f Secubit Garam: Malaysian Food Fest
Showing posts with label Malaysian Food Fest. Show all posts
Showing posts with label Malaysian Food Fest. Show all posts

Tuesday, April 16, 2013

SIRA LABU ~ MALAYSIAN FOOD FEST (KELANTAN MONTH)

ASSALAMUALAIKUM...

Satu lg hidangan dr negeri Kelantan Darul Naim yg dibuat khas utk Gert bagi memeriahkan Malaysian Food Fest. Kalau Sira Labu ni selalunya dibuat atau dihidangkan masa kenduri kawin, samada dimakan dgn nasi minyak, nasi putih ataupun makan gitu aje sbg dessert. K.Nor mmg suka gak Sira Labu ni tp dgn syarat tak manis sgt la. Tapi kebiasaannya dessert Kelantan mmg manis2, so tak leh makan banyak la kalau yg kat kenduri tu. Tapi kalau yg kita buat sendiri, kita boleh ejjas sukatan gula yg digunakan.


Resipi Sira Labu ni K.Nor amik kat dapur Lina pg, mekasih ya Lina.Tak leh nak pot pet panjang, duk achummm achummmm jer dr pagi tadi. Hidung asyik tersumbat jer dr smlm, mula la tak leh nak lena mana. Ok.. Jumpa lagi.. Slmt mencuba Sira Labu bg yg berminat tu ya... ^ __ ^


SIRA LABU
resipi : Lina pg
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan:
1/2 biji labu
3 sb gula merah
3 sb gula perang/gula pasir
3 helai daun pandan
Air kapur

Cara-Cara:
Labu dikupas kulit dan direndam ke dalam air kapur selama 1-2jam
Cuci bersih dan toskan labu
Susun labu ke dalam periuk dan taburkan gula merah dan juga gula perang.Sukatan gula terpulang kepada citarasa.
Letakkan daun pandan yang disiat-siat.
Tutup periuk dan masak labu dengan api yang kecil selama 1 jam atau sehingga labu empuk

Note: Lina pg tidak meletakkan air dalam resepi ni sbb labu akan mengeluarkan air semasa proses memasak..Jika suka boleh letakkan 1-2 sb air selepas tabur gula

~ k.nor tak guna kedua2 gula spt yg dlm resipi di atas, sebaliknya k.nor guna gula nisan..



"I am submitting this post to Malaysian Food Fest, Kelantan Month hosted by Gertrude of My Kitchen Snippets "


Wednesday, April 10, 2013

KUIH BUTIR NANGKA ~ MALAYSIAN FOOD FESTIVAL (KELANTAN MONTH)

ASSALAMUALAIKUM....

Masih lg dlm mood MALAYSIAN FOOD FESTIVAL yg mana Gert menjadi tuan rumah utk kali ni. Sebelum event ni berlangsung, K.Nor dah save beberapa resipi yg nak dicuba bagi memeriahkan acara MFF ni setelah dimaklumkan oleh Gert pd K.Nor. Masih belum dapat mencuri masa utk membuatnya maklum la, yg nak makan tu tak ramai, jd mood nak membuat pun lemau sket la. Nak kata bz sgt2 tak jugak, buat2 bz jer yg lebih kut.. hehe


Kalau org Kelantan pasti tau dessert yg pemes di bulan puasa ni kan. KUIH BUTIR NANGKA, salah satu menu yg laris di bulan puasa biasanya. Memang sedap pekena kuih muih yg berkuah gini time berbuka nak2 kalau dibiarkan sejuk dulu dlm peti ais. Hasil bertanyakan pada pakcik gugel, K.Nor ditemukan dgn resipi KUIH BUTIR NANGKA di AZIE KITCHEN. Resiipi yg mudah dan sukatannya pun tak banyak. Kalau utk yg baru nak mencuba buat tu elok sgt la kan.. Kang kalau buat yg dlm sukatan banyak, tak abis makan pulak. 

ku lihat ijauuuuuuuu ^___^

Mekasih Azie, sudi berkongsi resipi Kuih Butir Nangka ni ya.. Kalau diletakkan hirsan nangka pun best gak ni rasanya. Macam Kuih Sagupal versi moden skrg ni dah diletakkan hirisan nangka fresh.. perghhh mmg syok abis... :) 

KUIH BUTIR NANGKA
resipi : Azie Kitchen
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan kuah:
Santan pekat
2 helai daun pandan - disimpul
Gula dan garam – secukup rasa
1/2 sudu kecil Halba

Cara memasak:
Satukan semua bahan dalam periuk, masak dengan menggunakan api yang sederhana. Sentiasa kacau supaya tidak berketul. Saya masukkan juga lebihan air daun pandan tadi ke dalam kuah. Rasakan garam dan gula. Kacau sampai menggelegak. Tutup api…

Bahan-bahan biji nangka:
1 cawan tepung beras pulut
Air daun pandan – kisar daun pandan, tapis dan ambil airnya
Pewarna hijau
Sedikit air kapur
Garam

Cara membuat:
Sebelum menguli, panaskan dahulu air di dalam periuk (air separuh periuk). Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan uli sampai sebati.
Masukkan air daun pandan sedikit demi sedikit sampai tepung tidak melekat pada tangan.
Kemudian bentukkan seperti biji nangka (lebih kurang sebesar gula-gula). Terus masukkan doh itu ke dalam periuk dengan air yang sedang menggelegak.
Apabila biji nangka masak, ia akan timbul di permukaan air. Bolehlah angkat dan masukkannya dahulu ke dalam bekas yang berisi air masak, jika kuah belum siap.



