f Secubit Garam: Search results for roti
Showing posts sorted by date for query roti. Sort by relevance Show all posts
Showing posts sorted by date for query roti. Sort by relevance Show all posts

Friday, September 26, 2014

KARIPAP INTI KELEDEK ROS

ASSALAMUALAIKUM..

Dari menu mata biru kita balik ke menu mata hitam/perang ya.. ^___^ Karipap.. sapa tak suka karipap.. rugi la org tu kan.. hehe Memang kuih lama yg tak pernah jemu dimakan. Bertambah enaknya karipap bila intinya sedap dan tak kurang juga bila crustnya rangup.. Tak kisah pun bab yg crust/kulitnya jenis biasa maupun yg berpusar/berlapis. Janji rangup.. kan :)


Kali ni K.Nor mencuba resipi crust/kulit karipap dari dapur Ros JintanManis. Untuk intinya K.Nor tak guna resipi inti keledek Ros tp K.Nor guna inti yg selalu K.Nor buat. K.Nor lebih suka inti daging.. Inti daging yg K.Nor guna tu, boleh digunakan sbg inti dlm pelbagai resipi lain spt pau, puff dan lain2.. Terpulang pd kreativiti masing2 ya..

Klim karipap versi org terlebih rajin.. hehe

Izinkan K.Nor share resipi Karipap Inti Keledek Ros kat sini ya.. Tq :)


KARIPAP INTI KELEDEK ROS
resipi : Ros JintanManis
sumber : K.Nor@SecubitGaram
Untuk Pastri Rapuh
400gram tepung gandum
1/2 cawan minyak
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan air sejuk ( letak kiub ais)
garam

Untuk Inti Keledek
1 biji keledek saiz besar ( boleh dinganti dengan kentang)
1/2 gengam ikan bilis ( boleh ganti dengan daging atau isi ayam)
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besa cili kisar
garam

Cara-caranya

Buat Doh Pastri dulu
1. Campurkan sedikit garam dalam air sejuk, masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan sebatikan, kiranya akan jadi seperti berketul-ketul halus, macam serbuk roti, panaskan minyak dan curah di dalam tepung tadi, dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan.
2. Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua, kira agak-agaklah kelembutan doh tu, setelah menjadi doh dan doh pemukaan doh agak licin, masukkan doh ke dalam plastik bersih dan perap di dalam peti ais lebih kurang 1 hingga 2 jam, langkah ini penting bagi mendapatkan doh yang rangup dan senang untuk di canai nanti. Sementara itu boleh buat inti karipap.

Buat Inti Karipap
1. Potong dadu keledek dan rendam dalam air, blender udang kering dan ikan bilis hingga hancur, ketepikan. Panaskan minyak dan tumis cili kisar, dan pes serbuk kari hingga garing.
2. Kemudian masukkan bahan yang di blender tadi dan kacau sebati, akhir sekali masukkan keledek dan 1 cawan air, kacau selalu dan biarkan keledek empuk, sesuaikan rasa, masukkan garam, setelah masak dah inti agak kering, tutup api dan sejukkan.

Proses Mengelim
1. Keluarkan doh dari peti ais, dan bahagikan doh pada bahagian kecil, ikut lah nak buat karipap bentuk ape, bulat ke, love ke, bentuk biasa ke, kemudian terap doh bentuk bulat dengan menggunnkan tapak tangan dan isikan inti keledek tadi, kelim seperti biasa, kalau nak guna acuan pun boleh. Ulang langkah tadi hingga doh habis. Panaskan minyak, pastikan minyak betul-betul panas dan tidak menggunakan api yang terlalu besar, goreng hingga keperangan. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

INTI DAGING
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
1 paket daging kisar~ k.nor guna ramly's brand
2 labu bawang besar ~ didadu kecil
2 biji kentang (saiz besar) ~ didadu kecil
2 - 3 sudu besar cii mesin
2 sudu besar rempah gulai ~ boleh guna rempah gulai kawah/kerutup
2 keping asam keping
1  cawan air
garam dan gula
minyak

Cara:
Basuh sedikit daging kisar dan toskan.
Panaskan minyak dan masukkan cili kisar.
Tumis hingga cili garing dan rempah yg dibancuh dgn sedikit air.
Biarkan hingga pecah minyak dan masukkan bawang besar, kentang dan daging kisar.
Goreng hingga daging mengeluarkan airnya.
Masukkan asam keping dan air. Kacau.
Renihkan dan masukkan garam dan gula secukup rasa.
Bila inti hampir kering, padamkan api.
Sejukkan dan bolehlah digunakan.

*Jangan biarkan inti terlalu kering, biar lembab2 sket sbb nanti bila inti dah sejuk ia akan lebih mengering.
** Inti daging ni boleh digunakan dlm pelbagai juadah lain spt pau, puff, bun roti, dadar berinti dan lain2 lagi.. 

Friday, September 12, 2014

PUDING KARAMEL IDAMAN

ASSALAMUALAIKUM...

Salam pagi Jumaat penuh barakah.. Semoga kita semua sentiasa rahmat dan keberkataNya.. amiin...


Menu kali ni, puding lak ya.. Resipi yg dah pernah post lama dulu, kiranya ulang tayang aje la ni ya.. ^___^

PUDING KARAMEL IDAMAN
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
5 biji telur A
1 tin susu cair
5 sudu besar gula
2 keping roti
250 ml air
1 sudu kecil vanila

Utk karamel/gula hangus:
4 sudu besar gula
3 sudu besar air panas

Cara:
Panaskan oven kpd suhu 180C dan sediakan air panas mendidih (utk kaedah waterbath)

Utk membuat karamel/gula hangus:
Satukan gula dgn air panas dan masaklah hingga menjadi karamel/gula hangus.
Tuang ke dalam loyang dan ketepikan.

Untuk membuat puding:
Panaskan susu cair bersama gula. Kacau sehingga gula larut dan susu menjadi suam. Ketepikan.
Kisar roti yg dicarik2kan bersama air hingga halus dan masukkan ke dalam sebuah mangkuk.
Pecahkan telur ke dalam sebuah mangkuk lain dan kacau hingga sebati secara perlahan2.
Tapiskan telur ke dalam mangkuk berisi roti yg dikisar tadi.
Masukkan susu cair yg dipanaskan bersama gula tadi dan juga vanila.
Kacau sebati perlahan2 dan tuangkan kedalam loyang berisi karamel/gula hangus.Tuang adunan ke dalam loyang yg dah diletakkan karamel tadi.
Tutup loyang dgn menggunakan aluminium foil.
Biarkan seketika (lebih kurang 5 min) dan masak/bakar dgn cara waterbath sehingga puding masak (lebih kurang 50min - 1 jam)
Bila dah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan.
Kemudian terbalikkan ke dalam pinggan dan sejukkan dlm peti ais sebelum dihidangkan.

