f Secubit Garam: CRANBERRY & NUTS BISCOTTI

N3 Terkini

Monday, October 7, 2013

CRANBERRY & NUTS BISCOTTI

ASSALAMUALAIKUM...

Wahhh.. lamanya gambo biscotti ni duk terperam dlm folder. Gini la kalau suka duk bertangguh.. Makin lama makin banyak gambar duk tunggu que. Nak buat camana, mood nak mengarang tu melayang dibawak angin ribut yg sentiasa melanda kampung sekitar nih.. hehe


Kali ni kena paksa gak mood utk masukkan entri biscotti yg dibuat lama dah ni.. ermm.. 2 minggu dah kut.. hehe Kepada yg menunggu entri biscotti ni maaf sgt ya..  Dah update ni, jgn lupa menerai ya.. Insyaallah sangat sedap.. Tapi WARNING!! JGN HIRIS TEBAL2 DAN NGAP DIRECT GITU.. KANG TAK PASAL2 ADA YG YG KENA GI BUAT GIGI PELESU ^__^ . Kalau hiris tebal, eloklah dip dlm air kopi, baru tak keras sgt masa nak gigit atau kunyah. Kalau nak selamat, hiris nipis2. Utk dptkan hirisan yg nipis, kena guna pisau yg betul2 tajam. Seeloknya guna pisau yg bergerigi baru cantik hirisan dan juga memudahkan kerja menghiris. Kalau nak guna pisau biasa pun boleh tp pastikan betul2 tajam ya.. Kalau tak nanti dpt hirisan yg tebal :)


Resipi utk biscotti kali ni, K.Nor amik sekali lg kat dapur Gert.Sebenarnya banyak resipi biscotti yg dah K.Nor save kat draf tp hati tetap berkenan dgn resipi dr Gert ni sbb nak guna cranberry dan juga pistachio. Dalam resipi asal Gert, dia letak mix fruit tp sbb sedikit stok cranberry kat dapur, jd K.Nor guna cranberry aje la. Kalau Gert letak pistachio dan mix fruit, K.Nor tambah kan satu jenis kekacang lagi iaitu badam. Saja la.. bg lebih2 kekacang. Lebih banyak kekacang lebih sedap. Memang la nampak mewah sket, tp kalau utk makan sendiri apa salahnya kan.. Sesekali nak jugak layan keinginan anak tekak sendiri hehe...


Mekasih Gert, resipi biscotti ni mmg the best setakat ni. Memang akan diulang buat lg lepas ni.. (mmg dah jadi peminat tegar biscotti nih.. tambah lg kali ni dpt hiris nipis2, syok jer ngap gitu aje tanpa perlu dip dlm kopi O panas hehe) Sori ya Gert, Nor olah sket resipi sbb ada permintaan supaya Nor translatekan dlm Malay. Bagi yg nak tengok resipi asal, bolehlah ke dapur GERT ni ya.. 

CRANBERRY & NUTS BISCOTTI

Bahan2:
320 gm tepung gandum
1 1/2 sk baking powder
1/2 sk garam
120 gm gula castor
2 bj telur A
1 1/2 sk vanila
1 1/2 cawan dried cranberry
1/2 cawan pistachio (yg dah dibuang kulit)
1/2 cawan badam (whole almond)

Cara:
Panaskan oven ke suhu 175C.
Alaskan loyang 10" x 10" dgn kertas minyak/baking paper. Ketepikan.
Ayakkan tepung gandum, baking powder dan garam.
Satukan cranberry, pistachio dan badam. Ketepikan.
Pukul telur dan gula dgn kelajuan tinggi hingga adunan menjadi pekat dan pucat (lebih kurang 5 - 6 min)
Masukkan vanila dan perlahankan mixer dan masukkan bahan2 yg diayak tadi.
Bila adunan dah sebati, masukkan pula campuran cranberry dan kekacang td dan kacau dengan  menggunakan spatula.
Bahagikan doh kepada 2 bahagian dan alihkan ke loyang yg dah dialas baking paper tadi.
Bentukkan menjadi loaf (jarakkan sedikit kerana doh akan mengembang ketika dibakar)
Bakar selama 20 - 25 minit (atau sehingga keperangan).
Keluarkan dr oven dan sejukkan atas redai/rack. (matikan/off kan oven)
Bila doh dah  sejuk, hiris dgn menggunakan pisau bergerigi/serrated knife dgn ketebalan 1/2cm atau kurang dari tu.
Susun atur dlm loyang dan bakar sekali lg dlm oven yg dah dipanaskan (170C) lebih kurang 10 min.
Kemudian keluarkan dr oven dan terbalikkan hirisan biscotti tadi supaya kedua2 belahnya garing.
Bakar lagi 10 minit atau sehingga keperangan dan rangup.
Keluarkan dr oven dan biarkan ianya sejuk diatas redai/rack sebelum disimpan dlm bekas kedap udata.

Tip* 
doh mmg agak melekit/sticky masa proses membentukkannya.
celup tangan ke dalam air dan renjiskan kemudian bentuklah doh 
ulang2kan mencelup tangan dlm air (jgn lupa merenjis dulu) sehingga selesai membentuk loaf


12 comments:

  1. Replies
    1. set tu pemberian teman baik k.nor :)

      Delete
  2. Sedapnya Nor, terlior tawww.... !! gee baru beli cranberry di Halfest kelmarin... boleh lah try untuk raya haji nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. orait.. dah ada cranberry tu, boleh la cari pistachio atau almond lak ya :)

      Delete
  3. Salam kak nor.. tun palinggggg suka mkn almond biscotti, sejak hanguskan masa 1st time buat aritu, blom bkesempatan nk buat lagi.. xtau dh bape lama almond tu duk peram dlm peti. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam.. hehe. dah serik ke tu tun..

      cuba tun try resipi ni.. set masa betul2.. insyaallah menjadi dan sedap :)

      Delete
  4. assalam Kak Nor...kita x pernah makan sekukti nih...alamond kita pun dok peram lam peti mcm tun punya jugak...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam nikja.. aik berpakat ke dgn tun tu.. meh la try .. sedap ni tau :)

      Delete
  5. dulu-dulu penah gak buat ni...tp fail....hehehe......kot2 rajin bule try resepi ni plak..

    ReplyDelete
  6. Salam....

    Thanks kak, kongsikan resepi Biscotti ni....pernah terbaca entry blog (uda lupa blog apa) sal biscotti...tp xpernah try lg....hehehe....lepas ni boleh la try...

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam... try la jumria.. mmg sedap :)

      Delete