f Secubit Garam: KEK BUAH KUKUS

N3 Terkini

Monday, September 30, 2013

KEK BUAH KUKUS

ASSALAMUALAIKUM...

Dah lama betul peram hajat nak buat KEK BUAH KUKUS ni. Duk bertangguh dari hari ke hari, atas dua tiga sebab. Bukannya bz sgt, tp tukang makan aka antu kek tak ada kat rumah ni. Yer la sejak duk berdua ni, mood nak membaking mmg merudum. Si tukang perabiskan kek duk kat asrama, jd payah sket la nak buat kek (kena tunggu wiken time anak dara balik baru boleh buat). Kang si tukang buat yg kena makan lebih hehe. 


Lagpun kek buah ni tinggalkan nostalgia buat K.Nor. Arwah ayah K.Nor mmg penggemar kek buah. Kalau dulu2 masa zaman sebelum kawin, K.Nor suka buat kek chiffon (sbb mmg antu kek cipon pong hehe). Arwah selalu kata bila makan kek chiffon, mcm makan sponge (span basuh pinggan tu hehe) ringan, lembut, tak terasa apa2 bila masuk mulut. Habis setengah biji kek pun tak rasa kenyang. Sedap kek buah.. ermm.... tu la ayat yg selalu dia ucapkan.. Memang dia penggemar kek buah. K.Nor pulak bukan penggemar kek buah, tu yg jarang2 sekali buat. Tapi kalau tiap kali buat, mmg akan bg kat arwah (lepas K.Nor kawin mmg tak tinggal serumah, sbb K.Nor duk sendiri dgn suami dan anak2). Dia akan makan dgn bersungguh kalau K.Nor bg kek buah tu. Jadi bila arwah dah tak ada ni, terasa sayu hati kalau nak buat kek buah. Sampaikan anak dara K.Nor pun tau bila K.Nor duk ulang2 nak buat kek buah. Teringat ke (arwah) Ki, Ki sukakan kek buah kan mak.. ermmm... bertambah la sayu hati.. Masa buat kek ni minggu lepas pun gitu gak. K.Nor buat kek ni pada hari Rabu, mlm tu lepas kek dikeluarkan dr pengukus, harum semerbak dlm rumah, bau kek buah dgn aroma gula hangusnya tu.. fuhhh wangi sungguh.. Masa tu la, rindu kat arwah datang menggamit kembali.. Malam esoknya lepas Majlis Solat Hajat kat skolah Aisyah, dia balik dan tengok kek buah, dia sebut lagi.. teringat ke Ki tengok kek buah ni mak.. Si emak jawab, emak pun... huhu... takper la.. semua dah berlalu.. Kita yg masih bernyawa ni kena teruskan hidup kan... Semoga arwah tenang di sana, diampunkan segala dosa dan dijadikan penghuni syurga nan abadi.. amiin..


Kita tinggalkan kisah duka ya.. Kembali ke KEK BUAH KUKUS yg sangat sedap ni. Setelah menuntut ilmu dgn Mas sebelum ni dan juga dgn Lina PG yg dah jadi tokey Kek Buah ni .. Alhamdulillah.. terhasil lah Kek Buah Kukus yg sangat sedap.. Cantik jer, tak mendap/lekuk kat tengah (kata Lina hehee). Aisyah dan Cik Abg yg mmg penggemar kek buah jugak kata sedap. Ehh.. K.Nor yg kurang sket dgn kek buah pun kata sedap gak tau! Sedap sbb manis2 buah gitu.. Memang tak manis sgt sbb K.Nor dah kurangkan banyak gula (dpt yg dicadangkan oleh Lina). Buahnya pun berterabur dgn elok.. Memang berbaloi la buat kek ni, walau 4 jam bersauna dlm pengukus.. Kek ni mmg tahan lama sbb dikukus lama. Lagi lama disimpan lagi moist dan sedap, insyaallah... Mekasih buat Mas dan Lina yg dah banyak beri tunjukajar kepada K.Nor. Semoga Allah balas budi baik Mas dan Lina atas perkongsian ilmu tu ya.. 

Resipi Kek Buah ni mmg merata yg dah mencuba dan ramai bakers menggunakan resipi ni juga utk tempahan. Terima kasih buat Chef Zubaidah bagi resipi Kek Buah Kukus yg best ni..


Teringin menikmati Kek Buah Kukus yg sedap ni?

Boleh hubungi K.Nor di k.nor67@gmail.com  ^__^


KEK BUAH KUKUS
resepi : Chef Zubaidah bte Chepa 
sumber : Mas 
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan :
225 gm Mentega
340 gm gula pasir ~ k.nor guna 1 cawan jer
50 gm air panas
500 gm Mixed Fruits
3 biji telur saiz A
1 sk vanilla essence

Bahan ayak:
1 sk cream of tartar
2 sk soda bikarbonat
350 gm tepung gandum
1 sk serbuk Nutmeg @ buah pala  ~ k.nor skip

Cara :
Masakkan gula pasir sampai perang (jangan sampai hangus pulak) dan tuangkan air perlahan lahan. Guna api kecil jer. Masukkan mentega @ butter dan biarkan cair. Masukkan pula mixed fruits dan biarkan mendidih seketika. Ketepikan dan sejukkan sebentar.
Masukkan semua bahan ayak ke dalam bahan gula yang dimasak dan disejukkan tadi sedikit demi sedikit dan gaul dengan senduk kayu hingga rata dan sebati.
Dalam bekas lain, pukul telur sebentar atau gunakan mixer. Kemudian tuangkan ke dalam adunan tadi dan kacau sehingga menjadi adunan yang betul betul sebati. Kacau dengan senduk kayu juga.
Masukkan adunan ke dalam bekas empat segi bersaiz 7"x7" yang telah dialas kertas kek dan dilenser dengan mentega.

