f Secubit Garam: Majalah
Showing posts with label Majalah. Show all posts
Showing posts with label Majalah. Show all posts

Thursday, July 18, 2013

MAJALAH MUKMINAH, Generasi Srikandi Bertakwa

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni nak lari dr topik sket ya.. Sikit jer tak banyak tp masih gak berkisar bab masakan atau menu yg boleh dibuat di bulan Ramadhan ni.. Insyaallah..


MUKMINAH... satu majalah Islamik terbaru di pasaran, terbitan PSN PUBLICATION. Majalah ni dah masuk edisi ke 2, Edisi kedua ni merupakan edisi Ramadhan, bulan penuh keberkatan buat org Islam dan resipi2 yg K.Nor sumbangkan pun menjadi pilihan pihak majalah utk dimuatkan sebagai Istimewa Ramadhan...Alhamdulillah, dgn peluang yg diberi untuk muncul dlm edisi berharga ini. Mungkin ramai yg belum tau mengenai Majalah MUKMINAH ni kan. Masa mula2 K.Nor dilamar utk menyertai ruangan resipi majalah ni, majalah ni masih belum diterbitkan. Masih dlm proses utk menerbitkan edisi sulungnya. Alhamdulillah, Azlita Masam Manis telah diberi peluang utk muncul dlm edisi pertama tu ... Tahniah Ita... :)

Majalah ni sangat bagus pengisiannya, kalau K.Nor nak bercerita satu persatu mungkin amik masa yg panjang. Jadi K.Nor sarankan pd teman2, adik kakak pengunjung SecubitGaram utk dapatkan majalah ni di kedai2 buku berhampiran. Apa salahnya kita isikan rumah kita dgn majalah2 Islamik selain dr majalah resipi aje kan..hehe Insyaallah ada manafaat dan kebaikan yg akan kita perolehi dr Majalah MUKMINAH ni.. K.Nor kali ni bukan promote majalah ni sbb adanya resipi2 dari SecubitGaram tp K.Nor lebih suka utk promote majalah ni agar lebih ramai yg mengetahui kewujudannya, kelebihan dan kebaikan yg terkandung dlmnya.. Kalau kita tak sokong majalah Islamik gini, sapa lagi kan.. Lagipun SecubitGaram dah cukup pemes kut.. kang kalau terover pemes susah tuan blog nak low profile lagi hehehehe... 


Kita close up sket wajah cover depan Majalah MUKMINAH edisi kedua ni ya.. Kalau yg edisi sulung dulu wajah Prof Dr. Muhaya, kali ni wajah Heliza.. Ya rabbi, cantik dan manis sungguh anak dara Tganu nih.. Berseri2 wajah, disinari cahaya atau nur dari Ilahi.. tambah lagi dgn jambungan bunga ros dan mutiara.. mmg cantik sgt cover majalah kali ni.. Tak puas K.Nor menatapnya tau.. hehehe.. Terharu bila sumbangan kita berada di dalamnya, dgn cover yg sangat cantik gini.. Terasa juga diriku turut berharga heeeee....

Jom kita layan resipi2 yg keluar ruangan Resipi Majalah MUKMINAH, Generasi Srikandi Bertakwa..





Sila klik gambar utk paparan yg lebih jelas :)

Kepada Nik Amni Nik Hassan, org yg menjadi perantaraan antara MUKMINAH dgn K.Nor, juga buat editornya PUAN ZULZILA DZULKEFLI yg masih mengingati K.Nor, K.Nor ucapkan jutaan terima kasih kerana kesudian melamar SecubitGaram utk menyertai dlm ruangan Resipi Majalah MUKMINAH edisi kedua ni. K.Nor doakan semoga Majalah MUKMINAH akan terus berjaya dgn cemerlang, sebaris dgn majalah2 yg ternama di pasaran.. Insyaallah... 

JOM DAPATKAN MUKMINAH... ^___^


Monday, July 23, 2012

KITCHEN ONLINE ~ 1ST LAUNCH

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah dah masuk hari ke 3 umat Islam di Malaysia berpuasa tp sesetengah negara dah hari ke 4. Semoga kehadiran Ramadhan memberikan seribu keberkatan buat kita semua.. amin...

