f Secubit Garam: AIR BARLI

Wednesday, August 17, 2011

AIR BARLI

ASSALAMUALAIKUM...

Hehehe.. jgn marah ek.. nak tayang air petang2 gini.. Kang ada yg meleleh, sila tutup mata ya.. hehe


Ni lah Air Barli yg sangat sedap! Biasanya K.Nor tak suka minum Air Barli tp bila buat guna resipi Rabiatun ni.. fuhhhh.. sangat sedap! Bila diblend sebahagian dr barli yg dah kembang tu, air tu jd pekat sket tak la cair saja2. Memang syok tambah lagi ada 'telur katak' dalam tu.. hehe. 

Banyak khasiat Air Barli ni kan, antaranya menyejukkan badan, melawaskan sistem pembuangan air kecil, meningkatkan kesihatan buah pinggang, juga dikatakan boleh merendahkan kolesterol dan dapat mencegah penyakit kanser.. Untuk org berpenyakit buah pinggang mmg elok diamalkan minum Air Barli ni.. ewahhh dah jadi penasihat pemakanan la pulak.. oh tidak.. sekadar berkongsi info hasik kerja mengooggle jer ya.. hehe.. Ok jom minum Air Barli.. Opsssss.. puasa kan.. Layan cuci mata aje la ya.. kalau teringin, sila buat sendiri hehe

Mekasih Tun, K.Nor share kat sini lak ya..


AIR BARLI
resipi : Rabiatun
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1/2 peket barli @ 3/4 cawan ~ k.nor buat 1/2 cawan jer
1 jug air
gula secukup rasa
Ais
sedikit biji selasih yang direndam
3 helai daun pandan ~ k.nor tambah

Cara-cara
Cuci barli hingga bersih. Toskan.
Masukkan dalam periuk bersama air dan rebus sehingga barli agak kembang.
Bila dah kembang dan lembut, ambil 1/3 dari biji barli tersebut dan blend hingga hancur.
Masukkan balik barli yang diblend ke dalam periuk tadi. Jika nak banyak boleh tambah air.
Masukkan gula secukup rasa. Masak sekali lagi hingga gula hancur. Boleh juga dimasukkan gula dahulu baru diblend.
Sejukkan sedikit, barulah dituang ke dalam gelas dan letak ais dan juga biji selasih. Sedia diminum.