f Secubit Garam: KERABU JANTUNG PISANG IKAN BILIS

N3 Terkini

Wednesday, January 30, 2013

KERABU JANTUNG PISANG IKAN BILIS

ASALAMUALAIKUM...

Kali ni bukan entri tertunggak, bukan entri terdelay dan bukan entri terperam. Entry fresh lagi ni ya.. hehe 

2 hari lepas, jiran K.Nor dtg bagi sedikit buah2an dan juga 2 biji jantung pisang. Jgn tanya la jantung pisang apa, sbb K.Nor pun tak tanya jiran tu.. hehe..  Sebelum ni tak pernah lg makan Kerabu Jantung Pisang, cuma pernah nampak di beberapa dapur geng blogger yg menayangkan menu jantung pisang ni.  Dlm hati tu, terasa gak ingin menerai resipi dan juga merasa kesedapan Kerabu Jantung Pisang. Cuma bila gi pasar, tak terbeli la pulak jantung pisang utk dibuat kerabu.


Kebetulan jiran baik tu bg jantung pisang, K.Nor tak menolak pemberiannya tu. Org kata, pucuk dicita ulam mendatang kan.. (tu lah untungnya duduk di kampung ni, ada jiran yg baik hati memberi itu ini.. kan... hehe)  Alhamdulillah.. rezeki ni... Semoga murah rezeki Pak Ngah dan isterinya yg baik hati tu Lepas dpt jantung pisang tu, terus K.Nor gugel resipi jantung pisang. Pernah nampak Ayu Spore tayang kat blog dia, ingat gak yg Hana/Ina dan CMG pernah tayang resipi jantung pisang. Hasil gugel situ sini, terjumpa beberapa resipi yg menarik utk dibuat. K.Nor save kat draf jer buat masa tu. Tak berpeluang lg nak menggodek. Hari ni baru ada kesempatan nak mencuba salah satu resipi yg disave. K.Nor mulakan dgn resipi yg pertama, resipi dari dapur HANAMEMORIES.. Kalau tak silap, Ayu pun dah cuba resipi ni kan.. :)

Org kata, mmg tak sia2 cuba resipi ni. Memang sedap! K.Nor ratah gitu jer.. heeee... Tp nak cakap awal2, K.Nor tak buat ikut resipi yg menggunakan 1 bj jantung pisang. Disebabkan yg nak makan tak ramai dan biasanya hanya utk sekali makan jer (lunch) jd K.Nor guna 1/2 bj jer jantung tu. So dari 2 bj jantung pisang, boleh la dpt menerai 4 resipi yg berbeza kan.. hehe


Ok lah.. tak mau cakap panjang lagi dah .. ni pun dah panjang .. huhhh.. Fenat nih.. baru abis projek kat dapur.. So time nak lepaking lak..  Maceh ya Cikgi Hana.. psst.. panjang umur dan ada rezeki kita jumpa lg ya.. ^__^

KERABU JANTUNG PISANG IKAN BILIS
by : HanaMemories
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan:
satu biji jantung pisang
3 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
6-10 biji cili padi
1 tangkai lada merah - hiris
1 inci belacan bakar
1/2 biji bawang besar - mayang halus
1 biji tomato - buang empulur dan hiris
2 biji limau kasturi - lebihkan jika ingin lebih masam
1 mangkuk kecil ikan bilis goreng
gula@perisa
garam

Cara-cara
Kupas kulit jantung pisang yang keras hingga ke kulit yang putih. Rebus dengan sedikit garam lebih kurang 15minit atau hingga masak/lembut. Toskan, perah dan hiris nipis. Ketepikan.
Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi, lada merah, dan belacan bakar hingga lumat.
Satukan jantung pisang yg telah dihiris tadi, bawang besar mayang, dan tomato.
Kemudian masukkan garam, sedikit gula@perisa dan juga bahan tumbuk tadi.
Masukkan ikan bilis goreng.
Perahkan limau kasturi. Ambil jus sahaja.
Gaul mesra.
Segera dihidang ketika ikan bilis tengah rangup.


17 comments:

  1. salam..tergugat jantung ni tgk, hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk.. jantung tergugat tengok si jantung pisang ya.. hehe..

      Delete
  2. Saya suka kerabu jantung pisang ni kak nor... boleh cuba resepi ni :D

    ReplyDelete
  3. Bestnya! Nanti PH cari kat Tesco kut kut ada jantung pisang. PH pernah juga rasa something macam ni kat buffet hotel Shangri-la. Masa tu ada promotion Sri Lankan food. So yang tu stail Sri Lanka tapi PH tak berapa suka sangat. Maybe sebab takde belacan kut hee....hee.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu stail lain, mana nak sama dgn kg melayu punya stail PH.. hehe

      Delete
  4. wow...kecur air liurku...seb baek tak preggy...heheheee nak try la pasni ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau preggy pun tak per.. cari2 la si jantung tu dan godek june :)

      Delete
  5. Assalam Nor,
    Cik June selalu je singgah ke dapur maya Nor, tapi jarang menegur. Bukan sombong...cuma tak peramah je...hehehe. Tapi hari ini nak ucap terima kasih kerana bagi idea untuk menu hujung minggu nanti. Akan ku cari jantung pisang di Pasar Malam *yg dikatakan terpanjang* di Setia Alam, pada Sabtu ini.

    Terima kasih sekali lagi. <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. ww'salam cik june.. jutaan mekasih dr nor ya.. tkper.. lepas ni kena lebihkan peramah dlm masakan hehee

      wow... pjg mana la tu pasar malam tu cik june.. mesti lenguh betis nak abiskan round semua kan..

      Delete
  6. nampak menyelerakan... nk cubalah nti...

    ReplyDelete
  7. kalo faa pon faa meratah je ni...sedapnyaa

    ReplyDelete
  8. sedapnya..jap gi nak blk rumah mak..bolehlah ngorat jantung pisang kt blkg rmh mak! sy pun x penah buat sendiri..copy resepi ye k.nor.. =)

    ReplyDelete