"I am submitting this post to Malaysian Food Fest, Kelantan Month hosted by Gertrude of My Kitchen Snippets "

Friday, April 5, 2013

KUZI HATI ~ MALAYSIAN FOOD FEST (KELANTAN MONTH)

ASSALAMUALAIKUM....

Salam Jumaat buat semua, semoga kita semua mendapat keberkatan dan rahmat di hari mulia ni. Perbanyakkan selawat pd Nabi Muhammad s.a.w pada hari Jumaat ya.. mudah2an kita mendapat syafaatnya pada hari perhitungan nanti.. amiin...


Kebetulan dlm freezer ada sedikit hati lembu, lebihan buat HATI PALEMBANG tempohari, jadi K.Nor terfikir nak perhabiskan la.. Duk pikir2 nak masak apa dgn hati yg tak sampai 400gm ni, teringat kat lauk Kuzi Daging yg ada dlm buku 50 HIDANGAN PENAMBAT SELERA, buku masakan K.HANIELIZA. Kalau K.Liza masak guna daging, K.Nor nak derhakakan sket dgn menggunakan hati. Tak salah pun kan, kita yg masak dia..  K.Nor dah banyak gugel resipi kuzi tp K.Nor lebih tertarik nak guna resipi K.Liza ni, sbb ianya lebih mudah dan bahan2 yg digunakan agak simple dan insyaallah ada kat dapur. Sesetengah resipi kuzi lain memerlukan lebih banyak bahan utk digunakan dlm masakan kuzi. K.Nor lebih suka try resipi yg simple dan dlm blog ni pun kebanyakkannya resipi simple2 jer.. Kebanyakkan email yg K.Nor terima suka SG sbb memaparkan resipi yg mudah dan simple bahan2nya. Kalau yg cerewet ni org lain terutamanya yg baru nak belajar masak pun rasa kurang rajin dan tak berminat nak buat melainkan yg betul2 punya kerajinan lebih dan masa terluang yg lebih.. tak gitu hehe


Alhamdulillah... mmg best sungguh KUZI HATI ni.. gravy dia tu, enak sih.... 2 thumbs up tau! menjilat jari jemari.. jari kanan jer la, jari kiri nak jilat watper.. kan.. hehehhehe.. Meh la menerai resipi kuzi K.Liza ni.. insyaallah sedap tau.. Mekasih K.Liza, Nor nak kongsikan resipi kat sini ya..

Dan, bila sebut kuzi, masakan ni dtgnya dr Kelantan kan. Jadi K.Nor amik peluang utk masukkan sekali entri/masakan ni ke MALAYSIAN FOOD FEST ~ Kelantan Month yg dihoskan oleh Gert. Gert, u should try this, makan dgn nasi minyak pun best tau ^___^

KUZI (HATI) DAGING
resipi : K.Hanieliza @ 50 Hidangan Penambat Selera
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan A:
500 gm daging ~ k.nor guna hati lembu
3 sudu makan rempah kuzi
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan susu cair
1 cawan air
5 bj cili merah ~ dibelah 2
2 biji tomato ~ dibelah 4
1 labu bawang besar ~ dibelah 4
1/2 cawan kismis
3 sudu makan minyak masak
garam secukup rasa

Bahan B ~ dikisar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 in halia
1 cawan bawang goreng
5 biji cili merah

Cara:
Daging/hati dipotong kecil.
Gaulkan daging dgn rempah kuzi dan sos tomato.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan B dan daging yg digaul tadi hingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan susu cair, kismis, tomato, bawang besar dan cili merah.
Kacau rata dan biarkan sehingga pecah minyak lagi dan pekat.
Hidangkan dengan nasi minyak atau nasi putih ataupun roti.

* k.nor kurangkan bilangan cili merah (dlm bahan B) dan masukkan 1 sudu besar cili mesin.
* k.nor juga tumis dulu sedikit rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan bunga lawang)


Bagi yg tak ada rempah kuzi boleh cuba resipi rempah yg dibawah ni...


RESIPI REMPAH KUZI by Zaliana MyResipi

Bahan2:
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh lada hitam
6 kuntum bunga cengkih
1 inci kulit kayu manis
4 biji buah pelaga-sila buang kulit dan ambil bijinya sahaja
1 kuntum caber
2 kuntum bunga lawang

Cara:
Basuh bersih kesemua bahan didalam tapis.Kemudian goreng kering/sangai di dalam kuali.
Kisar rempah tadi dalam pengisar kering.Boleh juga ditumbuk hingga halus. Sebagai panduan berat rempah yang dapat ialah anggaran sebanyak 10 gram.

(k.nor rasa kalau tak ada caber rasanya boleh skip aje)

REMPAH KUZI by Chef Hafiza
sumber : Yatie Memories

Bahan2:
2 sudu makan ketumbar*
1 sudu makan jintan manis*
1 sudu makan jintan putih* (* di sangai dan kisar kering)
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 btng kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
5 tangkai bunga cengkih


(k.nor rasa kesemua rempah dihendaklah disangai dan dikisar utk menghasilkan rempah kuzi.. spt yg dibuat oleh Zaliana)




"I am submitting this post to Malaysian Food Fest, Kelantan Month hosted by Gertrude of My Kitchen Snippets "



Monday, April 1, 2013

TERESEK JANTUNG PISANG ~MALAYSIAN FOOD FEST (KELANTAN MONTH)

ASSALAMUALAIKUM...