# puding ini boleh juga dikukus selama 50 min atau sehingga masak.
tp utk menghasilkan puding yg halus teksturnya adalah digalakkan supaya ianya dimasak menggunakan kaedah waterbath.

Friday, July 4, 2014

CHEWY CHEESE BALL

ASSALAMUALAIKUM..

CHEWY CHESSE BALL ni mmg agak hot di fb akhir tahun lepas. K.Nor tak ketinggalan utk sama2 menerai resipi dari Sally Rashid ni. Biarlah dikatakan dah basi baru nak upload kat blog. Nak buat camana, tempoh berhibernate dulu tu agak panjang. Kalau tak dipost kat blog, nanti bila nak buat lagi mula la meraban cari balik resipi. Kalau dah dipostkan kan sini, mudah nak refer kan. Lagipun, ianya juga boleh dijadikan menu utk berbuka. Anak2 pasti suka dpt berbuka dgn cheese ball ni.


Anak2 K.Nor mmg suka dgn rasa Chewy Cheese Ball ni. K.Nor buat aritu dpt agak banyak, jd K.Nor frozenkan. Jadi bila Luqman balik bercuti hujung minggu dr asrama, senang aje, boleh terus goreng dan hidangkan pada dia. Mudah kerja kan :)


Ucapan terima kasih buat Sally Rashid (atau nama glamer K.Ton comel hehe) yg sudi berkongsi resipi. Memang Sally ni tak loket ilmu, cukup senang berkawan dgn dia...

CHEWY CHEESE BALL
resipi : Sally Rashid
sumber : K.Nor@SecubitGaram 

Bahan : 
350g ubi kentang
250g tepung gandum
250g cheddar cheese (potong dadu kecil2) - boleh guna jenama kraft
1/2 sdt serbuk lada putih
sedikit garam halus
1/2 sdt serbuk pati ayam
Serbuk roti
3 biji telur

Cara:
Rebus kentang. toskan. Lenyek
Masukkan serbuk lada, garam, pati ayam.
Masukkan tepung dan uli sebati
Ambil sedikit adunan..masukkan cheese kat tengah dan tutup. bulatkan kecil2 dan comel2.
Kalau adunan melekat pada tangan...sapukan sedikit tepung gandum
Celupkan dalam telur...kemudian salutkan dgn serbuk roti.
Goreng api perlahan sehingga berwarna keemasan.
(kalau api kuat...luar hangus tapi cheese kat dalam tak sempat nak cair)

* tip dr k.nor
- masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum (jgn letak kesemua sekaligus, ) dan uli
-bila adunan dah tak melekat di tangan, boleh la stop masukkan tepung gandum (kalau doh terlalu keras nanti cheese ball agak keras bila dimakan)
- teruskan kepada proses meletakkan cheese dan bulatkan.



Friday, June 13, 2014

ROTI SARANG LEBAH

ASSALAMUALAIKUM...

Warning awal2 ya.. Ni entri tertunggak, bermakna masakan yg dibuat dah lama, bukan yg arini atau semalam punya. Memang dah lama sangat ni, masa tuan blog duk berhibanate sepanjang 6 purnama yg lalu hehe.

Seperti yg ramai maklum, fenomena Roti Sarang Lebah ni bermula di facebook oleh Lydia Honey. Memang cukup pantas virus roti ni menular. Masa baru2 heboh tu K.Nor masih buat derk jer.. Tak terasa sgt nak ikut terjangkit virus roti ni.. Tapi akhirnya tumpas bila Mek Siam yg dah tak lg Siam, dah bertukar menjadi Mek Jepun sejak pindah menetap di Jepun bersama familinya. Roti Sarang Lebah yg dihasilkan Ika/Ijah mmg cantik sgt.. sampai ada yg kata, Roti Ratu Lebah.. hehe.. mmg tak leh nak buat derk lagi.. selang beberapa hari, K.Nor pun turut sama terjangkit virus Roti Sarang Lebah.. 


Alhamdulillah.. mmg patut sangat ler roti ni menjadi fenomena di alam maya, dan dah ramai yg menjadikannya hasil jualan. Memang sedap, bila dimakan dgn Sos Butterscotchnya tu. Tapi kan.. hehe.. rasanya dah ramai yg maklum, K.Nor mmg suka sket menderhaka pd resipi. K.Nor tak guna resipi doh Lydia guna tu sebaliknya K.Nor guna resipi doh roti lain iaitu resipi Sponge Dough yg juga femes di fb. Resipi ni K.Nor amik kat dapur Izah. Memang dah acapkali K.Nor guna resipi doh roti ni. Memang sgt puas hati dgn kegebuan dan kelembutan roti yg dihasilkan. Doh yg dihasilkan agak lembik/sticky, tp bila kena kaedah atau cara membentuknya, insyaallah tak jadi masalah.

Jadi terpulanglah pd selera masing2, nak guna resipi doh yg asal dr Lydia atau mana2 resipi basic dough yg biasa digunakan. Cuma kalau boleh doh tersebut jgn terlalu manis sbb nanti kita nak curahkan sos butterscotch di atasnya. Sos butterscotch ni mmg manis sket sbb tu K.Nor tak curah banyak atas roti. Ikut la selera anak tekak masing2 ya.. suka manis, curah jer la berladung/melimpah ruah.. hehe


MINI BUN SARANG LEBAH
resipi : Lydia Honey
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Doh:
2 cawan tepung gandum
1/2 Sudu teh dry yeast
1/4 Sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt, suhu bilik
¼ cawan minyak sun flower
1/2 cawan air suam
+-**Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch jika suka

Cara:
1. Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
2. Dalam mangkuk adunan, campurkan, garam, tepung gandum, baking powder dan kacau sebati.
3. Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.
4. Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan.
INGAT..cara ulinya jika tak ada BM adalah macam nak sental baju zaman dolu2 (zaman tak de washing machine basuh kain kat sungai), tolak tarik tolak tarik menggunakan penumbuk lagi bagus.
5. Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
6. Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup like dalam oven atau microwave yang TAK di ON ok..Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginnya
7. Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.
8. Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
9. Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi. Sementra menunggu doh naik ON kan over anda.. Setting 180-200C api atas bawah..(ikut oven anda gak ye..my oven suhu ni).
10. Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.
11. Time bako dalam 10-15 minit. Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.Sedia untuk dihidangkan.

