dan garam.
Biarkan hingga mendidih baru lah dimasukan susu cair dan jagung. Kacau perlahan2 supaya semua sebati.
Alihkan ke periuk td ke dlm rice cooker dan masak la hingga nasi tu masak.
Hidangkan dgn Gulai Ayam, Acar Timun dan juga Sambal Belacan. 

* boleh juga jika nak gantikan Gulai Ayam dgn Ayam/Daging Masak Merah..

~~~~~ 0 ~~~~~


GULAI AYAM TRG STYLE
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
1 ekor ayam ~ dipotong
3 sudu besar cili mesin
5 bj bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1 in halia *
1/4 in lengkuas *
1 in kunyit hidup * (*diblend)
3 sudu besar rempah gulai (boleh jg guna rempai gulai kawah) ~ bancuhkan dgn sedikit air panas hingga menjadi paste
4 cawan air
air asam jawa
2 - 3 bj ubi kentang ~ dibuang kulit dan dipotong
1/2 cawan santan pekat ~ boleh guna santan kotak atau santan fresh
garam

gula ~ boleh guna campuran gula dgn nisan atau gula melaka
sedikit belacan ~ optional
minyak

Bahan penumis :
1 btg kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 bj buah pelaga
5 kelopak bunga lawang

Cara2:
Panaskan minyak dan masukkan bahan penumis. Tumis hingga wangi dan masukkan cili mesin.
Biarkan hingga cili garing dan masukkan bahan yg diblend.
Masak hingga pekat dan masukkan paste rempah gulai.
Kacau dan masak lah hingga pecah minyak (boleh masukkan sedikit air utk pecah minyak dgn lebih elok)
Masukkan ayam dan kacau supaya rempah mesra dgn ayam.
Biarkan seketika dan masukkan air. Kacau2 biar sebati dan masak lah hingga kuah mendidih dan masukkan air asam jawa dan ubi kentang.
Masukkan juga santan pekat dan masak lg hingga mendidih.
Hendaklah sentiasa mengacau supaya tak naik kepala.
Masukkan pula garam dan gula (atau nisan/gula melaka) dan biarkan merenih hingga ayam masak dan kepekatan kuah yg kita sukai.
Cedukkan ke dalam mangkuk dan hidangkan.

*Kalau kuah nampak terlalu pekat dan tidak pecah minyak boleh lah dimasukkan sedikit air panas. Teruskan memasak, dengan cara ni minyak akan keluar semula.

~~~~~ 0 ~~~~~



ACAR TIMUN
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1 - 2 biji timun ~ dihiris
1/2 batang carrot ~ dihiris
2 ulas bawang merah ~ dihiris
1 ulas bawang putih ~ dihiris
1/2 in halia ~ dihiris panjang dan halus
2 - 3 sudu besar cuka ~ tambah kalau tak cukup rasa masam
1 sudu besar gula ~ atau secukup rasa
1/4 sudu kecil garam

