f Secubit Garam: minuman
Showing posts with label minuman. Show all posts
Showing posts with label minuman. Show all posts

Friday, June 14, 2013

JUS ROSELLE KASIH HATI

ASSALAMUALAIKUM...

Jangan gelak ya.. dah puas mereka nama minuman ni.. Tak dtg gak idea.. Nak bg nama Jus Roselle Dgn Selasih.. rasa mcm out of date jer.. hehehe.. So berligar2 la mentol dlm kepala mencari idea nak bg nama.. BLURRRRR... tak jugak muncul idea yg bernas.. Last2 sbb dah lewat nak masuk opis.. terlintas ler perkataan KASIH HATI.. sbb KASIH tu lebih mirip kepada SELASIH kan.. (opsss... tak ada kaitan dgn citer TEDUHAN KASIH yg tengah hot skrg ni tu ya.. sbb K.Nor tak pernah tengok pun citer tu.. yg tau pun sbb hal ni tengah riuh kat fb nun.. ramai peminat citer tu kat sana hehee) Dah ada perkataan KASIH,  tak best pulak kalau bg nama JUS ROSELLE KASIH gitu jer.. rasa cam tergantung jer ayat...


Pikir lagi nama tambahan.. tanya cik abe.. dia syorkan KASIH HATI. Okay.. kita ikut jer la idea KEKASIH HATI K.NOR  tu ya.. hehehe .. Jadi keluar la surat beranak secara rasmi utk minuman ni.. JUS ROSELLE KASIH HATI... full stop.... Tak yah nak pikir panjang2 lg dah, tak yah nak tukar2 lagi.. Ai yg reka jus ni, kan.. sesedap rasa sesuka hati ai la nak bagi nama apa kan.. heheheeeee

Dah.. tak leh bicara panjang2.. Ayam, ikan yg dibeli kat pasar tadi belum disiang dan dibersihkan.. Nak masuk opis dulu ya... Selamat melayan mata dgn JUS ROSELLE KASIH HATI... ^___^

JUS ROSELLE KASIH HATI
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
15 kuntum bunga roselle
air
1 cawan  gula ~ ikut kemanisan yg disukai
biji selasih secukupnya ~ direndam hingga kembang
ais 

Cara:
Bersihkan bunga roselle dan asingkan bijinya.
Masukkan ke dalam periuk bersama 500 ml air dan gula.
Masak hingga gula larut dan roselle menjadi lembut. Biarkan sejuk.
Blend kelopak roselle bersama sedikit air hingga hancur.
Masukkan 1/2 dari roselle yg diblend, 1/2 dari air gula (rebusan roselle) kedalam jug.
Tambahkan dengan air lain secukupnya dan kacau.
Jika kurang rasa manis bolehlah ditambah gula mengikut citarasa masing2.
Masukkan ais secukupnya dan biji selasih yg dah kembang tadi.
Bolehlah dihidangkan.


Monday, May 13, 2013

SPARKLIN' ROSELLE

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah.. akhirnya hajat nak tanam sendiri pokok roselle tercapai bila Ilah JY (mekasih Ilah) dgn baik hati telah mengepos benih roselle kepada K.Nor. Mula2 tanam dulu langsung tak ada pertumbuhan pastu tanam lagi, masih tak menjadi. Kali ke3, K.Nor tak semai lg dah, K.Nor tabur jer dlm plastik bag... ehhh elok pulak dia keluar anak pokok dan membesar dgn baik. Tak sampai sejengkal tingginya, anak2 pokok roselle dah mula menunjukkan tanda nak mengeluarkan putik bunga. Alhamdulillah.. mmg seronok. Bila dialihkan ke tanah, kejap aje ia mula mengeluarkan putik2 bunga, banyak pulak tu.. K.Nor alihkan pd 4 tempat dgn 2 anak pokok pd setiap satunya. Tak sampai sekaki tinggi, pokok2 roselle dah mengeluarkan bunga dan buah yg lebat. Alhamdulillah.. Anak dara K.Nor dah tak sabar nak tunggu roselle berbuah dgn lebih lebat, sbb teringin nak makan jem roselle yg pernah K.Nor buat dulu. Memang sedap tau, jem roselle ni. Boleh dibuat mcm2 dgn jem ni selain disapu pada roti. Boleh buat muffin, kek.. atas kreativiti kita la kan..


Utk roselle yg kali pertama dipetik ni, K.Nor hasilkan jus yg sedap dan nyaman sungguh diminum time panas2 ni. Roselle ni banyak khasiatnya selain vit C yg kita maklum selama ni.. Nak tau cuba baca kat SINI atau kat SINI. Dulu pernah K.Nor kirimkan kat anak K.Nor masa dia masih belajar kat Jordan utk belikan roselle kering. Org Arab panggil roselle ni Karkadih hehe.. Masa tu K.Nor bagi Cik Abe minum jus dari roselle kering ni utk menurunkan tekanan darahnya (lepas buat bypass dulu tu) Alhamdulillah.. kalau kena demam or demam selsema, elok sgt minum jus roselle ni. Insyaallah cpt proses penyembuhannya..


