f Secubit Garam: MURTABAK MEE SEGERA II

N3 Terkini

Friday, June 28, 2013

MURTABAK MEE SEGERA II

ASSALAMUALAIKUM...

Salam Jumaat yg penuh barakah..Semoga kita dan ahli keluarga dilimpahi dgn rahmat dan keberkatan Allah hendaknya.. amiin...

Murtabak ke pizza? ^____^

MURTABAK MEE SEGERA ni, K.Nor buat utk kawan2 anak dara yg teringin nak makan (dlm ertikata lain, order ler hehe). Kebetulan wiken tu, K.Nor plan nak g jenguk anak dara kat asrama, jadi dia mintak K.Nor buatkan Murtabak Mee Segera ni sbb geng2 dia nak makan sgt2.. mcm org ngidam la pulak kan.. Utk 8 org makan, K.Nor buatkan 2 bj murtabak ni. K.Nor masak murtabak ni menggunakan magic pan, mmg mudahkan kerja sgt. Masaknya pun makan masa yg lama dan masak pun serata. Cantik jer hasilnya bila kita terbalikkan pan tu sbb murtabak tu tak berkecai/berderai.


Resipi kat bawah ni, K.Nor letak utk 1 bj murtabak jer ya.. Sbb pan K.Nor saiz besar, jadi bahan2nya pun nampak banyak gak la.. Kalau guna pan yg saiz kecik sket, boleh kurangkan sukatan bahan ya.. kang melimpah ruah dr pan :)

MURTABAK MEE SEGERA II
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
2 1/2 bungkus mee segera perisa kari
4 biji telur ayam B
secekak daun kucai ~ dihiris
2 bj cili merah ~ dicincang kasar
1 labu bawang besar ~ didadukan
3 - 5 btg jejari ketam ~ dihiris
sos cili
minyak

Cara:
Celur mee segera dgn air panas. Tos dan ketepikan.
Panaskan pan dan masukkan sedikit minyak.
Masukkan telur dan 2 paket perisa kari kedalam sebiji mangkuk dan kocok hingga sebati.
Masukkan daun kucai, cili merah, bawang besar dan jejari ketam ke dalam adunan telur dan gaul.
Kemudian masukkan mee yg dicelur tadi dan gaul sebati.
Tuangkan ke dalam pan dan tutup.
Masak lebih kurang 5 min (dengan api kecil ke sederhana) dan terbalikkan (alih2kan kedudukan pan atas api supaya masak serata)
Terbalikkan pan dan masak lagi lebih kurang 5 min atau sehingga murtabak masak.
Hidangkan panas2 bersama sos cili kegemaran.



16 comments:

  1. salam
    buat bf pun sedap kak nor..

    ReplyDelete
  2. sedapnya nmpk..klu xguna mee segera perisa kari agaknya menjadi x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah boleh.. boleh guna perisa tomyam atau asam laksa..

      Delete
  3. Asslmkm kak. Ouh! Lama sue tggu tau. Kan mintak pos td. X sampai2 lg murtabak ni. Heheeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam .. ishh kan dah ckp aritu hari jumaat mana pej pos bukak.. posmen pun duk rehat kan hehe

      Delete
  4. Assalamualaikum knor...resepi mudah dan sedap ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam.. yep.. mudah dn insyaallah sedap :)

      Delete
  5. sedapnya kaknor...leh buat ni...

    ReplyDelete
  6. WOW!!, sedap ni. saya follow sini terus.

    ReplyDelete
  7. Noorrr... syedapnyaaa... terlior laaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau terliur kena godek sendiri.. nak offer pun dah lama pinis :)

      Delete
  8. Bagi Anda yang punya usaha martabak, saya punya kabar gembira untuk Anda. Saya memiliki Box Makanan yang dapat Anda cetak dengan gambar suka-suka pada bagian atas kemasan makanannya. Kemasan makanan ini anti minyak dan juga anti bocor.

    Dijamin martabak milik Anda takan membuat pelanggan Anda resah dnegan kemasan lama yang mudah bocor dan mengeluarkan minyak berlebih.

    ReplyDelete