Cara:
Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata.
Rasa acar, biar ada rasa masam dan manis sket.
Biarkan mesra baru la dihidangkan.

~~~~~ 0 ~~~~~

Letak gambar lama tak per la ya.. buat syarat jer heheee
SAMBAL BELACAN
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
3 biji cili merah
3 -5 biji cili api (jenis panjang)
belacan sebesar ibu jari tangan ~ dibakar/goreng tanpa minyak
1/2 sudu kecil gula
2 biji limau kasturi ~ diambil air
hirisan mangga muda ~ optional
Cara:
Tumbuk cili merah dan cili padi tapi jangan sampai lumat.
Masukkan belacan dan gula, tumbuk lagi.
Perahkan limau kasturi dan masukkan hirisan mangga muda.
Gaul hingga sebati dan bolehlah dihidangkan.

Wednesday, May 29, 2013

PACERI NENAS & TERUNG

ASSALAMUALAIKUM..


PACERI NENAS (& TERUNG)
resipi : K.Hanieliza
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan 
1 biji nenas [potong kecil]
3 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1 inci halia ]
5 ulas bawang merah ] tumbuk
2 ulas bawang putih ]
1 sudu besar udang kering [tumbuk]
1 inci cm kulit kayu manis
6 sudu besar rempah kari ikan [bancuh ngan air] ~ k.nor guna 1 sb rempah gulai + 5 sb rempah kari
4 sudu besar minyak
2 sudu besar gula merah/putih
2 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa

Cara membuat
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan tumbuk, kulit kayu
manis dan rempah kari yang digaul dengan air.
2. Masukkan kerisik dan nenas. Kacau supaya rempah tidak melekat pada
periuk.
3. Masukkan santan dan garam serta gula merah/pasir.
4. Masak hingga kuah pekat dan naik minyak

Nota Tambahan
Selain daripada nanas, terung panjang, terung peparu, mangga atau buah kedondong juga boleh digunakan untuk masakan pajeri.

Wednesday, March 27, 2013

NASI MINYAK DAUN PUDINA & THE GANG

ASSALAMUALAIKUM...

WW WEDNESDAY ^____^


Menu 2 minggu lepas dah ni.. sori ^__^





NASI MINYAK DAUN PUDINA
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
4 cawan beras basmathi ~ direndam 1/2 jam dan toskan
5 1/2 cawan air
1/2 cawan susu cair
1 bj limau nipis
segenggam daun pudina
1 sudu besar garam kasar
pewarna hijau dan oren
1 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar minyak

Bahan penumis:
1/2 labu bawang besar ~ dihiris nipis
1in halia ~ diketuk
2 helai daun pandan
2 in kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 kelopak bunga lawang

Cara: 
Masukkan perahan limau nipis ke dalam susu dan ketepikan.
Panaskan minyak sapi dan minyak masak dlm periuk rice cooker (masak atas dapur)
Tumiskan bahan penumis hingga wangi dan masukkan air.
Alihkan periuk ke rice cooker dan masak hingga mendidih.
Masukkan bancuhan susu tadi, garam dan beras.
Biarkan hingga kering airnya.
Buatkan lubang2 menggunakan belakang batang sudu.
Titiskan pewarna oren dan hijau dlm lubang berasingan.
Taburkan daun pudina dan tutup kembali tudung periuk.
Biarkan sehingga nasi masak
Tutup suis periuk dan biarkan 5 - 10 minit kemudian barulah digemburkan nasi.



GULAI AYAM NASI MINYAK (TRG STAIL)
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
1 ekor ayam ~ dipotong kecil
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 in halia
1 - 2  sudu besar cili mesin
3 sudu besar rempah gulai nasi minyak
1/2 cawan bawang goreng ~ diramas sedikit
5 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kerisik
1/4 cawan susu cair
3 - 4 cawan air
2 - 3 biji ubi kentang ~ dipotong
2 helai daun pandan
sedikit gula nisan (boleh gantikan dgn gula melaka)
garam
1 sudu besar minyak sapi
minyak masak

Bahan penumis:
2 in kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 kelopak bunga lawang

Cara:
Bawang merah, bawang putih dan halia dikisar halus.
Panaskan minyak sapi dan minyak masak.
Tumis bahan penumis hingga wangi dan masukkan bahan yg dikisar tadi.
Biarkan seketika, masukkan cili mesin. Kacau.
Kemudian masukkan rempah gulai dan sedikit air. Masak hingga pecah minyak.
Masukkan bawang goreng, sos tomato, kerisik dan ayam.
Kacau hingga sebati.
Masukkan ubi kentang, air dan daun pandan.
Biarkan hingga mendidih dan masukkan susu cair, garam dan gula nisan.
Biarkan merenih sehingga ayam dan ubi kentang masak dan sehingga kepekatan kuah yg dikehendaki.
( * gulai nasi minyak trg biasanya sedikit cair)
Sedia utk dihidangkan bersama Nasi Minyak Pudina.



ACAR TIMUN
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
2 biji timun ~ dipotong panjang
1/2 batang carrot ~ hiris panjang dan halus
2 ulas bawang merah ~ dimayang
1 ulas bawang putih ~ dimayang
1/2 in halia ~ dihiris panjang dan halus
2 sudu besar cuka ~ tambah kalau tak cukup rasa masam
1 sudu besar gula ~ secukup rasa
1/4 sudu kecil garam

Cara:
Gaulkan kesemua bahan dlm satu bekas hingga rata.
Rasa acar, biar ada rasa masam dan manis sket.
Biarkan mesra baru la dihidangkan.





Wednesday, October 10, 2012

PACERI NENAS

ASSALAMUALAIKUM....



PACERI NENAS
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
1 bj nenas ~ dibuang kulit dan hiris membulat
1 labu bawang besar *
3 ulas bawang putih *
1in halia *
1 sudu besar udang kering *
1 sudu kecil cili mesin
2 sudu besar rempah kari (daging)