Insyaallah, lepas ni akan dicuba utk menghasilkan resipi lain pulak dgn menggunakan roselle (fresh dr kebun gitu hehe) yg masih dlm proses matang tu.. ehh.. nak tanyang pokok roselle la.. hehe

          Pokok roselle, ketika baru dialihkan ke tanah       Roselle yg dah hampir matang


SPARKLIN' ROSELLE
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
15 - 20 kuntum bunga roselle
1 liter air
300 ml air soda
7 sudu besar gula ~ ikut kemanisan yg disukai
ais secukupnya

Cara:
Bersihkan bunga roselle dan asingkan bijinya.
Masukkan ke dalam periuk bersama 500 ml air dan gula.
Masak hingga gula larut dan roselle menjadi lembut.
Biarkan sejuk.
Masukkan air dan kelopak roselle td ke dalam jag dan masukkan air soda dan 500 ml air (air masak). Kacau.
Tuangkan kedalam gelas berisi ais secukupnya.
Sedia utk dinikmati.

*kelopak roselle yg dimasak td jgn dibuang. boleh dimasukkan dlm minuman atau dimakan gitu aje.. sedap tau .. masam2 manis gitu ^__^


Friday, April 26, 2013

LET'S 'KRUSHERS' @ HOME

ASSALAMUALAIKUM...

Tajuk tak boley blah tu... hehehe...  Kalau penggemar atau pengunjung setia 'kepci' mesti maklum dgn minuman krusher. K.Nor ni bukan ler pengunjung setia kepci, kalau setahun tu, ada la 2 - 3x jer kut labur duit kat sana. Kebetulan sang hero sulong ajak mak ayah dan anak dara nan satu tu ngetest Korean Spicy Krunch baru2 ni, so kita org gi ler.. Tak mo ckp bab ayam korea tu ya.. nak tau sila ngap sendiri, tp rasanya dah ramai yg cuba kan sbb dah lama promosi ayam ni. Yg K.Nor nak uarkan kat sini minuman yg dipesan malam tu.



Mulanya nak order minuman krunch yg lain tp sbb alatnya tak dpt digunakan (at that night ler) so Along order la Lemon Fresh Fizz. Bila tengok rupa, mcm simple jer bahan2 dlmnya, ada hirisan lemon, ada hirisan limau kasturi dan daun pudina. Along tanya, boleh buat tak mak.. ermmm.. rasanya boleh kut.. (chewahhh kompiden jer hehehehe). Kebetulan ke gergasi baru2 ni, rembat ler lemon sebiji dan limau kasturi sket. Daun pudina tak yah beli la.. mmg dah merimbun kat kebun kan.. hehe Utk airnya, mulanya duk tenung2 rasa mcm dia guna air soda tp tak ada lak rasa wangi soda tu..  Pastu K.Nor pikir nak try guna sprite ler. Sprite pun ada beberapa jenis kan, tp K.Nor sambar yg Sparkling Lemon-Lime. Rasanya lebih sesuai guna jenis ni.. 


Lepas masak lunch, terus K.Nor godek minuman ni, dgn bayangan masa minum kat kepci tempohari. Bila diberi rasa pd Along dan Cik Abg, masing2 kata mmg menjadi! fuhhh.. legaaaaa.. & seronok.. Ni pada anak tekak kita org la ya.. mungkin pd anak tekak org lain berbeza kut.. Apapun, K.Nor tetap nak share resipi yg dicuba ni dgn teman2 dan adik kakak semua ya.. Diucapkan selamat mencuba... (kalau menjadi sama mcm yg kepci tu, sila maklumkan kat komen dib baah.. kalau tak jadi sama .. maaf ya.. )  ^__^

HOMEMADE LEMON FRESH FIZZ
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1.5 liter air Sprite (Sparkling Lemon-Lime)
1 biji lemon ~ dihiris
5 - 7 bj limau kasturi
5 tangkai daun pudina
ais secukupnya ~ dihancurkan

Cara:
Masukkan lemon (/asingkan 2 kpg) dan 3 bj limau kasturi yg dihiris ke dalam jag/jug minuman.
Perahkan 2 - 3 bj limau kasturi dan lebihan 2 keping hirisan lemon td ke dalam jag. (lebihkan jika ingin lebih rasa masam)
Masukkan daun pudina yg telah diramas sedikit.
Tuangkan air sprite ke dalam jag dan kacau.
Masukkan pula ais yg dihancurkan. Kacau sedikit.
Tuangkan ke dalam gelas dan sedia utk dinikmati.