Menu ni dah laaaaaaaaaaaaaaaaama duk dlm folder. Masa jiran K.Nor bagi jantung pisang dulu, K.Nor cuba satu resipi yg tak pernah dengar apatah lagi masuk anak tekak. Memang tak pernah makan ler sebelum ni. Masa duk tanya2 resipi apa yg boleh dibuat dgn jantung pisang, ada beberapa teman fb yg cadangkan utk buat TERESEK JANTUNG PISANG. Hasil guguel, K.Nor jumpa beberapa resipi teresek ni tp K.Nor pilih resipi kat dapur CIK MANGGIS. 


Alhamdulillah.. mmg sangat sedap! Tak sia2 mencuba. Terasa makan rendang ayam pun ada. Langsung tak terasa jantung pisang dalam tu. Memang best! Mekasih pd K.Nah yg sudi berkongsi resipi Teresek Jantung Pisang. Masakan teresek ni asalnya dari Kelantan dan K.Nah mmg originally org Kelantan.. hehe.. 

Opss.. satu lg penyebab K.Nor cuba resipi teresek adalah utk join MALAYSIAN FOOD FESTIVAL, yg bermula hari ni sehinngga akhir April. Negeri yg terlibat adalah negeri Kelantan. Kali ni Gertrude Wan @ My Kitchen Snippets yg menjadi host.  Nak tau lebih lanjut berkenaan event ni boleh ke SINI. Jom la sapa2 yg teringin nak join event ni, tak perlukan bayarana apa2 pun hehe.. Hanya masak masakan/dessert negeri Kelantan, tak kira la resipi turun temurun ke, resipi yg diambil dr blog lain ke. Asalkan menu Kelantan. Post entri di blog masing2, pastu ikut step yg dibagitau kat entri tadi. Selain dari tu, klik join kat page Kelantan Food Festival di fb juga ya.. Kalau ada apa2 yg tak faham boleh bertanya pd Gert atau K.Nor kat fb (kat inbox ya.. )


TERESEK JANTUNG PISANG
sumber : Cik Manggis
Bahan-bahannya:
1 biji jantung pisang-ambil yang lembut dan potong nipis
5 ulas bawang merah.
1 tbsp serbuk kari daging
2 ulas bawang putih
1 inci halia.
5 tangkai cili kering
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup.
1 tbsp biji ketumbar-goreng tanpa minyak dan tumbuk kasar.
1 tbsp budu
1 keping asam gelugur.
6-7 batang kaki ayam-potong kecil
3 ketul pedal ayam -potong kecil
2 ketul hati ayam -potong kecil
Sedikit isi ayam -potong kecil.
1 cawan santan pekat.
2 tbsp kerisik
garam secukup rasa.
Gula melaka secukupnya.

Cara-caranya:
Cili kering,bawang merah.bawang putih.halia.lengkuas dan kunyit di kisar halus.
Masukkan semua bahan-bahan kedalama periuk.
Masak hingga kuahnya pekat.rasakan garam dan gulanya agar seimbang.
sedap dimakan bersama nasi putih .ikan masin atau sambal belacan:)


"I am submitting this post to Malaysian Food Fest, Kelantan Month hosted by Gertrude of My Kitchen Snippets "




Thursday, November 15, 2012

KERABU TAUGEH & KERANG

ASSALAMUALAIKUM...

Tak pernah makan pun lg sebelum ni Kerabu Taugeh dan Kerang. Selalu gak tengok Geng Masak2 duk tayang menu ni. Tapi org kata seru tak datang, jd tak buat la.. Kebetulan K.Nor tanya geng2 lama forum Myresipi, apa menu dr negeri Kedah dan Perlis (kes nak join MFF yg bulan ni jtuh kepada bulan Kedah dan Perlis) ada yg syorkan pelbagai menu dr Kedah spt Gulai Daging Batang Pisang la, Pulut dgn Mangga la.. dan ada yg syorkan Kerabu Taugeh Dgn Kerang dan pelbagai menu2 lain... erm... hati dah terpaut dgn menu kerabu ni.. Apatah lagi bila diletak kerang, mesti best kan :)


Bila ke pasar baru2 ni K.Nor beli la 1kg kerang, mahel wehh skrg ni. Tak tau la kat pasar tu yg mahal atau mmg dah mahal giler kerang sekarang ni. Dah 5 hingget sekilo. Kalau dolu2 seringgit jer sekilo.. ermmm... semua harga barang naik, tak ada yg turun kan.. yg pasti air hujan jer yg turun hehe

Bila dah buat kerabu ni, punya la sedap! Memang syok kalau meratah gitu aje. Tambah lagi kalau diletak kerang banyak2 sket hehe..Taugeh tu K.Nor tak celur pun, K.Nor lebih suka makan kerabu taugeh ni bila ada rasa rangup2 taugeh tu. Memang tak rugi mencuba resipi yg K.Nor ambil dr dapur Ika@Mek Siam yg dah lama menyepi tu.. Resipi asal dari Sherry MZ@MyResipi. Mekasih ya atas perkongsian resipi dan mekasih gak pada geng2 potpet atas idea yg disumbangkan  ^__^


KERABU TAUGEH n KERANG
sumber : Ika@Arah

Bahan-bahan ( 4 orang )
Sebungkus taugeh (50sen - 1.00)
3 ulas bawang merah (dihiris)
7 biji cili padi (dihiris)
Seinci belacan (dibakar)
Sedikit udang kering (rendam dulu)
1 sudu teh lada hitam biji
2 sudu makan air perahan lemon/limau
1 sudu makan kerisik
Garam & gula secukup rasa