1 sudu kecil rempah gulai
3/4 cawan santan fresh@pekat (kotak)
2 cawan air
5 bj  cengkih
3 bj buah pelaga
1 btg kulit kulit kayu manis
1/2 kuntum bunga lawang
1 sudu besar kerisik
garam, gula
minyak


Cara:
Kisar bahan2 bertanda * dan ketepikan.
Bancuh rempah kari bersama rempah gulai bersama sedikit air hingga menjadi paste.
Panaskan kuali dan masukkan bahan2 penumis (cengkih, pelaga, kayu manis dan bunga lawang).
Bila wangi masukkan bahan2 yg dikisar tadi. Tumis sehingga kering sedikit dan masukkan rempah tadi.
Goreng hingga pecah minyak dan masukkan nenas.
Kacau seketika dan masukkan santan fresh dan air.
Masukkan juga kerisik, garam dan gula.
Biarkan mendidih dan masaklah sehingga kuah pekat dan nenas menjadi lembut.
Kemudian bolehlah diangkat dan dihidangkan.

* paceri biasanya dibuat manis2 sedikit utk seimbangkan rasa nenas yg masam2..
* jika tiada rempah gulai boleh digunakan rempah kari sepenuhnya..


Monday, December 5, 2011

NASI KUNING again.....

ASSALAMUALAIKUM..

Kalau sebelum ni K.Nor dah tayang 2x Nasi Kuning berlaukkan Gulai Ikan Tongkol. Kali ni ada tambahan lauk atas permintaan si anak dara. K.Nor buatkan AYAM MASAK MERAH BEREMPAH disamping GULAI IKAN TONGKOL (lauk wajib kalau masak Nasi Kuning ni.. hehe) dan ACAR TIMUN. Memang bertambah sedap Nasi Kuning bila ada tambahan lauk ayam pedas2 gini.. 

Agak pucat kaler Nasi Kuning kali ni.. 

Ok lah ya.. layan jamu mata dah la ek... Nak mencuba Nasi Kuning dgn menu gandingannya? Sangat dialu-alukan...  Semoga kena dgn selera anak tekak sekeluarga. 

NASI KUNING
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
4 cawan beras (cawan sukatan rice cooker)
1 btg kulit kayu manis
5 kuntum cengkih
1/2 labu bawang besar ~ dihirs halus
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
1in halia ~ diketuk
2 helai daun pandan
garam
sedikit pewarna kuning
air **
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu minyak

Cara:
Basuh beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
Panaskan minyak dan minyak sapi dlm periuk nasi (rice cooker)
Masukkan kulit kayu manis dan cengkih.
Masukkan juga bawang besar. Goreng hingga wangi dan bawang layu.
Masukkan bawang putih, halia dan daun pandan.
Bila bawang putih menjadi kekuningan, masukkan air dan biarkan hingga mendidih.
Masukkan garam dan pewarna kuning.
Masukkan beras dan biarkan seketika.
Alihkan periuk ke periuk nasi dan masak lah sehingga nasi masak.
Hidangkan bersama Gulai Ikan Aya, Acar Timun Mentah dan Sambal Belacan.

** K.Nor tak letak sukatan air secara tepat sbb sukatan air yg diperlukan biasanya bergantung pd jenis beras yg digunakan. Jadi letaklah lebih kurang cam masak nasi putih ya..


Saturday, August 13, 2011

NASI KUNING

ASSALAMUALAIKUM..

Masih fobiakah dgn warna kuning? hehe..  Sampaikan bila ada yg buat Nasi Kuning resipi K.Nor ni pun ada yg sound ya.. Sampaikan nasi yg warna kuning pun fobia.. Dah memang nasi ni warna kuning namanya pun Nasi Kuning.. alahai.. tak tau nak kata apa dah.. masing2 punya pendapat la kan.. Macam org fobia dgn warna hijau la.. Padahal masa diletakkan dlm keranda beralaskan daun pisang yg warna hijau gak tu.. Bukannya boleh dicari atau ditukar dgn daun kaler lain..ermm..... warna pun dijadikan kes.. hehee Agaknya Nasi Ketumbar ada org tak berani buat sbb kaler dia hijau kut.. hehehehhee...


Ok lah.. berbalik pada Nasi Kuning yg menjadi menu berbuka semalam. Kebetulan beli ikan aya segar kat pasar terus jer teringin nak makan Nasi Kuning. Nasi ni mmg wangi jer, dan cara penyediaannya pun mudah. Kalau nak tau kesedapan Nasi Kuning ni kena la try buat. Kalau tak nak buat lauk Gulai Ikan Aya@Tongkol boleh tukar kepada Gulai Ayam atau Gulai Daging. Tanya Lieza nun rasanya dah 5x dia posting Nasi Kuning kat blog dia.. Dah melekat betul dia dgn Nasi Kuning ni.. hehee.. Mekasih Lieza ya, tak sangka nasi yg simple gini menjadi kegemaran Lieza sekeluarga :)

Jom semak resipi.. rasa kurang rajin dah nak panjangkan pot pet nih.. ^___^


NASI KUNING
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
4 cawan beras (cawan sukatan rice cooker)
1 btg kulit kayu manis
5 kuntum cengkih
1/2 labu bawang besar ~ dihirs halus
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
1in halia ~ diketuk
2 helai daun pandan
garam
sedikit pewarna kuning
air **
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu minyak

Cara:

Basuh beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
Panaskan minyak dan minyak sapi dlm periuk nasi (rice cooker)
Masukkan kulit kayu manis dan cengkih.
Masukkan juga bawang besar. Goreng hingga wangi dan bawang layu.
Masukkan bawang putih, halia dan daun pandan.
Bila bawang putih menjadi kekuningan, masukkan air dan biarkan hingga mendidih.
Masukkan garam dan pewarna kuning.
Masukkan beras dan biarkan seketika.
Alihkan periuk ke periuk nasi dan masak lah sehingga nasi masak.
Hidangkan bersama Gulai Ikan Aya, Acar Timun Mentah dan Sambal Belacan.

** K.Nor tak letak sukatan air secara tepat sbb sukatan air yg diperlukan biasanya bergantung pd jenis beras yg digunakan. Jadi letaklah lebih kurang cam masak nasi putih ya..