* cara k.nor hancurkan ais (guna 2 plastik bersih)
- masukkan ketulan ais kedalam plastik dan ikat dgn getah.
- masukkan ke dalam satu plastik lagi dan ikat.
- hancurkan/tumbuk dgn menggunakan alu lesung (alas lantai dgn sehelai kain bersih)
** kalau nak guna blender/food processer pun boleh tp sbb ketulan ais k.nor agak besar dr biasa, so k.nor lebih suka guna kaedah yg pertama (utk menjaga ketahanan/ketajaman blender/food processer juga )

Tuesday, October 30, 2012

WATERMELON SMOOTHIE

ASSALAMUALAIKUM...

Di kala matahari memancar dgn terik nih.. jom sejukkan anak tekak dgn WATERMELON SMOOTHIE.... perghhhh.. nyaman anak tekak u !!! ^___^


WATERMELON SMOOTHIE
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
3 cawan potongan tembikai ~ buang bj jika tak guna yg seedless
1/2 cawan plain yogurt
1 atau 2 sudu besar gula ~ ikut kemanisan yg disukai
1 sudu besar jus limau nipis
1 cawan ais ~ hancurkan sedikit
coklat rice utk hiasan

Cara :
Masukkan potongan tembikat ke dalam freezer dan biarkan membeku seketika.
Bila dah beku, keluarkan dari freezer dan masukkan ke dalam blender.
Masukkan juga yogurt, gula, jus limau nipis dan ais.
Blend sehingga hancur.
Tuang ke dalam gelas dan tabur dgn sedikit coklat rice.
Sedia utk dinikmati...


* k.nor hancurkan dulu ais tu supaya lebih mudah hancur masa blend (utk menjamin ketahanan blender supaya tak cpt rosak hehe)

Thursday, August 2, 2012

AIR BARLI

ASSALAMUALAIKUM..

Minuman kegemaran Cik Abg dan si anak dara.. ehh.. K.Nor jguak! Kalau dulu mmg tak suka minum air barli tp sejak Tun share resipi Air Barli dia, dan K.Nor mencuba utk kali pertamanya, mmg terus jatuh cinta! Memang terbaik resipi Tun ni. Bila sebahagian barli yg dah direbus tu dikisar kemudian dicampurkan kembali  kedalam periuk rebusan, jus yg dihasilkan nanti sedikit pekat. Tak la air barli yg jernih dan cair semata2. 


Bagi penggemar air barli dan yg nak mencuba minum air barli, dipersilakan mencuba resipi Rabiatun ni. Insyaallah tak sia2 percubaan anda.. Lagi pun barli mempunyai kelebihan bila diminum/makan. Selain dr jusnya dapat menyejukkan badan, ia juga dapat meningkatkan kesihatan buah pinggang, membantu merendahkan kolesterol, melawaskan kencing, membantu sistem penghadaman dan mencegah penyakit kanser.

Jom kita minum Air Barli! opppss!! tunggu waktu berbuka dulu ya... ^__^

AIR BARLI
resipi : Rabiatun
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1/2 peket barli @ 3/4 cawan ~ k.nor buat 1/2 cawan jer
1 jug air
gula secukup rasa
ais
3 helai daun pandan ~ k.nor tambah

Cara-cara
Cuci barli hingga bersih. Toskan.
Masukkan dalam periuk bersama air dan rebus sehingga barli agak kembang.
Bila dah kembang dan lembut, ambil 1/3 dari biji barli tersebut dan blend hingga hancur.
Masukkan balik barli yang diblend ke dalam periuk tadi. Jika nak banyak boleh tambah air.
Masukkan gula secukup rasa. Masak sekali lagi hingga gula hancur. Boleh juga dimasukkan gula dahulu baru diblend.
Sejukkan sedikit, barulah dituang ke dalam gelas dan letak ais . Sedia diminum.

Wednesday, August 1, 2012

SIRAP KASTURI

ASSALAMUALAIKUM..

Satu lagi idea utk minuman di kala tekak kehausan terutamanya utk berbuka puasa nanti. Sangat menyegarkan anak tekak, SIRAP KASTURI. Selamat mencuba..


SIRAP KASTURI
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
air
ibu sirap ~ k.nor guna tamin
gula
limau kasturi
ais kiub
biji selasih ~ direndam

Cara: 
Bancuhkan air dengan ibu sirap dan gula.
Perahkan limau kasturi ke dalamnya.
Tuang ke dalam gelas yg telah diisikan dgn ais kiub dan biji selasih.
Sedia utk dinikmati.

Tuesday, July 31, 2012

AIR KELAPA WANGI

ASSALAMUALAIKUM..

Mimpi apa hari ni ada 2 entri ya..  takper lah.. tengah ada mood ni.. Kang kalau mood ke laut, dua tiga hari tak ada entri.. hehe


Entri ke dua utk hari ni, nak tayang air kelapa yg menjadi penyejuk anak tekak time berbuka.  Tak susah mana nak buat pun, mudah sgt2.. Kenapa ada wangi di tajuk resipi? Jawapanya ... sebab ada wangi daun pandan kat isi kelapa tu.. :) Jom tengok resipi kalau ada sapa2 nak cuba....

