f Secubit Garam: jantung pisang
Showing posts with label jantung pisang. Show all posts
Showing posts with label jantung pisang. Show all posts

Monday, April 1, 2013

TERESEK JANTUNG PISANG ~MALAYSIAN FOOD FEST (KELANTAN MONTH)

ASSALAMUALAIKUM...

Menu ni dah laaaaaaaaaaaaaaaaama duk dlm folder. Masa jiran K.Nor bagi jantung pisang dulu, K.Nor cuba satu resipi yg tak pernah dengar apatah lagi masuk anak tekak. Memang tak pernah makan ler sebelum ni. Masa duk tanya2 resipi apa yg boleh dibuat dgn jantung pisang, ada beberapa teman fb yg cadangkan utk buat TERESEK JANTUNG PISANG. Hasil guguel, K.Nor jumpa beberapa resipi teresek ni tp K.Nor pilih resipi kat dapur CIK MANGGIS. 


Alhamdulillah.. mmg sangat sedap! Tak sia2 mencuba. Terasa makan rendang ayam pun ada. Langsung tak terasa jantung pisang dalam tu. Memang best! Mekasih pd K.Nah yg sudi berkongsi resipi Teresek Jantung Pisang. Masakan teresek ni asalnya dari Kelantan dan K.Nah mmg originally org Kelantan.. hehe.. 

Opss.. satu lg penyebab K.Nor cuba resipi teresek adalah utk join MALAYSIAN FOOD FESTIVAL, yg bermula hari ni sehinngga akhir April. Negeri yg terlibat adalah negeri Kelantan. Kali ni Gertrude Wan @ My Kitchen Snippets yg menjadi host.  Nak tau lebih lanjut berkenaan event ni boleh ke SINI. Jom la sapa2 yg teringin nak join event ni, tak perlukan bayarana apa2 pun hehe.. Hanya masak masakan/dessert negeri Kelantan, tak kira la resipi turun temurun ke, resipi yg diambil dr blog lain ke. Asalkan menu Kelantan. Post entri di blog masing2, pastu ikut step yg dibagitau kat entri tadi. Selain dari tu, klik join kat page Kelantan Food Festival di fb juga ya.. Kalau ada apa2 yg tak faham boleh bertanya pd Gert atau K.Nor kat fb (kat inbox ya.. )


TERESEK JANTUNG PISANG
sumber : Cik Manggis
Bahan-bahannya:
1 biji jantung pisang-ambil yang lembut dan potong nipis
5 ulas bawang merah.
1 tbsp serbuk kari daging
2 ulas bawang putih
1 inci halia.
5 tangkai cili kering
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup.
1 tbsp biji ketumbar-goreng tanpa minyak dan tumbuk kasar.
1 tbsp budu
1 keping asam gelugur.
6-7 batang kaki ayam-potong kecil
3 ketul pedal ayam -potong kecil
2 ketul hati ayam -potong kecil
Sedikit isi ayam -potong kecil.
1 cawan santan pekat.
2 tbsp kerisik
garam secukup rasa.
Gula melaka secukupnya.

Cara-caranya:
Cili kering,bawang merah.bawang putih.halia.lengkuas dan kunyit di kisar halus.
Masukkan semua bahan-bahan kedalama periuk.
Masak hingga kuahnya pekat.rasakan garam dan gulanya agar seimbang.
sedap dimakan bersama nasi putih .ikan masin atau sambal belacan:)


"I am submitting this post to Malaysian Food Fest, Kelantan Month hosted by Gertrude of My Kitchen Snippets "




Wednesday, February 27, 2013

GULAI LEMAK JANTUNG PISANG & KERANG

ASSALAMUALAIKUM...

