f Secubit Garam: GARLIC BREAD ~ Dari BASIC BREAD MAMAFAMI

N3 Terkini

Thursday, January 17, 2013

GARLIC BREAD ~ Dari BASIC BREAD MAMAFAMI

ASSALAMUALAIKUM...

Selalunya K.Nor kalau nak buat roti mesti guna resipi Basic Dough yg bagi K.Nor dah cukup perfect dr segi kelembutan dan kegebuannya. Tapi sekali ni terseru nak mencuba resipi yg dikongsikan oleh MamaFaMi yg dah berderet blogger2 masakan duk cuba. 1 adunan dr resipi Basic Bread ni mmg menghasilkan roti yg agak banyak. K.Nor dah timbang, 1 kg lebih! Memang puas hati dpt doh yg banyak sbb dapat bermain2 dgn doh, mencuba bentuk itu dan ini.. Meroti mmg kegemaran K.Nor, sbb K.Nor suka bentukkan roti, suka bereksperimen dgn doh. Kalau kita tengok kat internet mcm2 pesen roti/bun yg boleh kita create kan.. Memang mengasyikkan kalau dpt ikut spt apa yg dia org buat.. Tambah lagi bila roti tu naik dgn elok dan menjadi .. Cukup puas hati. Tapi nak puas hati lg kena buat time anak2 ramai sket kat rumah. Aisyah dan Luqman mmg suka makan roti yg baru dikeluarkan dr oven. Opss.. semestinya lepas shooting la baru dia org ngap.. hehehe.. Nasib lah kan, si emak blogger masakan.. Kalau lah si emak tak jadi blogger masakan, rasanya mungkin K.Nor tak 'menjadi' spt sekarang ni... Mungkin masih spt dulu2, masak apa yg biasa dimasak.. Yer, internet amat penting dlm kehidupan.. cuma jgn kita tersalah guna dah la dehh... 


Ermmm... Jauh pulak perginya.. Jom kita balik ke pangkal jalan.. (kadang2 gelak sendiri jer bila baca kat blog lain, ramai jugak yg guna ayat ni.. tak sangka, ayat yg K.Nor selalu guna ni dah jadi ikutan geng blogger lain.. hehe) Mekasih Mama, sudi berkongsi resipi roti ni dan mekasih juga pd sumber2 lain dan empunya resipi..yep.. mmg lembut roti ni mungkin sbb penggunaan yis yg banyak. Biasanya utk 500gm tepung, K.Nor guna 1 paket yis mauripan jer jd K.Nor tak ikut 100% resipi Mama ni.. Tu pun, doh naik elok..


Dengan dough Basic Bread ni , K.Nor hasilkan Garlic Bread yg dimakan bersama Mushroom Soup. Memang best! Bg yg ahli keluarga tak ramai, disarankan buat 1/2 adunan jer sbb tp kalau nak buat full adunan pun tak per.. Boleh simpan dlm esbok, panaskan bila perlu .. 

BASIC BREAD RECIPE
source : MamaFaMi &  Puan Roshayati Johari
source : K.Nor@SecubitGaram

Ingredients :
(A)
500g bread flour/high protein flour
100g sugar
1 teaspoon salt
30g milk powder
1 teaspoon bread improver (optional)
1 teaspoon bread softener (optional)
4 teaspoons instant dry yeast

(B)
250ml water
1 egg (lightly beaten)

(C)
80g margarine

(D)
Coarse sugar to sprinkle

Method :
1. Mix well all ingredients in (A)
2. Add (B) into (A) and knead till smooth.
3. Add (C) and continue kneading till smooth and shiny and dough does not stick to your hand.
4. Leave to prove for 30 - 40 minutes.
5. Punch down the dough to let the air out.
6. Divide the dough according to the weight you wish. Make into balls and leave to rest for 10 minutes.
7. Shape accordingly.
8. Leave to prove for 40 minutes - 1 hour.
9. Bake till golden brown.

* utk menghasilkan Garlic Bread:
- Ambil sebahagian doh dan canai menjadi segi empat.
- Sapukan dgn Garlic Spread.
- Gulung kemas dan klimkan sket bahagian hujung supaya tak mudah terbuka.
- Susunkan ke dalam loyang yg dah digris atau dialaskan dgn baking paper.
- Sapu lebihan Garlic Spread di atas doh yg dah siap dibentuk.
- Biarkan doh naik kembali sekali ganda dan bakar hingga masak.