Cara-cara:
Taugeh hendaklah dicelur terlebih dahulu. Jgn lama sgt, nanti lembik pulak. (k.nor skip)
Kemudian toskan airnya. Ketepikan dulu.
Hiris halus bawang merah & cili padi.
Tumbuk udang kering, belacan, lada hitam dan kalau nak pedas tambah sedikit cili padi. Tumbuk sampai lumat.
Masukkan bahan2 yg telah ditumbuk tadi ke dalam taugeh. Gaul rata.
Masukkan kerisik. Gaul rata lagi, jgn biarkan kerisik berketul.
Akhir sekali masukkan air perahan lemon/limau, garam & gula.
Sedia untuk dimakan dgn nasi panas

* K.Nor juga spt Ika, tumbuk semua bahan2 ~ bawang merah, cili padi, belacan, udang kering dan lada hitam.


I am submitting this post to Malaysian Food Fest, Kedah and Perlis Month hosted by WendyinKK of Table for 2.....or More.

Wednesday, October 31, 2012

SIRA UBI KAYU

ASSALAMUALAIKUM..

Last dish yg bakal disubmitkan ke MFF spt yg K.Nor mention dlm entri sebelum ni, SAYUR LEMAK KULIT RAMBAI. Hari ni hari terakhir utk event MALAYSIAN FOOD FEST, yg jatuh kepada Negeri Terengganu. Kalau diikutkan ada banyak lagi Trg Local Dishes yg boleh diperkenalkan tp masa dah sampai ke penghujung, tak perlah.. ada masa nanti akan K.Nor usahakan utk buat mana yg mampu ya.. :)


Selalunya kalau sebut ubi kayu rebus, pasti ada yg bayangkan gandingannya... sambal tumis, sambal ikan bilis, sambal cili api dan kalau sebelah Terengganu ni, ubi kayu rebus biasanya dimakan dgn kelapa parut. Selain dari tu ianya juga dibuat sira. Sira ubi kayu yg sedap pastinya menggunakan gula nisan. Pasti lebih umpphhh... 

Bila beli ubi kayu, K.Nor suka beli ubi yg berwarna kuning atau juga dipanggil ubi mentega.. Suka dgn rasanya dan juga warnanya tu .. ai kan peminat kuning hehe.. Jangan lupa sediakan kopi O panas masa menikmati SIRA UBI KAYU ni ya...

K.Nor mmg suka masak ubi kayu sampai betul2 empuk, tu yg nampak cam hancur sket kan..  :)

SIRA UBI KAYU
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
500gm ubi kayu
1/3 cawan gula nisan ~ ikut kemanisan yg disukai
2 helai daun pandan
secubit garam
air secukupnya

Cara:
Bersihkan ubi kayu dan potong kecil.
Rebus ubi kayu dlm air yg menutupi paras ubi hingga empuk.
Keluarkan air dan tinggalkan lebih kurang 1 cawan (lebihkan jika ingin kuahnya lebih).
Masukkan gula nisan, daun pandan dan garam.
Masak hingga gula nisan hancur dan kuah menjadi pekat/likat.
Angkat dan hidangkan.

* boleh gantikan gula nisan dgn gula pasir atau gula melaka..


K.Nor nak submit post ni ke MFF yg mana LENA of FROZENWING yg menjadi hostnya..

SAYUR LEMAK KULIT RAMBAI

ASSALAMUALAIKUM..

Bagi warga Pantai Timur terutamanya Tganu pasti ramai yg tau dgn masakan lama ni kan. Biasanya kat area kampung2 selalunya buat masakan ni dan selalu gak dibuat time kenduri kecilan spt kenduri arwah dan sbgnya.. Memang sedap masakan tradsional kan, tambah lagi kalau kena dgn partnernya. Kalau utk menu  SAYUR LEMAK KULIT RAMBAI ni, selalunya digandingkan dgn ikan goreng/panggang, sambal belacan, ikan kering/masin. Tu dah cukup menyelerakan, pekena lak dgn nasi putih panas2.. ermm... org lalu belakang gerenti tak sedar.. hehe


Kebetulan duk cakap hal Sayur Lemak Kulit Rambai ni kat group MFF di fb (masa tu ada yg post menu yg lebih kurang dgn Sayur Kolok) baru2 ni. Masa K.Nor ke pasar 3 hari lepas, ada sorang makcik tu jual buah rambai.. nampak besar2 dan elok jer buah rambainya tu. Terus teringat tang Sayur Lemak Kulit Rambai. Apa lagi, rembat la sedikit buah rambai semata2 nak buat menu tradsional dr Tganu ni. Tak banyak yg K.Nor beli, sekadar 1/2kg jer.. Tak perlu banyak2, bukannya ramai yg nak makan pun..