NOTE:- 1) doh memang lembik.. Jsngan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nk bahagi2 doh kecik2.2) No need perfect bulat sgt just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.3) Make sure oven benar2 panas supaya ia lembut bak cotton.4) JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras5) Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2.


SOS BUTTERSCOTCH
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan whipping cream (kalau tak de boh jer susu cair)
secubit garam
1/2 tsp vanilla essence
25g butter

1.Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan gula perang, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
2. Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya.
3. Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.

NOTA:- Pastikan semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan. Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat..
Berhati2, baik guna senduk jangan guna sudu takut malang tak berbau .
Di bawah ini adalah resipi yg K.Nor gunakan utk membuat roti/bun bg ROTI SARANG LEBAH.

ROTI DOH SPONGE
resepi: Puan Zarina
sumber : Izahdaut & K.Nor


Doh span (A)
420gm tpg highprotien
250gm air5gm yis

Campurkan semua bhn (A), gaul sebati dan uli sikit2 pun ok.
Pastu biarkan dlm bekas tertutup 3 -4 jam

Doh (B)
180gm tpg gandum
100gm gula kastor
6gm yis
3sudu besar susu tepung
Garam
40gm mentega
30gm shortening
1biji telur
50gm air

Campur semua bahan kecuali mentega dan shortening. Mix perlahan dan masukkan doh (A)..mix n masukkan mentega dan shortening. Mix sampai jd doh yg licin dan elastik. Rehatkan 10min pastu bentukkan.


Sunday, August 4, 2013

QUICHE KARI AYAM BERCENDAWAN

ASSALAMUALAIKUM...

Quick update ya..


Resipi dari dapur TiffinBiru.. Che Mat mmg ada banyak resipi quiche, pilih jer yg mana berkenan di anak mata dan check bahan2 yg ada kat dapur. Insyaallah, tak rugi mencuba.. Mekasih Che Mat, semoga berkat perkongsian yg kita semua lakukan ni..

Quiche Kari Ayam &  Creamy Angel Hair with Basil

QUICHE KARI AYAM BERCENDAWAN
resipi : CMG
sumber : K.Nor@SecubitGaram

BAHAN-BAHAN PASTRI :
300 gram tepung gandum
115 gram mentega sejuk, didadu kecil
60 gram shortening @ lemak sayur
1/2 camca besar gula aising
1/3 camca teh garam halus
3 - 4 camca besar air ais

BAHAN-BAHAN INTI :
150 gram daging ayam (cm guna bahagian dada). didadu
10 kuntum cendawan butang segar, hiris
1 camca besar rempah kari daging
1/2 camca besar chili flakes
1 kiub pati ayam
1/3 bahagian red capsicum, didadu kecil
7 tangkai kucai, hiris halus (asingkan sedikit untuk hiasan)
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
3 camca besa air
Secubit gula dan garam (jika perlu)

BAHAN-BAHAN KASTARD :
3 biji telur*
4 camca besar parutan keju cheddar (cm guna mozarella)
4 camca besar susu sejat
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :
UNTUK PASTRY :- Satukan tepung, gula aising dan garam halus ke dalam mangkuk, gaul rata. Masukkan mentega dan lemak sayur, gaul ramas dengan hujung jari hingga mendapat tekstue seakan2 serbuk roti. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan. Bulat2kan doh, bungkus dalam plastik dan sejukkan selama 30 minit.

UNTUK INTI :- Panaskan minyak dalam kuali (cm guna non-stick pan). Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu, masukkan chili flakes dan rempah kari, kacau rata dan masukkan sedikit air. Kacau rata dan masak hingga terbit minyak. Masukkan ayam, kacau rata dan masak hingga ayam berubah warna.
Masukkan cendawan gaul rata dan tambah kiub ayam (hancurkan). Tambah capsicum dan masak hingga kering sedikit. Masukkan gula, kacau dan rasa, jika perlu, baru tambah sedikit garam. Akhir sekali masukkan hirisan daun kucai, kacau dan matikan api. Sejukkan.

UNTUK QUICHE KARI AYAM BERCENDAWAN :- Keluarkan doh dari peti sejuk, bagi doh kepada 3 bahagian, ambil satu bahagian, canai antara dua lapisan plastik bersih setebal 0.4 cm, dan biar lebih besar dari acuan. Tanggalkan plastik, berhati2 alihkan ke dalam acuan, kemaskan dan potong lebihan pastry. Buat kaedah sama untuk satu lagi.
Blind bake pastry tadi dalam oven pada suhu 190C selama 15 minit (untuk teknik 'blind-bake', anda boleh rujuk di sini). Keluarkan dari oven. Masukkan inti dalam kedua2 kulit quiche tadi. Sementara itu satukan semua bahan2 kastard dan kacau rata. Tuang ke dalam kulit quiche yang berisi inti tadi. Tabur hirisan daun kucai yang diasingkan tadi dan sambung bakar selama 25 minit lagi hingga kastard mengeras dan permukaan quiche keperangan. Hidangkan suam...

* sebahagian dr parutan keju (k.nor guna keju cheddar), k.nor masukkan dlm adunan kastard manakala sebahagian lg k.nor tabur atas quiche sebelum dibakar.

nota kaki :
Quiche (/ˈkʃ/ keesh) is a savoury, open-faced pastry crust with a filling of savoury custard with cheesemeatfish or vegetables. Quiche can be served hot or cold. It is part of French cuisine, but is also popular in Britain, particularly as party food.


Friday, July 12, 2013

PUDING KARAMEL IDAMAN

ASSALAMUALAIKUM...

