f Secubit Garam: NASI GORENG BELACAN II

N3 Terkini

Wednesday, January 2, 2013

NASI GORENG BELACAN II

ASSALAMUALAIKUM..

Hari ni kita hidangkan menu simple dah la ya.. NASI GORENG BELACAN II (versi ke 2), versi simple jer ni, kalau nak versi tak simple try resipi NASI GORENG BELACAN SPECIAL ni.. Antara 2 resipi ni tak banyak bahan yg berbeza yg digunakan, lebih kurang jer cuma eksesori tambahan jer yg simple sket ya ni. Kalau tak nak buat eksesori tambahan tu tak mengapa, makan dgn keropok ikan/keping pun dah memadai :)


K.Nor gandingkan Nasi Goreng Belacan ni bersama dgn AYAM GORENG ALA2 KEPCI dgn menggunakan bancuhan tepung yg sama utk goreng UDANG CELUP TEPUNG. Bancuhan tepung ni mmg K.Nor buat lebih, masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti ais. Bila nak goreng, mudah jer, bahan dah ready. Cuma sediakan ayam atau bahan2 lain spt cendawan, udang, sotong dan telur secukupnya.. Mudah jer kan ^__^


NASI GORENG BELACAN II
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
2 mangkuk nasi ~ seeloknya nasi yg dah sejuk dan kemudian dileraikan
3 ulas bawang putih ~ dicincang
1 labu bawang besar
1/4 cawan udang kering ~ direndam 
5 - 7 bj cili padi ~ boleh tambah jika suka lebih pedas
belacan ~ lebih kurang 2 sudu besar 
2 sudu besar sos ikan
1 biji telur ~ dikocok
kobis secukupnya ~ dihiris
garam
sedikit gula
minyak

Cara:
Bawang besar, udang kering, cili padi dan belacan dikisar/tumbuk kasar.
Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih hingga wangi.
Masukkan bahan kisar dan goreng sehingga garing.
Masukkan sos ikan, kobis, garam dan gula (jika suka). Kacau.
Ketepikan bahan2 tadi ditepi kuali dan masukkan telur.
Biarkan telur masak sedikit kemudian dikacau bersama bahan2 lain tadi.
Masukkan nasi dah kacau hingga rata. Biarkan masak sekejap kemudian barulah dipadamkan api.
Angkat dan hidangkan bersama hirisan bawang goreng dan bahan2 tambahan seperti ayam goreng ataupun keropok ikan.



19 comments:

  1. Asslmkum Kak Nor.
    Nasi goreng belacan terbaik tuuu. Buat pedas2..Fuhhh mengancam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam sue..

      hehe.. masa akak goreng utk famili mmg akak letak lebih lg cili padi .. yg dlm resipi kena up sendiri la .. dah mention kat situ kalau minat pedas, tambah lg cili :)

      Delete
  2. belacan oh belacan..kalo sy makan comfirm gatal2 jari jemari sy ni hah tp kalau kak nor hulur tentu2 sy x tolak hehehe... alahaiii sedapnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhahaa.. pulak dah.. kiranya nak yg pree baru tak gatal ek.. hehhee

      Delete
  3. akak suka nasi goreng belacan ni tapk kat umah ni anak2 dan hubby tak suka jadi jarang buat, biasalah kalau utk sendiri kita jadi malas, jadi nak minta nasi goreng di sini lah boleh tak tuan umah kak Nor heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya gitu la kalau utk satu mulut kita jer, mmg kita payah nak buat kan.. jawabnya kalau terasa sgt nak makan, order kat kedai jer la kut :)

      Delete
  4. sedapnya...kena buat pedas2..tapi cam saya lepas makan hidung jadi gatal..hehe tapi balun juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. gatal kemudian kira, janji puaskan selera dulu.. ehh gatal boleh ilangkan dgn makan ubat kan.. kat farmasi ada jual kut :)

      Delete
  5. alahai sdapnya nmpk nasi gurin tu dimakan bsama dgn aym gurinn tu kak...mau btmbh klau dpt ni..hehe
    slmt thn bru buat akak skeluarga

    ReplyDelete
    Replies
    1. slmt tahun baru gak buat suzie sekeluarga ya..

      Delete
  6. Sambil-sambil berjamu Nasi Goreng Belacan ni...jemputlah ke http://buku.karangkraf.com/ilham/karya-detail.aspx?idk=158&idc=1897#.UOUAZ-Tf_rk untuk membaca kisah CINTA SAMBAL BELACAN.

    ReplyDelete
  7. banyak ek guna belacan? ooohh kena improve lagi lepas ni hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hajar, kalau guna sikit tak berasa belancan dlm nasi goreng tu, so tak boleh la panggil nasi goreng belacan :)

      Delete
  8. Hee..hee...ada V2.0 pulak. Pasti sedap nih, Nor!

    ReplyDelete
  9. Nasi goreng belacan selalunya diana p tapau jer... Hehee... Nie lain kali bole try resipi nie plak... Nampak sedap tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kali ni jgn tapau lg.. try buat ya D ... :)

      Delete
  10. Kalau tak letak sos ikan xpe ke ? ke mmg kena letak untuk sedapkan lagi ? ((:

    ReplyDelete