Menu ni sebenarnya dimasak semalam tp tak sempat nak post. Hari ni dah 31 Okt, hari terakhir utk submit post yg berkaitan Tganu dishes ke MFF. So kena la cpt2 masukkan entri ni. Insyaallah petang ni satu lagi menu akan dipost yg mana juga berkaitan dgn MFF. Seronok pulak join MFF ni yg mana dapat mengetengahkan masakan tradisional dr negeri penyu bertelur hehee


Ok lah.. dah panjang lebat pot pet arini.. Jom kita tengok resipi bg yg nak mencuba Sayur Lemak Kulit Rambai ni. Bahan2nya tak banyak berbeza dgn masak lemak yg biasa dibuat tu cuma ikan tu dilebihkan sedikit dan perlu dicelur dulu kulit rambai utk menghilangkan rasa masam.. Try la ya, masakan ni sangat sedap, lemak dari santan dan masam2 dr kulit rambai.. pekena dgn sambal belacan.. mmm.. mmg tak toleh kiri kanan lagi dah.. duk nyuappp jer hehhe


SAYUR LEMAK KULIT RAMBAI
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
Buah rambai ~ ambil kulitnya sahaja
petai
1 ekor ikan selayang
1 labu bawang besar ~ dipotong baji/wedges
1 biji cili merah ~ dihiris serong
1/2 cawan santan fresh/pekat
1 3/4 cawan air
garam dan sedikit gula

Cara:
Panggang ikan dan ambil isinya. Hancurkan.
Celur sekejap kulit rambai dan bila dah sejuk sedikit, perah airnya utk membuang rasa masam.
Masukkan isi ikan, air, bawang besar, cili merah, garam, sedikit gula dan juga kulit rambai kedalam periuk.
Masak hingga mendidih dan masukkan santan fresh/pekat.
Kacau sentiasa dan masak hingga mendidih.
Padamkan api dan sedia utk dihidangkan.


K.Nor nak submit post ni ke MFF yg mana Lena of FrozenWing yg jadi hostnya...

Wednesday, October 24, 2012

KUIH QASIDAH/HASIDAH

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah.. panas terang benderang lg hari ni.. Tapi hari ni tak basuh kain baju, smlm dah amik peluang clearkan bakul baju dan comforter. Walaupun matahari memancar terik, nampak ada gak awan2 gelap tu.. Mungkin kejap lagi akan turun hujan panas mcm ptg smlm.. wallahua'lam...

Kuih Qasidah yg ni K.Nor beli kat Pasar Tani.
Ni gambar yg dah lama dlm simpanan... Kalau yg versi dulu2 tak dibuat sebijik gedabak gini ya.. hehe
 Hari ni K.Nor amik peluang utk tayang satu lagi kuih tradisional negeri Tganu yg dah berzaman K.Nor tak buat walhal mmg suka sgt dgn kuih ni. Pernah masa zaman anak dara dan baru2 kawin jer buat kuih ni tp disebabkan cuma K.Nor dan Cik Abe jer yg suka, kalau nak makan tu, main tunjuk2 aje la.. Tak worth org kata kalau nak buat kan, lagipun resipi org dulu2 semua dlm sukatan yg banyak. (Teringat zaman anak dara dulu, K.Nor kacau kuih ni (kalau tak silap masa tu buat 1 kati tepung) dlm kuali tembaga dan masak atas dapur kayu jer.. Dapur tu pulak terletak kat belakang rumah, atas bangsal kayu. Walaupun penat tp seronok sbb hasilnya sangat memuaskan... :)  ) Nak buat tu mula la terbantuk en mood.  Tapi disebabkan nak masukkan entri kuin tradisional Tganu ni ke MFF, K.Nor telah 'mencari en mood' ptg smlm dgn menggodek KUIH QASIDAH atau ada yg panggil HASIDAH dan ada juga yg sebut KHASIDAH. Yg pasti, ianya kuih yg sama, yg dibuat menggunakan bahan2 yg simple cuma part yg bercinta sket tu bila nak membentuk kuih tu pada peringkat akhirnya.

Kalau ikut versi tradisional, kuih ni dibentukkan seperti sekuntum bunga ros, menggunakan penyepit khas yg kebiasaanya dibuat dari tembaga. Masa K.Nor buat dulu pun K.Nor gunakan penyepit tembaga tu, tp sejak dah pindah randah ni dan arwah ayah dah tak lagi tinggal di rumah lama kami, tak dapat lah nak selongkar balik kat mana khazanah2 lama ni spt acuan SAWA yg K.Nor sebutkan baru2 dlm proses membuat KUIH BELIMBING. Masa tu tak terfikir nak angkut barang2 lama ni jadi bila nak guna, tak ada lah benda tu.. 

Ni lah rupa Kuih Qasidah yg sebenarnya, spt sekuntum bunga ros kan.. 
Gambar dr dapur MADIHA@RATNA

Jadi, utk tontonan org yg tak tau rupa kuih Qasidah ni yg real, K.Nor dah google dan sekeping gambar kat rumah MADIHA@RATNA yg lebih real rupa Kuih Qasidahnya. Izinkan K.Nor share kat sini ya Ratna .. Tq .. :)
Gambar penyepit tembaga ni dari dapur CIKADAKBIRU
Dan utk gambar penyepit yg digunakan pula, hanya ada satu jer gambar yg K.Nor jumpa iaitu kat rumah Dina@CikadakBiru. Penyepit yg digunakan tu sama jer mcm yg pernah K.Nor guna masa kat rumah lama. Mintak izin gak ya Dina, K.Nor nak share gambar penyepit tu kat sini.. TQ ... :)

Minta maaflah ya, K.Nor tak dapat nak bentukkan Kuih Qasidah yg ori, iaitu berbentuk bunga ros disebabkan tak ada penyepit spt yg dlm gambar di atas. Sebagai alternatif utk membentuk kuih ni K.Nor terpaksa menggunakan silicone mould berbentuk bunga ros. Jadi lah kan.. asal bentuk bunga ros gak kan.. hehe Bukan niat nak menderhaka tp dah tak ada penyepit tu, nak buat macamana kan. Utk rujukan, bolehlah pandu pada gambar dr blog Madiha@Ratna tu ya...