Ramadhan tak lengkap rasanya jika tak buat Puding Karamel, puding kesukaan anak2. Memang dah jd kemestian tiap kali Ramadhan mesti buat puding ni. Takper la.. bukan susah mana pun, kebiasaannya bahan2 yg digunakan sememangnya ada di dapur. Tapi kena buat belah pagi la, baru best bila dah disejukkan dlm peti ais sebelum makan, kan.. Kalau tak sejuk tak syok :)


Resipi hasil olahan, hasil godekkan berpandukan pada beberapa resipi yg dah dicuba selama ni. Alhamdulillah.. hasilnya tak mengecewakan.. sangat menepati citarasa anak tekak seisi keluarga terutamanya si tukang buat. Dan utk membezakan resipi Puding Karamel yg terdapat banyak di laman2 web juga yg dah pernah dicuba di dalam SecubitGaram ni, K.Nor tambah sket nama surat beranak dia ya.. ^____^


PUDING KARAMEL IDAMAN
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
5 biji telur A
1 tin susu cair
5 sudu besar gula
2 keping roti
250 ml air
1 sudu kecil vanila

Utk karamel/gula hangus:
4 sudu besar gula
3 sudu besar air panas

Cara:
Panaskan oven kpd suhu 180C dan sediakan air panas mendidih (utk kaedah waterbath)

Utk membuat karamel/gula hangus:
Satukan gula dgn air panas dan masaklah hingga menjadi karamel/gula hangus.
Tuang ke dalam loyang dan ketepikan.

Untuk membuat puding:
Panaskan susu cair bersama gula. Kacau sehingga gula larut dan susu menjadi suam. Ketepikan.
Kisar roti yg dicarik2kan bersama air hingga halus dan masukkan ke dalam sebuah mangkuk.
Pecahkan telur ke dalam sebuah mangkuk lain dan kacau hingga sebati secara perlahan2.
Tapiskan telur ke dalam mangkuk berisi roti yg dikisar tadi.
Masukkan susu cair yg dipanaskan bersama gula tadi dan juga vanila.
Kacau sebati perlahan2 dan tuangkan kedalam loyang berisi karamel/gula hangus.Tuang adunan ke dalam loyang yg dah diletakkan karamel tadi.
Tutup loyang dgn menggunakan aluminium foil.
Biarkan seketika (lebih kurang 5 min) dan masak/bakar dgn cara waterbath sehingga puding masak (lebih kurang 50min - 1 jam)
Bila dah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan.
Kemudian terbalikkan ke dalam pinggan dan sejukkan dlm peti ais sebelum dihidangkan.

# puding ini boleh juga dikukus selama 50 min atau sehingga masak.
tp utk menghasilkan puding yg halus teksturnya adalah digalakkan supaya ianya dimasak menggunakan kaedah waterbath.
## bg yg nak tau kaedah waterbath tu camana boleh tengok kat blog kakwan ni ya..

Wednesday, June 26, 2013

PUDING ROTI KARAMEL

ASSALAMUALAIKUM...

Dah berapa kali enterpreme dlm blog ni tak tau la resipi ni.. Memang dah melekat guna resipi ni tiap kali nak buat Puding Karamel. Resipi asal dari dapur Rosaliza, dah merayap situ sini, sana sinun..


Puding Karamel mmg kegemaran K.Nor sekeluarga, terutama hero bongsu. Tiap kali bulan puasa mesti dia request puding kegemarannya ni, selain dr Puding Buih. Jom layan mata dgn gambar Puding Karamel yg dah lama jd baja ni... hehehee



PUDING ROTI KARAMEL
resepi asal : rosaliza@embunkasih
sumber : Lina.pg & Hana

sumber : K.Nor

Bahan-bahan
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
esen vanilla (1sk)

Cara-cara
Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) - hana kukus 30min je



Monday, June 24, 2013

CHICKEN CURRY PIE

ASSALAMUALAIKUM...

Melayan anak tekak si tukang masak yg teringin nak makan Chicken Pie. K.Nor lebih suka Chicken Pie versi kari, ada rasa pedas2 sket.. Biasa la tekak melayu kan.. payah nak lari dr rasa pedas.. Jadi utk CHICKEN CURRY PIE ni, K.Nor guna resipi crust yg K.Nor amik kat dapur Sariyusa manakala intinya K.Nor olah sendiri. Mekasih Sari ya.. :)

Bunga2 cinta tak berapa nak nampak kes ter ireng ^___^

Alhamdulillah.. mmg puas hati dpt melayan nafsu anak tekak sendiri ni.. Lepas ni kita cuba buat quiche pulak..  Geram jer tengok CMG tayang dia punya quiche.. Dah save beberapa resipi quiche dr dapur dia.. Tunggu kerajinan melanda dulu.. ^___^


CHICKEN CURRY PIE
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan 'Short Crust Dough': (sesuai bagi inti yang masin/pedas)
sumber resipi : Sariyusa
250 gm tepung gandum
140 gm mentega
1 sb gula kastor
1 sk garam ~ k.nor skip sbb butter dah ada rasa masin
1 biji kuning telur

Cara menyediakan crust:
1. Ramas mentega dan tepung dengan hujung jari sehingga menjadi seperti serbuk roti.
2. Campurkan gula kastor dan garam, gaul lagi.
3. Masukkan kuning telur dan uli sehingga menjadi doh.
4. Canai sebahagian doh dan letakkan pada acuan pai. Bakar 180'C selama 20 minit.
Cara mencanai doh boleh lihat di sini

* k.nor simpan doh yg telah siap dalam peti ais lebih kurang 30 min sebelum digunakan.


Bahan2 inti :
250gm isi ayam ~ dipotong dadu
1 labu bawang besar ~ dipotong dadu
2 ulas bawang putih ~ dicincang
1 bj ubi kentang ~ dipotong dadu
1 btg lobak merah ~ dipotong dadu
1 batang celery ~ dipotong dadu
1 sudu besar rempah kari ayam
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 cawan susu segar
garam dan gula
1 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar minyak

Cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu dan wangi.
Masukkan ayam dan ubi kentang.
Goreng hingga ayam bertukar warna.
Masukkan serbuk kari, lobak merah dan celery.
Kacau hingga sebati.
Masukkan susu segar dan kacau.
Perasakan dgn garam dan sedikit gula.
Renihkan sehingga kuah menjadi pekat dan hendaklah dikacau sesekali supaya inti masak dgn rata dan tidak berkerak.
Masukkan tepung gandum dan kacau rata.
Padamkan api dan ketepikan.

