f Secubit Garam: KEK KASTAD PANDAN II

N3 Terkini

Sunday, September 22, 2013

KEK KASTAD PANDAN II

ASSALAMUALAIKUM..

Sebenarnya, kek ni dah laaaaaaaaaaaaaaaaaaama buat.. masa bulan Ramadhan aritu. (biasalah,... kita peram dlm folder lama2 sket, utk jdkan pekasam dulu kan.. hehe) Masa tu anak tekak rasa nak makan kek ni. Asyik duk buat yg tempahan jer.. sesekali terasa gak nak menikmati sama kek yg sedap ni kan.. Tapi K.Nor tak buat resipi yg sama yg selalu K.Nor buat tu (resipinya kat SINI). Saja nak menerai resipi lain pulak kan.. mana tau kut2 yg lain lebih baik, lebih sedap. Semestinya kita cuba nak puaskan hati pelanggan dgn beri hasil yg terbaik dgn bayarannya kan.. 


Ronda2 punya ronda, jumpa resipi KEK KASTAD PANDAN ni kat rumah Nadz@ovenKecil tu.. yg baru jer melahirkan sorang lg puteri. Tahniah Naz.. selamat berpantang ya.. Setelah dicuba, Alhamdulillah.. menjadi dengan elok dan hasilnya juga agak memuaskan. Mekasih Nadz sudi share resipi tu kat blog.. izinkan K.Nor share utk rujukan K.Nor dan lain2 pengunjung di masa hadapan lak ya..

Tuan rumah sekeluarga mmg tak kelapa kering.. tu yg togel aje ^___^

KEK KASTAD PANDAN
Recipe by; Page Jom Masak (facebook)
Tried by: Naz @ovenkecil.blogspot.com
Source: K.Nor@SecubitGaram

KEK SPAN PANDAN
Bahan-bahan:
150 gm tepung gandum- ayak
1 tsp baking powder- ayak
5 biji telur gred B
100 gm gula kastor
1 tsp ovallete
50 ml susu segar/ susu cair
1 tsp esen vanilla
Perisa pandan dan pewarna hijau
50 ml minyak masak

Cara-cara:
Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk pengadun kecuali minyak masak.
Pukul dengan maksimum speed selama 15 minit atau hingga adunan berkrim.
Masukkan minyak masak dan kaup balik dengan spatula hingga sebati.
Gris dan alas loyang di dasar sahaja. Tuang adunan.
Bakar pada suhu 170 C selama 30 minit dengan api atas dan bawah.
Setelah masak, sisipkan pisau atau spatula di tepi-tepi kek dan terbalikkan ke atas redai. Biar sejuk.

KASTAD PANDAN
Bahan-bahan:

1200 ml santan atau susu cair (Naz selalu guna santan kotak)
1 cawan gula kastor
10 gm serbuk agar-agar
100 gm tepung Hoen Kwe warna putih/ warna hijau
Secubit garam
Perisa pandan dan pewarna hijau(kalau dah guna tepung Hoen Kwe yang bewarna hijau, pewarna hijau ni tak perlu)

Cara-cara:
Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masak sambil mengacau-ngacau adunan hingga likat. Kacau guna whisk jer.
Bila dah likat, tutup api. Jangan terlalu likat sangat sebab nanti susah nak layer pada kek.
** Kalau guna santan, santan tu tak perlu likat sangat. Santan biasa jer.

CARA MELAPIS KEK KASTAD
Sedikan loyang. Lapik dasar loyang dengan plastik. Kalau tak nak lapik pun boleh juga.
Tuang sedikit kastad dan ratakan. Ambil sekeping kek dan letak di atas kastad tadi.
Kemudian tuang sedikit kastad lagi dan ratakan. Untuk bahagian tepi-tepi kek, sekiranya rasa susah nak masukkan kastad, boleh guna pipping bag. Pancitkan je kastad tu biar penuh di bahagian tepi-tepi kek.
Buat hingga habis kesemua lapisan kek dan kastad digunakan dengan bahagian atas sekali adalah lapisan kastad.
Kemudian hentak-hentak manja sikit loyang tu biar padat kastad tu. Then biar kastad keras.
Bila dah keras, tarik sikit kastad dari tepi-tepi loyang. Nanti nampak kastad akan meregang dari tepi-tepi loyang. Terbalikkan dan keluarkan loyang dari kek kastad.
Hias ikut suka. Naz selalu sapu kek dengan fresh cream (yang telah kental) atau sapu dengan pipping gel dan taburkan kelapa parut kering.
Simpan beberapa jam di dalam peti sejuk sebelum dihidang sebab kek ni memang sedap dimakan sejuk.

NOTA & TIPS NAZ:
Bagi yang kali pertama membuat kek ini, mungkin semasa melapis kek dengan kastad akan mengambil masa sedikit. Bila masa panjang, kemungkinan adunan kastad akan mula mengeras dan ini menyukarkan proses merata kastad pada kek.
Tapi, jangan khuatir... Kalau lihat kastad di dalam periuk tu mula mengental, just tambah sikit air biasa atau santan dan kacau kejap di atas api dapur. Nanti kastad tu akan cair semula. So bolehlah terus menyambung kerja-kerja melapis kek anda.


9 comments:

  1. tgk kaler ijo..terus ai terguda tawww kak nor!
    sy pon selalu buat utk order je...nk makan..dh tak lalu..hehehe....kek ni mmg ebegreen...takkan jemu kan...sesuai ngan tekak org mesia...

    ReplyDelete
  2. Kak Nor..Sedapnyaaa.... Makan sejuk2..Perhh!!! Terasa kesedapannya tu.

    ReplyDelete
  3. salam
    Wow!!!! looks so inviting...

    ReplyDelete
  4. likee sangat kek ni..sedapppp

    ReplyDelete
  5. salam kak nor..

    sedapnya makan kek kastad pandan..

    ReplyDelete
  6. Salam, suka sangat kek kastad pandan ni..boleh share resepi?...done follow..jemput singgah blog dan follow yer

    ReplyDelete
  7. Sedap kek kastard pandan ni, selalu buat guna resipi sweet4ever je kak nor, tapi saya ni bab melapis tu huduh sokmo huhu, cantik sekata kek kak nor ni

    ReplyDelete
  8. kak nor..saya memang guna resepi Nadz ni.. ☺

    ReplyDelete