f Secubit Garam: BLACKPEPPER LAMB CHOP again...

N3 Terkini

Wednesday, June 5, 2013

BLACKPEPPER LAMB CHOP again...

ASSALAMUALAIKUM...

Melayan permintaan Cik Abe yg katanya dah lama K.Nor tak buat Lamb Chop.. erkkkk.. bukannya selalu buat sangat pun.. Tapi dah dia tu mmg suka makan menu kamben, anak dara tu pun dah mengikut citarasa ayahnya yg suka menu kamben.. Lagipun cuti sekolah ni, layan jer la kan.. Kalau nak buat time bertiga jer tak syok rasanya.. hati mesti teringat kat anak2 kalau buat something yg special sket kan..


Kali ni K.Nor tak buat Mashed Potato cuma goreng fries jer utk menggantikan Mashed Potato. Creamy Coleslaw pulak kurang sket ke'creamy'annya tu disebabkan kurang mayonis.. Takper la kurang creamy pun, sbb mlm tu coleslaw ni tetap licin.. hehe


Utk penyegar anak tekak K.Nor buat Jus Roselle.. Kiranya ngam la makan menu berlemak pastu digandingkan dgn jus masam2 manis kan..

Jom semak resipi.. Tuan rumah dah tak tau nak pot pet apa lg nih... ^___^

BLACKPEPPER LAMB CHOP
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan :
5 kpg daging kambing
5 ulas bawang putih ~ ditumbuk halus
1 sudu besar serbuk lada hitam ~ yg baru ditumbuk
3 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula perang/madu
2 sudu besar minyak zaitun

Cara:
Gaul kesemua bahan kecuali daging kambing.
Lumurkan bahan perapan pada daging dgn rata.
Perap dlm peti ais lebih kurang 1 - 2 jam. (lama lama lagi baik)
Panaskan grill pan dgn api sederhana atau boleh juga guna non stick pan. (k.nor guna pemanggang ajaib)
Letakkan daging kambing dan panggang lebih kurang 8 - 10 min.
Kemudian balikkan dan panggang lagi sehingga masak. (jangan balik2kan banyak kali, cukup hanya sekali utk menghasilkan daging panggang yg lebih enak).
Angkat dan hidangkan dgn Sos Lada Hitam, Garlic Mashed Potato & Creamy Coleslaw.


SOS LADA HITAM
sumber : KasihSalina
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
1 bawang besar [didadu]
2 bawang putih [dicincang]
4-5 sudu besar lada hitam [kisar]
2 sudu besar tomato sos
1 sudu besa sos cili
2 sudu sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar susu fresh
2 setengah cawan air rebusan tulang ayam/daging @ kiub ayam Knor
1 sudu kecil tepung jagung bancuh ngan air sikit
garam dan sedikit gula
minyak untuk tumis (guna mentega pun boleh)

Cara:
1. Tumis bawang besar & bawang putih sampai layu.
2. Masukkan air rebusan ayam.
3. Masukkan tomato sos, cili sos, lada hitam, sos tiram @ kicap dan tepung jagung.
4. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendaki
5. Lastly, masukkan susu fresh, garam dan gula secukup rasa.

CREAMY COLESLAW
resipi olahan : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
1/2 cawan lobak merah yg disagat
1/2 biji bawang besar ~ dihiris halus
4 cawan kobis yg disagat
3 - 4 sudu besar mayonis ~ k.nor guna lady's choice magic mayo
2 sudu susu fresh
secubit garam

Cara:
Masukkan kesemua bahan ke dalam sebuah mangkuk dan gaul rata.
Simpan dalam peti ais.
Hidangkan sejuk.

25 comments:

  1. salam kak nor..

    adui, terliur tengok lamb chop..sedapnyaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam... try la.. insyaallah sedap :)

      Delete
  2. Assalamualaikum Kak Nor..ngancam betul tengok sos lada hitam tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam nenie.. sos tu sedap.. try la :)

      Delete
  3. kurang mayo pn ok sgt dh ni kak..tu kan tgk dah licin..zila pun suka gak kambing2...

    ReplyDelete
  4. salam, nampak sedap sangat... jemput masuk ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com untuk mendapatkan harga istimewa produk shaklee

    ReplyDelete
  5. Salam perkenalan.. :)

    Waa.. Sangat mengiurkan.. Tgk gamba je pn da menarik.. Rasanya pasti sedap.. ;) will try the recipe..

    http://qaseh-delima.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. saya dh ketagih n tertunggu..tunggu n3 kak nor..banyak pahala kak nor atas perkongsian ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. uishhhh.. dah sampai ketagih tu.. mekasih ya sudi luangkan masa ke SG ni.. :)

      Delete
  7. ni buat nak beli terus pemanggang ajaib ni..hehe

    jemput ke blog saya untuk tips kesihatan wanita ye, terima kasih

    ReplyDelete
  8. salam kak..
    waduhhhhh kemecer!! kita suka sgt kamben! ari2 mengembek pon takpe! danish danial pon dah terikut mak dier mengembek... ayah nyer jerk tak reti ngembek.. mooo mooo jer tau! hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam mek.. lama tak nampak rupanya jg org dlm pantang ya..

      wooo antu mbekk ya.. sama cam my laling dgn anak dara tu.. tkper la.. akak boleh geng mooo moooo dgn hamzah jer la.. hehe

      Delete
  9. terliur tengok..tp malas nak ke dapur...

    ReplyDelete
  10. salam kak nor...nak kacor kat sini la pulak...lambchop satu yer...order jer boleh tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam.. boleh .. boleh.. tahun dpn sampai ya.. heheeeee

      Delete
  11. Sis..klu buat sos lada hitam banyak2 pastu simpan dlm peti sejuk boleh x....agak2 tahan berapa hari? Klu ikut resepi sis ni boleh dapat berapa banyak?

    ReplyDelete
  12. kalau satu adunan yg kat atas tu dpt dlm lebih kurang 2 - 3 cawan tp tengok atas kepekatan sos yg kita buat. setakat ni tiap kali buat mmg ada lebihan, k.nor simpan dlm bekas dn simpan kat freezer. insyaallah tahan lama kalau kita simpan kat freezer. time nak guna/makan, panaskan balik. insyaallah mudahkan kerja.. :)

    ReplyDelete
  13. kak nor.... daging kambing bahagian mana sesuai buat steak ye... selalu nak cuba tapi tak konfiden hehe. takut daging keras

    ReplyDelete
    Replies
    1. k.nor bukannya expert bab daging kambing ni dan jugak bukannya sentiasa buat atau sentiasa menerai part itu atau part ini.. selalunya k.nor beli yg dah siap potong kat giant tu.. dan selalunya kalau tak silap dia nyatakan kat situ, bahagian shoulder..

      yg jd keras ni mungkin sbb dipanggang/bakar terlalu lama. jd air pd daging kamben tu dah kering dan menjadi liat... wallahua'lam

      Delete