f Secubit Garam: TRIFFLE ISTIMEWA

N3 Terkini

Saturday, June 22, 2013

TRIFFLE ISTIMEWA

ASSALAMUALAIKUM...

Entri last yg bersangkut paut dgn kek recycle smlm.. Bukan bahan bukan makanan aje yg boleh di recycle ya..  Mekasih bg yg telah bg idea penggunaan word recycle bg kek sponge yg tak menjadi yg pd mulanya K.Nor sebut kek yg ditransformkan.. rasa lucu jugak mula2 bila sebut kek recycle tp mmg tepat penggunaan word tu rasanya.. Memang asalnya nak buat kek lain, tp bila tak berapa nak menjadi, dari dibuang begitu aje, K.Nor recycle menjadi kek atau dessert lain. Kek yg pertama yg dihasilkan hasil recycle adalah KEK TIRAMISU dan untuk recycle yg ke2 K.Nor buat tiramisu. Disebabkan kek yg dihasilkan yga tak berapa menjadi tu, tak segebu kek sponge biasa (teksture kek sedikit kasar dan tak gebu) jd K.Nor fikir lebih elok dibuat triffle sbb masa kita buat triffle tu, kita boleh siram dgn air koktel, jadi kek tu akan lembut bila diresapi air tu nanti. Alhamdulillah.. mmg menjadi dgn elok spt yg diinginkan.. dan syukur juga tak berlaku pembaziran kan.. 



Kali ni K.Nor buat sekali lg TRIFFLE ISTIMEWA menggunakan resipi CMG. Kebetulan dlm freezer ada sedikit lebihan whipped cream, tu yg godek resipi Che Mat ni. Tapi K.Nor tak ikut 100% step yg Che Mat buat sbb K.Nor hanya buat 1 layer jer. Resipi asal, Che Mat buat dgn menggunakan 2 layer kek. Triffle yg K.Nor buat ni dah cukup tebal bila menggunakan 1 layer kek. Rasa Triffle ni maintain sedap.. Tak caya, cuba la... 


TRIFFLE ISTIMEWA MAT GEBU
resipi : CMGebu
sumber: K.Nor@SecubitGaram

BAHAN KEK SPONGE :-) 
200 gram tepung optima (instant cake flour)
3 biji telur gred B
50 gram mentega, cair dan sejukkan
50 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla

BAHAN KASTARD :-)
200 ml susu sejat IDEAL
100 ml air
2 kuning telur
2 camca besar penuh tepung kastard
4 camca besar gula atau secukup rasa
3/4 camca teh esen vanilla

BAHAN JELLY :-) 
1/2 camca teh konnyaku jelly powder
Gula secukup rasa,
500 ml air
1/2 camca teh strawberry emulco
Beberapa titik pewarna merah

BAHAN LAIN :-)
1 tin besar buah2an koktel, ditoskan, asing jusnya
200 ml whipping cream (1 kotak kecil), disejukkan 
Jus dari buah2an koktel tadi


CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK SPONGE CAKE :- Satukan semua bahan kecuali mentega cair dan esen vanilla, ke dalam mesin kek, putar pada kelajuan sederhana sehingga semua bahan bersatu, kemudian putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat. Masukkan mentega dan esen vanilla, kaup balik hingga adunan rata. Tuang dalam loyang 12 inci x 12 inci yang telah dialas kertas minyak dan bakar pada suhu 180C selama 20 - 25 minit (pastikan oven telah dipanaskan). Sejukkan atas jaringan bila kek masak.

UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan kastard kecuali esen vanilla, kacau rata dan masak dengan api sederhana sambil dikacau tanpa henti hingga bancuhan menjadi pekat. Masukkan esen vanilla, kacau rata dan ketikan.

UNTUK JELLY :- Satukan semua bahan2 untu jelly dalam periuk, tang gula tu pandai2 lah agak, tapi jangan manis sangat, manis lite2 sudah cukup yea. Kacau rata dengan whisk dan jerang hingga mendidih dan gila hancur, kacau hingga sebati. Ketepikan dan biar sejuk sedikit.

UNTUK TRIFLE :- Sediakan bekas sesuai, potong kek sponge tadi, bagi kepada 2 bahagian dan susun 1 bahagian seperti dalam gambar. Basahkan kek sponge tadi dengan jus buah koktel. Sementara itu putar whipping cream hingga kembang dan kental, jangan terlebih putar. Lapiskan whipping cream tadi atas kek. Tabur 1/2 bahagian buah2an koktel tadi.
Susun lebihan kek atas buah2an koktel tadi. Basahkan dengan jus. Tuang kastard suam atasnya dan ratakan dengan spatula. Biar sejukk sekejap. Tabur baki buah2 tadi, rata. Dan akhir sekali, sendukkan jelly cair atasnya hingga memenuhi ruang seperti dalam gambar. Simpan dalam peti ais hingga jelly membeku.. sedap dihidangkan dingin...hnmmm..

3 comments:

  1. Alahaii sdapnye kak nor..ari cuti ne klu dpt pdg cmne brulg bkk esbok kak..hechee

    ReplyDelete
  2. Yelah..sedapnye..lg2 dpt dinikmati waktu panas2 gini.yummeh!!

    ReplyDelete
  3. salam kak..

    bestnya kalau dapat makan triffle ni..nampak sedap sangat la..

    ReplyDelete