Hari ni nak tayang entri yg lain sket tp masih lagi berkisar tentang masakan. (Disebabkan kebizian yg melanda akhir2 ni dan ditambah lagi dgn line tenet yg baru jer dpt.. Pastu kena dahulukan yg Sunlight tu gak..tu yg tak dapat masukkan entri ni lebih awal lg..) Masakan yg K.Nor masak la.. bukan ceduk dari resipi org lain ya.. Kang ada pulak meriam buluh berdentum dentam di bulan puasa ni.. Eh. mmg meriam buluh aktif di bulan puasa kan.. Alhamdulillah.. sejak menetap di perkampungan ni, jarang sgt terdengar meriam buluh, mercun bola ke.. mercun roket ke.. mmg jarang.. aman jer duk kat kampung ni. Tak mcm duk tempat lama dulu, nama jer bersebelahan perumahan polis tp anak2 polis sendiri yg duk main berdentum dentam mercun, sampai terasa bergegar dada2.. Termasuk gak penduduk kampung sekitar, dia org ni bermain meriam buluh mcm main cabar sapa paling kuat.. Kadang2 lebih kurat dari bunyi bedil yg digunakan utk berbuka puasa dan imsahk.. Memang tak kira waktu, siang malam, sama jer.. Sampaikan nak solat tarawih pun rasa terkejut.. Semua tu dah jadi kenangan.. mudah2an anak2 yg bermain tu diberikan petunjuk dan kesedaran supaya tak meneruskan perbuatan yg merbahayakan diri sendiri atau org lain dan mengganggu kententeraman penduduk sekitar.. amin...

Pic credit to Media Glam (fb)
ehh.. melalut ke lain lak kan.. ok. kita balik ke pangkal jalan..  (Lieza mesti suka ayat nih.. hehe) Sebelum ni K.Nor dah diberi peluang untuk muncul dlm Majalah Online Eternity yg muka depannya hero idaman Malaya tu.. sapa lagi kalau bukan Aaron Aziz.. Alhamdulillah.. rezeki K.Nor tak berakhir di situ (rezeki tak bermakna diberikan bayaran ya.. sekadar berkongsi ilmu utk org ramai jer..) kali ni K.Nor di lamar pula oleh  satu lagi majalah online yg berada di bawah bumbung syarikat penerbitan yg sama "MEDIA GLAM"  Kalau Eternity banyak cerita digabungkan dlm satu majalah, tp yg KITCHEN ONLINE ni hanya berkisar tentang alam dapur. Bg K.Nor majalah ni mmg sangat bagus, bermacam resipi, tips dan petua Ni caption ttg Kitchen Online : Ilham dan inspirasi majalah Kitchen Online edisi pertama ini diharapkan dapat membantu anda untuk belajar memasak dan menyediakan pelbagai  jenis resipi yang popular di kalangan masyarakat tempatan. Melalui majalah ini, anda mampu memcuba variasi hidangan dengan cara langkah demi langkah begitu mudah. Anda cuma perlu menyediakan bahan-bahan mengikut sukatan dan masak dengan sempurna. Lebih istimewa, setiap resipi disediakan oleh beberapa blogger masakan popular yang mana mereka memang pakar dan kerap menyediakan resipi untuk banyak majalah terbitan tempatan.  (psst.. K.Nor masih bukan org yg pakar dlm masakan ya.. masih banyak yg perlu dipelajari.. hehe)

Alahai kali ni bersama Jamie la pulak hehe...

Terima kasih pada pihak Media Glam Effa Norzila yg menghubungi dan melamar K.Nor dan SecubitGaram utk menjadi tetamu di keluaran sulung Majalah 'KITCHEN ONLINE'. Terharu juga bila diberi penghargaan utk menjadi tetamu di edisi pertama tu.. Haaa.. ingat tak lagi yg K.Nor pernah uar2kan dlm entri AROMA baru2 ni yg mana K.Nor amat sibuk masa nak ke Jordan hari tu. Duk sibuk menyiapkan kelengkapan anak2 sebelum balik ke asrama, sibuk menyiapkan tugasan utk AROMA dan juga keran ada satu lagi majalah yg perlu K.Nor hantar resipi dan gambar.. Majalah ni lah yg K.Nor maksudkan tempohari. Semuanya perlu K.Nor siapkan dlm masa 2 hari sebelum bearngkat ke Jordan.. memang kelam kabut sungguh, sampai packing baju pun masuk waktu Maghrib sedangkan pukul 8pm dah nak bertolak ke airport. Nasib baik Effa memahami dan dia cuma minta K.Nor hantarkan gambar dan link resipi, tang resipinya dia sendiri yg edit utk penggunaan perkataan dan tatabahasa yg lebih tepat. Alhamdulillah.. semuanya dapat disempurnakan walau dlm kelam kabut sampai toothbrush pun tertinggal.. sampai sekarang tak tau kat mana toothbrush tu.. heheheh