Sesi menghabiskan jantung pisang pemberian jiran tempohari. Masakan ni dah dibuat minggu lepas tp hari ni baru berkesempatan dimasukkan ke blog atas sebab2 yg tak dapat dielakkan.. fuh.. skima ayat.. :)


Mekasih pd AlongRoz yg berkongsi resipi Gulai Lemak Jantung Pisang & Kerang. Mulanya plan nak buat masak lemak cili api dgn jantung pisang ke3 aritu tu.. Tapi teringat yg Along ada post resipi ni dua hari sebelumnya. Bila tengok resipi, semua bahan2 ada (kecuali santan ler), jadi K.Nor terasa nak menerai resipi Along ni. Alhamdulillah.. memang sedap masakan kampung gini. Pekena dgn ikan kering, ulam dan tak ketinggalan sambal belacan.. perghhhh.. syok abis... :)


Along, izinkan Nor kopipes resipi tu kat sini lak ya.. Tq :)


GULAI LEMAK JANTUNG PISANG & KERANG
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
1 biji Jantung Pisang - di rebus separuh masak & di hiris
3 bj Bwg Merah*
Cili Padi* (*ditumbuk)
1 st Serbuk Kunyit
1/2 cwn Kerang
1/2 periuk Santan
1 btg Serai - ketuk
1 helai Daun Kunyit
1 keping Asam Keping
Garam

Cara2:
1. Masukkan kesemua bahan ke dlm periuk & kacau sehingga mendidih & jantung masak sepenuh nya.
2. Hidangkan dgn nasi putih dan lauk sampingan yg lain.


Tuesday, February 19, 2013

MASAK LEMAK JANTUNG PISANG

ASSALAMUALAIKUM...

Baru perasan dah 3 entri berturut duk tayang kek jer kan.. Selalunya K.Nor lebih suka tayang menu yg berbeza. Kalau hari ni menu lauk pauk, esok menu dessert, pastu selang dgn snack atau roti.. gitu la.. memang lebih suka main selang2 menu gitu, nampak lah ada kepelbagaian sket. Tapi nak buat camana, dah post kan.. sesekaliiiiiiii jer kut.. :)

Kita balik ke menu hari ni.. Menu kampung yg dimasak semalam ni mmg mabeles sungguh. Kiranya complete set ler, siap dgn pelakon2 tambahan yg membangkit selera. Dah lama benor tak makan sambal belacan tp bila pekena menu gini, ku lupakan jururawat yg bakal dtg melawat. Garu hidung pun garu la, tak kisah dah.. Sedap punya pasal.. 



Dua hari lepas dapat lg 3 biji jantung pisang, pemberian jiran baik hati. Sehari sebelum tu dia datang dgn isterinya K.Nor sempat tanya, ada lg tak jantung pisang? Pa Ngah tu mmg ada kebun pisang, dia dan isterinya tak makan jantung pisang.. angin katanya. Dia ckp, ada.. nanti bawak lagi.. Kombang hati den dengar hehee... Keesokkannya dtg ler Pak Ngah ni bawak 3 bj jantung pisang yg baru potong kat pokok. Alhamdulillah.. rezeki kan.. Terus K.Nor sms org Kuantan, sbb aritu dia pesan suruh 'lontar' jantung pisang kalau dpt lagi.. Kita tanya dia, nak sebiji ke dua, dia jawab 3! Mau ketiga2 sekali tu, tamak betul makcik ni! .... haaa.. nanti ku lontarkan.. hehe.. Ni la untungnya duk kampung kan.. dpt pulak jiran baik hati.. Alhamdulillah.. Org berbudi kita berbahasa kan.. :)

Dalam kepala dan plan nak buat masak lemak dgn jantung pisang ni,  kebetulan pulak Sheila letak link entri MASAK LEMAK JANTUNG PISANG, dari blog HanaMemories. Terus K.Nor ke dapur Hana dan kopipes resipi tu. Males dah nak reka2 resipi lain.. copycat yg dia dah.. senang kerja. Alhamdulillah.. mmg sedap jantung pisang dimasak lemak gini, kena pulak dgn adanya gandingan yg mantop.. Tak toleh kiri kanan dah masa ngap.. Mekasih Sheila dan mek Hana resipinya ya.. dpt tak jantung pisang akak lontar semalam, ke tersesat tang kelain lak hehe

Tak seberapa nampak pelakon2 tambahan tu..
Ada ikan selayang goreng, ikan kering/masin goreng, sambal belacan dan tak lupa ulam kacang botol dan ulam raja
Pastu ada Ayam Masak Kicap Pedas utk Along & Naim ^__^
MASAK LEMAK JANTUNG PISANG
resipi : hanamemories.blogspot.com
sumber: K.Nor@SecubitGaram

