f Secubit Garam: AYAM KETUMBAR

N3 Terkini

Wednesday, February 8, 2012

AYAM KETUMBAR

ASSALAMUALAIKUM...

Menu yg dihasilkan kali ni hasil skodeng kat dapur Kak Pah @Ibundo.. Banyak resipi yg sedap2 kat dapur K.Pah ni.. kalau tak caya tanya K.Anim... Salah satunya resipi yg sedap ni adalah Ayam Ketumbar. Sengaja K.Nor cuba resipi ni utk mencuba resipi2 dr K.Pah yg bila tengok gambar2 masakannya tu, sentiasa memikat selera mata. Tak salah kita mencuba masakan org lain lagipun mana tau masakan tu lebih sedap dr yg kita duk masak hari2 kan.. Ternyata mmg sedap Ayam Ketumbar ni. Ada rasa masam2 pedas dan berempah, ada rasa rempah cajun lg tuh.. hehe Try la.. insyaallah menjilat jari hehe..


Mekasih pada K.Pah yg sudi berkongsi resipi Ayam Ketumbarnya tu. Kalau K.Pah tak kongsi, manalah boleh K.Nor mencubanya hari ni kan.. Pastu semestinyalah K.Nor uar2kan pada org lain pulak utk mencuba rasanya yg sedap ni.. Tapi sebelum tu, mintak maaf pd K.Pah, sbb Nor dah edit sket pd cara masakan ayam ni. Isi dlm rumah ni lebih suka kalau masakan ayam yg digoreng dulu sket dr masuk terus dlm kuali, barulah ayam tu pejal2 sket dan lebih sedap dimakan. Jadi Nor goreng dulu sekejap ayam yg dah dilumur dgn sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga 3/4 masak jer. Tak perlu garing2 pun, sbb nanti akan dimasak lagi dgn bahan2 tumisan. Jom lah mencuba Ayam Ketumbar yg sedap ni ya..


AYAM KETUMBAR
resipi : K.Pah@Ibundo
Bahan:
1/2 ekor ayam dipotong kecil ~ k.nor gaul dgn garam dan serbuk kunyit dan goreng 3/4 masak
2 biji bawang besar dihiris*
2 ulas bawang putih *
6 biji cili api *
2 batang serai
2cm halia dipotong julien halus
1 sudu kecil jintan manis
1/2 sudu kecil jintan putih
1 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu besar cajun
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar jus lemon
1 cawan air
garam secukupnya
beberapa batang baby carrot
1 biji tomato dibuang bijinya dan didadu kasar

Cara:
-Tumbuk cili api hingga lumat. Masukkan bawang besar dan bawang putih dan tumbuk kasar.
-Serai dipotong anggaran satu inci dan ditumbuk kasar.
-Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan tumbuk dan halia sehingga wangi. Masukkan jintan manis, jintan putih, serbuk ketumbar dan cajun. Gaul rata.
-Masukkan ayam. Goreng sebentar sehingga berubah warna. Tambah sos tiram dan sedikit garam. Gaul lagi dan masukkan pula air.
-Masak sehingga kuah pekat. Masukkan baby carrot dan jus lemon.
-Akhir sekali sebelum diangkat, masukkan tomato. Gaul rata.

* sbb K.Nor dah goreng dulu ayam, jd K.Nor guna  sedikit jer air utk melembutkan carrot.

12 comments:

  1. Weeeiiitttttttt! Komodo kita lapo ni kak tuannyer lg lapo hihihi.... Mcm sedap leh masuk list :D

    ReplyDelete
  2. Hmmmm...harumnya bau ayam ketumbar menusuk ke lubang hidung gee... kalau dapat makan dgn nasi panas2 nih... fuh!!

    ReplyDelete
  3. Salam...nampak tergoda dengan masakan nie.nanti bila ada stok ayam boleh lah cuba.

    ReplyDelete
  4. asslm...mesti sedap meni ni...nyummm2

    ReplyDelete
  5. salam kak nor...mst wangi bau ayam ni kan...nnt nk g cari rempah cajun, masuk list dulu la...thnx kak nor

    ReplyDelete
  6. Lapo...lapo...kak cek dtg nak makannn...he he..:)

    ReplyDelete
  7. Hi Kak Nor...apa khabar? :)

    Sedapnya ayam tu...Love came right on a chicken post..hehe!

    Brought you some udang goreng berkunyit (yes, the same my Hubby's recipe yang akak dah try in 2009...hehe)...

    ReplyDelete
  8. slam k nor..mmg mabeles lor ayam ketumbar ni kak..sedapnyaa!~

    ReplyDelete
  9. salam nor,
    makan sambil jilat jilat jari ye hii..

    ReplyDelete
  10. kak nor, sedapnya jd lapo dah ni, kalo ayam goreng taruk ketumbar pon da sedap apatah lagi yg ni byk kaya rempahnya :)..

    ReplyDelete
  11. mest sedapkan.. klu kami macam ni kami panggil masak ungkep jer..

    ReplyDelete
  12. ika >> tak bagi makan kat komodo tu ya.. kesian dia kang tak larat nak BW :)

    gee >> mmg wangi dan sedap gee, try la..

    noor >> slmt mencuba :)

    qaseh honey >> insyaallah sedap.. try la..

    liza >> YW :)

    k.cek >> hehehe.. kesian k.cek.. lapo sgt ke tu? hehe

    love >> hi love, baru sembuh dr selsema la love.. :)

    tq dear.. mmg udang tu sedap! :)

    noor >> try la noor, bg k.nor sekeluarga mmg yummy tau :)

    ibundo >> hehe.. jilat jari lepas makan kan sunnah nabi :)

    seri >> jom cuba seri, insyaallah sedap :)

    masya >> oooo gitu ya.. tak tau pulak.. k.nor cuma cuba resipi org lain.. pernah dengar nama ayam ungkep tp tak pernah makan hehe.. tq for the info ya.. :)

    ReplyDelete