f Secubit Garam: My PIZZA

N3 Terkini

Monday, May 20, 2013

My PIZZA

ASSALAMUALAIKUM..

Pizza yg dah laaaaaaaaaaaama hadam diproses tp terlupa nak postkan menjadi entri.. :) Pizza yg K.Nor buat ni, dlm kategori rangup crustnya tu sbb K.Nor canai nipis dohnya dan dibakar menggunakan pan yg mmg khas utk pizza. Bila makan pun tak rasa cpt kenyang bila basenya tak terlalu tebal. Bagi yg nak basenya jenis  tebal, gebu boleh aje menggunakan resipi doh ni tp jgn canai nipis ya.. K.Nor masih guna resipi doh/base pizza dari Dayang tp K.Nor buat 1 1/2 adunan utk menghasilkan 2 bj pizza bersaiz  XL kut dgn menggunakan pan 14". Lebih kurang mcm dlm GAMBAR NI.. 


Sos utk pizza ni mengunakan resipi sos yg sama masa K.Nor buat PIZZA MUFFIN sebelum ni. Lebihan sos tu K.Nor simpan dlm freezer jd masa nak buat pizza ni, nyahbekukan dia  dan bolehlah terus digunakan. Mudah kerja kan.. Utk toppingnya terpulanglah pada citarasa masing2, nak guna hirisan ayam, seafood, daging atau apa saja yg disukai.


My PIZZA 
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
base utk pizza ~ resipi spt dibawah
sos pizza ~ resipi spt dibawah

topping :
hirisan ayam/tuna/udang
hirisan capsicum
sosej ~ dihiris
hirisan bawang besar ~ jika suka
hirisan nenas
hirisan tomato
serbuk lada hitam
dried oregano ~ optional
pizza seasoning ~ optional
parutan keju secukupnya ~ nozarella dan chedar

Cara:
Sapu loyang dgn sedikit mentega.
Bahagi 2 doh pizza dan canai bulat sehingga muat loyang tadi.
Cucuk doh dgn garfu dan bakar dlm oven yg dipanaskan pd suhu 180C selama 5 min. Keluarkan.
Sapu rata doh dgn sos pizza dan susun dgn bahan2 topping.
Tabur keju secukupnya dan kemudian taburkan pula serbuk lada hitam, dried oregano dan pizza seasoning (jika ada/suka)
Bakar sekali lg lebih kurang 20 - 25 min atau sehingga keperangan.
Picitkan sos cili dan mayonis sebelum dimakan.


*proses pembakaran 2x ni akan menghasilkan doh yg rangup. jika suka doh yg tebal dan gebu, tak perlu dibakar pd kali pertama tu. teruskan dgn meletakkan inti setelah doh diletakkan di dlm loyang setelah dicanai (cuma biarkan doh naik seketika setelah dicanai sebelum diletakkan topping)



Doh Pizza (by Dayang Jack)

Bahan:
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil yis segera mauripan
2 sudu besar susu tepung
160 ml air suam
1 sudu besar gula halus
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu besar bread softener (pelembut doh)
1 sudu besar olive oil atau marjerin/mentega cair

Cara-cara :
Rendam yis bersama air suam selama 10 minit. (Yis yang baik akan mengeluarkan buih)
Dalam mangkuk/bekas berasingan, campurkan kesemua bahan yang selebihnya dan gaul/ramas dengan hanya menggunakan jari. Kemudian, buatkan lubang di tengah-tengahnya dan tuangkan yis tadi perlahan-lahan. Uli sehingga menjadi doh yang elastik.
Simpan doh di dalam satu bekas yang agak besar dan tutup kemas dgn kain lembab. Rehatkan doh selama 45-50 minit.


SOS PIZZA
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2 :
1 labu bawang besar (holand) ~ didadu kecil
3 ulas bawang putih ~ dicincang
1 cawan sos tomato
3 sudu besar cawan sos cili
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk oregano
garam
gula
minyak ~ sebaiknya minyak zaitun

Cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu dan wangi.
Masukkan sos tomato, sos cili, serbuk lada hitam, garam dan gula.
Renih hingga pecah minyak dan pekat.
Masukkan serbuk oregano dan kacau.
Masak seketika dan padamkan api.
Biarkan sejuk sebelum digunakan.



24 comments:

  1. sedapnya kak, nak cuba buatlah :)

    ReplyDelete
  2. Sedap dan cantik! Kalah Pizza Hut :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. syhhh.. slow sket... kang org PH dengar hehehe

      Delete
  3. adoiii..perut tengah kebulur ni tengok pulak gambar pizza..rasa mcm nak lari ke pizza hut je sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. hati2 nak lari2 tu ya.. kang jatuh masuk longkang :)

      Delete
  4. Replies
    1. rajin bermusim, ni sbb anak2 ada balik semua sekali tu yg buat adda :)

      Delete
  5. Mak ai... banyaknya aksesori atas pizza terliur tengok... sedapnyaaa :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita yg buat dia.. kan.. hehe lg banyak lg syok ngap :)

      gini la yati, kalau buat sendiri.. topping tu along yg buat.. k.nor siapkan bahan2 jer :)

      Delete
  6. im a pizza lover ...and kak nor ur pizza looks so yummy!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq GK.. nak bg sepotong pun dah lama abis :)

      Delete
  7. Lapooo Pizza jadinya bila tengok..Hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haihhh org lapo nasi dia lapo pizza :)

      Delete
  8. omputis sokmo! lapo la kak nor tgk pizza tu...amenda yg sampai buat saiz XXXL tuh? ada ajat nak pass ke sini sket eh? harappppp...dah jadi bajapun kan sumer2 tu? :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak buat camana mek, dah anak tekak 5 org dlm umah ni semua jenis western.. hehe

      yer la yang, yg nak ngap tu 6 molot, so kena la buat besar2.. ehh dah saiz pan tu mmg besor gitu.. hahha

      Delete
  9. adui kak nor mau piza hut dgn domino tutup kedai ni ...yummmyyyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. ishh tak sampai ke situ rasanya zila :)

      Delete
  10. Replies
    1. ololo.. ingat yat jer nelleh air liur, mama dia pun nelleh gok :)

      Delete
  11. Klu kita terus bakar dlm magik pan boleh x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah boleh sarah.. smlm k.nor baru buat pizza dan bakar guna magic pan. belum sempat update lg :)

      Delete
  12. sedapnya kak nor.. nnt nak try jugak la.. trima kasih kak nor, kongsi resepi yg best2.. semoga Allah memberkati :)

    ReplyDelete