~~~~~ *X* ~~~~~




GULAI IKAN AYA@TONGKOL (Gulai Nasi Kuning/Dagang)
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1 ekor ikan aya@tongkol
3kpg asam keping
sedikit garam
air secukupnya

Bersihkan ikan aya dan potong.
Masukkan dalam periuk dan masukkan asam keping, garam dan air.
Air hendaklah melebihi paras ikan.
Masak dgn api sederhana sehingga air tinggal lebih kurang 1/4.
Lagi lama ikan dimasak lagi sedap, isi ikan pun lebih pejal.

Bahan2 kuah:
4 sudu besar cili mesin
7 bj bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1in halia *
1in lengkuas *
1in kunyit hidup * ( * diblend )
3 sudu besar rempah gulai nasi dagang ~ boleh guna rempah cap bunga ros kalau tak ada rempah khas utk gulai nasi dagang
2/3 cawan santan fresh/pekat
4 cawan air
air asam jawa
sedikit belacan ~ optional
nisan/gula melaka
garam
sedikit gula
7 - 9 bj cili padi
minyak

Bahan penumis:
1 btg kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 bj buah pelaga
1 kuntum bunga lawang


Cara:
Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan bahan penumis.
Biarkan hingga wangi dan masukkan cili mesin.
Goreng hingga cili menjadi garing dan masukkan bahan2 yg diblend.
Masak hingga sedikit kering dan masukkan rempah gulai.
Masukkan 1/2 cawan air dan masak lagi hingga garing dan pecah minyak.
Masukkan lebihan air dan masak hingga mendidih.
Masukkan santan dan renihkan hingga kuah mendidih sambil sesekali mengacau.
Masukkan air rebusan ikan, jus asam jawa, belacan, nisan/gula melaka, garam dan gula.
Masak hingga kuah sedikit pekat dan masukkan ikan yg dah dimasak tadi.
Renih lagi kuah hingga kepekatan yg disukai.
Sekiranya kuah terlalu pekat dan tak pecah minyak bolehlah ditambah air panas dan masak semula hingga keluar minyak.
Masukkan cili padi dan masak lagi sekejap dan baru lah dipadamkan api.