AIR KELAPA WANGI
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1 biji kelapa muda
2 - 3 sudu besar gula pasir ~ ikut kemanisan yg disukai
sedikit biji selasih ~ rendam hingga kembang
sedikit paste/perisa pandan
pewarna hijau ~ optional
ais ketul secukupnya

Cara:
Asingkan air kelapa dr isinya.
Masukkan gula ke dalam bekas berisi air kelapa dan kacau hingga gula larut sepenuhnya. Ketepikan.
Masukkan isi kelapa dlm satu bekas dan masukkan beberapa titik paste/perisa pandan. Kacau rata.
Kalau yg menggunakan paste pandan (biasanya paste ni mmg dah tersedia warna hijau melainkan yg menggunakan perisa/esen pandan) tak perlu diletakkan pewarna hijau tapi kalau guna perisa/esen pandan (biasanya clear colour), masukkan setitik dua pewarna hijau pd pada isi kelapa tadi dan kacau sebati.
Biarkan seketika.

Utk menghidang :
Masukkan isi kelapa ke dalam gelas.
Letakkan beberapa ketul ais kiub dan masukkan 2 - 3 sudu besar biji selasih yg dah kembang
Tuangkan air kelapa tadi.
Sedia utk dinikmati.. Nyamannnnnnn.......

Saturday, July 28, 2012

JUS TEMBIKAI Ber'NATA'

ASSALAMUALAIKUM...

Cam pelik jer nama tajuk minuman ni kan.. hehe. lantak jer la.. Yg pelik tu kadang2 mudah org nak ingat, kan. hehee... 

Sebenarnya nak buat Jus Tembikai Laici. Gi pasar nak beli tembikai kuning tp terbeli yg merah.. Laici tak beli la ingatkan masih ada lagi 1 tin kat dapur. Tup2 bila time blend tembikai tu, dan nak bukak tin laici, duk selongkar, tak jumpa la pulak. Baru teringat yg sebelum ni dah guna laici yg 1 tin tu utk buat Puding Laici masa Majlis Solat Hajat naik rumah. Haishh.. 


Bila terpandang sebekas nata d'coco yg masih belum dibukak, terus datang idea nak gantikan laici dgn nata. Apa salahnya kan, KITA YG BUAT DIA.. So jadilah JUS TEMBIKAI Ber'NATA' ... Sedap jugak! Org kata tak ada rotan, akar pun berguna jugak, kan...

sori la ya, gambar kurang memuaskan.. bateri flash kering, cameraman dan males nak tukar2 sbb azan dan berbunyi hehe

Menu berbuka smlm adalah Nasi Ayam bersama Jus Tembikai Ber'nata' ni. Nasi Ayam yg K.Nor buat tu hasil campak2 cam biasa buat tp banyak dipengaruhi oleh resipi Nasi Ayam Ipoh yg femes oleh Quinnie tu .. So kalau nak resipi silakan klik di SINI..

Jom tengok resipi JUS TEMBIKAI Ber'NATA', kut2 ada yg teringin nak buat :)

JUS TEMBIKAI Ber'NATA'
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
tembikai merah/kuning
gula ~ secukup rasa manis yg disukai
nata ~ sebarang perisa
ais kiub secukupnya

Cara:
Blend/kisar tembikai yg dipotong hingga hancur bersama gula.
Masukkan nata ke dalam gelas dan diikuti dgn ais kiub.
Tuangkan tembikai tadi ke dalam gelas.
Sedia utk dinikmati.

* boleh juga jika nak blend tembikai bersama ais kiub. jus akan terasa lebih sejuk dan lebih nyaman ^__^

Tuesday, December 6, 2011

PITTAYA JUICE

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulilah... kembali bersiaran secara langsung setelah 5 hari hanya bersiaran secara entri berjadual. Terlebih dahulu nak pohon maaf sebab di kelima entri sebelum ni K.Nor tak berkesempatan nak reply satu persatu komen2 yg ditinggalkan. Hanya sempat reply komen pertanyaan berkaitan resipi jer. 

Sebenarnya K.Nor dan famili telah ke Puchong pada hari Khamis 1 Disember dan baru jer pulang ke rumah smlm Isnin 5 Disember. Tujuan ke Puchong tu utk menghadiri Majlis Pertunangan anak sdara K.Nor pada 3 Dis. dan juga nak settle satu misi yg tak leh nak uar2kan lagi la buat masa ni hehe. 


Jadi, sementara dapur kembali berasap layan dulu minuman penyegar anak tekak ya.. PITTAYA JUICE atau Jus Buah Naga.

PITTAYA JUICE 
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1/2 bj buah pittaya/buah naga
3 cawan air
1 cawan susu cair
5 sudu besar gula
ketulan ais secukupnya

Cara:
Blend buah pittaya bersama gula dan 1 cawan air.
Tuangkan ke dalam jug dan masukkan lebihan air dan susu cair.
Hidangkan dlm gelas bersama ketulan ais secukupnya..


