f Secubit Garam: RENDANG AYAM X-PRESS

N3 Terkini

Friday, May 10, 2013

RENDANG AYAM X-PRESS

ASSALAMUALAIKUM..

Pasal apa jd x-press? Sebab sebelum masak tu plan nak masak menu lain, tup2 jd menu lain. Cepat pulak tu dpt masak, padahal masuk dapur dah lewat dr biasa. Alhamdulillah, semua bahan2 mmg dah ada. Skrg ni, daun limau purut, daun kunyit tak perlu beli, petik jer kat pokok. Gitu gak serai, sejak duk kg ni, dah tak beli lg dah serai. Alhamdulillah.. jimat duit dapur.. :)


Pokok kunyit pun subur.. Insyaallah time raya tak runsing lg dah kalau nak merendang. Time bulan puasa pun, insyaallah dpt la buat ikan bakar kerap sket. nak tengok pokok kunyit dan pokok serai yg K.Nor tanam ek.. jap ya... Kalau ikutkan banyak lagi tanaman lain tp tak larat ler nak post semua kat sini.. K.Nor cuma letak gambar tanaman K.Nor kat fb jer.. geng2 fb mmg dah sedia maklum dgn 'little farmville' K.Nor tu :)

 Pokok kunyit dan kari

 Pandan dan serai

Berbalik pd menu kali ni, boleh gantikan rempah gulai jika tak ada rempah gulai ya.. Rempah gulai yg K.Nor guna ni rempah serbaguna Dayang Suri. Boleh juga kalau nak gantikan dgn rempah cap bunga ros. Terpulang la ya..


RENDANG AYAM X-PRESS
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
1/2 ekor ayam ~ dipotong
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kunyit

*Bahan dikisar:
*1 labu bawang besar
*3 ulas bawang merah
*3 ulas bawang putih
*1/2 in halia
*2 keping lengkuas
*1 btg serai

2 sudu besar cili mesin
2 sudu besar rempah gulai
2 cawan santan sederhana pekat
2 helai daun kunyit ~ dihiris halus
1 helai daun limau purut ~ dicarikkan
air asam jawa
sedikit gula nisan
garam
minyak

Cara:
Panaskan minyak dan goreng separuh masak ayam yg dah digaulkan dengan garam dan serbuk kunyit.
Ketepikan.
Dalam kuali yg sama (buangkan sedikit minyak jika guna minyak yg banyak utk menggoreng ayam) masukkan bahan kisar dan biarkan hingga wangi dan masukkan cili mesin dan rempah gulai.
Goreng hingga pecah minyak dan masukkan ayam.
Kacau2 sedikit dan masukkan pula santan. Masak hingga mendidih dan kuah hampir pekat.
Masukkan air asam jawa, gula nisan (boleh juga guna gula pasir biasa), garam beserta daun kunyit dan daun limau purut.
Masak hingga kepekatan kuah yg disukai.
Hidangkan panas2 dgn nasi putih atau juga sedap dimakan bersama ketupat palas/lemang.

13 comments:

  1. salam kak..

    best betul kan bila semua bahan dah ada..hanya tinggal petik ja..jimat.

    ReplyDelete
  2. Salam jumaat kaknor cayang...rendang x press mmg dh jd kebiasaan sury dah..selalu guna adabi je...kalau nk sedap lagi ejas sendiri le kan...wahhh sonok tgok kebun kak nor...semua mjadi..:-) nk guna petik je kan...bestttt

    ReplyDelete
  3. follower ke.. 3981

    done follow/singgah sini.. jom follow/singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

    klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Wow sedaapnya...rendang xpresso lah ni ye...riang gumbira bila buat projek last minute ni mnjadi kenyataan kan

    ReplyDelete
  5. Wah kak nor,kagum dgn kehijauan tmbuhan mu itu.memg very de subur ye..rahsia? Teringin nak tanam2 pokok2 ni.tp xmembesar,tanam pasu pn xbiak.tanah apatah lg,memg xdela.hu3x

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. tak ada la rahsia sgt.. cuma setakat yg k.nor tau dan praktikkan..

      1. pokok perlukan cahaya matahari yg cukup. ada yg jenis tak leh kena matahari kuat (sebelah petang) jadi alihkan ke tempat yg kena matahari pagi.. sbb matahari pagi tak sekuat matahari belah petang

      2. guna tanah yg berbaja (top soil) utk dptkan tanamah yg lebih subur

      3. k.nor guna baja organik.. lebih baik dr gunakan baja kimia sbb baja kimia ni panas .. kalau terlbih, pokok cpt rentung :)

      4. kena rajin gembur2 dan siram pokok.. jgn biar ia gitu jer.. kena gemburkan tanah supaya akarnya dpt bergerak dgn lebih baik. pokok perlukan air yg cukup dan ada juga pokok yg perlukan air yg lebih spt kesum, pandan dll

      5. saiz pasu biar berpadanan dgn pokok. kalau pokok tu jenis yg besar, jgn tanam dlm pasu yg kecil, kesian dia... tak leh membesar dgn elok :)

      6. baja yg paling elok, yg jimat kos yg dpt menyuburkan pokok adalah air ikan/air beras.. insyaallah pokok menjadi sgt subur. kalau rajin, blend perut ikan atau kulit udang, dan tanam kat bahagian akar pokok. jgn siram gitu jer nanti bau busuk dan dihurungi lalat :)

      7. kalau ada kulit telur jgn buang, jemur hingga kering dan ramas2 hingga hancur.. pastu tabur kat sekeliling pokok. ianya utk memberi zat kalsium pd pokok dan jugak boleh menghindarkan tanaman dr diserang siput :)

      8. satu tip lagi, masa siram ke, masa membaja, atau masa merumput.. bercakap yg elok2 dgn pokok.. ni betul tau.. kiranya psikologi pokok gak ni.. pokok pun makhluk Allah.. bila dia senang hati, dia subur dan berbuah dgn baik.. insyaallah

      9. tip terakhir.. rajin2kan berselawat dan berzikir masa menyiram, membaja selain dr bercakap2 dgn pokok.. pokok ni makhluk Allah yg sentiasa berzikir pd NYA.. lg la dia suka bila kita turut berzikir dan berselawat pd nabi masa bersama ia :)

      slmt mencuba ya nuyun :)

      Delete
  6. Nor ni memang hebat laa... rajin di dapor rajin di tanah sempat berblogging lagi tu... tabik la!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. takyah tabik la gee.. biasa2 jer.. org lain lagi hebat nun..

      mood blogging dah lama merudum.. tp kuatkan hati jer teruskan blogging walau dah suam2 siku. update pun dah tak mcm dulu. lgpun bila duk rumah atas tanah ni, ada peluang utk bercucuk tanam, kena la rebut kan. mmg tu la minat dr muda dulu.. lg pun, berkebun ni, banyak faedahnya. selain dpt makan hasil tanaman yg fresh, badan pun berpeluh gak.. kiranya 2 in 1 ler.. :)

      Delete
  7. salam.... timakasih sbelumnya..... sebagai orang jawa, saya cukup bangga karena di masakan ini masih menggunakan bumbu peninggalan nenek-moyang kami... ehehheehe.... asam jawa je... ehheeeheh... salut.... timakasih... timakasih....

    ReplyDelete
  8. salam kak nor nk tanya 1kg santan tu brapa ml ye sebab tgk resepi rendang ayam cili api. nk tau brapa ml tu

    ReplyDelete
  9. w'salam.. maaf la tak berapa pasti sbb tk pernah sukat.. tp rasanya lebih kurang 1000ml kut .. wallahua'lam

    ReplyDelete