* ikan aya lebih sedap direbus lebih awal dan dibiarkan supaya rasa masam2 tu meresap ke dalam isi ikan.
** kalau ada belimbing buluh, boleh lah diletak dlm gulai ni. nanti rasa gulai lagi sedap :)



~~~~~ *X* ~~~~~



ACAR TIMUN
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
2 biji timun ~ dipotong panjang
1/2 batang carrot ~ hiris panjang dan halus
2 ulas bawang merah ~ dimayang
1 ulas bawang putih ~ dimayang
1/2 in halia ~ dihiris panjang dan halus
2 sudu besar cuka ~ tambah kalau tak cukup rasa masam
1 sudu besar gula ~ secukup rasa
1/4 sudu kecil garam

Cara:
Gaulkan kesemua bahan dlm satu bekas hingga rata.
Rasa acar, biar ada rasa masam dan manis sket.
Biarkan mesra baru la dihidangkan.
~~~~~ *X* ~~~~~




SAMBAL BELACAN
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
3 biji cili merah
3 -5 biji cili api (jenis panjang)
belacan sebesar ibu jari tangan ~ dibakar/goreng tanpa minyak
1/2 sudu kecil gula
2 biji limau kasturi ~ diambil air
hirisan mangga muda ~ optional

Cara:
Tumbuk cili merah dan cili padi tapi jangan sampai lumat.
Masukkan belacan dan gula, tumbuk lagi.
Perahkan limau kasturi dan masukkan hirisan mangga muda.
Gaul hingga sebati dan bolehlah dihidangkan.


Tuesday, August 9, 2011

MENU BERBUKA SEMALAM

ASSALAMUALAIKUM...

Entri ringkas aje ya.. Dah blurr tak tau apa nak dikarang ni. Pusing2 4 - 5x duk tang tu jugak ayatnya.. Dah la nak cepat sbb nak kena keluar amik Luqman kat sekolah ni. Tengah2 duk ngarang Mek Ampang call, tergendala karangan.. Last2 ilang terus idea hehee..

Layan jer la ek, menu berbuka semalam..


Ayam Golek@Ayam Percik yg Cik Abg beli dgn kawannya.
Rasa? Boleh lah...


Yg ni dpt pree.. Beli Ayam Golek dapat Paceri Nenas pree... 
Alhamdulillah.. semoga dimurahkan rezeki si penjual.. amin...


Air Longan.. yg ni keluaran dapur sendirian berhad :)
Tukang buat tak minum sbb tukang buat lebih suka air panas hehe


Wednesday, July 13, 2011

Nasi Ketumbar lagi...

ASSALAMUALAIKUM...

Menu of the day...



 Acar Timun Mentah

Penat melayan mak daras terdiva kat fb tadi, sampai lewat masuk opis. Bila dah terlewat mula la kelam kabut. Pastu fenat pun lebih.. Jadi modal nak berpot pet pun kurang.. Layan gambar jer la ya.. hehe



Friday, July 8, 2011

Nasi Karot (Nasi Lobak Merah) & The Gang

ASSALAMUALAIKUM...

Ni lah nasi yg digandingkan dgn Ayam Panggang Yogurt Berempah yg K.Nor post petang td.  Resipi masih lagi diambil dr rumah K.Zai dan dari rumah Wana. Resipi asal Nasi Karot ni adalah milik K.Hanieliza. Nak dijadikan cerita, K.Nor memang dah plan nak masak nasi ni hari ni. Kebetulan Ika pun tayang gak Nasi Karot ni pastu K.Aznim pun buat gak utk lunch dia anak beranak. Sehati sejiwa kut.. hehe.. 


Memang sedap Nasi Karot ni, adanya rempah gulai dan daun ketumbar yg digunakan. Tambah sedap lagi bila digandingkan dgn Ayam Panggang Yogurt Berempah dan Acar Mentah. Tak ketinggalan buat gak Sup Sayur sbb Luqman tak suka makan nasi yg kering2, mesti nak ada kuah. Apapun mmg sedap menu lunch yg dimasak hari ni. Mekasih pd K.Liza, Wana dan K.Zai yg dah berkongsi resipi yg sedap ni.. 




NASI KAROT (NASI LOBAK MERAH)
resipi : K.Hanieliza
Sumber: Wana@Potret Kasih & Kzai@Teratakimpian
sumber: K.Nor@SecubitGaram

Bahan2nya
6 cawan beras bathmati….basuh dan toskan
2 cawan carrot ( potong dadu kecil) ~ k.nor parut
1/2 cawan susu cair
8 cawan air – saya letak air rebusan isi dan tulang2 ayam
1 kiub ayam knorr – saya guna 1 sudu besar stock ayam maggie dalam botol
1 sudu kecil gula
garam

Bahan Tumis
2 sudu besar rempah kurma – saya guna rempah beriani  (k.nor guna rempah gulai)
5 ulas bawang merah – mayang @ tumbuk kasar (hiris)
3 ulas bawang putih – mayang halus atau tumbuk kasar (hiris)
2 cm halia -mayang
3 sudu besar minyak sapi - akak guna butter (sama)
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bungka lawang
5 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 tangkai daun ketumbar…..mayang
daun pandan……..simpulkan