Kukus selamat 4 jam di dalam pengukus yang telah dipanaskan airnya. Kek ni kalau kukus 2 jam pun dah masak, tapi untuk mendapatkan kelembapan yang lebih, kukuslah selama 4 jam. Kukus dengan api yang sederhana pada 2 jam yang pertama dan pada 2 jam yang terakhir kukus dengan api yang kecil jer. Kalau nak tambah air pengukus, pastikan ditambah dengan air panas.

Alas tutup pengukus ngan tuala @ kain supaya wap air tidak menitik ke atas kek yang dikukus atau tutup loyang @ bekas dengan aluminium foil yang dilenser dengan mentega semasa mengukus kek supaya kek tidak melekat di aluminium foil. Lebih baik guna bekas yang besar dan tinggi sedikit (k.nor guna loyang bulat 9")

Bila kek ni dah masak, buka penutup kukusan dan biarkan kek ni dalam pengukus dulu hingga sejuk. Jika terus angkat buah akan turun. Pastu bolehlah keluarkan dari pengukus. Potong kek bila ia benar benar sejuk, lebih bagus, biar kan ia semalaman. (tak perlu letak dlm peti ais)

Nota:
Kek ini lebih sedap dimakan selepas 2 hari. Untuk menambah kelembapannya, balut dengan plastik dan simpan 2-3 hari, baru dipotong dengan pisau yang tajam.
Boleh kukus dalam bekas lebih besar jika sukakan kek yang tidak tebal.

24 comments:

  1. Assalamualaikum kak nor...
    wahhhh..cantikkk kek buah tu kak...tahniah2....bertambah lagi menu baru kan...
    mas pun suka barunya....hhmmmmm...harum semerbakkkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam mas.. alhamdulillah. tq kembali ya..

      mmg harum kan.. bau gula hangus dgn buahnya tu.. wangi jer :)

      Delete
  2. Assalam kak nor, memang betul kek ni sedap.Sy juga bukan peminat kek buah sebenarnya..tp bila makan tak boleh berenti lak hihi..
    sangat cantik hasilnya

    ReplyDelete
  3. salam kak nor, wahhh, bizi bebenor nmpak akk liza srg ni skrg ye...hihihi
    Liza pernah buat jugak kek buah ni n bagi pada makcik, dia pun cakap sedap, siap mintak resepi lagi...

    ReplyDelete
  4. tengok pun dah tau sedap
    tapi anak2 saya tak suka makan kek ni..jenuh lah nanti saya nak kena korek semua buah2 tu kalau nak bagi diaorg makan..hehehe

    ReplyDelete
  5. suami sy pon peminat kek buah....bini dia yg xdan nk buat...tak lrt nk sauna kt dapo...hehehe

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum...

    mak aih, bau kek buah sampai ke kerteh,... ni dh jd baja blm ni kak? kalau blm, nk gi umah ni, amik portion shida...hehehe

    4jam nk kukus? ni kna make sure gas penuh ni, buatnya gas yillek, nangis...huhu

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum kak nor.. tun ni x gemnor sgt mkn kek buah.. tp sejak duk bintulu nih, blk kg naik MAS, dia kasi kek buah masa makan. sedap la pulak (walaupon manis kek buah MAS). skrg jd suka makan. tp nengok 4jam nk kukus tuu.. alahai.. sayang nyer kat gas. huhu.. gas kt bintulu mahaiiiii..

    ReplyDelete
  8. Cantiknya kek buah k.nor, tentu sedap rasanya.. ;)

    ReplyDelete
  9. Kaaakkk....sedapnyaaa... ...kalau malas kukus rajin makan jek camna...hahaa..leen kalau buat utk customer memang terguda sekali..huhuu...badan pun dah makin bambam...hahaa!

    ReplyDelete
  10. Dah buat gak ek kak...jenuh gak nk bg habiskn kalau xde org kat umh..kat umh sury,sury sorg je suka kek buah...mmg lama le kek tu disimpan..tapi makin lama simpan makin sedappp..:-)

    ReplyDelete
  11. Assalam kak Nor, terliur tengok. Masa kecil sy tak suka kek buah sbb banyak sangat bahan dalamnya. Tapi bila dah tua ni jadi suka, esp yang manis2 buah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.. masz.. k.nor buat guna 1 cawan jer gula, mmg manis2 buah jer.. k.nor pun bukan suka yg manis2 sgt.. kek buah yg dihasilkan pun mmg kena dgn selera k.nor :)

      Delete
  12. Salam kak. Nk tanya kalau x letak cream tartar tu boleh ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam.. insyaallah boleh, cuba gantikan dgn 1 sudu besar jus lemon/limau

      Delete
  13. Salam kak.cream tartar nk cari kat mne ye..kalo dkat supermarket kat bahagian mne..

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam.. kat kedai bakeri ada, kalau kat supermarket cari kat tempat bahan2 buat kuih

      Delete
  14. salam kak,nk tanye..mentega tu akak guna mentega brand ape ye? sy pernah tgk resepi guna mentega golden churn..tp aritu status nye x halal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam.. boleh guna SCS, anchor.. wallahua'lam

      Delete
  15. Replies
    1. 50gm,.. letak gelas atas penimbang dan timbang sebanyak 50gm

      Delete