Review
Ok lah.. dah panjang lebar ni.. banyak lagi tugasan yg perlu disettle hari ni. Insyaallah esok dan dua hari seterusnya K.Nor takkan bersiaran secara langsung. Ada tugasan lain yg lebih mendebarkan menanti.. Kalau berkesempatan K.Nor akan cuba utk buat entri berjadual supaya ada entri gak la kan kat SecubitGaram ni dan pengunjung2 boleh mendapatkan resipi2 untuk dijadikan menu berbuka puasa serta bersahur.. Insyaallah..

Sila klik pada gambar utk dapatkan paparan yg lebih jelas.. 

AYAM BERMAYONIS

DAGING GORENG HALIA DAN MINYAK BIJAN

SOTONG MASAK KICAP PEDAS

SOTONG GORENG BEREMPAH

LALA SOS PEDAS

Salah satu yg K.Nor suka ttg majalah ni, ada disertakan tip2 pemakanan, ttg proses memasak dan khasiat tentang bahan2 yg digunakan.. Baguskan ... 

Friday, June 29, 2012

AROMA, Edisi Julai 2012

ASSALAMUALAIKUM....

Alhamdulillah.. bersua lagi di blog yg makin suram dan makin sepi dek kebizian yg semakin ketara melanda tuan rumah. Kebizian ni akan berterusan selama 1 - 2 minggu lagi. Skrg ni mmg tengah tahap kemuncak kebizian tu.. tak dapatlah K.Nor uar2kan kat sini (hanya sebilangan teman2 jer yg tau hal ni) tp insyaallah akan diuarkan gak bila tiba masanya nanti. Bukanlah niat hati nak menunjuk2 tp sekadar memaklumkan aje.. tunggu la ya tiba saatnya nanti ^__^

Kalau ikutkan smlm dah nak post entri kesinambungan dr Jalan2 @ Jordan Part 6 tp terpaksa ditangguh sbb .. emm atas banyak sbb.. Kalau duk ulang ayat bz kang ada yg muak lak.. tp tu lah hakikatnya, bila semua perkara terpaksa diuruskan berdua ni.. Memang semput dan mcm nak pitam pun ada tp insyaallah semuanya utk kebaikan seisi keluarga gak di masa akan datang.. Jadi kita tangguh dulu part 6 episod pengembaraan kat Jordan tu ya.. 

Gambar dr FB Puan Akmar, tq ya..
Berbalik pada entri hari ni yg diberi laluan khas utk keluar di pagi Jumaat nan mulia ni. Seperti ramai geng2 FB yg dah tau, ni lah dia Majalah AROMA bg edisi Julai 2012 yg baru keluar di pasaran. Dah 2 hari duk mencari di KTrg ni tp tak jumpa, last2 smlm lupa pulak nak cari masa keluar utk settle yg perlu tu.. Last2 smlm dpt sms dr Noorsha yg mengucapkan tahniah sbb keluar dlm Majalah AROMA. Dalam hati dah syak mesti Noosha pun keluar gak, kalau tak takkan awal2 dia dah tau.. hehe.. Memang K.Nor tak maklumkan pada sesiapa yg K.Nor dan resipi2 bakal keluar dlm majalah, mmg suka diam2 kan aje.. Biarlah kita low profile gitu dr dihebohkan sekampung kan..  Alaa.. sekadar blogger masakan yg seadanya, yg dah suam2 siku ni kan.. hehe Blog pun dah jarang2 update skrg, harap2 lepas 2 minggu nanti akan kembali aktifkan blog, cukup lah sekadar 1 entri sehari.. insyaallah..