Cara
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk Rice Cooker dan masukkan bahan tumis,bawang & halia yg dimayang dan daun pandan.
2. Bila dah wangi masukkan rempah kurma/beriani. Biarkan naik minyak.
3. Masukkan air, garam, gula, kiub ayam knorr dan susu cair. Biarkan mendideh.
4. Masukkan beras, carrot dadu dan daun ketumbar.
5. Alihkan periuk kedalam Rice Cooker dan biarkan masak saperti nasi biasa.
6. Hidangkan dengan ayam bakar, sup dan salad sayur. Saya hidang dengan ayam bakar yogurt dan acar karot.


Thursday, March 24, 2011

Nasi Kuning & The Gang

ASSALAMUALAIKUM...


Nasi Kuning biasanya femes di Tganu jer, tak tau lah kalau dah dikenali di negeri2 lain gak. Nasi Kuning ni tak sama dgn Nasi Kunyit @ Pulut Kuning yg hanya menggunakan beras pulut sepenuhnya. Nasi Kuning dimasak menggunakan beras siam dan dimakan dgn gulai yg sama dgn Nasi Dagang @ Gulai Ikan Aya, Acar Timun Mentah dan Sambal Belacan. Yep, mmg wajib ada Sambal Belacan tau. Sambalnya pulak biasanya diblend jer sbb tu sambal tu cair2 sket. Tukang masak ni buat jer sambal belacan tu tp tak makan pun.. :)


Nak buat Nasi Kuning ni mudah jer, tak perlukan banyak bahan. Jom tengok Nasi Kuning K.Nor Style ya.. ^__^

NASI KUNING
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
4 cawan beras (cawan sukatan rice cooker)
1 btg kulit kayu manis
5 kuntum cengkih
1/2 labu bawang besar ~ dihirs halus
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
1in halia ~ diketuk
2 helai daun pandan
garam
sedikit pewarna kuning
air **
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu minyak

Cara:

Basuh beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
Panaskan minyak dan minyak sapi dlm periuk nasi (rice cooker)
Masukkan kulit kayu manis dan cengkih.
Masukkan juga bawang besar. Goreng hingga wangi dan bawang layu.
Masukkan bawang putih, halia dan daun pandan.
Bila bawang putih menjadi kekuningan, masukkan air dan biarkan hingga mendidih.
Masukkan garam dan pewarna kuning.
Masukkan beras dan biarkan seketika.
Alihkan periuk ke periuk nasi dan masak lah sehingga nasi masak.
Hidangkan bersama Gulai Ikan Aya, Acar Timun Mentah dan Sambal Belacan.