Bahan2 :
1 biji jantung pisang
*3 biji bawang merah
*2 ulas bawang putih
*sejemput ikan bilis kopek
*10-15 biji cili padi - bergantung kepedasan masing2
1 kotak santan KARA
2 kotak air biasa (guna kotak santan )
garam dan perisa@gula secukup rasa

Cara-cara
Rebus jantung pisang dengan sedikit garam hingga lembut. (Cucuk dengan garfu utk pastikan jantung pisang sudah lembut ). Toskan dan perah kemudian hiris-hiris. Ketepikan.
Tumbuk bahan *. Satukan ke dalam periuk bahan tumbuk, santan dan juga air.Kacau supaya santan tidak pecah.
Masukkan jantung pisang, garam dan perisa@gula secukup rasa.
Didihkan. Hidangkan dengan nasi putih hangat dan lauk sampingan.

Tuesday, February 12, 2013

KERABU JANTUNG PISANG

ASSALAMUALAIKUM..

Ramai yg masih dlm mood cuti kan, sempena cuti CNY yg agak panjang kali ni.. Takper lah.. kita layan jer menu terdelay ni. 


KERABU JANTUNG PISANG, masakan yg dah dibuat selang sehari selepas KERABU JANTUNG PISANG IKAN BILIS yg dibuat baru2 ni. Spt yg K.Nor dah maklumkan dlm entri tu, ada jiran baik hati yg bg 2 bj jantung pisang pada K.Nor. Takkan nak buat kesemua 2 bj jantung pisang tu sekaligus. Lagipun kat rumah masa tu cuma ada 3 beranak jer dan Along bukan peminat masakan gini nih. Yg makan cuma K.Nor dan Cik Abe. Sekali rebus sebiji jantung pisang tu, K.Nor bahagi dua, so dpt lah K.Nor menerai 2 resipi baru. Kan bagus gitu hehe.. Dlm peti ais tu tergolek sebiji lagi jantung pisang. Tak diusik pun lagi.. Bila la nak kerjakan dia pulak tu.. Esok2 la kut hehe..


Kali ni K.Nor menerai resipi KERABU JANTUNG PISANG hasil pencarian di google, masuk dapur tu, selongkar senyap2 dapur ni.. Terjumpa la resipi yg menarik selera mata utk dicuba di dapur PERIUK TANAH milik K.Raihan.. Peyediaan dan bahan2 yg digunakan agak simple, tu yg buat K.Nor tertarik nak mencuba. Bila sedang godek tu, terfikir lak nak tambah sket daun selasih dlm kerabu ni. Alhamdulillah.. makin bertambah kesedapan kerabu jantung pisang ni.. Memang best! Tarak tifu punya.. hehee Wangi daun selasih tu menambahkan umpph rasa kerabu.. Tak caya cuba la..


Mekasih pada K.Raihan yg sudi berkongsi resipi KERABU JANTUNG PISANG yg asalnya dr artis Sheila Rusly ni. Izinkan Nor kopipes resipi tu dan panjang2kan ia kat sini pulak.. :)


KERABU JANTUNG PISANG
resipi asal Sheila Rusly
Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang) 
Bahan A:
1 biji cili merah
5 biji cili padi
1 sm belacan siap dibakar
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 biji lada hitam

*Tumbuk semua bahan A hingga lumat

Bahan B:
1/2 biji jantung pisang awak- saiz besar, kalau kecik guna 1 biji ye..
- buang kulit luarnya hingga tinggal bahagian dalam berwarna cerah.
1 biji tomato dihiris nipis
1/2 labu bawang besar dihiris nipis
1 ekor ikan senangin/ kembung/ sardin- gaul garam dan kunyit dan goreng separa garing (resepi asal ikan kembung direbus)- ambil isinya sahaja dan carikkan dengan tangan.
2 sudu besar santan pekat/ pati santan
1 biji limau nipis- diperah jusnya
garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:
Didihkan air dalam periuk.
Jantung pisang dibelah 2 dan dicuci dengan air.
Rebus jantung pisang selama 15 minit. Angkat dan toskan.
Hiris nipis dan masukkan ke dalam mangkuk.
Masukkan Bahan A yang telah ditumbuk diikuti bahan B.
Gaul rata dan rasa masin dan manisnya. Jika cukup, bolehlah dihidangkan.
Simpan dalam bekas bertutup di dalam peti ais jika ada baki sebelum dihidang lagi....

