f Secubit Garam: CHICKEN CURRY PIE

N3 Terkini

Monday, June 24, 2013

CHICKEN CURRY PIE

ASSALAMUALAIKUM...

Melayan anak tekak si tukang masak yg teringin nak makan Chicken Pie. K.Nor lebih suka Chicken Pie versi kari, ada rasa pedas2 sket.. Biasa la tekak melayu kan.. payah nak lari dr rasa pedas.. Jadi utk CHICKEN CURRY PIE ni, K.Nor guna resipi crust yg K.Nor amik kat dapur Sariyusa manakala intinya K.Nor olah sendiri. Mekasih Sari ya.. :)

Bunga2 cinta tak berapa nak nampak kes ter ireng ^___^

Alhamdulillah.. mmg puas hati dpt melayan nafsu anak tekak sendiri ni.. Lepas ni kita cuba buat quiche pulak..  Geram jer tengok CMG tayang dia punya quiche.. Dah save beberapa resipi quiche dr dapur dia.. Tunggu kerajinan melanda dulu.. ^___^


CHICKEN CURRY PIE
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan 'Short Crust Dough': (sesuai bagi inti yang masin/pedas)
sumber resipi : Sariyusa
250 gm tepung gandum
140 gm mentega
1 sb gula kastor
1 sk garam ~ k.nor skip sbb butter dah ada rasa masin
1 biji kuning telur

Cara menyediakan crust:
1. Ramas mentega dan tepung dengan hujung jari sehingga menjadi seperti serbuk roti.
2. Campurkan gula kastor dan garam, gaul lagi.
3. Masukkan kuning telur dan uli sehingga menjadi doh.
4. Canai sebahagian doh dan letakkan pada acuan pai. Bakar 180'C selama 20 minit.
Cara mencanai doh boleh lihat di sini

* k.nor simpan doh yg telah siap dalam peti ais lebih kurang 30 min sebelum digunakan.


Bahan2 inti :
250gm isi ayam ~ dipotong dadu
1 labu bawang besar ~ dipotong dadu
2 ulas bawang putih ~ dicincang
1 bj ubi kentang ~ dipotong dadu
1 btg lobak merah ~ dipotong dadu
1 batang celery ~ dipotong dadu
1 sudu besar rempah kari ayam
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 cawan susu segar
garam dan gula
1 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar minyak

Cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu dan wangi.
Masukkan ayam dan ubi kentang.
Goreng hingga ayam bertukar warna.
Masukkan serbuk kari, lobak merah dan celery.
Kacau hingga sebati.
Masukkan susu segar dan kacau.
Perasakan dgn garam dan sedikit gula.
Renihkan sehingga kuah menjadi pekat dan hendaklah dikacau sesekali supaya inti masak dgn rata dan tidak berkerak.
Masukkan tepung gandum dan kacau rata.
Padamkan api dan ketepikan.

Cara assemble pie ayam:
Keluarkan doh dari peti ais dan ambil setengah darinya dan canai nipis (saiznya melebihi dr saiz loyang)
Kemaskan bahagian dalam pastri dan juga bahagian tepi loyang.
Cucuk dgn garfu dibahagian dalam pastri supaya tidak menggelembung bila dibakar nanti.
Bakar dlm oven yg telah dipanaskan (180C) selama 20 min.
Keluarkan dr oven dan masukkan inti ayam. Ratakan.
Tutup dgn lebihan doh yg dah dicanai.
Kemaskan bahagian tepi loyang pie dan hiaskan mengikut kreativi masing2.
Sapu dgn kuning telur yg dah dicampur dgn sedikit susu segar.
Bakar sekali lg lebih kurang 20 - 30 min atau bahagian atas keemasan.
Keluarkan dari oven dan biarkan seketika, kemudian keluarkan dr loyang pie dan hidangkan.

* utk memudahkan proses mencanai dan mengalihkannya ke loyang, gunakan 2 helai plastik atau kertas baking yg diletakkan dibawah dan atas doh (boleh rujuk link pd resipi doh/crust di atas)
** k.nor guna loyang pie 8"




20 comments:

  1. salam k.nor, tgh jengah2 tetiba ada resepi baru hari ni...tgh jenguk resepi bubur lambuk tdnya...sedapnya chicken pie ni kak nor... rasa cam karipap yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam lieza.. uishh bubur lambuk.. puasa ya.. :)

      yep, inti dia lebih kurang inti karipap.. biasa la anak tekak melayu ni lieza.. nak yg kari, nak yg pedas2 :)

      Delete
  2. assalamualaikum...
    sedap ni... siap bercorak2 atas pai tu lagi.. rajin benor mendeko ye.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam nani.. kalau tak ireng tu, mmg nampak lg cun part atas tu .. mmg ada bunga, ada daun.. hehe

      Delete
  3. Assalammualaikum kak :)


    menggoda sungguh pai versi melayu ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam pia comel..

      tak menggoda tak sah kan :)

      Delete
  4. Salam Kak Nor..

    Isshh terliur plak tgk pie chicken akak ni...
    Dah la posa..harus balik kang buat chicken pie.. ;)

    thanks share wesepi..muahh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam..

      yr welcome.. slmt mencuba ya..

      Delete
  5. salam kak Nor lama juga x mkn pie...bolah lah try bhn pun mudah je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam sue.. dah buat kan.. camna kena dgn selera anak tekak tak? :)

      Delete
  6. thanks for the resepi...uda lma tepingin try buat chicken pie...igt cara buatnya susah....hehehehe...p/s: pic tu memang menggiurkan..

    http://jumnutriblog.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak susah cuma banyak step aje.. slmt mencuba ya..

      Delete
  7. Assalamuaalikum...sedapnya...bole laa saya cuba....

    ReplyDelete
  8. Sedap! PH pun suka pai yang berinti kari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. ada rasa kari2 baru umpphh :)

      Delete
  9. salam rindu kak nor, waduh waduh, ada pie ayam la pulak...nak sikittt

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam liza.. soriiii dah lama abis ni :)

      Delete
  10. Dah buat 2 kali. Mmg sedap. Tp pastrinya rapuh benar. Susah juga nak masuk dlm acuan . Cpt patah. Aleh2 tampal aje mana2 yg patah . Jd juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam rodziah.. mungkin pastry tu terlebih gaul kut. biasanya pastry yg terlebih gaul/uli mmg cpt rapuh.. cuba tambah sket air supaya ia tak berderai sgt

      Delete