** K.Nor tak letak sukatan air secara tepat sbb sukatan air yg diperlukan biasanya bergantung pd jenis beras yg digunakan. Jadi letaklah lebih kurang cam masak nasi putih ya..

~~~~~~~~ oOo ~~~~~~~~

SAMBAL BELACAN
resipi : K.Nor@SecubitGaram


3 - 5 bj cili merah
7 - 9 bj cili padi
belacan sebesar ibu jari
1 sudu besar gula
3 biji limau kasturi
sedikit air

Blend cili merah, cili padi belacan dan gula bersama sedikit air.
Masukkan kedalam mangkuk dan perahkan jus limau kasturi.
Kacau hingga sebati dan hidangkan.


Wednesday, March 2, 2011

Nasi Serai Berjagung


ASSALAMUALAIKUM.......


Sebelum ni dah biasa buat Nasi Serai dan dah biasa gak buat Nasi Jagung. Apa kata kita kawinkan dua nasi tu dan jadi la... Nasi Serai Berjagung! heeee.... Idea yg datang sepontan jer. Hasilnya? Alhamdulillah.. sedap ler kat anak tekak K.Nor se
keluarga, tambah pulak digandingkan dgn Daging Merah dan Acar Mentah. Cukup satu set nasi sebagai hidangan tengahari.


NASI SERAI BERJAGUNG

4 cawan beras basmathi (cawan rice cooker)
1/2 labu bawang ~ di dadukan (k.nor guna bawang holland)
5 batang serai ~ diketuk
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
1 in halia ~ diketuk
1 btg kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 bj buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
1 - 1 1/2 cawan isi jagung
6 cawan air
1/2 cawan susu cair
1 kiub pati ayam
garam
3 sudu besar minyak sapi ~ k.nor guna brand windmill


Basuh beras dan rendamkan lebih kurang 15 - 30 min kemudian toskan.
Panaskan minyak sapi dlm periuk nasi (periuk rice cooker) dan masukkan bawang yg didadukan.
Biarkan hingga bawang layu dan wangi kemudian masukkan serai, bawang putih dan halia.
Masukkan juga kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan bunga lawang.
Tumis hingga wangi dan masukkan jagung dan beras. Kacau.
Masak sekejap dan masukkan air, susu cair, kiub pati ayam dan garam secukupnya.
Alihkan periuk ke rice cooker dan masak lah hingga nasi masak.
Nasi ni boleh dihidangkan bersama ayam atau daging masak merah dan acar/jelatah.

Wednesday, January 26, 2011

F.N.O

Yep, F.N.O.. bukan U.F.O ya anak2... haa... cepat!! Teka apa maksud disebalik tajuk short form ni... Ain (Precious Moments) cepat teka.. Tadi kata nak tau apa lak tajuk n3 K.Nor malam ni kan.. cpt! Masa nak abis nih.. 5... 4... 3... 2..... aikkk tak ada jawapan? Duk garu kepala tak gatal? erkkk ada cik tu  tak? hahaha.. cepat... cepat!! tuttttttttttttttt... masa udah abis ya Ain dan anak2 yg lain.. hihihi

Jawapannya....... FAMILY NITE OUT... haha.. Kesian sungguh la duk kena paksa pikir apa la tajuk n3 K.Nor hari ni ya... siap ada yg ingat K.Nor masuk MHI (Malaysia Hari Ini lagi.. Sue & Mokwo.. buat K.Nor dan cik abg tergelak sakan tau hehehe...) Ish... mana ada masuk tivi ler.. Masuk bilik ada laa... ngeeeeeeee.... Masih jauh lagi perjalanan K.Nor nak masuk tivi tu.. Dan tak pernah terlintas pun sampai ke tahap tu.. Daku kan pemalu.. mana ler boleh masuk tivi.. haha.. gerenti lidah kelu dan shaking sepanjang masa kang.. ish... dah jauh melalut ni.. Jom balik ke pangkal jalan.. ^_____^


Family Nite Out ni berlangsung hari apa ek.. kalau tak silap hari K.Nor tayang N3 Nasi Lemak & Sambal Kerang tu.. K.Nor masak Nasi Lemak tu utk lunch jer dan memang dah plan malam tu nak bawak anak2 keluar makan. Kalau nak tau sejak Along balik, tu la 1st time kita org keluar makan sama2. Non stop duk masak, 7 hari seminggu sampai gas abis lebih awal dr jangkaan! haha... Tak per.. demi anak2 tersayang.. opss.. termasuk cik abg gak kan.. hehe


Kita org gi dinner kat Radic Fried Chicken jer. Along yg request nak merasa makanan kat RFC. Masa gi tu dah lepas solat Isyak, menu pun dah tak banyak yg ada. Amik jer la apa2 aje yg ada.. Tak kisah la kan.. Dah rezeki utk kita org camtu.. tak per.. alhamdulillah.. Yg penting, keseronokkan bersama keluarga yg lengkap. Semoga dipanjangkan umur kami semua agar dapat bersama2 lagi menikmati kebahagian berkumpul seperti ini lagi di masa akan datang.. amiin...


Thursday, October 14, 2010

Acar Kobis


Nak buat acar timun tp timun yillek.. lupa nk beli. Nampak ada kobis, guna aje la kobis. Kobis pun boleh tau dibuat acar. Kaedah buat acar kobis ni sama jer cam buat acar timun mentah. Semua bahan spt kobis, carrot, cili merah/hijau dan bawang besar perlu dihirs halus dan campur jer dgn cuka, garam dan gula. Seimbangkan rasa, perap kejap.. siap! Mudah aje kan :)