Cara assemble pie ayam:
Keluarkan doh dari peti ais dan ambil setengah darinya dan canai nipis (saiznya melebihi dr saiz loyang)
Kemaskan bahagian dalam pastri dan juga bahagian tepi loyang.
Cucuk dgn garfu dibahagian dalam pastri supaya tidak menggelembung bila dibakar nanti.
Bakar dlm oven yg telah dipanaskan (180C) selama 20 min.
Keluarkan dr oven dan masukkan inti ayam. Ratakan.
Tutup dgn lebihan doh yg dah dicanai.
Kemaskan bahagian tepi loyang pie dan hiaskan mengikut kreativi masing2.
Sapu dgn kuning telur yg dah dicampur dgn sedikit susu segar.
Bakar sekali lg lebih kurang 20 - 30 min atau bahagian atas keemasan.
Keluarkan dari oven dan biarkan seketika, kemudian keluarkan dr loyang pie dan hidangkan.

* utk memudahkan proses mencanai dan mengalihkannya ke loyang, gunakan 2 helai plastik atau kertas baking yg diletakkan dibawah dan atas doh (boleh rujuk link pd resipi doh/crust di atas)
** k.nor guna loyang pie 8"




Monday, May 13, 2013

SPARKLIN' ROSELLE

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah.. akhirnya hajat nak tanam sendiri pokok roselle tercapai bila Ilah JY (mekasih Ilah) dgn baik hati telah mengepos benih roselle kepada K.Nor. Mula2 tanam dulu langsung tak ada pertumbuhan pastu tanam lagi, masih tak menjadi. Kali ke3, K.Nor tak semai lg dah, K.Nor tabur jer dlm plastik bag... ehhh elok pulak dia keluar anak pokok dan membesar dgn baik. Tak sampai sejengkal tingginya, anak2 pokok roselle dah mula menunjukkan tanda nak mengeluarkan putik bunga. Alhamdulillah.. mmg seronok. Bila dialihkan ke tanah, kejap aje ia mula mengeluarkan putik2 bunga, banyak pulak tu.. K.Nor alihkan pd 4 tempat dgn 2 anak pokok pd setiap satunya. Tak sampai sekaki tinggi, pokok2 roselle dah mengeluarkan bunga dan buah yg lebat. Alhamdulillah.. Anak dara K.Nor dah tak sabar nak tunggu roselle berbuah dgn lebih lebat, sbb teringin nak makan jem roselle yg pernah K.Nor buat dulu. Memang sedap tau, jem roselle ni. Boleh dibuat mcm2 dgn jem ni selain disapu pada roti. Boleh buat muffin, kek.. atas kreativiti kita la kan..


Utk roselle yg kali pertama dipetik ni, K.Nor hasilkan jus yg sedap dan nyaman sungguh diminum time panas2 ni. Roselle ni banyak khasiatnya selain vit C yg kita maklum selama ni.. Nak tau cuba baca kat SINI atau kat SINI. Dulu pernah K.Nor kirimkan kat anak K.Nor masa dia masih belajar kat Jordan utk belikan roselle kering. Org Arab panggil roselle ni Karkadih hehe.. Masa tu K.Nor bagi Cik Abe minum jus dari roselle kering ni utk menurunkan tekanan darahnya (lepas buat bypass dulu tu) Alhamdulillah.. kalau kena demam or demam selsema, elok sgt minum jus roselle ni. Insyaallah cpt proses penyembuhannya..


Insyaallah, lepas ni akan dicuba utk menghasilkan resipi lain pulak dgn menggunakan roselle (fresh dr kebun gitu hehe) yg masih dlm proses matang tu.. ehh.. nak tanyang pokok roselle la.. hehe

          Pokok roselle, ketika baru dialihkan ke tanah       Roselle yg dah hampir matang


SPARKLIN' ROSELLE
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
15 - 20 kuntum bunga roselle
1 liter air
300 ml air soda
7 sudu besar gula ~ ikut kemanisan yg disukai
ais secukupnya

Cara:
Bersihkan bunga roselle dan asingkan bijinya.
Masukkan ke dalam periuk bersama 500 ml air dan gula.
Masak hingga gula larut dan roselle menjadi lembut.
Biarkan sejuk.
Masukkan air dan kelopak roselle td ke dalam jag dan masukkan air soda dan 500 ml air (air masak). Kacau.
Tuangkan kedalam gelas berisi ais secukupnya.
Sedia utk dinikmati.

*kelopak roselle yg dimasak td jgn dibuang. boleh dimasukkan dlm minuman atau dimakan gitu aje.. sedap tau .. masam2 manis gitu ^__^


Monday, May 6, 2013

KACANG PHOOL

ASALAMUALAIKUM...

Dah lama betul berhajat nak buat dan merasa KACANG PHOOL, menu yg pemes di selatan tanah air ni (Johor & Singapore). Dah pernah intai2 kacang parang (foul medammas) kat gergasi, tp tak pernah pulak terserempak. Akhirnya, sorang teman blogger yg baik hati, yg tau K.Nor duk teringin nak buat Kacang Phool ni, telah post setin foul medammas baru2 ni.. Happy bukan main, mcm dpt emas seketul! haha..


Mekasih juta2 lemon ya cik puan nan seberang, dah buat pun KACANG PHOOL, dgn menggunakan resipi dr dapur anda juga. Guna yg versi II tp dah diderhakan sket. Sket jer.. Nor tambah sedikit daging kisar dlm tu. Pandai2 jer menambah kan.. psst... tak kena hukuman pancung kan.. hehehe



KACANG PHOOL II 
sumber : Ayu@ Curlybabesatisfaction
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:-(4-5 orang)
1 tin foul medammas(kacang parang)-diblender dengan sedikit air
200gm daging kisar ~ k.nor tambah
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih*
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis*
1 sudu kecil serbuk ketumbar*
1/2 sudu kecil bawang putih kisar*
1 sudu kecil bawang besar kisar*
1 sudu besar rata cili kisar*
1 sudu besar minyak sapi
11/2 sudu besar minyak
air secukupnya
garam secukup rasa

Bahan hiasan & Taburan:-
5 batang cili hijau dihiris bulat
1 biji bawang besar dipotong dadu
5 biji telur digoreng 'mata lembu'
5 biji limau sambal, dibelah 2 untuk diambil jusnya
1-2 batang roti perancis atau secukupnya - dipotong dan dibakar didalam oven sebelum dihidang

Method:-
Panaskan minyak sapi & minyak didalam kuali dan tumiskan bahan2 yang bertanda* hingga naik bau. (Masukkan daging kisar dan masak hingga daging mengeluarkan air. Biarkan hingga sedikit kering) Masukkan kacang parang yang telah diblender tadi, gaul rata.
Masukkan garam dan sedikit air kalau adunan nampak pekat, atau terpulang nak pekat atau cair macam mana, tapi jangan terlalu cair atau terlalu pekat ya.
Bila sudah mendidih matikan api.
Siap untuk dihidang bersama bahan2 hiasan taburan dan perah jus limau sebelum dimakan/cicah dengan roti perancis yang telah dibakar tadi..

update:
utk yg nak tau rupa kacang parang (foul medammas) yg k.nor gunakan.. 

