f Secubit Garam: SPARKLIN' ROSELLE

N3 Terkini

Monday, May 13, 2013

SPARKLIN' ROSELLE

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah.. akhirnya hajat nak tanam sendiri pokok roselle tercapai bila Ilah JY (mekasih Ilah) dgn baik hati telah mengepos benih roselle kepada K.Nor. Mula2 tanam dulu langsung tak ada pertumbuhan pastu tanam lagi, masih tak menjadi. Kali ke3, K.Nor tak semai lg dah, K.Nor tabur jer dlm plastik bag... ehhh elok pulak dia keluar anak pokok dan membesar dgn baik. Tak sampai sejengkal tingginya, anak2 pokok roselle dah mula menunjukkan tanda nak mengeluarkan putik bunga. Alhamdulillah.. mmg seronok. Bila dialihkan ke tanah, kejap aje ia mula mengeluarkan putik2 bunga, banyak pulak tu.. K.Nor alihkan pd 4 tempat dgn 2 anak pokok pd setiap satunya. Tak sampai sekaki tinggi, pokok2 roselle dah mengeluarkan bunga dan buah yg lebat. Alhamdulillah.. Anak dara K.Nor dah tak sabar nak tunggu roselle berbuah dgn lebih lebat, sbb teringin nak makan jem roselle yg pernah K.Nor buat dulu. Memang sedap tau, jem roselle ni. Boleh dibuat mcm2 dgn jem ni selain disapu pada roti. Boleh buat muffin, kek.. atas kreativiti kita la kan..


Utk roselle yg kali pertama dipetik ni, K.Nor hasilkan jus yg sedap dan nyaman sungguh diminum time panas2 ni. Roselle ni banyak khasiatnya selain vit C yg kita maklum selama ni.. Nak tau cuba baca kat SINI atau kat SINI. Dulu pernah K.Nor kirimkan kat anak K.Nor masa dia masih belajar kat Jordan utk belikan roselle kering. Org Arab panggil roselle ni Karkadih hehe.. Masa tu K.Nor bagi Cik Abe minum jus dari roselle kering ni utk menurunkan tekanan darahnya (lepas buat bypass dulu tu) Alhamdulillah.. kalau kena demam or demam selsema, elok sgt minum jus roselle ni. Insyaallah cpt proses penyembuhannya..


Insyaallah, lepas ni akan dicuba utk menghasilkan resipi lain pulak dgn menggunakan roselle (fresh dr kebun gitu hehe) yg masih dlm proses matang tu.. ehh.. nak tanyang pokok roselle la.. hehe

          Pokok roselle, ketika baru dialihkan ke tanah       Roselle yg dah hampir matang


SPARKLIN' ROSELLE
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
15 - 20 kuntum bunga roselle
1 liter air
300 ml air soda
7 sudu besar gula ~ ikut kemanisan yg disukai
ais secukupnya

Cara:
Bersihkan bunga roselle dan asingkan bijinya.
Masukkan ke dalam periuk bersama 500 ml air dan gula.
Masak hingga gula larut dan roselle menjadi lembut.
Biarkan sejuk.
Masukkan air dan kelopak roselle td ke dalam jag dan masukkan air soda dan 500 ml air (air masak). Kacau.
Tuangkan kedalam gelas berisi ais secukupnya.
Sedia utk dinikmati.

*kelopak roselle yg dimasak td jgn dibuang. boleh dimasukkan dlm minuman atau dimakan gitu aje.. sedap tau .. masam2 manis gitu ^__^


17 comments:

  1. Salam mama nor..mama ilah dah sampai nak Jamu mata...ish Ish ish Sedih Ni...dalam Suka Ada Duka...
    Mama ilah Kena Daulat Apa Tah Tanam X Mau Menjadi. Tuuu Dlm Pasu Dh Tumbuh Sejengkal, Tapi Dia Nak Jadi Ijaooo Juga...
    Tak Pee Laaa Tumpng Gumbira Dgn Anak2 Ditganu Dah Leee Hehehe Tahniah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam ilah.. mungkin tak sesuai tanahnya tu kut.. try la tukar tanah lain.. mekasih banyak2 atas pengiriman roselle tu ya.. :)

      Delete
  2. Mmg sejuk tangan kak nor..menjadi pokok roselle nya...dulu masa kecik2 mak sury pun ada kebun roselle ni...besar2 buah nya..puas mkan buat jem n jus..skarang xde dh..kebun pun dh tinggal lalang...lallalalalla..xde org nk jaga..mil sury pun rajin buat jem n jus ni...kita main ordr je ..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. tp ada gak yg tak menjadi sury.. tak tau la mungkin benih dah mati kut :)

      best la dia, nak order jer ya.. hehee

      Delete
  3. Assalamualaikum Kak Nor..sedappppnya air ni..saya dulu, lepas direbus buat air, kelopak dia saya blend dan masak ngan gula siket sampai kering..Jadilah jemmmmm plak... ^___^

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam nenie..

      dulu pun k.nor buat gitu gak sbb masa tu roselle ada banyakkk. ni masih tak banyak lg kat pokok yg boleh dipetik sbb pokok masih baru lg kan..tak besar mana pun... mmg plan nak buat jem kalau berkesempatan tu :)

      Delete
  4. Replies
    1. alhamdulillah.. mmg sedap .. nyaman anak tekak :)

      Delete
  5. Saya suka air ni kerana ada rasa masam mcm asamboi tu... saya pun dah tanam k.nor ambil benih Dr rumah mak ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg ada rasa masam2 kan.. kelopak yg dah direbus tu sedap tau yati.. try la makan.. mmg best :)

      Delete
  6. Assallamualaikum Kak Nor..

    Amboi kak Nor.. Terbelit lidah Nadz nak sebut tajuk entry hari ni. Ni hasil dari tanaman sendirilah ni ye. Kalau Nadz datang umah akak, hidangkan Nadz air ni ye..hahaha..siap leh request lagi..hihihii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam nadz comel..

      ishh takkan terbelit dah kut.. simple word jer tu hehe

      yer la tu.. dah lama kata nk dtg rumah k.nor, tp tak sampai jugak.. hehe

      insyaallah.. kalau time nadz dtg dan ada bunganya, akan k.nor serve special utk mekyung ya.. heheeee

      Delete
  7. salam kak Nor...fiza suka makan saja ja buah ni...dekat umah mentua fiza ada myanmar tanam pokok ni...daun pokok ni dia buat ulam...sedap...=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam hafizah.. oooo daun boleh wat ulam ek.. baru tau ni.. mekasih info tu ya :)

      Delete
  8. Salam k.nor..salam perkenalan..wahh! Sedap sungguh air roselle tu..mmg kena dgn cuaca skrg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam ahliasaleh.. mekasih sudi singgah dan sudi follow ya..

      yep.. mmg sedap dan nyaman pekena jus roselle time panas terik skrg ni kan :)

      Delete
  9. Assalam Kak Nor. mekasih sudi singgah blog wan. terima kasih juga kerana menjadi penyumbang trafik kedua tertinggi ke blog wan.. tanpa blog2 top ..hihi..tak tau la ada ke tak org nak jenguk blog wan tuh... :)

    tahniah kak nor, dah jadi pekebun berjaya :) teruja wan tengok pokok2.. inshaAllah wan akan follow aura2 positif tu.. teruja jgk..nak makan hasil tanaman sendiri.. :)

    bestnya kalau dapat menikmati air roselle fresh2 tghari yg panas ni...hihhi

    ReplyDelete