** Kepada semua teman2, adik kakak yg baik hati yg ada simpanan no hp K.Nor. Boleh tak sms K.Nor no talipon ke hp K.Nor? Kalau yg tak ada no K.Nor tu, boleh gak kalau nak tinggalkan kat inbox di fb.. Dukacita sgt semua no2 yg ada dlm simpanan K.Nor telah hilang disebabkan hilangnya hp K.Nor masa kat Gombak baru2 ni. Jgn lupa bagitau nama masing2 gak ya.. kang no naik tp tak tau sapa empunya lak hehe.. Jutaan terima kasih atas kesudian meng'sms' no tu ya... :)  **

Wednesday, August 17, 2011

AIR BARLI

ASSALAMUALAIKUM...

Hehehe.. jgn marah ek.. nak tayang air petang2 gini.. Kang ada yg meleleh, sila tutup mata ya.. hehe


Ni lah Air Barli yg sangat sedap! Biasanya K.Nor tak suka minum Air Barli tp bila buat guna resipi Rabiatun ni.. fuhhhh.. sangat sedap! Bila diblend sebahagian dr barli yg dah kembang tu, air tu jd pekat sket tak la cair saja2. Memang syok tambah lagi ada 'telur katak' dalam tu.. hehe. 

Banyak khasiat Air Barli ni kan, antaranya menyejukkan badan, melawaskan sistem pembuangan air kecil, meningkatkan kesihatan buah pinggang, juga dikatakan boleh merendahkan kolesterol dan dapat mencegah penyakit kanser.. Untuk org berpenyakit buah pinggang mmg elok diamalkan minum Air Barli ni.. ewahhh dah jadi penasihat pemakanan la pulak.. oh tidak.. sekadar berkongsi info hasik kerja mengooggle jer ya.. hehe.. Ok jom minum Air Barli.. Opsssss.. puasa kan.. Layan cuci mata aje la ya.. kalau teringin, sila buat sendiri hehe

Mekasih Tun, K.Nor share kat sini lak ya..


AIR BARLI
resipi : Rabiatun
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1/2 peket barli @ 3/4 cawan ~ k.nor buat 1/2 cawan jer
1 jug air
gula secukup rasa
Ais
sedikit biji selasih yang direndam
3 helai daun pandan ~ k.nor tambah

Cara-cara
Cuci barli hingga bersih. Toskan.
Masukkan dalam periuk bersama air dan rebus sehingga barli agak kembang.
Bila dah kembang dan lembut, ambil 1/3 dari biji barli tersebut dan blend hingga hancur.
Masukkan balik barli yang diblend ke dalam periuk tadi. Jika nak banyak boleh tambah air.
Masukkan gula secukup rasa. Masak sekali lagi hingga gula hancur. Boleh juga dimasukkan gula dahulu baru diblend.
Sejukkan sedikit, barulah dituang ke dalam gelas dan letak ais dan juga biji selasih. Sedia diminum.

Thursday, August 11, 2011

SIRAP JER

ASSALAMUALAIKUM..

Maaf yer kalau duk tunggu menu masakan utk berbuka dr dapur SecubitGaram petang ni. Tukang masak hanya buat Makaroni Goreng Berempah Pedas dan Air Sirap jer sebagai juadah berbuka semalam. Utk dessert perhabiskan Puding Buih. Time sahur utk Luqman, lauk simple2 jer sbb dia sorang jer makan nasi. Yg lain sekadar minum air, makan roti dan kurma. 


Jadi utk n3 petang ni, layan Air Sirap Cendol dan Selasih jer ya... ^______^


Tuesday, August 9, 2011

MENU BERBUKA SEMALAM

ASSALAMUALAIKUM...

Entri ringkas aje ya.. Dah blurr tak tau apa nak dikarang ni. Pusing2 4 - 5x duk tang tu jugak ayatnya.. Dah la nak cepat sbb nak kena keluar amik Luqman kat sekolah ni. Tengah2 duk ngarang Mek Ampang call, tergendala karangan.. Last2 ilang terus idea hehee..

Layan jer la ek, menu berbuka semalam..


Ayam Golek@Ayam Percik yg Cik Abg beli dgn kawannya.
Rasa? Boleh lah...


Yg ni dpt pree.. Beli Ayam Golek dapat Paceri Nenas pree... 
Alhamdulillah.. semoga dimurahkan rezeki si penjual.. amin...


Air Longan.. yg ni keluaran dapur sendirian berhad :)
Tukang buat tak minum sbb tukang buat lebih suka air panas hehe


Tuesday, August 2, 2011

AIR SERAI BERLIMAU

ASSALAMUALAIKUM..