*** tips sedap: kerabu memang selalunya lebih enak jika terasa kepedasannya, tapi bagi yang 'perut nipis'boleh gantikan cili padi dengan cili merah atau kurangkan jumlahnya....

***kerabu ni boleh dimakan dengan nasi putih tanpa lauk lain kerana telah ada isi ikan di dalamnya.


Wednesday, January 30, 2013

KERABU JANTUNG PISANG IKAN BILIS

ASALAMUALAIKUM...

Kali ni bukan entri tertunggak, bukan entri terdelay dan bukan entri terperam. Entry fresh lagi ni ya.. hehe 

2 hari lepas, jiran K.Nor dtg bagi sedikit buah2an dan juga 2 biji jantung pisang. Jgn tanya la jantung pisang apa, sbb K.Nor pun tak tanya jiran tu.. hehe..  Sebelum ni tak pernah lg makan Kerabu Jantung Pisang, cuma pernah nampak di beberapa dapur geng blogger yg menayangkan menu jantung pisang ni.  Dlm hati tu, terasa gak ingin menerai resipi dan juga merasa kesedapan Kerabu Jantung Pisang. Cuma bila gi pasar, tak terbeli la pulak jantung pisang utk dibuat kerabu.


Kebetulan jiran baik tu bg jantung pisang, K.Nor tak menolak pemberiannya tu. Org kata, pucuk dicita ulam mendatang kan.. (tu lah untungnya duduk di kampung ni, ada jiran yg baik hati memberi itu ini.. kan... hehe)  Alhamdulillah.. rezeki ni... Semoga murah rezeki Pak Ngah dan isterinya yg baik hati tu Lepas dpt jantung pisang tu, terus K.Nor gugel resipi jantung pisang. Pernah nampak Ayu Spore tayang kat blog dia, ingat gak yg Hana/Ina dan CMG pernah tayang resipi jantung pisang. Hasil gugel situ sini, terjumpa beberapa resipi yg menarik utk dibuat. K.Nor save kat draf jer buat masa tu. Tak berpeluang lg nak menggodek. Hari ni baru ada kesempatan nak mencuba salah satu resipi yg disave. K.Nor mulakan dgn resipi yg pertama, resipi dari dapur HANAMEMORIES.. Kalau tak silap, Ayu pun dah cuba resipi ni kan.. :)

Org kata, mmg tak sia2 cuba resipi ni. Memang sedap! K.Nor ratah gitu jer.. heeee... Tp nak cakap awal2, K.Nor tak buat ikut resipi yg menggunakan 1 bj jantung pisang. Disebabkan yg nak makan tak ramai dan biasanya hanya utk sekali makan jer (lunch) jd K.Nor guna 1/2 bj jer jantung tu. So dari 2 bj jantung pisang, boleh la dpt menerai 4 resipi yg berbeza kan.. hehe


Ok lah.. tak mau cakap panjang lagi dah .. ni pun dah panjang .. huhhh.. Fenat nih.. baru abis projek kat dapur.. So time nak lepaking lak..  Maceh ya Cikgi Hana.. psst.. panjang umur dan ada rezeki kita jumpa lg ya.. ^__^

KERABU JANTUNG PISANG IKAN BILIS
by : HanaMemories
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan:
satu biji jantung pisang
3 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
6-10 biji cili padi
1 tangkai lada merah - hiris
1 inci belacan bakar
1/2 biji bawang besar - mayang halus
1 biji tomato - buang empulur dan hiris
2 biji limau kasturi - lebihkan jika ingin lebih masam
1 mangkuk kecil ikan bilis goreng
gula@perisa
garam

Cara-cara
Kupas kulit jantung pisang yang keras hingga ke kulit yang putih. Rebus dengan sedikit garam lebih kurang 15minit atau hingga masak/lembut. Toskan, perah dan hiris nipis. Ketepikan.
Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi, lada merah, dan belacan bakar hingga lumat.
Satukan jantung pisang yg telah dihiris tadi, bawang besar mayang, dan tomato.
Kemudian masukkan garam, sedikit gula@perisa dan juga bahan tumbuk tadi.
Masukkan ikan bilis goreng.
Perahkan limau kasturi. Ambil jus sahaja.
Gaul mesra.
Segera dihidang ketika ikan bilis tengah rangup.