Monday, September 6, 2010

Acar Darat

Dah lama betul tak buat acar ni, Acar Darat, resipi CMG yg sekarang ni duk sibuk melapis kek utk raya. Camna bisnes butik Che Mat, mesti banyak masyuk tu time nak raya ni kan.. hehehe ampun Che Mat.. :)

Ok.. balik pd Acar Darat, mudah aje nak sediakan acar ni. Acar ni K.Nor gandingkan dgn Ayam Bistik td. Agak2 apa nasi yg jd pelakon utama menu hari ni ya... tungguuuuuuuuuuuuuuuu ............. *_______^

Che Mat, minta izin ya nak kopipes resipi Acar Darat kat sini ya... mekasih..

ACAR DARAT by Che Mat Gebu

Bahan-bahan ( 5 orang )
2 biji timun, dikerat 3 - 4 bahagian, buang empulur dan potong mcm batang mancis
2 biji lobak merah, dikerat 3 - 4 bahagian dan potong mcm batang mancis
3 biji cili merah, kerat dua, buang biji dan potong mcm batang mancis
2 biji bawang besar, dipotong berbaji

Bahan tumis:-
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 camca teh biji sawi (mustard seed)

Bahan lain:-
5 ulas bawang putih, belah dua
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit, toskan dan tumbuk separuh lumat
1/3 cawan cuka makan
1 inci halia muda, dimayang halus
Garam dan gula secukup rasa


Cara-cara:
Dalam bekas berasingan, gaul timun dan lobak merah dgn serbuk kunyit dan garam (kurang lebih 1 camca teh utk timun dan lobak) toskan dalam tapis.
Dalam kuali, panaskan minyak dan tumis bhn2 tumis hingga wangi, masukan belahan bwg putih, udang kering dan halia. Masukkan cuka dan kecilkan api. Masukkan gula (kurang lebih 3 - 4 camca besar) dan masak hingga pekat.
Masukkan cili, belahan bawang besar dan lobak merah. Masak hingga lobak merah separuh masak. Masukkan timun dan gaul rata. Bila timun sedikit lembut boleh lah matikan api. Rasa garamnya. Selalu acar memang sedikit manis, masam, masin dan sayur nya masih rangup.

Wednesday, September 1, 2010

Nasi Tomato & The Gang


Dah lama tak buat Nasi Tomato & the gang so K.Nor buat la Nasi Tomato sebagai menu berbuka semalam. Resipi Nasi Tomato ni K.Nor guna resipi yg simple dan mudah, yg dah pernah buat dulu. Boleh klik kat sini.. Digandingkan dgn Ayam Masak Merah Berempah dan Acar Timun. Klik aje kat link yg dah K.Nor letak pd nama lauk tu ya.. Kurang kerajinan sket arini disebabkan kepala yg asyik berdenyut jer. Dah la bangun titun pg td kepala berpusing cam naik heli... dugaan... ujian... sabar ajer la kan..


** Dlm nasi tu K.Nor letakkan beberapa ketul ayam bahagian tulang2 dan tengkuk utk menambahkan kesedapan pd Nasi Tomato ni. Kalau tak nak letak ayam boleh gak letak kiub ayam ya..

Sunday, November 15, 2009

Acar Kobis


Sebenarnya K.Nor nak buat acar timun mentah utk digandingkan dgn nasi tomato td tp bila cari dlm esbok tak ada la pulak stok timun batang. Nak saja2 keluar ke pasar utk beli timun rasanya malessss la pulak. Tengok2 ada kobis yg baru dibeli semalam, terfikir nak buat acar dgn menggunakan kobis. Kat Ganu ni mmg biasa gak la org guna kobis utk wat acar bg menggantikan timun. Tapi mungkin sesetengah org tengok cam pelik jer kan. Tak per, cuba dulu kobis sbg altenatif menggantikan timun, insyaallah sedap terutamanya pada yg suka makan kobis.

Nak buat acar ni pun mudah jer, cam buat acar timun mentah gak. Bahan2 sama jer cuma kobis jer menggantikan timun. Boleh juga dimakan bersama nasi minyak selain dr nasi tomato.

ACAR KOBIS

bahan2:
kobis ~ hiris halus
carrot ~ hiris panjang dan halus
2 ulas bawang merah ~ dimayang
1 ulas bawang putih ~ dimayang
2 sudu besar cuka ~ tambah kalau tak cukup rasa masam
1 sudu besar gula ~ secukup rasa
1/2 sudu kecil garam
1/4 cawan air

Cara2:
Gaulkan kesemua bahan dlm satu bekas hingga rata.
Rasa acar, biar ada rasa masam dan manis sket.
Biarkan mesra baru la dihidangkan.


Friday, October 2, 2009

Acar Timun

Acar atau Jelatah, kan.. Buat yg simple jer...

Friday, May 29, 2009

Acar Timun Pedas


Satu lg acar yg mudah nak dibuat. Cuma masakkan cili mesin, cuka, nisan/gula melaka, garam dan juga air sehingga pekat. Curahkan keatas timun, lobak merah, bawang merah dan cili merah yg dah dihiris nipis. Dah selalu sgt buat acar rampai, jd sesekali tukar ke acar biasa pulak.