Kuih Qasidah ni, teksturenya lembut dan wangi dgn bau minyak sapi dan juga bawang goreng. Amat sesuai utk org tua yg tak ada gigi hehe..


Kacau sehingga adunan sebati dan tidak berketul
Apabila adunan dah menjadi seketul dan tidak melekat pada kuali baru masukkan minyak sapi..

KUIH QASIDAH
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
Bawang Goreng:
5 - 7 biji bawang merah
minyak

~ bawang dihiris nipis dan goreng hingga keperangan.
~ angkat dan ketepikan.

~ Adunan tepung:
2 cawan tepung gandum
2/3 cawan santan pekat/santan fresh
1 1/2 cawan air
1/2 cawan gula pasir
2 biji telur A
1/2 sudu kecil garam
2 helai daun pandan
sedikit pewarna kuning
3 sudu besar minyak sapi

Cara:
Bancuh kesemua bahan2 kecuali daun pandan dan minyak sapi hingga sebati.
Tapis dan masukkan ke dalam kuali bersama daun pandan.
Masaklah dgn menggunakan api sederhana hingga tidak melekat pada kuali.(hendaklah sentiasa dikacau)
Masukkan minyak sapi dan kacau lagi lebih kurang 10 min.
Tutup api dan alihkan ke dalam bekas lain. Biarkan sejuk sebentar.
Ambil sedikit adunan dan bentukkan menjadi bulat.
Kemudian bentukkan menjadi bunga ros dgn menggunakan penyepit. (atau boleh menggunakan mould yg sesuai)
Susun atas pinggan dan tabur sedikit bawang goreng dan juga titiskan sedikit minyak goreng bawang tadi ke atas kuih yg dah dibentukkan.


K.Nor nak submit post ni ke MFF yg mana Lena@FrozenWing menjadi hostnya..

Monday, October 22, 2012

KUIH BELIMBING

ASSALAMUALAIKUM...

Sejuk, dingin.. nyaman.. semua ada... dah 2 hari hujan manjang kat Tganu ni.. (kecuali Sabtu, hujan stop utk 1 hari kebetulan pulak masa tu ada Bengkel Fotografi Xpress yg berjalan kat rumah K.Nor, alhamdulillah..) Maklum lah kan, dah masuk musim tengkujuh atau dgn kata lain musim sidai/jemur baju dlm rumah bawah kipas hehe

ermmm... ada yg rindu dgn pot pet K.Nor ya.. adik NikJa yg dulunya pernah pemes dgn panggil Mokwo dan Hasue.. tak yah nak heran la ya.. mmg lately no pot pet2 sgt lg dah kat SG ni.. sesekali jer kalau terasa teringin nak pot pet, maka adalah pot pet tu.. mcm hari ni.. Silap haribulan, pot pet ku penuh 2 helai kertas kajang kang.. hehehe...


Ok.. kita berbalik pd tayangan amal pd hari ni.. Kuih yg dah lama nak buat tp asyik tertangguh jer. Kebetulan bulan Oktober ni ada event Malaysian Food Fest (MFF) dan negeri yg terpilih adalah negeri Terengganu jadi K.Nor duk gali2 la resipi apa nak dikongsikan bersama dlm MFF yg mana Lena@Frozen Wings menjadi hostnya. Menu pertama dr K.Nor telah K.Nor post minggu lepas iaitu MEE REBUS Trg Style. Bila tengok kat fb MFF, tak ada lg yg menghantar resipi kuih yg best ni, jadi K.Nor pun merajinkan diri, selongkar kotak2 yg bersusun semata2 nak cari buku resipi lama dan juga acuan yg perlu digunakan. Dan kebetulan pulak masa nak buat petang semalam, sorang member lama dr zaman forum MyResipi yg tinggal di Kijal, Kemaman call nak datang rumah. Nak jadi rezeki Suha, suami dan anak bongsu dia serta sorang lagi kawan Suha yg ikut sama dtg rumah K.Nor smlm (siap buat 2 adunan lg tu).... Dapat lah dia org merasa KUIH BELIMBING, kuih lama Terengganu ni ya...

Kuih ni mmg asalnya dari Terengganu dan K.Nor pernah buat masa masih anak dara dulu hehe.. K.Nor belajar dgn cikgu KEMAS sebelah rumah. Kuih ni selain dipanggil KUIH BELIMBING, ianya juga dipanggil KUIH TEREMBAT.. Jgn tanya la ya, K.Nor mmg tak tau kenapa dipanggil KUIH TEREMBAT, kalau KUIH BELIMBING tu, boleh la jawab sbb rupanya yg seakan buah belimbing. Kuih ni sebenarnya kalau diikutkan kaedah yg asli, selepas digoreng hingga masak, ianya dicelup/disira kedalam air gula. Tapi.. hehe ada tapinya tu.. skrg ni dah dipermudahkan atau dgn kata lain dah dipermodenkan, dgn menabur gula castor. Lebih cepat siap dan lebih sedap. Kalau kita celup dlm air gula, ianya akan mengembang sket (sket jer sbb air gula meresap ke dalam kuih) dan kuih jd lembut tp tak la lembik ya.. Manakala kalau kita tabur dgn gula kastor, kuih ni maintain rangup bahagian luarnya tu dan dalamnya soft/lembut.. Jadi pilihan ditangan masing2, nak versi celup dlm air gula atau tabur dgn gula castor. Disebabkan nak cepat sbb Suha dah on the way ke rumah K.Nor, jadi K.Nor hanya tabur/salutkan dgn gula castor jer. Lagipun, lebih sedap gitu sbb bahagian luar tu still rangup..