Gambar dr blog mamawandiha ..
Ratna! pinjam gambar ek.. maceh :)

Friday, April 5, 2013

KUZI HATI ~ MALAYSIAN FOOD FEST (KELANTAN MONTH)

ASSALAMUALAIKUM....

Salam Jumaat buat semua, semoga kita semua mendapat keberkatan dan rahmat di hari mulia ni. Perbanyakkan selawat pd Nabi Muhammad s.a.w pada hari Jumaat ya.. mudah2an kita mendapat syafaatnya pada hari perhitungan nanti.. amiin...


Kebetulan dlm freezer ada sedikit hati lembu, lebihan buat HATI PALEMBANG tempohari, jadi K.Nor terfikir nak perhabiskan la.. Duk pikir2 nak masak apa dgn hati yg tak sampai 400gm ni, teringat kat lauk Kuzi Daging yg ada dlm buku 50 HIDANGAN PENAMBAT SELERA, buku masakan K.HANIELIZA. Kalau K.Liza masak guna daging, K.Nor nak derhakakan sket dgn menggunakan hati. Tak salah pun kan, kita yg masak dia..  K.Nor dah banyak gugel resipi kuzi tp K.Nor lebih tertarik nak guna resipi K.Liza ni, sbb ianya lebih mudah dan bahan2 yg digunakan agak simple dan insyaallah ada kat dapur. Sesetengah resipi kuzi lain memerlukan lebih banyak bahan utk digunakan dlm masakan kuzi. K.Nor lebih suka try resipi yg simple dan dlm blog ni pun kebanyakkannya resipi simple2 jer.. Kebanyakkan email yg K.Nor terima suka SG sbb memaparkan resipi yg mudah dan simple bahan2nya. Kalau yg cerewet ni org lain terutamanya yg baru nak belajar masak pun rasa kurang rajin dan tak berminat nak buat melainkan yg betul2 punya kerajinan lebih dan masa terluang yg lebih.. tak gitu hehe


Alhamdulillah... mmg best sungguh KUZI HATI ni.. gravy dia tu, enak sih.... 2 thumbs up tau! menjilat jari jemari.. jari kanan jer la, jari kiri nak jilat watper.. kan.. hehehhehe.. Meh la menerai resipi kuzi K.Liza ni.. insyaallah sedap tau.. Mekasih K.Liza, Nor nak kongsikan resipi kat sini ya..

Dan, bila sebut kuzi, masakan ni dtgnya dr Kelantan kan. Jadi K.Nor amik peluang utk masukkan sekali entri/masakan ni ke MALAYSIAN FOOD FEST ~ Kelantan Month yg dihoskan oleh Gert. Gert, u should try this, makan dgn nasi minyak pun best tau ^___^

KUZI (HATI) DAGING
resipi : K.Hanieliza @ 50 Hidangan Penambat Selera
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan A:
500 gm daging ~ k.nor guna hati lembu
3 sudu makan rempah kuzi
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan susu cair
1 cawan air
5 bj cili merah ~ dibelah 2
2 biji tomato ~ dibelah 4
1 labu bawang besar ~ dibelah 4
1/2 cawan kismis
3 sudu makan minyak masak
garam secukup rasa

Bahan B ~ dikisar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 in halia
1 cawan bawang goreng
5 biji cili merah

Cara:
Daging/hati dipotong kecil.
Gaulkan daging dgn rempah kuzi dan sos tomato.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan B dan daging yg digaul tadi hingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan susu cair, kismis, tomato, bawang besar dan cili merah.
Kacau rata dan biarkan sehingga pecah minyak lagi dan pekat.
Hidangkan dengan nasi minyak atau nasi putih ataupun roti.

* k.nor kurangkan bilangan cili merah (dlm bahan B) dan masukkan 1 sudu besar cili mesin.
* k.nor juga tumis dulu sedikit rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan bunga lawang)


Bagi yg tak ada rempah kuzi boleh cuba resipi rempah yg dibawah ni...


RESIPI REMPAH KUZI by Zaliana MyResipi

Bahan2:
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh lada hitam
6 kuntum bunga cengkih
1 inci kulit kayu manis
4 biji buah pelaga-sila buang kulit dan ambil bijinya sahaja
1 kuntum caber
2 kuntum bunga lawang

Cara:
Basuh bersih kesemua bahan didalam tapis.Kemudian goreng kering/sangai di dalam kuali.
Kisar rempah tadi dalam pengisar kering.Boleh juga ditumbuk hingga halus. Sebagai panduan berat rempah yang dapat ialah anggaran sebanyak 10 gram.

(k.nor rasa kalau tak ada caber rasanya boleh skip aje)

REMPAH KUZI by Chef Hafiza
sumber : Yatie Memories

Bahan2:
2 sudu makan ketumbar*
1 sudu makan jintan manis*
1 sudu makan jintan putih* (* di sangai dan kisar kering)
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 btng kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
5 tangkai bunga cengkih


(k.nor rasa kesemua rempah dihendaklah disangai dan dikisar utk menghasilkan rempah kuzi.. spt yg dibuat oleh Zaliana)




"I am submitting this post to Malaysian Food Fest, Kelantan Month hosted by Gertrude of My Kitchen Snippets "



Wednesday, March 6, 2013

PUDING ROTI MARBLE COKLAT

ASSALAMUALAIKUM...

Aci tak wordless Wednesday arini... hehe Tuan rumah kebizian arini ^__^  ehhh.. tak jadi WW ler.. heeee....