GARLIC SPREAD

Bahan:
4 sudu besar butter ~ dlm keadaan suhu bilik
5 ulas bawang putih
1/2 sudu kecil daun parsley kering 

Cara:
Buang kulit bawang putih dan bungkus dgn aluminium foil.
Bakar seketika utk melembutkan bawang putih (kaedah ni memberikan bau dan rasa garlic spread yg lebih sedap)
Tumbuk halus bawang putih yg dah lembut tadi dan gaulkan sebati dgn butter.
Sedia untuk digunakan.

* garlic spread ni boleh disapukan pada french loaf yg dihiris dan kemudian dibakar.

14 comments:

  1. sedapni bak mari sket vit R tu gak heheeh belum test lagi uli guna KA

    ReplyDelete
    Replies
    1. fuhhhhhhhhhhhhhhhh fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.. tu hahhhh dah tiup pong.. jgn duk selimut jer KA tu.. merajuk dia kang :)

      Delete
  2. Suka sangat dengan garlic bread ni... makan pula dgn mushroom sup... sodap nya hehhe... tapi saya guna planta yg ada garlic tu sapu pada roti dan bakar... hehehhe... tak pernah buat roti sendiri... nanti nak cubalah :D

    ReplyDelete
  3. best..best bagi yang peminat tegar roti huhuhu..balik nak try ler...

    ReplyDelete
  4. Setuju tu kak Nor..Sue pun dr internet la blaja masak macam2. Klu dak masak biasa2 saja. :)

    ReplyDelete
  5. rajinnya Nor buat roti ni akak dah lama tak buat roti boleh lah rajinkan diri lagi lepas ni sbb kalau makan yg fresh ni mmg sedp sangat apa lagi time panas2 tu

    ReplyDelete
  6. Salam Kak Nor...rajinnya buat roti bawang...kita ni malas lagi...mood menguli belum mari...

    ReplyDelete
  7. salam nor..dah laam ilah tak meroti.. sedapnya tgok garlic spread tu dlm tv selalu tunjuk entah bila nak cuba..cobaaaan tgok roti nor..terliur hehehe

    ReplyDelete
  8. Salaam Nor...

    Aduhai, bila tengok Nor buat roti ni, rasa macam mama pun nak balik ke pangkal jalanlah. Dah jauh terpesong ni... terlalu amat kurang rajinnya sejak sebulan yang lalu. Tak tahulah tersampuk apa... huhuhu...

    ReplyDelete
  9. salam kak nor..masih kaku meroti..kena kuatkan semangat ambik aura k.nor nih..hehe

    ReplyDelete
  10. Salam kak nor.

    Lia nak tanya lah...Boleh tak Lia adun dalam mixer? Bukan breadmaker, mixer buat kek biasa?! Pasal kan kak nor...lenguh lah tangan ni menguli, tapi roti Lia tetap jadi keras. Sedih seh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam .. lia.. nak menguli kena ada teknik dia.. kalau uli bodo2 gitu mmg lenguh la..

      - guna talam/dulang/loyang besar/chopping board besar
      - lepas dah bancuh adunan menjadi seketul doh, keluarkan dan uli dlm dulang (atau spt yg k.nor kata kat atas ni)
      - kalau uli dlm mangkuk, besen, mmg lengan kita akan lenguh sbb kena angkat bahu/lengan tinggi masa menguli
      - kalau kita uli dlm dulang/talam.. ianya leper aje.. kita cuma uli dgn menggerakkan pergelangan tangan aje.. bukannya dgn lengan dan bahu sekali..
      - cuba uli dgn cara balikkan doh dan tekan menggunakan pergelangan tangan..
      insyaallah tak lenguh tangan lia kalau kena cara menguli..

      k.nor tak suggest guna mixer kek utk uli doh, melainkan mixer yg tough spt kitchen aid, kenwood, berjaya dll
      power mixer yg biasa2 tak cukup kuat utk menguli doh.. tak pasal2 berasap kang
      k.nor sendiri tak guna kenwood k.nor utk nguli doh walau masa tu tak ada BM.. eh pernah guna tp bergegar kenwood k.nor tu.. lps tu tak berani nak guna lg..tu jer la sekali guna mixer utk nguli doh..

      tp terpulang pd lia la ya.. :)

      Delete