f Secubit Garam: CREAMY ANGEL HAIR WITH BASIL

N3 Terkini

Tuesday, January 1, 2013

CREAMY ANGEL HAIR WITH BASIL

ASSALAMUALAIKUM..


1 Jan 2013.. tahun baru sudah bermula.. Mesti ayat2 lazim keluar di kebanyakkan blog "Entri pertama di tahun baru 2013" hari ni kan.. Dan juga utk semalam, "Entri terakhir utk tahun 2012" hehehe.. Biasanya K.Nor pun gitu gak.. cuma kali ni tak nak cakap gitu lah.. nak buat kelainan sket.. sket jer.. Jgn marah ek.. saja gurau2 di pagi tahun baru nan dingin ni.. Hujan Non stop dari semalam cuma tak lebat jer... Balik dari Kota Bharu semalam, air naik semula di sekitar kawasan padang sekeliling rumah K.Nor. Memang lebat gak la tu hujan sbb air pun dah melimpah ke tengah jalan kat area depan nun..Mudah2an hujan tak berterusan lebat dan air kembali surut..

Hari ni persekolahan bagi negeri Terengganu, Kelantan dan Kedah dah pun bermula kan. Anak dara dan hero bongsu dah kembali ke asrama masing2. Tinggallah K.Nor 3 beranak jer kat rumah (Along kata dia kembali menjadi anak tunggal hehe).. Yg pastinya mood memasak/membaking akan kembali suram tambah lagi hujan2 nih, lagi la dingin mood tu hehehe.. Insyaallah blog akan diupdate tapi sukar sket la nak kencang2 spt dolu2.. Mudah2an ianya tak padam terus dah la kan.. Apapun, kalau tak berhapdet tu, diharapkan mana2 resipi dan ilmu yg dikongsikan sebelum ni akan terus memberi manafaat buat yg memerlukan. Insyaallah..


Okay.. kita berbalik pada menu hari ni. Sebenarnya menu ni dibuat minggu lepas lagi dah.. Masa tu tak tau nak makan apa utk dinner, teringat ada 2 paket angel hair dlm gobok kat dapur. Lagipun dah lama tak makan pasta2 nih... Pastu terasa nak makan yg lain dr kebiasaan. Disebabkan daun selasih sangat merimbun di kebun sekangkang kerbau tu, K.Nor teringin nak masukkannya dlm menu pasta kali ni. Pernah terjumpa resipi masakan pasta yg letak daun basil/selasih sebelum ni. Terlupa la pulak nak save resipi2 tu. Jadi K.Nor gugel la resipi2 yg menggunakan daun basil dlm masakan pasta disamping bertanya geng2 sekutu yg sentiasa dihati hehe.. Geng Pot Pet dr zaman forum myresipi yg hingga sekarang masih rapat, bukan lagi di forum tp di pesbuk nun. Skrg kan zaman wassup.. jadi lebih mudah ler nak bersembang.. Bila dah ada group wassup ni, mudah la nak bertanya itu ini terutamanya idea nak masak2 dan juga nak tanya problem lain2 .. (insyaallah tak ada nak bercakap hal org lain, nak mengutuk org lain.. tak main la nak himpun dosa2 kering nih.. hehe)


Bila K.Nor tanya resipi nak masak pasta menggunakan basil, ada yg bagi idea itu ini.. Dan dengan menggabungkan idea resipi2 kat internet, terhasil lah satu dish yg sangat sedap! Memang best rupanya pasta bila diletak basil/daun selasih. wangi jer.. Tapi kalau dah anak tekak melayu tu kan, mana boleh tak ada rasa pedas2. Jadi K.Nor tambah dgn serbuk cili kasar dan juga lada hitam. Pastu letak capsicum sket.. perghhh.. enak sihhhh.. Tak caya tanya Along, dia balik malam tu, dlm perut kenyang pun abis dia pulun pasta yg K.Nor simpan utk dia.. hehehehe Memang yummehhh... Tak caya kena try ya... terutamanya bagi penggemar pasta ^___^

Mekasih buat Masz Kajang, Che'Iza yg kini dah menetap di Melaka, SoFea aka Kak Fiza Penang, Fatinz Perlis, Ana Bini Wahid makin cantik jelita hehe, juga Mimi Tokey Botol Mayo muncung 3 hehehe..  & semua geng LADY POWER GROUP ^__^  Jasa mu di kenang selamanya.. hehe  luv u all :)


CREAMY ANGEL HAIR WITH BASIL

Bahan2:
300 gm angel hair ~ boleh juga kalau nak guna spaghetti atau lain2 pasta
udang secukupnya
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
1 labu bawang besar ~ dipotong dadu
1 sudu besar serbuk cili kasar
1 sudu kecil serbuk lada hitam ~ lebih sedap jika yg baru ditumbuk
1/4 biji capsicum hijau ~ dipotong dadu
1/4 biji capsicum merah ~ dipotong dadu
secekak daun selasih/basil
1/2 cawan susu cair
garam dan sedikit gula
air secukupnya utk merebus pasta
minyak zaitun

Cara:
Rebus pasta dgn air secukupnya hingga lembut/masak. Toskan. (simpan sedikit air rebusan).
Panaskan minyak zaitun dlm kuali dan tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi dan layu. Masukkan serbuk cili kasar, serbuk lada hitam, capsicum, garam dan sedikit gula (jika suka). Kacau.
Masukkan udang dan masak sehingga udang berubah warna.
Masukkan pasta, daun selasih/basil, susu cair dan air rebusan pasta (sukatan air terpulang pada citarasa masing2, jika nak lebih berkuah, lebihkan sukatan air rebusan pasta)
Kacau goreng seketika dan bolehlah dipadamkan api.
Hidangkan dlm pinggan dan taburkan sedikit serbuk cili kasar atau serbuk lada hitam .
Selamat menjamu selera :)




14 comments:

  1. Nor, Selamat Tahun Baru! Pasta tu nampak sedap, PH pun nak cuba :)

    ReplyDelete
  2. aduh sedap nya pasta ni sbb agak berkuah sikit mesti lazat ni kan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. nor mmg suka yg berkuah sket kak noor :)

      Delete
  3. selamat tahun baru..:)

    nak sikittttt...:p

    ReplyDelete
    Replies
    1. slmt tahun baru gak.. sori.. dah abes :)

      Delete
  4. yeay welcome 2013...jom same2 pasang azam baru...wow creamy angel hair tu sangat menarik lah kak nor, nak try buat jugak lah...

    new entry: http://welovesusuibu.blogspot.com/2012/12/dulu-anak-tak-nak-makan-kini-makan.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. slmt mencuba & slmt tahun baru :)

      Delete
  5. Assalam

    sedapnyerrrr...... suka suka suka

    ReplyDelete
  6. Wishing you a Happy New Year and all the best in 2013!

    ReplyDelete
    Replies
    1. same goes to u ann.. thank u for dropping by :)

      Delete
  7. Hello, new follower here and I’d like to invite you to join me at my weekly Clever Chicks Blog Hop: http://www.the-chicken-chick.com/2013/01/clever-chicks-blog-hop-16-hogwash-soaps.html



    I hope you can make it!

    Cheers,

    Kathy Shea Mormino

    The Chicken Chick

    ReplyDelete
    Replies

    1. hi kathy .. thanks for dropping by & thanks for the offer too.. so sorry, i can't join u this time :)

      Delete