PUDING ROTI MARBLE COKLAT
resipi : Hanamemories.blogspot.com
sumber : K.Nor@SecubitGaram


Bahan-bahan
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
10gram serbuk agar2 @ sepeket
1/2 cawan gula - bleh kurangkan
2 sudu besar butter@marjerin (cairkan)
31/2 cawan air = hana gune cwn biasa 230ml
2 sudu besar serbuk koko @ coklat emulco- hana campur coklat Hersheys ~ k.nor guna 1/2 sk choc emulco

Cara-cara
Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.
Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api.
Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. (Jika menggunakan serbuk koko, bancuh dahulu dgn sesudu air panas jadikan pes agar tidak berbiji2@bergentel2 serbuk koko tersebut).
Ambil sesenduk warna putih@plain dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna putih@plain tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. ulang smula kaler putih@plain dan buat hingga habis.. ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.
Nota : Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2. dan bagi yang kurang gemar berlemak/manis, kurangkan sukatan susu pekat.


Tuesday, February 19, 2013

MASAK LEMAK JANTUNG PISANG

ASSALAMUALAIKUM...

Baru perasan dah 3 entri berturut duk tayang kek jer kan.. Selalunya K.Nor lebih suka tayang menu yg berbeza. Kalau hari ni menu lauk pauk, esok menu dessert, pastu selang dgn snack atau roti.. gitu la.. memang lebih suka main selang2 menu gitu, nampak lah ada kepelbagaian sket. Tapi nak buat camana, dah post kan.. sesekaliiiiiiii jer kut.. :)

Kita balik ke menu hari ni.. Menu kampung yg dimasak semalam ni mmg mabeles sungguh. Kiranya complete set ler, siap dgn pelakon2 tambahan yg membangkit selera. Dah lama benor tak makan sambal belacan tp bila pekena menu gini, ku lupakan jururawat yg bakal dtg melawat. Garu hidung pun garu la, tak kisah dah.. Sedap punya pasal.. 



Dua hari lepas dapat lg 3 biji jantung pisang, pemberian jiran baik hati. Sehari sebelum tu dia datang dgn isterinya K.Nor sempat tanya, ada lg tak jantung pisang? Pa Ngah tu mmg ada kebun pisang, dia dan isterinya tak makan jantung pisang.. angin katanya. Dia ckp, ada.. nanti bawak lagi.. Kombang hati den dengar hehee... Keesokkannya dtg ler Pak Ngah ni bawak 3 bj jantung pisang yg baru potong kat pokok. Alhamdulillah.. rezeki kan.. Terus K.Nor sms org Kuantan, sbb aritu dia pesan suruh 'lontar' jantung pisang kalau dpt lagi.. Kita tanya dia, nak sebiji ke dua, dia jawab 3! Mau ketiga2 sekali tu, tamak betul makcik ni! .... haaa.. nanti ku lontarkan.. hehe.. Ni la untungnya duk kampung kan.. dpt pulak jiran baik hati.. Alhamdulillah.. Org berbudi kita berbahasa kan.. :)

Dalam kepala dan plan nak buat masak lemak dgn jantung pisang ni,  kebetulan pulak Sheila letak link entri MASAK LEMAK JANTUNG PISANG, dari blog HanaMemories. Terus K.Nor ke dapur Hana dan kopipes resipi tu. Males dah nak reka2 resipi lain.. copycat yg dia dah.. senang kerja. Alhamdulillah.. mmg sedap jantung pisang dimasak lemak gini, kena pulak dgn adanya gandingan yg mantop.. Tak toleh kiri kanan dah masa ngap.. Mekasih Sheila dan mek Hana resipinya ya.. dpt tak jantung pisang akak lontar semalam, ke tersesat tang kelain lak hehe

Tak seberapa nampak pelakon2 tambahan tu..
Ada ikan selayang goreng, ikan kering/masin goreng, sambal belacan dan tak lupa ulam kacang botol dan ulam raja
Pastu ada Ayam Masak Kicap Pedas utk Along & Naim ^__^
MASAK LEMAK JANTUNG PISANG
resipi : hanamemories.blogspot.com
sumber: K.Nor@SecubitGaram

Bahan2 :
1 biji jantung pisang
*3 biji bawang merah
*2 ulas bawang putih
*sejemput ikan bilis kopek
*10-15 biji cili padi - bergantung kepedasan masing2
1 kotak santan KARA
2 kotak air biasa (guna kotak santan )
garam dan perisa@gula secukup rasa

Cara-cara
Rebus jantung pisang dengan sedikit garam hingga lembut. (Cucuk dengan garfu utk pastikan jantung pisang sudah lembut ). Toskan dan perah kemudian hiris-hiris. Ketepikan.
Tumbuk bahan *. Satukan ke dalam periuk bahan tumbuk, santan dan juga air.Kacau supaya santan tidak pecah.
Masukkan jantung pisang, garam dan perisa@gula secukup rasa.
Didihkan. Hidangkan dengan nasi putih hangat dan lauk sampingan.

Wednesday, February 6, 2013

ROTI BUNGA BERINTI KACANG MERAH & the making..

ASSALAMUALAIKUM..

Lama tak buat adegan 'the making ... ' kan.. Bila kerajinan datang dgn mood yg meninggi, baru la rajin buat the making atau step by step ni.. Tambah lg bila mood cameraman pun elok , boleh la bodek mintak dia shoot step by step tu.. hehe 

Kali ni K.Nor nak kongsikan cara2 membentuk ROTI BUNGA BERINTI KACANG MERAH yg masih menggunakan resipi roti kegemaran K.Nor BASIC DOUGH. Tapi kaedah membentuk tu, idea dtgnya dr satu page di fb, iaitu page BUKU RESEPI. Banyak info, tip dan idea yg boleh kita dpt dr page ni.. mmg bermanafaat... Sila la selongkar album gambar kat page tu dan lihat sendiri kelebihan yg terdapat di situ. Mekasih pd admin BUKU RESEPI yg sentiasa post pelbagai info dan ilmu yg berguna di page tu.. Kalau nak order buku masakan pun boleh, mmg dia menjual secara online.. (promote baekkk punya nih.. hehehe.. )
huhu.. roti ku terireng.. 

Idea membentuk Roti Bunga Berinti Kacang Merah ni dtgnya dr SINI, tp K.Nor tak ikut spt dlm gambar tu, yg menggunakan inti cincangan kekacang sbg intinya. Sebaliknya K.Nor guna inti kacang merah sbb my Che Abe penggemar roti berintikan kacang merah..

