f Secubit Garam: SARDINE ROLL

N3 Terkini

Thursday, September 6, 2012

SARDINE ROLL

ASSALAMUALAIKUM...

Sekian lama cuti meroti, akhirnya kena paksa dgn rela utk meroti petang smlm. Ni kes nak clearkan freezer sebelum bercuti dua tiga hari minggu depan. Sebelum ni masa duk rumah lama, nak bercuti tak jadi masalah sgt, biarkan aje stok makanan atau bahan mentah kat dlm esbok/freezer. Tapi sejak berpindah ni, suis utama selalu jer tertendang bila ada kilat yg kuat. Esbok ler yg dibimbangkan sbb bila suis utama tertendang, esbok pun akan diam la kan... Segala mak nenek harta karun dlm esbok tu akan rosak ler bila tak ada letrik nih... Lagipun akhir2 ni, boleh dikatakan tiap2 petang kilat dan hujan lebat di kawasan ni. Sebab tu la operasi clearkan esbok kena jalankan lebih giat lagi.. ehhh.. sebenarnya nak beritau yg filling/inti yg K.Nor gunakan dlm rolls ni, dah readymade dan duk santai2 dlm freezer. Jadi kenalah cepat2 habiskan inti ni selagi masih boleh digunakan ni kan...

All time pebret, SARDINE ROLL
Sebenarnya K.Nor buat 3 jenis bun/rolls petang semalam dgn menggunakan resipi yg sentiasa diguna pakai, iaitu resipi BASIC DOUGH. Dengan doh yg lembut dan sedap ni, kita boleh pelbagaikan roti/bun yg kita inginkan, terpulang pada citarasa dan kerajinan masing2 hehe. Nak tengok contoh roti/bun yg pernah K.Nor hasilkan, sila klik kat label ROTI, insyaallah keluarlah nanti pelbagai hasiltangan roti yg telah dibuat..

Ada yg ditabur bijan, ada yg tak.. gara2 terlupa, dah siap bakar baru perasan tak tabur ishh..
Sebenarnya ada satu batch lagi yg K.Nor buat menggunakan inti daging, tapi terlupa nak posing heeeee....... 
Bagi yg pertama kali mendengar nama WATER ROUX, ia adalah bahan utk melembutkan roti dan kita tak perlu lagi menggunakan bread softener. Yer la, kita tak tau apa bahan sebenarnya yg digunakan dlm bread softener ni kan, dan kalau dgn menggunakan waer roux, roti yg dihasilkan adalah lembut dan gebu, apa salahnya kita guna bahan yg diyakini halal ni kan. Water roux dihasilkan hanya dgn menggunakan tepung dan air, dlm sukatan yg tertentu, dimasak seejap jer atas dapur hingga pekat. Kalau ada lebihan water roux, boleh disimpan dlm esbok tp jangan biar lama2 ya.. Utk water roux yg digunakan dlm resipi BASIC DOUGH ni, sukatan yg K.Nor nyatakan kat bawah tu nanti, ngam2 jer dgn sukatan yg diperlukan.. So insyaallah tak ada lebihan. Selain K.Nor, org yg paling gemar menggunakan water roux dlm pembuatan roti adalah tokey roti yg dah kembali menetap di Jepun nun, ROS@JINTANMANIS.. kan Ros kan.. ^__^

SWEET & CHEESY BUN..
Selepas doh dibentukkan bulat dan biarkan naik, K.Nor gunting atas tu (5 guntingan) dan biarkan ia naik semula
selama 10 min lagi dan tabur dgn parutan parmesan cheese dan gula..

BASIC DOUGH
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
380gm tepung high protein (tpg roti)
3 sudu besar susu tepung
80gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 bj telur A ~ dikocok sket dgn garfu
100ml air
100gm water roux*
1/2 sudu kecil garam
30gm butter
30gm shortening

Cara:
Masukkan bahan air, telur dan water roux ke dalam bread maker (BM) dan lepas tu masukkan bahan2 kering spt tepung dan susu tepung.
Letakkan gula dan yis di satu penjuru manakala garam di penjuru yg lain.
Tekan suis on pd BM dan setkan pd mode dough.
Tekan start dan biarkan ia menguli utk seketika.
Bila dah membentuk sebiji doh boleh la dimasukkan butter dan shortening.
Biarkan sehingga proses menguli selesai.
Biarkan ia naik hingga 2x ganda atau BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.
Boleh la dibentukkan doh td mengikut citarasa anda.
#kalau nak doh yg lebih lembut dan gebu boleh la diulang proses menguli tu sekali lagi.

Untuk tengok resipi dan cara2 membuat Sardine Role (the making..) boleh ke SINI ya...



WATER ROUX(menggunakan kaedah 1:5 .. 1 utk tepung, 5 utk air.. )
30gm tepung gandum
150ml air

Masukkan dlm kuali/pan dan panaskan dgn api sederhana.
Hendaklah sentiasa dikacau supaya tak berketul.
Kacau hingga pekat dan padamkan api ( dlm 2 minit jer)
Bila sejuk masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm peti ais sehingga nak digunakan.
Keluarkan dr peti ais, biarkan hingga pd suhu bilik baru lah digunakan.

8 comments:

  1. Assalammualaikum kak ;)

    kat key ell pon hujan

    eh ntah ape2 pia komen,hehe

    ReplyDelete
  2. http://says.com/my/idzu/specials/1malaysia-cupcakes

    ReplyDelete
  3. Kak Nor...dah lama kite tak buat roti..mood menguli belum mari...nampak sedap sardine roll tu...

    ReplyDelete
  4. lamanya QH xmroti jugak...teringin la nk mcuba yg ni nti...sedap nmpknye sardine roll tu..

    ReplyDelete
  5. dh lama x meroti kak nor..biasa beli yg dh siap jew la..he hhe simpan resepi akk nie..kut2 angin rajin nnt leh buat ..:) sedapnya kak:)

    ReplyDelete
  6. saya pun kalau buat roti mesti guna water roux...
    eh..mestilah, sebab memang ikut cara Kak Nor pun..ahaks

    ReplyDelete