Pernah minum air serai? Sedap kan.. wangi bau serai, K.Nor pun suka. Kalau tak pernah minum cer try sekali insyaallah nak lagi. Air serai ni bagus utk kesihatan diri kita sebenarnya. Air serai dikatakan dpt membantu proses penghadaman, melegakan sakit kepala, kekejangan otot dan K.Nor juga terbaca yg khasiat dlm serai ni boleh membunuh sel kanser dlm badan dgn meminumnya dgn kaedah yg betul (boleh baca kat SINI) Semua ni perlu diamalkan lah, bukannya dgn sekali minum jer boleh terus baik dr sakit2 yg kita alami tu.. Yg penting ikhtiar dan tawakkal kan. 


Utk serai ni K.Nor gabungkan serai dgn limau kasturi utk memberi rasa yg lebih sedap dan juga khasiat yg lebih bila kita minum. Air limau kasturi pun elok utk menjaga badan kan.. hehe  K.Nor buat dlm versi panas sbb K.Nor kurang suka air berais. Kalau nak minum versi sejuk bolehlah letak ketulan ais. Tapi seeloknya minumlah minuman panas dr minuman sejuk berais, tak la lemak2 dr hidangan yg kita makan tu cepat membeku dlm saluran darah. Lagipun kalau nak diet jgn la minum air berais sgt. Sebolehnya jauhkan minuman berais.

Jom tengok resipi Air Serai Berlimau yg simple jer ni dan selamat mencuba :)

AIR SERAI BERLIMAU
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1 batang serai (kalau serai yg kecik guna 2 btg)
1 biji limau kasturi
1/2 sudu besar gula ~ tambah jika nak lebih manis
250ml air panas mendidih

Cara:
Ketuk bahagian pangkal serai hingga pecah2.
Letakkan kedalam gelas dan masukkan gula.
Tuang air panas mendidih dan kacau gula menggunakan serai.
Biarkan hingga suam2 panas (boleh diminum) dan perahkan limau kasturi.
Kacau dan sedia utk diminum.

Tuesday, July 26, 2011

HONEYDEW BLENDED with PEARL SAGO

ASSALAMUALAIKUM..

1st food review dr entri HOUSE(BLOG)WARMING pg tadi. K.Nor mulakan dgn minuman yg amat sedap ni dulu ya..  Nak edit gambar Nasi Arab & The Gang tu amik masa lebih sket sbb nak kena buat 4 entri tu sbb ada 4 dishes tu kan. Gambar2 pun belum beredit lg. Sapa kata kerja jd blogger masakan mudah? Ingat mudah ke? nak siapkan semua dari A - Z tak makan masa yg sedikit. Nak pikir lagi menu apa nak dimasak. Nak cari modal nak pot pet lagi. Bila keletihan, otak pun blurr semacam tu yg kadang2 post entri wordless atau pun entri bisu.. sekadar layan gambar jer. Penat kita tak sapa yg tau melainkan food bloggers sendiri jer yg maklum. Betul tak GMM? (tp org copy & paste gambar tak sampai 10 saat dah siap kan.. hummm.... )

Sebenarnya minuman ni hanyalah rekaan K.Nor sendiri jer. Tak ada resipi sekadar main campak2 jer bahan2 yg ada. Bahan2 utk buat minuman ni adalah kiriman sorang peminat kamben yg nun jauh di selatan tanahair. Dipaksanya K.Nor utk bg address kat dia malam tu, just nak bagi hadiah ni la. Alhamduillah.. mekasih banyak2 ya JIYA cayang.. semoga Allah melimpahkan rahmat dan membuka pintu rezeki buat Jiya dan suami. Mudah2an juga dilimpahkan dgn rezeki yg menyerikan rumahtangga yg dibina tu. aminn....


Masa mula2 terima parcel ni, dah tau sapa pengirim sbb tengok pd sticker fragilenya tu.. huh.. fragile la sangat kan. dgn tepung, creamer, sagu pearl (yg pelik semacam jer tu.. hehe). Bila sembang dgn dia, baru tau tu sagu pearl. Yer la kat Tganu ni mana ada org jual benda ni, lebih2 lagi minuman Cool Blog ni.. Pastu Jiya bg link Cool Blog dan tau la serba sedikit ttg minuman dan sagu pearl tu. Pastu Jiya ajar la sket2 camna nak buat tp tak bg pun resipi nak buat secara tepat dgn bubble tea/ice blended perisa honeydew tu. Cuma Jiya ajar supaya rebus sagu pearl tu dan rendam dlm air gula utk bagi rasa manis2 sket pada sagu pearl tu, kalau tak tawar jer.