Ok jom layan the making of ROTI BUNGA BERINTI KACANG MERAH (K.Nor gunakan separuh dr doh yg dihasilkan menggunakan resipi BASIC DOUGH dibawah).  Semoga memberi semangat pd yg nak mencuba bila lihat pd gambar2 step by step ni..  Selamat mencuba :)

Click to enlarge

BASIC DOUGH 
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
380gm tepung high protein (tpg roti)
3 sudu besar susu tepung
80gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 bj telur A ~ dikocok sket dgn garfu
100ml air
100gm water roux*
1/2 sudu kecil garam
30gm butter
30gm shortening

Cara:
Masukkan bahan air, telur dan water roux ke dalam bread maker (BM) dan lepas tu masukkan bahan2 kering spt tepung dan susu tepung.
Letakkan gula dan yis di satu penjuru manakala garam di penjuru yg lain.
Tekan suis on pd BM dan setkan pd mode dough.
Tekan start dan biarkan ia menguli utk seketika.
Bila dah membentuk sebiji doh boleh la dimasukkan butter dan shortening.
Biarkan sehingga proses menguli selesai.
Biarkan ia naik hingga 2x ganda atau BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.
Boleh la dibentukkan doh td mengikut citarasa anda.

#kalau nak doh yg lebih lembut dan gebu boleh la diulang proses menguli tu sekali lagi.


WATER ROUX*  : (menggunakan kaedah 1:5 .. 1 utk tepung, 5 utk air.. )
30gm tepung gandum
150ml air

Masukkan dlm kuali/pan dan panaskan dgn api sederhana.
Hendaklah sentiasa dikacau supaya tak berketul.
Kacau hingga pekat dan padamkan api ( dlm 2 minit jer)
Bila sejuk masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm peti ais sehingga nak digunakan.
Keluarkan dr peti ais, biarkan hingga pd suhu bilik baru lah digunakan.


Thursday, January 17, 2013

GARLIC BREAD ~ Dari BASIC BREAD MAMAFAMI

ASSALAMUALAIKUM...

Selalunya K.Nor kalau nak buat roti mesti guna resipi Basic Dough yg bagi K.Nor dah cukup perfect dr segi kelembutan dan kegebuannya. Tapi sekali ni terseru nak mencuba resipi yg dikongsikan oleh MamaFaMi yg dah berderet blogger2 masakan duk cuba. 1 adunan dr resipi Basic Bread ni mmg menghasilkan roti yg agak banyak. K.Nor dah timbang, 1 kg lebih! Memang puas hati dpt doh yg banyak sbb dapat bermain2 dgn doh, mencuba bentuk itu dan ini.. Meroti mmg kegemaran K.Nor, sbb K.Nor suka bentukkan roti, suka bereksperimen dgn doh. Kalau kita tengok kat internet mcm2 pesen roti/bun yg boleh kita create kan.. Memang mengasyikkan kalau dpt ikut spt apa yg dia org buat.. Tambah lagi bila roti tu naik dgn elok dan menjadi .. Cukup puas hati. Tapi nak puas hati lg kena buat time anak2 ramai sket kat rumah. Aisyah dan Luqman mmg suka makan roti yg baru dikeluarkan dr oven. Opss.. semestinya lepas shooting la baru dia org ngap.. hehehe.. Nasib lah kan, si emak blogger masakan.. Kalau lah si emak tak jadi blogger masakan, rasanya mungkin K.Nor tak 'menjadi' spt sekarang ni... Mungkin masih spt dulu2, masak apa yg biasa dimasak.. Yer, internet amat penting dlm kehidupan.. cuma jgn kita tersalah guna dah la dehh... 


Ermmm... Jauh pulak perginya.. Jom kita balik ke pangkal jalan.. (kadang2 gelak sendiri jer bila baca kat blog lain, ramai jugak yg guna ayat ni.. tak sangka, ayat yg K.Nor selalu guna ni dah jadi ikutan geng blogger lain.. hehe) Mekasih Mama, sudi berkongsi resipi roti ni dan mekasih juga pd sumber2 lain dan empunya resipi..yep.. mmg lembut roti ni mungkin sbb penggunaan yis yg banyak. Biasanya utk 500gm tepung, K.Nor guna 1 paket yis mauripan jer jd K.Nor tak ikut 100% resipi Mama ni.. Tu pun, doh naik elok..


Dengan dough Basic Bread ni , K.Nor hasilkan Garlic Bread yg dimakan bersama Mushroom Soup. Memang best! Bg yg ahli keluarga tak ramai, disarankan buat 1/2 adunan jer sbb tp kalau nak buat full adunan pun tak per.. Boleh simpan dlm esbok, panaskan bila perlu .. 

BASIC BREAD RECIPE
source : MamaFaMi &  Puan Roshayati Johari
source : K.Nor@SecubitGaram

Ingredients :
(A)
500g bread flour/high protein flour
100g sugar
1 teaspoon salt
30g milk powder
1 teaspoon bread improver (optional)
1 teaspoon bread softener (optional)
4 teaspoons instant dry yeast

(B)
250ml water
1 egg (lightly beaten)

(C)
80g margarine

(D)
Coarse sugar to sprinkle

Method :
1. Mix well all ingredients in (A)
2. Add (B) into (A) and knead till smooth.
3. Add (C) and continue kneading till smooth and shiny and dough does not stick to your hand.
4. Leave to prove for 30 - 40 minutes.
5. Punch down the dough to let the air out.
6. Divide the dough according to the weight you wish. Make into balls and leave to rest for 10 minutes.
7. Shape accordingly.
8. Leave to prove for 40 minutes - 1 hour.
9. Bake till golden brown.

* utk menghasilkan Garlic Bread:
- Ambil sebahagian doh dan canai menjadi segi empat.
- Sapukan dgn Garlic Spread.
- Gulung kemas dan klimkan sket bahagian hujung supaya tak mudah terbuka.
- Susunkan ke dalam loyang yg dah digris atau dialaskan dgn baking paper.
- Sapu lebihan Garlic Spread di atas doh yg dah siap dibentuk.
- Biarkan doh naik kembali sekali ganda dan bakar hingga masak.


GARLIC SPREAD

Bahan:
4 sudu besar butter ~ dlm keadaan suhu bilik
5 ulas bawang putih
1/2 sudu kecil daun parsley kering 

Cara:
Buang kulit bawang putih dan bungkus dgn aluminium foil.
Bakar seketika utk melembutkan bawang putih (kaedah ni memberikan bau dan rasa garlic spread yg lebih sedap)
Tumbuk halus bawang putih yg dah lembut tadi dan gaulkan sebati dgn butter.
Sedia untuk digunakan.

* garlic spread ni boleh disapukan pada french loaf yg dihiris dan kemudian dibakar.