f Secubit Garam: NASI BEREMPAH 2 IN 1

N3 Terkini

Thursday, May 2, 2013

NASI BEREMPAH 2 IN 1

ASSALAMUALAIKUM...


Tak leh potpet panjang2 arini.. tuan rumah biziiiiiii like a bee arini.. 


NASI BEREMPAH 2 in 1 K.Nah bagi nama.. hehe.. K.Nor amik kat daput CIK MANGGIS. Memang suka masak nasi gini, senang kerja. Tengok dr rupa tak sama mcm yg K.Nah buat, sbb K.Nor tak letak banyak bahan. Nak buat camana, masak ikut apa yg ada dlm esbok dan kat dapur jer. Terung dan lada benggala tak letak. Tomato lak lupa nak letak, padahal ada dlm esbok. Bila dah nasi dah siap masak, tengok rupa awat ler hijau jer ni. K.Nah punya kemerahan, check balik resipi rupanya tertinggal nakmasukkan tomato.. Nasib la labu.. Tapi tak kisah mana pun, sbb nasi ni mmg sedap!! Anaka2 makan bertambah..

Kat rumah ni, masak la nasi berperisa yg dah tak perlukan kuah, masih tetap nak kena buat kuah sup gak ...
anak2 ku yg dua org tu punya stail... :)

Mekasih K.Nah, cayang dia... Share lg ya resipi yg mudah dan sedap cam gini hehe..


NASI BEREMPAH 2 IN 1
resipi : CManggis
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahannya:
3 cawan beras basmati-cuci dan toskan.
1/2 ekor ayam potong sedang  ~ k.nor guna 3/4 dr seekor ayam
1 batang kulit kayu manis.
3 kuntum bunga lawang.
2 kuntum buah pelaga.
3 kuntum bunga cengkih.
1 inci halia.-tumbukhalus
4 ulas bawang merah-mayang.
1 ulas bawang putih-cincang halus.
1/2 tsp serbuk ketumbar.
1 biji buah tomato-cincang ~ lupa nak letak
1/2 biji cili hijau-tumbuk.
1 batang celery-potong halus.
1 biji terung panjang-potong sedang
1/2 biji lada benggala dipotong kecik
1/2 tbsp serbuk kerutuk. ~ k.nor letak 2 sudu besar :)
1 tangkai daun ketumbar.-kerat kerat kasar.
Garam secukup rasa.
1 ketul kiub ayam-optional.
Sedikit minyak jagung untuk menumis  ~ k.nor gantikan dgn minyak sapi
1 cawan air.
3 cawan air.

Cara-caranya:
Panaskan minyak masak ,tumiskan kulit kayu manis,bunga lawang,buah pelaga dan bunga cengkih.
Kemudian masukkan bawabg merah,bawang putih,halia,cili hijau ,serbuk kerutuk dan serbuk ketumbar.Tumis sehingga naik baunya.
Masukkan ayam dan di gaul rata.Masukkan 1 cawan air.Biarkan ayam mereneh sekejap baru masukkan kiub ayam dan garam.
Apabila ayam hampir masak masukkan beras dan kacau hingga mesra.Masukkan 3 cawan air,sayur-sayuran yang di potong tadi dan seimbangkan rasa garamnya agar tidak terlalu masin atau terlalu tawar.
Tanak nasi sehingga masak.
Jika ada masa boleh lah tumbukkan cili hijau , cili api dan gaul bersama-sama potongan buah tomato dan daun ketumbar .Gaul sehingga sebati kemudian perahkan jus lemon dan letakkan garam serta gula secukup rasa.Siap.

SAUCE (Sos/Air Cuka)
sumber : Ijayuji
sumber : K.Nor

Ingredients: (Bahan-bahan)>>kita buat stgh adunan ajer
2 green chilies (3 tangkai lada hijau>>kita guna cili merah )
5 cm knob of ginger (5 cm halia)
3 stalks of coriander (3 tangkai daun ketumbar)
3 spring onion (3 tangkai daun bwg)
1/3 cup of castor sugar (1/3 cwn gula kaster)
1/3 cup of white vinegar (1/3 cwn cuka)
salt to taste (garam secukup rasa)
1 tbs of water (1sb air)

Method:
Chop all the herbs and aromatics finely and set aside. Place sugar and water in a bowl and microwave for a minute, add in the vinegar. Add chopped ingredients into the sugar and vinegar mixture, check for seasonings. (Cincangkan halus semua bhn2 kecuali air, gula, grm dan cuka. Masukkan gula kaster dan air di dalam mangkuk tahan panas, masukkan dalam microwave lebih kurang 2 minit dan masukkan cuka. Kemudian masukkan pula bahan2 yang telah di cincang halus tadi kedalam cecair cuka dan gula tadi, gaul dan perasakan)

10 comments:

  1. assalamualaikum kak nor..sedap tu..

    ReplyDelete
  2. Wahhh melel3hhh kite pon br mencarik2 resepi cenggini......nk try laa

    ReplyDelete
  3. Nor... tapaw untuk gee sikit ek... terlior dah nih....

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum.. kak nor.. yg cili tu wat camne? bahan2 nye please... sbb terguda tengok cili tu.. leh makan ngan nasi goreng, koew toew or bihun goreng.. mcm menarik.. biasa buat cili kicap.. tapi tu tak gelap.. tak boh kicap.. tapi still berkuah.. mmg nampak sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam.. sori tak leh nak update td sbb keluar ada hal. k.nor dah update resipi sos pencicahnya tu ya.. slmt mencuba :)

      Delete
  5. lama mas tak masak nasi gini...
    tetiba lak teringin.....

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum kak Nor pehh sdp tu nasi ada perasa...boleh lah cuba ni...hemm npk gaya kena buat manu be kuah juga mcm kak Nor... sbb dlm rmh ni mkn nasi nak ada kuah...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Kak Nor,
    teruja nak cuba bila tengok nasi berempah tu walaupun tak bubuh tomato cincang tapi tetap menarik... apalagi bila ada air cukanya sekali... wah..kombinasi yang enak ni sebab dah lemak berempah, bertemu dengan asam2 sikit!
    Kak Nor sayanggg... jom joint MFF Sabah Month pulak he he ehhh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam amie.. insyaallah.. akan cuba utk joinkan diri :)

      Delete