f Secubit Garam: KACANG PHOOL

N3 Terkini

Monday, May 6, 2013

KACANG PHOOL

ASALAMUALAIKUM...

Dah lama betul berhajat nak buat dan merasa KACANG PHOOL, menu yg pemes di selatan tanah air ni (Johor & Singapore). Dah pernah intai2 kacang parang (foul medammas) kat gergasi, tp tak pernah pulak terserempak. Akhirnya, sorang teman blogger yg baik hati, yg tau K.Nor duk teringin nak buat Kacang Phool ni, telah post setin foul medammas baru2 ni.. Happy bukan main, mcm dpt emas seketul! haha..


Mekasih juta2 lemon ya cik puan nan seberang, dah buat pun KACANG PHOOL, dgn menggunakan resipi dr dapur anda juga. Guna yg versi II tp dah diderhakan sket. Sket jer.. Nor tambah sedikit daging kisar dlm tu. Pandai2 jer menambah kan.. psst... tak kena hukuman pancung kan.. hehehe



KACANG PHOOL II 
sumber : Ayu@ Curlybabesatisfaction
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:-(4-5 orang)
1 tin foul medammas(kacang parang)-diblender dengan sedikit air
200gm daging kisar ~ k.nor tambah
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih*
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis*
1 sudu kecil serbuk ketumbar*
1/2 sudu kecil bawang putih kisar*
1 sudu kecil bawang besar kisar*
1 sudu besar rata cili kisar*
1 sudu besar minyak sapi
11/2 sudu besar minyak
air secukupnya
garam secukup rasa

Bahan hiasan & Taburan:-
5 batang cili hijau dihiris bulat
1 biji bawang besar dipotong dadu
5 biji telur digoreng 'mata lembu'
5 biji limau sambal, dibelah 2 untuk diambil jusnya
1-2 batang roti perancis atau secukupnya - dipotong dan dibakar didalam oven sebelum dihidang

Method:-
Panaskan minyak sapi & minyak didalam kuali dan tumiskan bahan2 yang bertanda* hingga naik bau. (Masukkan daging kisar dan masak hingga daging mengeluarkan air. Biarkan hingga sedikit kering) Masukkan kacang parang yang telah diblender tadi, gaul rata.
Masukkan garam dan sedikit air kalau adunan nampak pekat, atau terpulang nak pekat atau cair macam mana, tapi jangan terlalu cair atau terlalu pekat ya.
Bila sudah mendidih matikan api.
Siap untuk dihidang bersama bahan2 hiasan taburan dan perah jus limau sebelum dimakan/cicah dengan roti perancis yang telah dibakar tadi..

update:
utk yg nak tau rupa kacang parang (foul medammas) yg k.nor gunakan.. 

Gambar dr blog mamawandiha ..
Ratna! pinjam gambar ek.. maceh :)

15 comments:

  1. susah jugak nak cari kacang phool ni ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. ann, cuba cari kat giant .. kata kawan k.nor dia jumpa kat giant

      Delete
  2. baru try hari tu kat plaza larkin..sedap :)
    boleh try pulak..

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum kak

    sdp nya,xpernah mn yg btl2 pure lagik ;)

    ReplyDelete
  4. Kak nor kite br buat jumaat lepas..sedap gilerrr kan...l

    ReplyDelete
  5. Sedap yer Nor... nk try laaa....

    ReplyDelete
  6. Assalam,
    Mmg suka dgn kcg phool ni, tp bleh tunjuk x cmne kacang parang dlm tin tu..x pnah nampak la..ingat nk try resepi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam.. k.nor dah update gambarnya kat entri.. slmt mencuba ya..

      Delete
  7. salam kak nor..sy penah dgr tp tak penah mkn..nmpak sedap laa..kena siasat dulu kat Giant kacang phool tu eh..

    ReplyDelete
  8. ok kak nor.. no problem....

    sy pun dah lama tak buat... kacang tu susah juga nak jumpa sbb bukan semua pasaraya ada jual.. sy ritu jumpa kat jusco....

    ReplyDelete
  9. Assalam Nor,
    kita tengok kacang phool ni rasanya esok nak buat ler..hehe..
    dah lama juga tak buat kacang phool..kita kalau makan ni lambat ler makan nasi..sebab kenyang..:)

    ReplyDelete
  10. sedapnya..penah makan masa g Johor dulu..kacang tu ada kat Giant Teganu ni..Kat pasaraya Nirwana pun ada..

    ReplyDelete
  11. Salam.. nasib baik study dulu resepi.. kacang phool adalah kacang parang.. sesiapa anak pesakit G6PD jangan kasi anak makan kacang parang.. bahaya untuk kesihatan mereka!. Terpaksalah buang makanan ni dari senarai.. apa pun nampak sedap sangat.

    ReplyDelete
  12. wah memang sedap....kacang pool ni kacang parang ka?

    ReplyDelete