Berkaitan Majalah AROMA ni, K.Nor dihubungi oleh Puan Akmar melalui email dan juga di FB akhir bulan Mei dan pd hari2 terakhir Mei tu barulah Puan Akmar minta resipi2 beserta gambar2 utk dimuatkan dlm AROMA Julai. Masa tu awal cuti sekolah dan K.Nor pun dlm masa yg sama duk buat persiapan anak2 yg akan balik ke asrama bila bukak sekolah nanti. Memang kena prepare awal2 sbb pd minggu ke2 cuti sekolah tu K.Nor akan ke Jordan utk hadiri majlis graduasi Along. Takkan nak tinggalkan anak2 gitu jer kan, so K.Nor kenalah prepare siap2 utk anak2 ni. Jadi K.Nor mintak Puan Akmar senaraikan resipi yg dia nak dan K.Nor hanya cari gambar2 asal dlm external hard disc. Lebih kurang 21 resipi masakan dan dessert yg dipilih dan bila banyak ni, memang mengambil masa gak nak mencari dan mengedit sket2 gambar tu kan. Tambah lagi lepas tu dpt satu lg offer dari majalah lain yg perlu diserahkan sebelum K.Nor ke Jordan. Semua nak kejar dateline.. mmg rasa nak pitammmm!! hehe Masa tu gak Shidah ajak jumpa, tu pun kena mintak Shidah tunggu sampai kerja K.Nor settle hari tu. Kesian Shidah, dah 2 - 3 kali balik KTrg nak jumpa K.Nor tak kesampaian.. so lepas settle kerja yg patut (bukan setakat hal majalah ni aje, hal2 lain pun ada, ke hulu ke hilir hari tu lewat petang tu baru dpt call Shidah dan set utk jumpa walau sekejap. Mekasih Shidah sbb sudi dtg jumpa K.Nor dan sebab sgt memahami :)

Bila tiba part nak gambar profile utk dimasukkan ke AROMA, K.Nor pulak tak ada gambar secara solo. Dah mmg jenis tak suka bergambar tambah lagi secara solo, terpaksa lak ke satu tempat utk shooting. Tu pun puas cik abg dan Naim pujuk suruh gi shooting.. Yerlah .. masa tu mana nak settle hal gambar dan resipi lagi, hal nak ke Jordan lagi.. mmg kelam kabut sgt. Tapi tak nak menghampakan Puan Akmar (asalnya kata beliau crew majalah nak datang buat photoshoot kat rumah K.Nor, dah K.Nor ni duk jauh di KTrg jd dia minta K.Nor hantar gambar K.Nor jer la..), K.Nor pun gi la shooting awal2 pagi kat tempat tu.. Alhamdulillah.. terhasillah gambar utk profile spt dlm majalah ni. Terima kasih pd Cik Abg yg jd jurugambar peribadi dan Naim yg jd pembantu pegang reflector.. hehe

Bila tiba part nak mengarang tentang profile diri, ahhh.. buntu.. Mana nak dtg idea dlm keadaan kelam kabut kan.. otak duk fikir mcm2 benda yg nak kena settle, last2 K.Nor cerita sedikit sebanyak perihal diri dan jugak blog, berdasarkan guideline/point yg Puan Akmar bg dan dia akan karang dan edit balik utk dimasukkan ke majalah.. Alhamdulillah.. Tentang resipi pun K.Nor tak sempat nak edit penggunaan tatabahasa dan ayat2 tu. Maklum lah, post kat blog ni ayat main lebih kurang jer kan, kalau utk buku tak leh la.. kena lebih tersusun. Tu pun Puan Akmar kata dia akan olah balik cuma K.Nor bg link bg resipi2 dlm email yg dihantar bersama gambar2. Terima kasih Puan Akmar atas semua pertolongan yg diberikan tu ya.. :)

Jom lah layan 11 resipi yg tersiar di Majalah AROMA edisi Julai 2012 ni. Kesemua resipi dah pernah keluar dlm blog (resipi2 ni yg dipilih sendiri oleh pihak Puan Akmar). K.Nor tak akan buat Food Rewiew kali ni, sbb kesemua resipi dah pernah post kat blog ni dan disebabkan kekangan masa yg K.Nor hadapi skrg. Kalau nak tengok resipi sila klik link pd nama resipi di bawah gambar2 tu ya..