Kalau nak tengok acuan sawa yg ori, yg K.Nor dn org dulu2 guna klik kat  SINI..
Plate yg digunakan utk kuih ni, adalah plate berbentuk bintang..

Utk menghasilkan Kuih Belimbing ni, perlu digunakan acuan kukis atau dulu lebih dikenali dgn acuan SAWA. Kalau yg dulu2 acuan ni dibuat dr besi tp dah tak ada lg yg jual jenis gitu, sebaliknya skrg ni semuanya dr jenis plastik. Yg selalu K.Nor guna dulu mmg dr besi, ntah kat mana acuan tu, tinggal kat rumah lama arwah ayah K.Nor rasanya.. Disebabkan nak buatnya Kuih Belimbing ni, K.Nor pernah beli 2 acuan  ni. Malangnya acuan yg pertama beli tu, K.Nor tak belek betul2, time nak guna baru perasan, tak ada piring/plate yg berbentuk bintang, yg sepatutnya digunakan utk membuat Kuih Belimbing. Lama gak la lepas tu, sambar yg lain pulak, semata2 kerana KUIH BELIMBING tau.. hehe.. Kali ni, buka kotak dan check betul2 ada ke tidak plate bintang.. Bila ada, baru beli.. baru lah boleh on projek KUIH BELIMBING hehe...

Bagi yg tak ada acuan kukis ni, boleh gak kalau guna seperti yg Ina Hana guna tu (tp siksa sket la nak siapkan satu adunan hehe). Dan kalau tak ada jugak boleh jer guna nozzle yg berbentuk star dan masukkan doh ke dalam piping bag. Cuma ianya agak kecik dan halus la, tak menyerupai Kuih Belimbing tp lebih kepada CHURROS hehe..



Utk resipi KUIH BELIMBING ni, K.Nor tak guna resipi yg K.Nor belajar kat kelas KEMAS tu, sbb resipi asalnya tu dlm bentuk kati dan adunan yg digunakan pulak banyak, sampai 7bj telur. Nak convert sukatan agak makan masa, kang silap convert tak menjadi. Dah la Suha dlm perjalanan, so K.Nor ikut jer resipi yg Ina Hana pernah buat. Lebih kurang gak la resipi yg Ina guna tu, cuma kalau ikutkan resipi asal Kuih Belimbing, tak diletakkan gula dlm adunanya. Tapi yg Ina letak tu pun sikit jer, tak kisah la.. Mekasih Ina share resipi Kuih Belimbing tu, K.Nor share kat sini lak ya...

KUIH BELIMBING
sumber : Hana Memories
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 biji telur ~ k.nor guna telur A
1 sudu makan marjerin/butter
1 sudu makan gula
esen vanilla

Cara:
Didihkan air, gula, esen dan juga marjerin. Sementara tu, dlm mangkuk lain pukul telur kejap.
Tutup api. Masukkan tepung. Kacau cepat2 gune senduk kayu.
Kemudian masukkan telur dan kacau cepat2 hingga sebati dengan tepung td.
Panaskan minyak, masukkan adunan ke dalam acuan dan picitkan ke dalam kuali. potong setiap 5cm.
Goreng hingga kekuningan dan angkat.
Taburkan gula. Sedia utk dmakan!

*kaedah resipi asal yg K.Nor belajar, telur tak perlu dipukul terlebih dahulu, terus jer masukkan sebiji demi sebiji ke dalam adunan (kalau buat lebih dr 1 adunan). pastikan adunan dah cukup sebati baru dimasukkan telur yg seterusnya.
** boleh juga menggunakan mixer utk memudahkan kerja mengadun adunan tepung dgn telur tadi.
*** yg paling penting, adunan tepung PERLU DISEJUKKAN terlebih dahulu sebelum dimasukkan telur. ini utk memastikan telur td tak masak masa kita kacau ke dalam adunan tepung sbb adunan tepung amik masa yg lama sket utk sejuk.


Post ni K.Nor nak submitkan ke MALAYSIAN FOOD FEST, yg mana LENA menjadi hosnya. Tq Lena..

Tuesday, October 16, 2012

MEE REBUS Trg Style.... & MFF


ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni bersiaran awal sket sbb lepas ni ada banyak kerja yg perlu diuruskan. Kepada yg setia mengunjungi SecubitGaram, jutaan terima kasih diucapkan. Alhamdulillah.. walau tuan rumah hanya post gambar dan tak ada pot pet langsung, sekadar bagi salam jer, masih ada yg setia meninggalkan jejak. hehehe.. maaf lah ya.. sejak akhir2 ni tak tau nak cakap apa, selalu kebuntuan idea, blurrrrr gitu (bila gi BW pun gitu gak, masuk baca dan gi ke blog lain..maaflah pada geng masak2, bukan K.Nor tak berkunjung ke blog anda, cuma K.Nor tak tau nak ngomen apa .. masuk baca dn senyum sorang hehe ) Last2, masukkan gambar dan resipi aje, ok la kan dr blog tak berupdate. Mungkin lepas ni akan berulang gitu lagi cuma sesekali jer bila terasa nak pot pet baru ada karangannya nanti .. (kalau panjang berjela, jangan marah ya.. hehe)