Jd K.Nor pun mencuba la buat minuman ala Cool Blog ni. Mmg jakun ler sbb tak pernah tau dan tak pernah minum pun. Mula2 K.Nor buat Sirap Bandung With Sagu Pearls. Bancuh air gula bersama air dan perisa sirap pastu tuang dlm gelas. Blend susu fresh bersama ketulan ais dan tuang atas air sirap td. Pastu letakkan sagu pearls. Jadi lah ini... Mudah jer kan.. :)


Pastu K.Nor blend lagi susu fresh bersama ketulan ais dan sedikit serbuk bubble tea/ice blended perisa honeydew. Jadilah Honeydew Blended With Sago Pearls. Tak tau la nama sebenar minuman ni apa sbb tak pernah minum yg Cool Blog tu. Dah K.Nor yg reka, K.Nor la bagi nama kan.. hehe Utk resipi yg lebih tepat kena tunggu K.Nor bereksperimen dulu dgn bahan2 yg ada ni. Tak pun tunggu Noorsha hasilkan resipi dia sendiri nanti sbb dia pun dpt parcel yg sama dr org yg sama gak hehe...


Ni bentuk asal sago pearl dan selepas direbus.

UPDATED..

Bagi yg nak tau, sagu pearl ni Jiya beli kat satu kedai baking di Taman U Skudai, Johor. Sapa2 yg duk area berdekatan dan berminat nak merasa atau membuat sendiri minuman bubble tea ni boleh lah cari kedai tu ya..

Monday, July 4, 2011

Ce Teka Air Apa ^___^ ~ updated

ASSALAMUALAIKUM...


Cuba teka air atau apakah ini.. Rasanya mesti ramai yg dpt agak kan.. Jawapan akan diberikan kemudian ya... tuan rumah nak gi recharge energy dulu hehehe....

Updated:
Aduhai... meriah betul dgn jawapan.. Baru tinggal beberapa jam berderet komen dgn pelbagai jawapan.. Cukup buat K.Nor gelak duk sorang2 kat rumah ni tau.. Paling hebat ViVi, ada ke bg air cajun.. adehhhh.. mentang2 la kat sini aura cajun kuat ya.. Mek Sue dgn Izah pun bukan main lagi berebut2 nak bg jawapan ya... dah abis air herba ke? Tak ada dah ke air herba lain.. air daun kaduk ke.. air kayu manis ke... hihihi...


Ok lah.. Dalam ramai2 tu sorang jer jawab dgn tepat manakala sorang lg dah bg jawapan tapi takut2 pulak.. kan Linda.. siap tarik balik, bagi jawapan lain.. Pemenang teka teki air arini adalah fififiedafirdausi dengan jawapannya Air Nenas. Yep Air Nenas ya teman2.. Homemade punya.. Air kegemaran seisi keluarga (kecuali Luqman yg mmg payah sket sorang tu) terutamanya Along. Kalau dulu2 mmg selalu buat air ni..

Opsss.... Dah 4.15ptg.. nak keluar kejap gi amik anak2 kat sekolah.. nanti K.Nor masukkan resipi ya.. Kena pangku jawatan menteri pengangkutan 3 hari ni coz Cik Abg sdg menganjurkan bengkel ... Jemput minum kepada Fififiedafirdausi .. Tahniah ya.. Terima kasih pd semua yg mengambil bahagian dlm teka teki hari ni terutamanya pd Fififiedafirdausi dan jangan serik utk join lagi di masa akan datang.. hehehe

Close up sket.. nampak tak ketulan nenas tu.. hehehehe


AIR NENAS KOKTAIL
resipi : K.Nor@SecubitGaram

1 biji nenas ~ lebih kurang 1.2 kg
5 cawan gula
2.5 liter air
3 helai daun pandan
sedikit pewarna kuning

Cara:
Campurkan kesemua bahan kecuali pewarna dan masaklah hingga mendidih.
Masukkan pewarna dan masak lg hingga sedikit pekat dan nenas menjadi lembut.
Biarkan sejuk.
Bila nak minum, masukkan sebahagian air gula nenas dan juga nenas ke dalam jug.
Masukkan air masak dan ketulan ais.
Rasalah kemanisan air ni mengikut selera masing2.
Sedia utk dinikmati ...

**********

Yg dah mencuba .. TQ :)


Thursday, June 16, 2011

Mee Sanggul Tomyam & Jus Tembikai

ASSALAMUALAIKUM..

Menu yg simple jer hari ni, tapi menyelerakan, Alhamdulillah.. kenyang perut dgn rezeki yg dilimpahkan.. Resipi? hehe.. tak sukat apa pun, main campak jer. Masukkan serai yg diketuk kedalam periuk berisi air, isi ayam sket, pastu letak perencah tomyam. Masak hingga mendidih, masukkan sayur2, cili api, udang dan juga garam. Masukkan mee sanggul dan masak hingga mee lembut. Jgn lupa daun limau purut yg dicarik2kan. Last sekali, sebelum ngap, perahkan limau kasturi, SIAP!! Mudah jer kan. Tak sampai 1/2 jam dah siap menu berbuka.. 