Terima kasih K.Nor ucapkan pada pihak Majalah AROMA dan juga kepada Puan Akmar yg sudi melamar K.Nor dan SecubitGaram utk tampil dlm majalah AROMA kali ni. Terima kasih juga buat Cik Abg dan anak2 yg sentiasa memberi semangat dan membantu dlm pelbagai cara dlm perjalanan blog SECUBITGARAMNNOR67.COM dari awal perjalanan blog hinggalah ke saat ni. Juga tak lupa pada semua teman2 blogger maupun non blogger, pengunjung SGN67 yg sentiasa memeriahkan kehidupan K.Nor  di alam maya ni (terutamanya GENG MASAK2 yg disayangi, u know who u are ^__^). Opss... nak berterima kasih juga pada sister K.Nor di Puchong dan anak2nya yg disayangi yg sentiasa memberi sokongan dan memahami perjalanan hidup K.Nor sebagai sorang blogger. Sayang anda semua ^__^









Di kesempatan ni K.Nor nak selitkan jugak sisipan khas utk NOORSHA yg turut sama muncul dlm Majalah AROMA bersama2 dgn K.Nor kali ni. TAHNIAH NOOR! Double Nor yg muncul dlm AROMA kali ni kan, NOR dan NOOR. Ada persamaan dlm kehidpuan K.Nor dgn Noorsha ni, hanya yg terdekat jer yg tau, kan Noor :) Terima kasih Noor sbb maklumkan dlm sms semalam dan semoga Noor akan teruskan blogging lepas ni ya.. jgn bela semak samun bnyk sgt kat blog tu, kang nak raya.. tak berseri rumah lak nanti.. hehe (Noor, bila diperhatikan dlm majalah tu, hanya kita berdua jer blogger, yg lain2 tu semua chef2 la.. hehe)

(klik gambar utk paparan lebih jelas ^__^)




Wednesday, April 25, 2012

ETERNITY MEI 2012

ASSALAMUALAIKUM..

Disebalik kesedihan dan kedukaan yg melanda sebahagian warga blogger masakan dgn kes 'NEVER ENDING STORY', K.Nor nak kongsikan sedikit berita gembira. Bukanlah berita yg boleh gempak sgt pun, sekadar nak berkongsi rasa keseronokan bila hasil penat lelah menjadi blogger masakan diiktiraf oleh pihak media. Walaupun tanpa bayaran yg diterima, insyaallah kita org GMM sentiasa ikhlas berkongsi ilmu yg dipinjamkan dan TAK kedekut utk berkongsi apa jua andai cara yg digunakan adalah dgn betul dan berhemah. Jangan lah mengambil hak org lain dgn sewenang2nya pastu bila perbuatan tu diketahui dan dimaklumkan pd pembuat, kita pulak yg dicerca dan dihambur dgn kata2 yg menggambarkan kita org pulak yg bersalah dlm hal ni padahal dia yg mengambil hak org lain. Dimanakah keadilan dalam hal ni? Dimanakah keikhlasan dalam melakukan pekerjaan yg dikatakan hanya utk berkongsi dgn org lain. Kalau anda ikhlas kenapa perlu dicantas watermark yg tertera pada gambar milik kami? Kita GMM meletak watermark bukan sekadar saja2 nak tayang watermark lawo2 kat gambar tu tp nak maklumkan yg gambar tu milik kita org, hasil dari memasak, menghias, mengambil gambar, mengedit dll lagi. Kerja kita org sbb blogger masakan bukannya mudah, bukannya seperti anda sipencuri gambar yg hanya kerjanya di hujung jari jer. Klik situ klik sini, tekan key tu tekan key ni, siap satu gambar curi. Kerja blogger masakan ni makan masa, wang dan tenaga yg bukan sedikit atau sekejap. Cuba lah fahami situasi kita org ya.. Kalau payah sangat nak faham, cuba jd blogger masakan utk seminggu dua, rasakan camana kerja kita org utk menghasilkan satu entri masakan. Lepas tu baru lah tau rasa pedih dan keciwa bila hal mencuri gambar berlaku pada anda sendiri..

