f Secubit Garam: PACERI NENAS & TERUNG

N3 Terkini

Wednesday, May 29, 2013

PACERI NENAS & TERUNG

ASSALAMUALAIKUM..


PACERI NENAS (& TERUNG)
resipi : K.Hanieliza
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan 
1 biji nenas [potong kecil]
3 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1 inci halia ]
5 ulas bawang merah ] tumbuk
2 ulas bawang putih ]
1 sudu besar udang kering [tumbuk]
1 inci cm kulit kayu manis
6 sudu besar rempah kari ikan [bancuh ngan air] ~ k.nor guna 1 sb rempah gulai + 5 sb rempah kari
4 sudu besar minyak
2 sudu besar gula merah/putih
2 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa

Cara membuat
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan tumbuk, kulit kayu
manis dan rempah kari yang digaul dengan air.
2. Masukkan kerisik dan nenas. Kacau supaya rempah tidak melekat pada
periuk.
3. Masukkan santan dan garam serta gula merah/pasir.
4. Masak hingga kuah pekat dan naik minyak

Nota Tambahan
Selain daripada nanas, terung panjang, terung peparu, mangga atau buah kedondong juga boleh digunakan untuk masakan pajeri.

16 comments:

  1. Menyelerakan! Takder pot pet ari ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. not in the mood to pot pet.. hehe

      Delete
  2. sedap nye kak kena nasi panas takyah lauk lain dah ni kalau zila

    ReplyDelete
  3. salam k.nor....

    adda pun suka pajeri ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam adda.. dulu2 k.nor mmg tak suka, tp dah jadi suka sejak duk buat utk anak dara dan cik abe ni :)

      Delete
  4. tak bubuh udang kering tak boleh ka ??? kerana udang kering akan menyabab kan gout akan datang bertandang lagi !! paceri terung dan nenas ini memang menjadi kesukaan gua !! tapi apa kan daya kena tahan selera demi nak menyelamat kan kaki gua dari di serang GOUT !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam pak oncu.. udang kering tu tak per nak letak, boleh aje skip.. tak jadi masalah

      Delete
  5. salam kak nor..

    pajeri nanas tu kesukaan saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam bibwana.. apa kata try resipi sedap dr k.liza ni ya..

      Delete
  6. Makan paceri dgn nasi panas dan ikan masin.... sedapppp... kan Nor?

    ReplyDelete
  7. Sedapnya... emmmm nenas ada kat rumah tuh. best jugak makan pajeri nenas

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sedap mila.. try la buat.. paceri ni makin disimpan dlm esbok, makin sedap :)

      Delete
  8. salam kak, rempah gulai tu ape? jenama ape?

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam k.nor guna rempah gulai buatan trg.. boleh guna rempah dayang suri atau rempah gulai bunga ros.. rempah bunga ros ada kat mydin kalau tak silap

      Delete