Utk penyegar anak tekak yg kehausan, meh layan Jus Tembikai. Ini utk ahli dlm rumah ni lah.. Seperti biasa utk tukang masak air kopi panas la.. Jarang sgt layan air berais ni. Sekali sekala boleh la tp tak leh yg terlalu sejuk.. Cukup sekadar sejuk sket2 jer. Lebih gemar air panas suam dari air sejuk2 nih..

Saturday, May 7, 2011

Mango Juice

ASSALAMUALAIKUM....


Jom sejukkan anak tekak dikala panas terik ni.. Episod nak perabiskan mangga yg duk bertapa dlm esbok. Sampai ada yg dah berkedut seribu tu.. hihii.. punya la tak perasan mangga ada dlm tu.. Sebelum mangga tu menopos, kita buat jus jer la. Kalau mangga duk dlm esbok sorang pun tak layan nak amik dan kupas kulit kan.. Bila dah dibuat air gini, laju jer masing2 tuang dalam gelas.. Jom minum... ^____^


Friday, April 22, 2011

Smutiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.............. ^___^



Sapa pernah buat Watermelon Smothie ni? Resipi dari Yani MyResipi ni.. Tak pernah buat? Rugi.. rugi.. try la buat.. sedap ni tau.. Kalau ada lebihan tembikai tu, nak2 tembikai yg kureng manis potong2 dan letak dlm bekas plastik dan simpan biar ia bertapa, keras kejung dlm freezer. Tp jgn la lupa buang kulit tembikai tu ya.. Pastu kena ada susu fresh dan yogurt yg plain punya. Pastu ikut resipi kat bawah ni dan boleh lah nikmati Watermelon Smothie yg menyegarkan anak tekak ni. K.Nor pun perah dah buat dulu menggunakan tembikai kaler kuning, pun sedap! Jom la try.. :)


WATERMELON SMOOTHIE
resipi : Yani Myresipi

Bahan-bahan:
500g tembikai
200ml susu segar
100ml plain yogurt
3 sudu besar gula
sedikit hirisan tembikai utk hiasan
sedkit chocolate chips utk hiasan
Daun pudina utk hiasan

Cara-cara
Potong dadu tembikai selebih kurang saiz ais kiub dan buang bijinya. Frozen tembikai tadi lebih kurang 4-5 jam.
Masukkan tembikai yg dah difrozen ke dalam mixer/blander. Masukkan juga susu segar,yogurt dan juga gula. Kisar sehingga jadi bentuk smoothie.
Tuangkan ke dalam gelas yg sesuai dan hias dengan hirisan tembikai, chocochips dan juga daun pudina.





Sunday, March 13, 2011

Jus Roselle

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni tak ada show masakan ya.. Alhamdulillah, dah kekenyangan hasil makan kat kenduri kawin. Meh la layan Jus Roselle.. homemade ni. Dengan menggunakan bunga roselle yg ditanam sendiri.. eh.. silap.. benih jer aritu K.Nor tanam pastu bila dah besar sket K.Nor export ke rumah MIL. Tau aje la duk rumah flat ni camna nak menanam. Dah cuba tanam dalam pasu tp tak berapa nak idup. Pastu ada 2 anak pokok roselle balance bagi ke Ben aritu, K.Nor bg ler ke MIL mintak dia tanam. Dah bagi sebelum tu, cuma hidup sepokok jer. Kali ke 2 bagi tu, alhamdulillah.. dua2 hidup. Jadi ada 3 pokok semua.

2 minggu lepas masa kenduri pertungan SIL, baru perasan pokok roselle tu dah mula keluarkan bunga, banyak gak tu.. Alhamdulillah.. Kalau nak tau benih roselle ni dr Mesir. Anak K.Nor mintak tolong kawan dia yg duk Mesir belikan bunga roselle kering, semata2 nak bg cik abg minum bagi menurunkan kadar tekanan darah tinggi dia tu. Alhamdulillah.. mudah jer benih tu tumbuh dan hidup. Benih dr Kuantan yg abg K.Nor bagi (bunga fresh , tp K.Nor dah asingkan benih kering) tak nak pulak hidup. Yg jauh lagi mudah hidup, berkat dr tanah arab kut.. hehe


Tiga hari lepas gi rumah MIL, K.Nor petik la bunga roselle yg besar dan tua tu.. Alhamdulillah.. dpt bawak balik seplastik kecik. Dari bunga tu, K.Nor rebus dan jadikan pati roselle dan dpt hasilkan jus roselle homemade.. Sedap! Jemput minum :)

Wednesday, January 19, 2011

Haus? Nak Minum?

Haus tak? Pekena air berais time panas terik ni best kan.. Tapi tuan rumah kurang sket bab air berais ni, seteguk dua boleh la... Lebih suka minum air suam2 panas. Lagi hilang dahaga dr minum air berais. Kalau buat air berais pun utk jd habuan ahli dlm rumah jer juga utk tetamu laa..

Jemput minum... :)

Jom pekena Jus Kasturi Asam Boi. Sangat2 menyegarkan anak tekak ni..