Dah terluah perasaan la pulak pagi ni, nak buat camana org kata sakit peha kanan yg dicubit, peha kiri pun terasa gak. Jom kita kembali ke entri K.Nor utk pagi ni...

~~~~~ X ~~~~~


Pernah dengar majalan online ETERNITY? Tak pernah? Sebelum ni K.Nor pun tak pernah gak! hehe Sehinggalah satu hari K.Nor terima email dari org yg yg incharge dlm ruangan masakan di Eternity tu dan beritau nak masukkan resipi serta gambar masakan dlm majalah online tu. Mula2 mmg rasa was2 gak, yer la sbb tak tau apa pun ttg majalah tu. Lepas bersoal jawab baru la yakin sket tp masa tu tak leh nak bg kata putus. Kalau ikutkan, kalau K.Nor setuju utk hantar resipi dan gambar pada masa tu, semuanya akan ditayangkan dlm edisi April. Tapi sbb K.Nor lambat bg keputusan jadi dia dah offer pada blogger lain. Yer la, camna nak bagi kata putus cepat2, dia nak gambar2 yg belum keluar kat blog, so K.Nor nak kena fikir resipi apa yg nak dibuat kan. Dalam masa seminggu rasanya tak sempat nak buat 4 resipi baru, kang kalau guna resipi org lain, kena kutuk lagi dan lagi dan lagi.. Tak abis2 dgn org yg hati perut tak bersih ni, kita buat elok2 pun jd tak elok di mata hati dia org. Masa tu pulak tengah kecoh kes guna resipi org lain pastu keluar majalah walaupun kita guna hasil gambar masaskan kita sendiri. Sebab tu nak kena cari idea nak create resipi baru. Alhamdulillah dapat gak siapkan 3 resipi baru dan 1 lg tu terpaksa amik resipi omputih yg dah diolah oleh CT (Super Fudgy Brownies). Kebetulan masa tu buatkan brownies tu utk anak dara nak bawak balik ke asrama. Harap CT halalkan ya.. :)



Sila klik gambar utk paparan yg lebih jelas

Ni lah sedikit sumbangan dr SECUBITGARAMNOR67 utk ETERNITY edisi Mei 2012 dan juga buat semua teman2, pengunjung dan peminat SecubitGaram (ada peminat ke? hehe) Terima kasih kepada Tina dan MEDIA GLAM kerana sudi menyiarkan beberapa resipi yg tak seberapa dr SecubitGaram. Insyaallah K.Nor akan letakkan semula (preview) resipi2 tersebut di entri yg akan datang. Terima kasih juga buat semua yg mengunjungi dan menjadi penyokong utk SecubitGaram terus berkarya di hari2 mendatang.. HIDUP GMM!  ^__^


errrkk... panjangnyer pot pet arini! hehe

Tuesday, May 3, 2011

Jelita Mei 2011

ASSALAMUALAIKUM...


Alhamdulillah... Dapat jugak yg dicari2.. Ni lah dia, Jelita Mei 2011 dah berada di pasaran. Agak lewat masuk ke K.Trg kali ni. Tak per lah.. asalkan dah dpt pun senaskah ke tangan K.Nor. Ntah berapa jam duk mengarang n3 ni.. kejap stop kejap on balik.. Bz ... bz... hehe


Semalam K.Erna dah maklumkan yg resipi dan gambar masakan K.Nor masuk Jelita lagi. Pastu Che Mat pun  dah buat n3 khas jugak.. Terima kasih K.Erna atas makluman tu dan terima kasih jugak buat Che Mat yg tayang gambar masakan K.Nor kat n3 khasnya tu..



Kali ni satu resipi dan gambar masakan secara langkah demi langkah K.Nor yg keluar dlm Jelita Mei 2011 iaitu Paf Tuna. Resipi dan gambar tu belum pernah keluar dalam SecubitGaram lagi. Memang dibuat khas utk Jelita bila diminta oleh Lily Haslina tempohari. Terima kasih buat Lily yg memberi kepercayaan pada K.Nor utk terus menghantar resipi bergambar ke Jelita utk dipublish. Terima kasih daun keladi ya... ^__^


Yg ni adalah resipi2 hasil tangan Che Mat Gebu yg sememangnya tak asing lagi. Tak perlu lah nak pekenalkan lagi, sapa tak kenal dgn Ah Mat Gebu ni kan.. hehe Tahniah Che Mat, K.Nor pun tumpang gembira dgn kejayaan Che Mat .. semoga terus mantop! Hidup Geng Masak2  ^___^


Tuesday, March 29, 2011

DiLamar JELITA Juga...