Kalau di negeri2 lain, ada mee rebus masing2 yg pemes kan. Ada Mee Rebus Muar, Jawa, Mee Rebus Udang, Mee Racun, Mee Rebus Utara dan bermacam lagi lah.. Sebenarnya di Terengganu pun ada Mee Rebus yg tersendiri, yg tak sama dgn Mee Rebus yg pemes yg lain. Dari segi gravy/kuahnya tu, ianya jernih dan tak berempah mcm mee rebus lain2 tu. Yg utama dlm gravynya tu adalah kehadiran serbuk lada hitam (yg baru ditumbuk lagi best, juga jgn ditumbuk terlalu halus). Bila makan kuah gini, badan cepat hangat dan makan banyak pun tak muak sbb jenisnya kuahnya yg tak pekat berempah tu. Ada keenakkan yg tersendiri pada kuah Mee Rebus gini. Hanya org2 Trg yg selalu makan dan juga outsider yg juga dah biasa makan yg tau keenakkannya. Mee Rebus Trg Style gini, mmg menyelerakan terutamanya pada org yg demam atau tak ada selera makan. Memang layanaaan sgt time tu, bermangkuk pun boleh habis. Utk menambahkan keenakkannya, selalunya K.Nor sediakan Sambal kicap cili, iaitu cili merah/api yg dihiris dan dicampurkan kicap manis dan sedikit cuka. Kalau nak makan dgn sambal kicap (spt sambal kicap yg dimakan bersama mihun soto) pun boleh. Kalau kat kedai2 makan/warung2 selalunya disediakan cili jeruk, tu pun syok tau bila makan dgn Mee Rebus ni. Pedas lada hitam bergabung dgn kepedasan sambal kicap cili atau cili jeruk ... fuhhh mmg berpeluh satu badan. Yg demam pun kejap jer kebah hehehe

Jom lah mencuba Mee Rebus yg cukup mudah tapi menyelerakan ni.. Semoga kena pada selera anak tekak masing2 ya..  ^__^


MEE REBUS Trg Style
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
1 bungkus mee kuning
200gm daging/isi ayam
5 bj bawang merah ~ dihiris nipis
3 ulas bawang putih ~ dicincang
1 - 1 1/2 sudu besar serbuk lada hitam - sebaiknya yg baru ditumbuk
2 liter air
Bebola ikan/sotong
2 - 3 bj telur
Lobak merah
Sawi/kobis secukupnya
2 bj tomato ~ dipotong 6 atau 8
1 biji cili merah ~ dihiris
Garam dan gula secukup rasa
Daun saderi ~ dihiris
Minyak

Cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang merah hingga layu.
Masukkan bawang putih dan tumis lagi hingga wangi.
Masukkan hirisan daging dan goreng hingga daging berubah warna.
Kemudian masukkan lada hitam,goreng seketika dan masukkan air secukupnya.
Masak hingga mendidih dan daging empuk, kemudian masukkan bebola ikan/sotong.
Pecahkan telur sebiji demi sebiji ke dalam kuah (JANGAN dikacau), biarkan telur masak kemudian masukkan lobak merah yg dihiris.
Masukkan pula sawi/kobis serta garam dan sedikit gula.
Kemudian masukkan mee, tomato dan hirisan cili merah. Kacau perlahan-lahan.
Masak sekejap hingga kuah mendidih (mee masak/kembang sedikit).
Angkat dan hidangkan.
Taburkan hirisan daun saderi dan hidangkan bersama Sambal Kicap Cili.


SAMBAL KICAP CILI
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
3 biji cili merah atau 9 biji padi
1/2 cawan kicap manis
1 sudu besar cuka
secubit gula

Cara:
Hiris cili merah atau cili padi.
Campurkan kesemua bahan termasuk cili kedalam sebuah bekas.
Gaul sebati.
Biarkan 15 - 30 min, kemudian bolehlah dihidangkan.


Terengganu Month

Mungkin ada yg tak tau mengenai MALAYSIAN FOOD FEST yg diadakan dikalangan blogger2 masakan. Sila klik link utk mengetahui detail mengenainya. Kebetulan bulan ni, menu bagi bulan ni jatuh pada negeri Terengganu dan host bagi bulan ni pula adalah LENA of  FROZEN WING. Sebelum ni K.Nor dah tau hal ni dari Gert (bila Gert duk tanya apa menu2 dr Trg yg fames dan mudah disediakan) dan bila Lena maklumkan yg dia guna gambar Laksa Kuah Putih dlm entri pengenalannya tu dan mengajak K.Nor join sama, terasa terseru la pulak nak join sama. Seronok tengok ramai blogger2 yg amik bahagian (Wendy, Gert, Phong Hong, Lena dan lain2),walaupun ada yg tak pernah makan masakan tu, tp dgn sportingnya turut sama amik bahagian dan masak menu2 yg femes di Trg ni.. Ada yg buat Nasi Dagang, Roti Paung, Laksam, Nasi Minyak Trg Style, masakan ayam chinese style dan ada yg buat Ketupat Sotong dan Rojak Betik pun ada. Bila dah ramai buat masakan yg mmg pemes di Trg tu, K.Nor rasa nak buat yg org luar kurang kenal la.. tapi tetap pemes bagi anak Trg.. MEE REBUS Trg Style..

Jadi K.Nor nak submit post ni ke MALAYSIAN FOOD FEST yg mana LENA of Frozen Wing menjadi hostnya..