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah... Syukur dipanjatkan pada Allah Taala.. Tak sangka boleh pergi sejauh ni dalam berblogging ni. Tak ada niat dan tak pernah terlintas pun yg satu hari K.Nor atau SecubitGaramNor67.blogspot.com boleh menerjah ke dalam majalah apatah lagi majalah JELITA, sebuah majalah yg gah di Malaysia ni. Kalau dulu2 masa remaja dan masa baru2 memasuki alam perkahwinan, selalu beli majalah Jelita. Suka benor kat ruangan resipi, hantaran, kraftangan dan lain2. Kalau beli tu, mmg jaga dgn elok buku2 tu. Bertahun dlm simpanan pun masih utuh kata org, spt yg baru keluar dr kilang percetakan. Tak ronyok, tak koyak dan masih cam baru dibeli. Bila tengok ruangan masakan, selalu duk tengok nama2 yg gah dalam tu spt Puan Zaidah, Chef Wan dan ramai lagi. Tak pernah terlintas dan tak pernah duk angan pun yg satu hari nanti nama Nor Azmihah Mohamed pun boleh masuk dalam tu! hehe

Cover Jelita April 2011

Sebelum ni Chef Adnan Ibrahim a.k.a CMGebu dah dilamar Jelita, pastu MamaFami dan yg terakhir sebelum ni Ummi Kuantan kan.. K.Nor nak ucapkan jutaan terima kasih buat K.Hanieliza yg menjadi pencetus kepada semua yg berlaku ni. Masa K.Liza call beritau hal ni, tak rasa sangat excited tau. Tak berani nak act lebih2.. kang tak menjadi dan takut pun ada.. hehe.. Jadi lebih baik K.Nor senyap2 jer dulu. Sampai la bulan Febuari baru2 ni Lily contact dan beritau semua hal ni. Dia mintak K.Nor emailkan pdnya gambar2 berserta resipi utk dimasukkan dalam Jelita. Wahhhh.... Masa tu baru kelam kabut nak pilih gambar dan resipi utk diemailkan pada Lily. Pilih gambar yg cantik2 sket dgn resipi yg memikat selera K.Nor sekeluarga pastu edit sket ayat2 kat resipi. Tau aje la, dlm blog resipi yg ditaip ikut selesa jer. Bahasa bercampur2, dgn shortform la.. so kena la edit balik. Pastu kena fikir nak buat yg mana utk slot step by step. Penat tapi seronok. Tak sabar gak nak tunggu hasil yg bakal keluar dalam Jelita kan..

Mana2 gambar dan resipi yg keluar dlm Jelita adalah pilihan pihak Jelita. Kepada tuan empunya asal resipi, K.Nor mohon maaf sbb tak mintak izin dari awal utk gunakan resipi yg dihantar pada JELITA. Tak ada niat langsung nak mengakui resipi org lain tu jadi resipi K.Nor. K.Nor sekadar share@berkongsi resipi2 yg pernah K.Nor cuba dan tak sangka resipi2 tu yg dipilih oleh pihak Jelita. Kepada tuan empunya asal resipi spt Jeezy MyResipi (Kerang Merah Ala Thai, resipi olahan dari Daging Merah Ala Thai), K.Liza (Puding Kiwi, resipi olahan dari Puding Laici), Rabiatun (Tiramisu Strawberi, resipi olahan dari Blueberry Tiramisu), Love2Cook (Raita- Indian Salad), Gert (Mango Panna Cotta) dan Rima (Congo Bars), K.Nor mohon maaf andai ada hati yg tersentuh dan K.Nor mohon halalkan resipi2 yg digunakan ni.

Tak lupa, terima kasih juga buat Cik Abg tersayang yg sentiasa menjadi tulang belakang dlm acara tembak menembak serta buat anak2 yg sentiasa menjadi pendorong K.Nor dalam alam blogging ni.. Sayang semuaaaa.. muuuuuuuuuah!

Jom tengok gambar2 yg dipaparkan dalam ruangan Sajian, Jelita April 2011.




Yg step by step pun ada... :)


Ni adalah hadiah terbaik buat SECUBITGARAMNOR67.BLOGSPOT.COM yg bakal menyambut ulangtahun ke2 blog :)



Opsss... Sebelum terlupa, nak ucap TAHNIAH juga buat Shamsinar@Hana Jepun (ehh.. tak leh panggil mek Jepun dah kan.. dah balik M'sia, dah kembali pegang kapur, mengadap anak2 murid hehe). Serentak rupanya kita keluar dalam Jelita ya.. Ingatkan yg Hana punya keluar bulan Mei.. Takper.. kita happy sama2 ya.. hehe.. Tapi yg bestnyer, resipi Hana keluar banyak!! 9 resipi gitu.. K.Nor punya 6 ajer tapi ada satu the making@step by step! hehe... Watper nak jeles.. Kalau jeles pun jeles yg positif tak per punya... Alhamdulillah.. syukur pada Allah... ^__^